Release info

우아한-친구들-Graceful-Friends E07 iQIYI NEXT
A Commentary by ANANG2196
Graceful-Friends.E07.NEXT.iQIYI

Tags

other
Published on: 2020-08-01
Downloads: 9
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

[Rancangan ini disediakan dengan sari kata BM]

[Nama, perniagaan, tempat dan kejadian yang disebutkan di sini adalah rekaan.]

- Hei. - Bunuh saja saya!

Kenapa? Apa yang saya akan dapat kalau saya bunuh awak?

Awak dah banyak menyusahkan saya.

Tak bolehkah awak lepaskan saya sekarang?

- Saya merayu. - Saya kata saya akan lepaskan awak.

Kalau awak tipu dia untuk kali terakhir,

saya kata saya akan lepaskan awak walaupun awak tak nak.

Fikirlah tentang adik-beradik awak yang bergantung harap pada awak.

Ini kali terakhir.

Okey. Kang Ji-uk...

Ibunya sangat kaya.

Kalau awak beri saya gambar awak dan dia tidur bersama malam ini,

saya takkan paksa awak buat begini lagi.

Janji.

Nampak sedap.

Rasa macam baru semalam.

Bagaimana sudah 20 tahun berlalu?

Tak sangka betul.

Apa maksud awak? Awak nampak sama macam di kolej.

Awak nampak lebih cantik.

Awak macam tomato ceri ini.

Awak masih nampak macam berusia 20-an.

Bagaimana awak begitu tegap dan kurus?

Saya tak dapat bersenam kebelakangan ini.

Tapi otot saya besar, jadi...

Tali kasut saya tak diikat.

Sama macam masa di kolej?

- Duduk. - Awak memang mengarut.

Awak nampak macam semakin muda.

Adakah awak mengisar eliksir

untuk sarapan?

Bagaimana awak nampak lebih muda daripada semasa di kolej?

Nampak macam awak yang makan eliksir.

- Apa? - Sejujurnya,

awak nampak lebih muda dan kacak berbanding semasa di kolej.

Apa? Yakah?

Saya tak makan vitamin pun.

Mungkin ia dalam gen saya.

Tolonglah.

Orang sangka awak canselor sekolah di kolej.

Awak tak makan vitamin, tapi awak makan pil prostat.

Biar betul.

Apa pun, apa yang berlaku?

Kenapa awak di sini?

Kenapa? Tak bolehkah?

Sudah tentu boleh.

Saya tertanya-tanya macam mana awak boleh

membeli bar ini.

Hei. Inilah yang dinamakan takdir, dungu.

Betul tak?

Takdir? Ketentuanlah!

Ia ketentuan ajaib yang diberikan kepada kita dari atas!

Betul cakap awak.

Saya nak beli sebuah bar

dan saya dapati diri saya dibawa ke sini.

Mungkin saya terlalu rindukan kamu berempat

sehingga Tuhan rasa terharu.

- Antara keempat-empat... - Inikah yang awak mahukan?

Apa maksud awak?

Sebab awak pinjam duit daripada saya.

Itukah maksud awak?

Bukanlah. Saya pun tak tahu.

Jangan buat-buat tak tahu.

Jangan cepat buat kesimpulan.

Bukan begitu, tak guna.

Jadi? Apa awak nak buat sekarang?

Tentang apa?

Macam mana kalau Jeong-hae dapat tahu

Hae-suk guna duit yang awak pinjamkan untuk buka bar berdekatan rumah awak?

Apa rancangan awak?

Saya patut beritahu dia perkara sebenar sebelum dia salah faham.

Saya tak fikir ia semudah itu.

Masalah serius

menjadi mudah jika awak fikir tentangnya dengan mudah.

Boleh. Masalah biasa pun

jadi serius kalau awak fikir tentangnya dengan serius.

Jeong-hae.

Keadaan dia kritikal.

Ke tepi!

Jeong-hae. Bangun.

Ya?

Saya lapar.

Kamu nak mak sediakan sesuatu?

Mak?

Mak, mi ini sangat kenyal, bukan?

Ya, betul.

Ada rahsiakah?

Tentulah ada.

Tambah perasa ke dalam air, rebus selama empat minit,

kemudian, masukkan mi dengan beberapa titis cuka.

Kemudian, mi akan jadi lebih kenyal

yang membuat teksturnya lebih bagus dan rasanya lebih sedap.

Begitu.

Macam mana kamu tahu?

Saya belajar di Internet.

Ada seorang lelaki bernama Cef Romantik

dan dia boleh masak semuanya

sama seperti ayah.

Yakah?

Sedapnya. Makanlah.

Okey.

Bila bar awak akan dibuka?

