The first 200 lines.
Selamat pagi, sarjan.
Selamat pagi, Paisa. Ada apa dalam lori ini?
Ada injap paip,
beberapa tuala bersih
dan uniform lebih untuk pengawal.
Biar dia masuk. Dia dah diperiksa.
Jalan, Paisa.
Terima kasih, sarjan.
- Jumpa lagi. - Jumpa lagi.
- Jumpa lagi, Paisa. - Terima kasih! Jumpa lagi, sarjan.
Penjara Escobar diberi nama La Catedral,
tapi kami panggil "Kelab Medellín".
Tempat itu satu bukti "pembohongan besar".
Tengoklah luarnya, dibina supaya nampak usang dan buruk.
Tapi di dalam, sangat jauh berbeza.
Banduan lain? Pembunuh upahan Escobar.
Pembunuh yang dipilih sendiri dari kampung halamannya.
Awak dah sampai, kawan!
- Apa khabar, Velasco? - Sihat. Macam mana perjalanan?
Okey saja. Tapi sangat penat!
- Yakah? - Panas betul.
Ada apa-apa masalah?
Tak ada. Semuanya bagus, berjaya.
Saya ada bawa semua,
termasuk barang istimewa yang Pablo minta.
- Apa cerita, kawan? - Hitam!
Saya ingat awak dah lupakan kami.
Biar saya tunjuk.
Oh Tuhanku.
Okey! Ambil tangga itu!
Bukan pembunuh upahan saja yang bekerja untuk Escobar.
Pengawal pun sama.
- Selamat datang ke La Catedral. - Helo.
Sila turun, wanita-wanita sekalian.
Kami akan jaga kamu semua.
Menurut syarat perjanjian,
polis atau askar tidak dibenarkan berada dalam tiga kilometer dari kawasan penjara.
Walaupun saya benci lelaki ini tapi saya mengaku...
perjanjian itu menguntungkan dia.
Ayuh! Cepat!
Apa? Berat?
- Nampak sedap, Paisa. - Okey, udang kara.
Escobar bukan bina penjara untuk diri sendiri.
Dia bina sebuah kubu.
Tapi hiaslah secantik mana pun,
sangkar tetap sangkar.
Maaf mengganggu, bos.
Saya nak lapor sesuatu.
Moncada dan Galeano melaporkan 10,000 kg barang
dah masuk Mexico dan Caribbean.
Mereka bayar cukai perang tak?
Bayar tapi sejak awak buat perjanjian dengan kerajaan,
ramai orang asyik merungut.
Semua orang mesti tanggung perbelanjaan saya...
di dalam dan luar penjara.
Baik.
Moncada dan Galeano kata kartel Cali buat persiapan untuk gencatan senjata.
Saya pun sama.
Kita akan berunding untuk berdamai.
Tapi sebelum itu, kita bunuh dulu orang dia sikit.
Maaf, bos.
Tapi nanti kartel Cali anggap kita nak berperang.
Betul tak?
Tujuan peperangan...
ialah untuk keamanan.
Kalau ada faedah daripada Escobar dipenjarakan,
faedah itu ialah akhirnya Bogotá aman.
Saya dan Connie guna kesempatan itu untuk meneruskan proses ambil anak angkat.
Ramai jadi anak yatim piatu sebab perang.
Kami boleh buat sesuatu tentang itu.
Kamu suka bunga merah jambu, bukan? Ya, awak suka bunga merah jambu!
Bunga orkid, tengok!
Bunga apa ini? "Cattleya".
Maksudnya, "lemah lembut".
Macam saya.
Beli barang bayi dan pokok untuk apartmen,
kita dah jadi satu keluarga.
Kita haiwan domestik.
- Awak nak bunga ini? - Ya.
Kamu nak bunga ini? Ya.
Elizabeth macam mana?
Nama mak saya? Awak dah gila?
"Elizabeth" dalam bahasa Sepanyol apa?
"Isabel", bukan? Isabel pun sedap.
- Saya suka nama "Olivia". - Olivia pun okey.
Bodoh.
Tak guna!
- Kenapa dengan awak? - Steve...
Tengok apa awak buat.
- Mana? - Jalan dahlah sesak!
- Tengok apa awak dah buat! - Sikit saja.
- Macam mana saya nak bawa kereta ini? - Sikit saja.
Tengok berapa banyak kereta beratur sebab awak.
Yalah!
Cakap bahasa Sepanyol pun tak tahu. Pergi dari sini.
- Jangan main-main dengan saya. - Relakslah.
Bedebah.
Awak nak pukul saya? Kenapa awak datang ke negara ini?
Hormat orang sikit, bodoh. Awak ingat awak bagus?
Apa, awak nak pukul saya? Kawan awak nak pukul saya juga?
Aduhai...
Okeylah, bertenang.
