The first 195 lines.
Perdana Menteri kembali menyakinkan masyarakat bahawa
tiada rakyat di negara ini yang akan tidur kelaparan.
Dan semua orang akan memiliki tempat tinggal.
Itu kesimpulan berita utama hari ini.
Dan sekarang mengenai berita panas.
Buaya darat, Dev Karan Singh yang namanya
dikaitkan dengan wanita terkenal seperti Sushmita Rai,
Madhuri Tandon, Urmila Kapoor, dan ramai lagi
telah bercadang untuk berkahwin.
Dan bakal isterinya adalah anak
Pratap Rai Singhania. Seorang peniaga terkenal.
Dan dengan bangga kami tampilkan En. Singhania
di studio kami hari ini.
Mari kita dengar secara langsung dari dia.
En. Singhania, betulkah anak awak akan berkahwin
dengan En. Dev Karan Singh?
Tapi En. Singhania, Awak dah tahu perangainya?
Itu masa dulu.
Sekarang Dev sudah berubah
sebab dia akan menjadi menantu saya.
Dia kini sedang menyelesaikan urusan bisnes antarabangsa.
- Di mana? - Singapura.
Kecantikan bagai bulan, dan keremajaan bagai bunga teratai.
Setelah melihat awak, saya ingin luahkan puisi indah.
Badan langsing ini diukir dari marmar.
Awak kelihatan seperti Taj Mahal.
Hadirin sekalian, ini hari terakhir
Festival Budaya Asia yang diadakan di Singapura,
saya minta En. Wong untuk mengumumkan nama pemenang.
En. Wong, sila umumkan nama pemenang.
Dan pemenangnya ialah Cik Priya Verma dari India.
Terima kasih.
Dengan anugerah ini, awak memenangi tiket percuma.
Awak boleh belayar dari Singapura ke Bombay, dengan penaja kami,
Kapal Persiaran Sun.
Kami berharap ini akan menjadi perlancongan
yang paling mengagumkan dalam hidup awak.
Terima kasih.
- Selamat datang. - Hai.
Saya mengalu-alukan awak di Kapal Persiaran Sun.
- Terima kasih banyak. - Selamat datang.
Sepanjang hidup, saya tak pernah merasa seperti ini.
Setelah melihat awak, saya merasa awak seutas tali
yang mengikat saya sebagai seluar dalam.
Apa awak cakap? Awak sangat pelik.
Awak meluahkan puisi dan bukan meminta maaf.
Awak telah menaklukkan harimau, sayang. Katakanlah.
Bila awak akan menjadi Ratu burung kakak tua ini?
Jangan sentuh saya, monyet berwarna.
Mari ikut saya.
- Baik, puan. - Bodoh!
Apa berlaku?
Tahniah, ibu Popat.
- Kenapa? - Ibu dah ada menantu.
Dan saya telah menemui ratu impian.
Mulakan persiapan perkahwinan.
Hari ini ibu sangat gembira.
Popatlal, hari ini ibu sangat gembira.
Dev, ayah saya, datuk saya.
Boleh bertanya mengapa awak perlu menghabiskan 10 hari
naik kapal sedangkan hanya setengah jam dengan kapal terbang?
Ikut suka sayalah.
Dev. Dev.
Kedegilan awak akan menggadaikan
rumah dan kereta.
Pakaian awak juga akan digadaikan.
Baki bank awak kosong dan awak akan berhutang.
- Hai. - Selamat tinggal.
Dev, perbaiki diri.
Hentikan kebodohan ini.
Kahwinlah dengan anak Singhania.
Awak akan menjadi kaya.
Saya sedang bercakap. Kenapa pandang sana?
Tolong hentikan kebodohan ini.
Atau pemiutang akan melahap kita hidup-hidup.
Jangan naik kapal ini.
Naik kapal terbang dan terus ke Mumbai.
Orang ramai menanti awak di sana. Tolonglah.
Nattu, saya akan mengahwini anak Singhania.
- Terima kasih. - Tapi saya kena minta restu nenek
sebelum berkahwin.
Dan tiada kapal terbang menuju rumah nenek.
- Saya cuma boleh naik kapal. - Saya tahu.
Tapi ayah dan bakal isteri menanti awak di lapangan terbang
dengan sejambak bunga.
Akan ada parti malam ini. Saya nak cakap apa?
- Cakap saja... - Hai, Dev.