Dalam masa dua hari.

Ia tak jauh dari sini.

Betul.

Saya risau sebab saya tak kenal ramai orang.

Boleh kamu datang dan meningkatkan perniagaan saya?

Sudah tentu.

Awak tak perlu panggil orang lain.

Kami akan datang, minum sepanjang malam

dan tingkatkan perniagaan awak, jadi jangan risau.

- Yakah? - Ya! Pada hari itu,

kami patut minum beberapa botol minuman keras. Awak ada wiski?

Sudah tentu ada.

Aduhai, budak ini. Dia memang sukar dipercayai.

Awak selalu buat kami bayar walaupun hanya untuk soju dan bir,

tapi, awak nak beli botol minuman keras?

Hei, kawan. Lelaki patut tahu bila perlu berbelanja dan berjimat.

Saya menunggu hari begini untuk habiskan duit saya,

meminjam daripada awak walaupun awak mengkritik.

Hae-suk, pastikan awak sediakan dua hingga tiga botol minuman keras.

Awak seriuskah, Chun-bok?

Aduhai! Terima kasih banyak.

Tak perlu berterima kasih pada saya.

Awak perlukan bantuan lain?

Saya perlukan banyak bantuan.

Saya akan terus minta bantuan awak semasa saya berniaga.

Saya beritahu awal-awal.

Okey.

Ya, sebab inilah Hae-suk berpindah lebih dekat dengan kita.

Sudah tentu.

Boleh saya harapkan kamu semua yang selalu minum minuman denda saya?

Ya, sudah tentu!

Minumlah. Minum.

Adakah ini benar?

Saya tak percaya Hae-suk ada di O.W. Tak masuk akal.

Betul. Saya masih tak percaya.

Kita baru saja bersama Hae-suk, bukan?

Sedarlah, semua.

Kamu dah lupakah perangai dia?

Kamu rasa masuk akalkah

dia biarkan takdir membawa dia ke sini?

Habis itu? Maksud awak,

Hae-suk datang ke sini untuk menipu kita?

Mungkin juga.

Sebab itulah kita perlu bersedia dan berhati-hati.

Saya tak perlu berhati-hati.

Saya tak ada apa yang dia boleh ambil pun.

Saya hanya ada dua benda saya dan ia tak berfungsi dengan baik.

Kalau awak cakap begitu, saya sama macam awak.

Orang kaya saja yang ditipu.

- Sudah tentu. - Kita tak perlu risau lagi

- memandangkan kita tak ada apa-apa. - Betul.

Tapi, awak cakap awak akan beli arak dan tingkatkan perniagaan dia?

Aduhai.

Ada apa-apa yang awak nak cakap tentang situasi ini?

Tidak.

Hei, kamu semua perlu berlaku adil.

Kita hanya dibenarkan pergi ke bar dia pada hari Khamis apabila berkumpul.

Okey? Kalau pergi ke sana sendirian, itu curang namanya.

- Okey? - Okey, saya sangat setuju.

Kamu berdua boleh ke sana bila-bila saja. Saya takkan halang kamu.

Apa maksud awak? Kita kawan.

Kalau nak pergi, pergi bersama. Kalau tak pergi, kita semua jangan pergi.

- Setuju! - Kumpulkan tangan. Sekarang.

Marilah.

Menyakitkan hati betul.

Perlukah kita buat begini?

Kita tak percayakan satu sama lain?

Berhenti merungut.

Okey, cakap sama-sama. Untuk berlaku adil.

Berlaku adil!

Macam mana dengan mendaki?

Gung-cheol.

Sayang?

Hei, Jeong-hae.

Kenapa awak terlalu banyak berfikir?

Yakah?

Dah lama saya tak pergi mendaki, jadi tentu saya penat.

Apa awak cakap tadi?

Saya tanya jika awak seronok mendaki gunung.

Tentulah. Macam mana dengan golf?

Bagus.

Saya patut mendaki gunung dengan lebih kerap sekarang.

Tentu saya dah dapat tenaga gunung itu.

Badan saya rasa sangat panas.

[Gung-cheol, saya sangat gembira saya jumpa awak lagi.]

[Mari kita lupakan masa lalu dan selesa antara satu sama lain.]

Tak guna betul. Kita baru ucap selamat tinggal.

Kenapa mereka hantar mesej pada lewat malam begini?

Betul.

Nampak macam bar itu dibuka semula.

Yakah?

Jeong-hae, saya berpeluh. Biar saya mandi dulu.

Aduhai.

Tapi, awak cakap awak tak gembira macam saya.

[Dalam Perasaan Ingin Bercinta, Diarahkan oleh Ahn Gung-cheol]

Sedia, sedia, mula.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left