The first 200 lines.
MEI 1968
Sayang, mak akan terlepas kapal terbang nanti.
Awak boleh ikut juga.
Mereka buat sekatan di Sorbonne. Ada ramai pelajar di jalan raya.
Kenapa saya nak ke Los Angeles?
Saya ada di Los Angeles.
Okey, tinggal saja di sini.
Jika nak tahu khabar awak,
saya cuma perlu tanya pelajar paling cantik di Sorbonne.
Awak tak percayakan saya?
Mak, kejap.
- Patutkah? - Saya ada sesuatu untuk mak.
Mari mak lihat.
Nampak macam ayah.
Kamu letak warna kelabu pada janggut dan semua.
Kita akan lawat mak di lokasi musim panas ini?
Selamat tinggal.
Mak sayang kamu.
Saya sayang mak.
- Selamat tinggal. - Selamat tinggal, sayang.
Parti Black Panther menggesa warga Amerika
dan terutamanya orang kulit Hitam supaya beri perhatian kepada ini.
Agensi polis yang rasis di seluruh negara
telah meningkatkan kekejaman, pembunuhan dan penindasan ke atas orang kulit Hitam.
Hitam itu indah
Bebaskan Huey!
Bebaskan pahlawan kami
Bebaskan Huey!
- Kuasa! - Bebaskan Huey!
- Kuasa! - Bebaskan Huey!
Kuasa!
Ketegangan perkauman tercetus pada hujung minggu di Oakland dan Los Angeles
dengan lebih banyak pertembungan antara orang kulit Hitam dan polis.
Di pusat bandar Los Angeles semalam,
para pelajar dan penyokong kuasa orang kulit Hitam bersatu tenaga
untuk memprotes terhadap kekejaman polis.
Protes yang dianjurkan itu tak bersifat ganas,
tapi inilah komen ketua pergerakan itu, Eldridge Cleaver.
Polis perlu dikawal dalam apa-apa cara sekalipun,
termasuk penggunaan senjata.
Polis yang rasis itu perlu berhenti bertindak kejam ke atas komuniti kami
atau kami akan guna kekerasan. Kami akan halau mereka.
En. Cleaver menuntut tindakan…
- Aduhai. - Apa?
Tolonglah, Linette.
Saya ingat apabila pindah kita boleh buang barang tak terpakai.
Kalau awak nak buang sesuatu, buanglah ambal di ruang tamu.
Ibu saya hadiahkannya.
Saya ingat awak suka.
Ia cuma komik, Jack.
Ia keluaran asli Jack Kirby tahun 1941,
eksperimen pertama Steve Rogers dengan Serum Askar Super,
jadi Captain America.
Bukan sekadar komik.
Serum Askar Super?
Ya. Ia untuk seluruh angkatan tentera AS, tapi eksperimen itu disabotaj.
- Sabotaj? - Nazi.
Mereka tak guna.
Penolong penyelia awak buat saya percaya
yang awak pakar audio.
Ya, tuan. Saya ditugaskan di bahagian teknikal,
tapi saya harap dapat buat kerja di lapangan. Menyiasat.
- Nak perangkan kulit badan? - Ya, tuan.
Awak bertuah.
Ada unsur-unsur dalam masyarakat kita
yang tak suka cara kita buat kerja di Amerika.
Kita tahu kerana kita ada di setiap lokasi mereka.
Di bandar ini, pada waktu ini, si bedebah itu.
Hakim Abdullah Jamal.
Sebelum ini bernama Allen Donaldson.
Penagih dadah, pembikin filem porno dan untuk seketika,
jadi penghuni rumah sakit jiwa di Roxbury, Massachusetts.
Dia atasi ketagihan, temui Allah.
Sekarang hajat En. Jamal ialah menyatukan kumpulan radikal Negro
dalam usaha menggulingkan kerajaan kita. Kami mahu menghalangnya.
Biar betul? Awakkah yang pasang pepijat?
Di mana awak letak? Dalam tab mandi?
- Boleh saya cuba? - Cubalah.
Berhampiran jalan raya. Trafik.
Boleh kuatkan bahagian tengah?
Jemput dia. Bert, dari hotel dan…
Asingkan bahagian tengah ke frekuensi tinggi.
Awak pun tahu kita tak nak buat begini, tapi…
Turunkan bunyi bes. Di sini.
Mesyuarat berjalan baik. Ramai yang hadir di New York.
Okey. Sambungkan.
Pan Am 23 keluar dari New York. Dalam 5:00 petang, Jumaat.
- Syukurlah ada… - Jack jurutera audio baru kita.
- Ya. Tiada rancangan lagi. - Dah dapat tugasan?
- Boleh beri saya kopi? - Baik, encik.
Terima kasih.
- Awak dah baca? - Ya.
Saya dah baca.
Karya Paddy Chayefsky.
Dia ada satu lagu, Walt.
Dia suri rumah yang tinggal bersama dua orang dungu.
Shirley MacLaine pasti dapat, siapa peduli?
Watak yang bagus.
Bayaran lumayan.