Hai.
- Apa khabar? - Saya baik saja.
Dev, awak dah lupakan saya.
Saya tak lupakan awak, Meena.
Saya bukan Meena. Tapi Deepa.
Ya, Deepa. Deepa Sharma.
Bukan Deepa Sharma. Tapi Deepa Mehta.
Tak kira Sharma atau Mehta. Awak bagai api, sayang.
Awak bagai api.
Dan sekarang saya rasa terbakar.
Ayuh, bakarlah saya.
Tidak.
Tidak.
Saya dah simpan bagasi.
- Selamat bergembira. - Terima kasih banyak.
Panasnya.
Hai, saya Cik Lovelina.
Saya nak dijemput untuk makan malam dan sarapan.
Dan jika mahu, saya boleh kembali untuk makan tengah hari.
Mari minum bersama petang nanti. Pasti seronok.
Diam, tua bangka. Saya tak bercakap dengan awak.
Dev, tolong beritahu.
Saya sebenarnya berpuasa.
Saya tak boleh makan dan minum, Kakak Lovelina.
Kakak? Kejamnya.
Jadi boleh kita minum teh?
Si tua bangka.
Bagus. Sangat bagus.
- Mana saya nak letak? - Letak di sini saja.
- Baik. - Siapa nama awak?
Rupesh Ghayal.
En. Ghayal, ambil ini.
- Terima kasih. - Sama-sama.
Penatnya.
Nampaknya ada mangsa di sini.
Wah.
Selamat pagi.
Saya tak tahu yang
penumpang kelas pertama juga diberi layanan khas.
Nama saya Dev Karan Singh.
Awak boleh panggil saya Dev.
Tak kisahlah Dev atau Mahadev.
Awak buat apa di kabin saya? Keluar.
- Keluar sekarang. - Tunggu dulu.
Ada yang pernah cakap mata awak sangat cantik?
Helo, sekuriti.
Cepat ke sini.
Ada penyangak masuk dalam bilik saya. Cepat.
Awak nak buat apa?
Jangan dekat.
Jangan dekat, atau saya menjerit.
Pakai kot ini.
Jika tuala awak terlucut di hadapan sekuriti,
mereka akan lupa tugas mereka.
Dan demi Tuhan, saya akan sangat gembira.
Awak...
Sila masuk.
Mana penyangak? Mana pencuri?
Di mana dia? Beritahulah.
pencuri diliputi dalam selimut.
Cik, mari keluar.
Bodoh, usir dia. Ini kabin saya.
Bukan. Ini kabin saya.
- Ini kabin saya. - Tunggu.
Saya akan putuskannya.
Di mana tiketnya?
Ini.
Siapa di antara kamu Dev Karan Singh?
- Saya. - Jadi ini kabin awak.
Letakkan selimut. Bawa barang awak.
Pergi ke kabin awak.
Kabin awak 21B, di tingkat 2.
- Maafkan saya. - Salah bilik.
Minta maaf kepadanya.
Hei, saya yang bersalah.
Tak perlu minta maaf.
Dan jika awak nak, awak boleh tinggal sini.
Betulkah?
- Terima kasih banyak. - Tiada masalah.
Ini satu penghormatan.
Awak tidur di katil dan saya di sofa.
Apa?
Apa maksud awak? Katil dan sofa?
- Kita berdua tidur di sofa. - Jangan sentuh saya.
Jahat!
Setidaknya beritahu nama awak sebelum pergi.
Dia ingat dia siapa?
Masalah sudah bermula.
Dev telah menemui mangsanya.
Lihat, gadis itu sangat cantik.
Hei, menantu. Masih ingat pada saya?
Saya ibu Popat.
Awak mahu minum?
Pertama, saya bukan menantu awak.
Dan kedua, saya tak minum. Gemuk!
Selamat pagi.
Dan pagi ini indah.
Hei. Kenapa lif ini berhenti?
Pak Cik Murlidhar.
Pak Cik Murlidhar? Kapten kapal ini?
Bukan hanya di kapal ini, tapi Kapten dunia ini.
Dunia berputar atas arahan saya.
Dan Murlidhar Kishen Kanhaiya
terus mempertemukan kita...
agar kita boleh saling mengenal.
Bukan itu sahaja, kita mesti bersatu.
Jangan sentuh saya.
Saya sangat kenal awak.
No comments yet. Be the first to leave one.