Tak apa. Relakslah.
- Bertenanglah, bodoh. - Okey?
- Relakslah. Okey. - Okey?
Okey, bertenang.
Bertolak ansurlah sikit.
Ya, saya pun suka "Olivia".
Dengar tak?
Dengar apa?
Suara orang, kanak-kanak, gelak ketawa.
Penjaja pun dah mula berniaga balik.
Semuanya sebab kita beri Escobar kunci kepada penjaranya sendiri.
Itu tindakan yang tepat.
Awak rasa begitu?
Mesti awak gembira.
Akhirnya, rakyat boleh kembali hidup macam biasa.
Akhirnya...
kita aman.
Kami dah bercakap dengan Pablo, dia bersedia untuk berunding.
Sepuluh orang saya baru dibunuh.
Begitu cara awak memulakan rundingan?
Dua perkara, Pacho.
Pertama,
saya dan En. Galeano tak ada kaitan dengan kematian mereka.
Kedua,
ini perang, Pacho.
Kematian berlaku di mana-mana
dan pihak kami pun ada yang terkorban.
Kami boleh bayar tiga juta dolar
untuk selesaikan perbalahan di Los Angeles.
Kurang daripada $12 juta, Pablo takkan terima.
$12 juta itu...
bukan apa-apa pada awak.
Awak nak tahu sesuatu?
Semua dah terkubur.
Apa yang terkubur?
Kartel Medellín.
Tak. Awak silap, Pacho.
Kami eksport dua kali ganda daripada awak.
Awak ajak kami ke sini untuk melalut macam ini?
Pablo suruh kamu berdua bayar $250,000 sebulan sebagai cukai perang.
Macam itu dia layan kawan dan rakan sekutu?
Jangan lupa, disebabkan En. Pablo Emilio Escobar Gaviria
ekstradisi dihapuskan.
Awak pun untung daripada itu, bukan?
Dialah punca semua ini terjadi.
Dia bunuh ahli politik dan polis, bom tempat awam dan kapal terbang.
Dia yang memulakan perang ini.
Kita nak berunding atau tak?
Salah satu syarat serah diri Escobar ialah pembubaran Search Bloc
dan Kolonel Carrillo ditukarkan ke luar negara.
Buat sementara waktu, perang Carrillo telah tamat.
Saya tak faham kenapa mereka hantar awak ke Sepanyol.
Macamlah perang kokaina dah tamat.
Galeano dan Moncada urus perniagaan Escobar.
Orang atasan kata saya terlalu kasar.
Sekurang-kurangnya Escobar dalam penjara dan...
awak bantu buat dia masuk ke sana.
Penjara?
Saya tahu Amerika tak dibenarkan terbang di sana, tapi...
saya ada gambar, ihsan daripada tentera Colombia.
Saya nak awak tengok betul-betul. Lepas itu cakap, ini penjara atau tak.
Dia siap ada padang bola.
Escobar hantar kokaina lebih banyak sekarang.
Bila kerajaan Colombia dah tak perhatikan dia lagi,
dia cuma perlu risau tentang kartel Cali.
Kita terima sajalah...
dia menang.
Kita dah sampai, tuan-tuan!
- Tuan-tuan! - Paisa, bergolek-golek saya dalam itu.
Mana awak belajar memandu ini?
Kami capai persetujuan sebanyak sepuluh juta dolar.
Dengan ini, masalah di LA dah selesai dan perang akan tamat.
Ini usul yang baik.
Awak tahu apa maknanya, bos?
Kita boleh mengekalkan infrastruktur dan kerajaan tetap bodoh.
Dengan itu,
kita boleh eksport dua kali ganda dalam masa sebulan, Pablo.
Macam mana tingkah laku dia...
masa dia tawar awak duit itu?
Apa maksud awak?
Macam mana sikap dia?
- Dia hormat kita, Pablo. - Hormat macam mana?
- Dia mahu keamanan, macam kita. - Ya, tapi...
Macam mana reaksi dia bila awak beritahu tentang cara kita?
Reaksi dia positif.
Dia tawar duit kepada awak, macam itu saja?
Mula-mula dia nak beri tiga juta dolar saja, bukan?
Tapi kami tolak,
kami kata, awak tak terima kurang $12 juta.
Jadi dia tawar sepuluh juta dolar, kami rasa itu dah cukup bagus.
Dia tawar tiga juta dolar?
Dia nak cuba-cuba saja.
Dia tahu, kami takkan terima.
Kalau betul dia hormat saya, saya terima $20 juta pun dia patut dah bersyukur.
Betul, bos. Mintalah $20 juta.
Bayar sekali terus.
Beritahu dia, kalau kurang $30 juta, saya tak nak.
Kartel Cali takkan terima, Pablo.
No comments yet. Be the first to leave one.