Ia filem muzikal.
Muzikal Barat.
Tak relevan.
Saya nak buat perubahan.
Apa? Uji bakat?
Logan baik. Dia memang baik, Jean.
Dia bukan Preminger.
- Awak halang saya. - Encik tak boleh masuk ke sana.
Kita tengok di mana orang kulit putih halimunan duduk
- Banyak tempat duduk. - Orang sedang tidur.
Jika di sini? Apa kata dua kerusi ini?
- Semua kerusi ini kosong. - Encik perlu duduk
di tempat yang ditetapkan.
Balu Malcolm X
ditolak ke kerusi kecil di belakang sana
- macam haiwan peliharaan. - Encik…
Dia patut dilayan dengan baik.
Saya dah kata, saya mampu bayar untuk layanan kelas pertama.
Awak akan tercegat dan kata duit saya tak laku?
- Saya tak berminat dengan politik… - Dengar sini.
- Politik berminat dengan kamu! - Ini polisi syarikat penerbangan.
Ini tentang tempat duduk yang wanita itu wajar dapat.
- Tolong duduk. - Saya sanggup bayar.
Saya akan duduk di sini sampai dia dapat.
- Encik, boleh duduk di tempat encik? - Dah duduk.
Maafkan saya.
Kami boleh beri tempat duduk kami.
- Betul tak, Walt? - Tak perlu.
Nama saya Jean.
Saya kenal awak, Jean.
Hati-hati, kulit putih.
Tuan-tuan dan puan-puan,
para penumpang pesawat Pan Am 23 dari New York
- akan keluar melalui Pintu 10. - Itu dia.
Itulah Jamal. Wanita itu pula Betty Shabazz.
Isteri Malcom.
Jamal bersekutu dengan Panther, tapi dia bergerak sendiri.
Dia pengumpul dana. Dia perkenalkan mereka kepada Brando.
Terima kasih memilih Pan Am. Hai.
Kuasa untuk rakyat!
- Kuasa untuk rakyat! - Hitam itu cantik!
- Kuasa untuk rakyat! - Kuasa untuk rakyat!
- Kami akan beritahu. - Boleh ambil gambar?
- Cik Seberg! - Tolong senyum. Terima kasih.
- Saya rasa kita patut… - Hei, lihat sana.
- Hei, Cik Seberg. - Jean.
Bukan idea yang baik, Jean. Mari sini, Jean!
Awak ada kenyataan berkaitan protes terbaru?
Awak beri sumbangan kepada Parti Black Panther?
Awak sokong perjuangan mereka, Cik Seberg?
Boleh beri komen?
- Siapa itu? - Jean Seberg.
Pelakon. Menang pencarian bakat beberapa tahun lalu.
Dia popular di Perancis.
Kenapa dia turut menabik?
Nak dapatkan publisiti percuma.
Siapa tahu?
Mungkin dia suka orang kulit Hitam?
Black Panther?
Itu tindakan bodoh, Jean.
Awak perlu hati-hati dengan pihak media.
Awak tonjolkan kesalahan mereka, mereka akan burukkan awak.
Allah Maha Besar.
Allah Maha Besar.
"Allah Maha Besar."
Apa kenalah dengan mereka ini? Tak mampu beli TV?
- Berehatlah. Saya akan maklumkan. - Allah Maha Besar.
Jika ada sesuatu menarik berlaku, saya akan beritahu awak.
Allah Maha Besar.
- Sejam, okey? - Okey.
Mary pernah tanya di mana awak jika bekerja sepanjang malam?
Isteri anggota FBI takkan tanya.
Hai.
Helo.
Salam sejahtera ke atas kamu.
Awak mesti kurang waras datang ke rumah ini
pada waktu malam, di kejiranan ini, memandu kereta itu.
Dengan rupa itu.
Kawan-kawan awak tak suka saya datang.
Mereka hanya lihat orang kulit putih di kaca TV.
Atau sambil memegang cota.
Saya terfikir kata-kata awak tadi.
Dalam pesawat.
Tentang masalah di negara ini.
Kalau saya tahu akan minum sendirian,
saya akan bawa botol lebih kecil.
Suami awak tak kisah awak memandu di Compton
pada lewat malam?
Suami saya orang Perancis. Saya pasti dia rasa kelakar.
Kalau lepak bersama revolusioner berkulit Hitam?
Saya nak sertai perjuangan kamu. Itu tujuan saya ke sini.
Begini.
Semuanya saling berkait, bukan?
Vietnam? Penindasan terhadap orang kulit Hitam di Amerika?
Wabak sama, penyakit sama, rasisme menjijikkan yang sama.
Bagaimana saya boleh bantu? Bagaimana seseorang boleh mengubahnya?
Fikiran seorang demi seorang.
Jika kita boleh ubah satu fikiran, kita boleh ubah dunia.
Pendidikan mewujudkan pemahaman.
Pemahaman mewujudkan rasa sayang, sayang mewujudkan kesabaran
dan kesabaran mewujudkan perpaduan.
No comments yet. Be the first to leave one.