The first 200 lines.
Subtitle bY VIU Resynced == ANANG KASWANDI ==
Cik Seo, ketua pasukan Webtoon Sunwoo,
telah menyeleweng duit syarikat.
Semasa awak sedang bincangkan...
perjanjian persefahaman dengan Modal Niaga MD,
Saya dapat tahu bahawa awak telah tandatangan kontrak berganda.
Betul?
Untuk kontrak berganda ini pula,
memang Cik Seo telah tandatanganinya.
- Apa? - Biar betul?
- Apa yang sedang berlaku? - Memang dia telah lakukannya?
Namun begitu, Cik Seo...
tidak mengetahui kandungan kontrak tersebut.
Apa maksud awak?
Dia telah bertemu dengan ketua pasukan Modal Niaga MD...
atas arahan saya dan telah tandatangan kontrak tersebut.
Saya akan bertanggungjawab terhadap kontrak berganda itu.
Awak harap kami akan percayakannya?
Bagaimana dia boleh tandatangan tanpa mengetahui isi kandungannya?
Saya sudah cakap yang itu adalah arahan daripada saya.
Jika perlu, saya akan jawab apa sahaja soalan.
Tapi disebabkan saya baru sahaja mengaku melakukan penyelewengan,
jangan apa-apakan mereka yang tidak bersalah.
Adakah awak sedang cuba tutup kesilapan dia?
Saya? Kenapa?
Ada khabar angin yang cakap awak ada hubungan dengan dia.
- Pasti itu sebabnya. - Bukankah itu benar?
- Saya tidak boleh percayakannya. - Biar betul.
- Jadi apa perkara sebenar? - Mereka bercinta.
Jawab pertanyaan saya.
Bukankah itu benar?
Memutuskan untuk hilang segala-galanya kerana cinta.
Itu seperti sesuatu yang akan muncul dalam novel.
Awak tidak rasa begitu?
Disebabkan awak sudah mengaku,
awak tidak boleh mengelak tindakan undang-undang.
Penyelewengan? Apa yang sedang berlaku?
Apa yang sedang berlaku? Sila jelaskannya Encik Hwang.
Saya minta maaf kerana buat awak semua risau.
- Minta maaf sahaja tidak cukup. - Awak perlu jelaskannya.
- Apa semua ini? - Dia yang bertanggungjawab?
- Apa semua ini? - Saya tidak boleh percayakannya.
- Ini sukar dipercayai. - Apa yang kita patut lakukan?
Awak akan buat apa mengenainya?
- Keadaan ini sangat serius. - Saya setuju.
- Kami perlukan penjelasan. - Bagaimana dia boleh buat begitu?
- Saya tidak boleh percayakannya. - Oh Tuhan.
Encik Hwang.
- Mari kita berbincang selepas ini. - Kenapa awak cakap begitu?
Tolong pergi dahulu.
Jadi...
Jadi apa yang awak akan lakukan sekarang?
Tiada sebab untuk awak lakukan ini untuk saya.
Memang saya patut bertanggungjawab...
atas semua perkara yang berkaitan dengan webtoon itu.
Juga, saya rasa lebih baik kita jauhkan diri buat masa sekarang.
Ibu.
Adakah awak sedang balas dendam terhadap Encik Hwang dan Cik Seo?
Apa yang awak dapat daripada lakukan sesuatu seperti ini?
Awak sedang cakap apa?
Awak tuduh saya mereka-reka cerita dan kemudian menuduh mereka?
Seo Yoon.
Kenapa pula saya perlu buat begitu terhadap Encik Hwang?
Ia kerana apa yang telah berlaku pada masa dahulu.
Ia kerana lelaki yang awak suka...
Apa awak cakap?
Saya sedang...
suruh awak hentikannya.
Jika awak teruskannya, saya tidak akan maafkan awak.
Jika saya tidak boleh teruskan bertemu dengan awak...
sambil tertanya-tanya dan rasa curiga...
dengan penipuan apa yang awak beritahu kali ini.
Saya rasa kita patut tamatkan sekarang juga.
Ada sesuatu yang saya perlu beritahu awak hari ini.
Saya akan tunggu di kafe di Seongsu-Dong,
tempat terakhir kita bertemu dalam kehidupan kita yang lalu.
Jangan tunggu saya. Saya minta maaf.
(Jangan tunggu saya. Saya minta maaf.)
- Mereka telah lalui segalanya. - Saya patut hentikan mereka.
Bagaimana awak mahu halang mereka?
- Helo. - Helo, Cik Seo.
Mereka datang secara tiba-tiba dan suruh kami beredar.
Kami tidak dapat halang mereka.
Ada apa-apa masalah dengan kontrak pelaburan itu?
Mereka cakap ia disebabkan perkara itu.
Ada khabar angin mengatakan...
yang Encik Hwang telah lakukan penyelewengan.
- Itu tidak betul. - Betul.
Encik Hwang sangat kaya.
Dia tidak akan buat begitu untuk jumlah yang kecil.
Jika Encik Hwang masuk penjara,
Saya, Kim Pal Do, akan mogok lapar.
Bagaimana seseorang yang makan enam kali sehari mahu mogok lapar?
Awak tidak rasa awak patut mogok terlebih makan?
Saya akan lakukannya.
Awak mahu bantuan untuk bersihkan pejabat awak?
Tidak mengapa. Awak semua boleh sambung kerja.
Mari pergi.
- Mari pergi. - Okey.
Apa yang kita akan lakukan?
Yeong Eun, awak sibuk?
- Saya mahu minta bantuan awak. - Saya baru sahaja mahu telefon.
Saya dengar daripada seorang wartawan kewangan...
yang bos awak telah dituduh mengabaikan tugas.
Saya dengar seseorang dari Webtoon Sunwoo juga ada terlibat.
Adakah mereka dapat maklumat itu...
- daripada Yayasan Perubatan Sejong? - Ya.
Adakah semua ini telah dirancang oleh pengerusi itu?
Baiklah. Mari berjumpa dan bincangkannya dengan teliti.
Ada apa-apa yang boleh saya bantu?
Boleh awak siasat tentang sebuah syarikat bernama Modal Niaga MD?
Saya juga mahu awak siasat tentang seseorang bernama Kim Hyun Su.
Baiklah. Terima kasih.
Masuk.
Cik Seo, adakah awak tidak apa-apa?
Saya harap saya boleh bantu awak.
Dan saya minta maaf.
Kenapa awak minta maaf?
Saya akan minta bantuan awak jika saya perlukannya.
("CEO Farmaseutikal Sunwoo Lakukan Penyelewengan?")
Nampaknya dia akan terus libatkan Cik Seo dalam hal ini.
Adakah saya juga sukakan awak pada masa dahulu?
Ya.
Apa yang berlaku kepada kita?
Kita bercinta? Atau...
adakah kita berkahwin?
Saya tidak pasti. Saya tidak ingat kesemuanya.
Awak rasa ingin tahu?
Sedikit.
Jika hubungan kita berhasil, saya mahu fokus kepada itu.
Tapi saya tidak akan buat begitu.
Saya tidak kisah apa yang berlaku kepada kita dalam kehidupan itu...
kerana perasaan saya terhadap awak masih tidak berubah.
Bagaimana dengan awak?
Adakah ia penting bagi awak?
Kehidupan awak yang lalu?
Saya tidak pasti.
Nampaknya...
Encik Hwang tidak boleh tinggalkan kehidupan dia yang lepas.
Melihatkan dia tidak boleh lepaskannya...
itu maksudnya dia memang tidak akan mampu lepaskannya.
Dan itu pasti sukar untuk awak.
Kehidupan saya sekarang lebih penting bagi saya.
Bazirkan emosi saya dan mengimbau kehidupan saya sebelum ini...
yang saya langsung tidak ingat...
Saya mahu hentikannya sekarang.
Saya akan pulangkan gambar dan fail yang awak beri kepada saya dahulu.
Bila kita boleh bertemu?
Ya, ibu.
Do Gyum. Oh Tuhan.
Ibu, apa masalahnya?
Hyeon Ju mungkin akan dipenjarakan.
Ia juga sudah berada dalam artikel berita.
Apa?
Jika saya buat wanita saya cinta menderita dalam tiga kehidupan,
adakah kali keempat akan berbeza?
Itu bukannya cinta. Itu menyayangi diri sendiri.
Dan sebenarnya,
awak telah sakiti dia sekali lagi.
Saya mesti bertemu dengan Pengerusi Kim.
Berdasarkan ini, selepas Cik Seo tandatanganinya,
sehingga dia tiba di sini, kontrak itu...
pasti berada dalam simpanan dia.
Jadi mungkinkah...
Kim Hyun Su menukar kontrak itu selepas dia tandatanganinya?
Pasti Encik Kim berada di sebalik semua ini.
Saya sudah agak. Saya memang tidak sukakan dia.
Saya juga begitu.
Selepas menukar surat perjanjian itu,
dia telah berikan kontrak itu kepada saya secara peribadi.
Itu satu kemungkinan besar. Saya harus pergi ke Modal Niaga MD...
dan siasat apa yang telah berlaku tengah hari tadi.
Awak akan pergi bersendirian?
Helo? Okey. Baiklah.
Sila tunggu sebentar.
Cik Seo.
Ibu bapa awak berada di lobi syarikat kita sekarang.
Apa?
Kenapa dia lambat sangat?
Maafkan saya. Boleh kami naik ke atas?
Sila tunggu sebentar.
Ibu.
Hei, Hyeon Ju.
Jika awak perlukan duit, awak sepatutnya cakap dengan kami.
Bagaimana awak boleh seleweng dana syarikat awak?
Itu berita palsu, bukan? Kenapa awak curi duit orang lain?
Saya tidak buat begitu. Tidak mungkin.
Ibu Yeong Eun telah melihatnya dalam berita.
Dia cakap awak mungkin masuk penjara.
Tidak.
Hyeon Ju.
- Oh Tuhan. - Baguslah awak di sini, Do Gyum.
Apa yang kita akan lakukan dengan dia?
Dia akan dipenjarakan sebelum berkahwin.
Itu tidak akan berlaku. Jangan risau, ibu.
Jadi, kenapa ada artikel seperti itu?
Ia seperti awak dan Encik Hwang telah merancangnya bersama-sama.
Saya tidak pernah mencuri daripada orang lain.
Dan Encik Hwang juga begitu.
Saya akan telefon selepas saya uruskan. Awak patut pulang.
No comments yet. Be the first to leave one.