The first 200 lines.
SIRI ASLI NETFLIX
Halaman 43, bahagian tujuh.
Kami nak penjelasan.
Bahagian tujuh ada kaitan dengan langkah penilaian...
"Langkah penilaian."
Kita sedang bercakap tentang piawaian prestasi.
Yang itu jangan usik. Jika tidak...
Ia perlu dikeluarkan.
- Pihak pentadbiran nak sangat. - Buang masa saja.
Saya boleh kurangkan kekerapan ujian, tapi...
Itu takkan beri apa-apa perubahan. Ia memang jelas.
Tunggu sekejap. Tak salah kalau kita dengar dulu.
Frank, apa rancangan awak?
Ubah artikel empat.
Tolong beri artikel empat.
Kita buat setiap tiga tahun berbanding dua tahun.
Frank, untuk kita mempertimbangkan ujian...
Marty, kita tak boleh berunding tentang selang masa.
Kalau kita nak buat,
ia tak boleh lebih daripada lima tahun.
Lima tahun itu agak lama, tapi jika awak nak buat...
- Marty. - Nanti dulu. Bukan itu saja.
Bekas guru akan dikecualikan
jika mereka ada rekod cemerlang dengan pelajar.
Maafkan saya.
Corey, boleh awak ambil alih?
Baiklah, artikel empat, dari segi pengecualian...
Dah lama saya minta ia dirobohkan.
Ia teruk dan ia memalukan daerah ini,
tapi Frank Underwood masih lagi
mahu memperjuangkannya.
Jika bukan kerana dia, dah lama Peachoid ini digantikan.
TRAGEDI REMAJA Pentadbir daerah salahkan ahli Kongres
Jessica Masters juga pasti masih hidup.
Pihak kongres perlu bertanggungjawab atas tragedi ini.
Apa sebenarnya yang berlaku?
Seorang gadis berusia 17 tahun
kemalangan ketika hantar mesej pada teman lelakinya dan dia tulis,
"Peachoid itu nampak macam..."
- Kemudian dia hilang kawalan. - Oh Tuhan.
Oren buat kecoh dalam akhbar tempatan.
Dia hasut ibu bapa gadis itu untuk saman Gaffney.
Saman Gaffney? Itu bidang kuasa dia sendiri.
Lebih baik korbankan Gaffney daripada heret tuan dalam kes ini.
Dia mahu kerusi saya lagi.
Dia tak serik-serik lagikah?
Ia adalah satu kempen untuk memburukkan nama tuan.
- Dia nak gulingkan tuan. - Dengan cara ini?
Ia cuma buah pic.
Biar dia malukan dirinya sendiri.
Tak, dia akan memalukan tuan.
Jika dia buat dengan betul
dan dapat liputan negara...
Liputan negara? Ia satu jenaka.
Tuan akan menjadi mangsa.
Kita tak boleh ada masalah sekarang
sebab tuan dah jadi tumpuan dalam kes rang pendidikan.
Perkara ini dah beri saya banyak masalah.
- Saya tahu. - Nak hubungi siapa? Ibu bapa dia?
Panggilan telefon tak cukup. Tuan perlu ke sana.
Boleh tunggu sehingga Isnin?
Jika kita buat sekarang, masalah akan beres cepat.
Kalau tunggu hari Isnin,
tak tahulah berapa buruk kesannya pada kita.
Saya tak boleh ke Gaffney. Kesatuan baru saja...
- Kita tangguhkan. - Mereka pasti marah.
Marty pasti faham, okey? Dia akan terangkan pada mereka.
Mereka patut faham dan terima
bahawa saya terpaksa bangun dari meja rundingan
sebab pentadbir daerah mahu...
Maaf sebab mencelah, tapi ini bukan tentang Oren saja.
Ia tentang ibu bapa dia.
Fikirlah kalau tuan kena saman nanti.
Macam mana kalau tuan perlu beri keterangan?
Sepina, deposisi.
Kalau tuan perlu naik mahkamah, lupakan saja tentang rang pendidikan itu.
Kita tak boleh abaikan hal ini.
Saya benci betul benda remeh begini.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Apa namanya? Pic apa?
Peachoid.
Ia sebuah menara air gergasi yang berbentuk seperti buah pic.
Amboi.
Saya baru Google. "Peachoid."
Dia baru 17 tahun, Linda.
Betul. Saya minta maaf.
- Saya perlukan seminggu lagi. - Tak boleh.
Presiden berucap pada hari Selasa. Kita dah umumkan.
Kita boleh tangguhkan ucapan itu.
Kita kena tunjukkan perkembangan pendidikan.
100 hari pertama hampir berakhir.
Kalau kita tangguhkan, orang ingat kita tak buat kerja.
Baiklah, saya akan buat sesuatu. Terima kasih, Linda.
Frank, mereka berdua adalah wakil kesatuan guru terbesar dalam negara.
Saya faham.
Mereka terbang ke sini pada hujung minggu.
Doug akan mengetuainya. Kongres Phillips...
Mereka datang untuk jumpa awak, Frank. Awak yang uruskan rang ini.
Letak dalam beg lain. Saya akan terus berhubung.
Kalau ada masalah, telefon saja saya.
Dokumen ini ada 300 halaman. Kami perlukan awak.
Kalau boleh saya nak sertai, tapi ini daerah pentadbiran saya.
Marty, berilah muka sikit.
Semuanya akan beres.
Kita dah lama kenal.
Pernahkah saya kecewakan awak?
- Tak pernah. - Saya takkan kecewakan awak.
Helo?
Program Baru Menyasarkan Isu Air
54% PENYAKIT BERPUNCA DARI BEKALAN AIR TAK DIRAWAT
- Gillian? - Claire.
Gembira akhirnya dapat jumpa awak.
Saya tak berapa sihat. Saya tak nak awak berjangkit.
- Jika awak sakit, kita boleh... - Saya tak apa-apa.
Cuma selesema.
- Terima kasih sebab datang. - Dah tentu.
Bolah kita berbual di pejabat saya?
Gambar-gambar ini sangat cantik.
Terima kasih. Adam Galloway yang tangkap gambar ini.
- Pernah dengar tentang dia? - Tak pernah.
Saya jumpa dia di Whitney Biennial beberapa tahun lalu
dan saya upah dia.
Dia baru saja buat pameran di PS1.
Saya tak tahu tentang dunia seni.
Tak apalah. Kita bukan nak cakap tentang fotografi.
Pejabat saya di sini.
Jika ada sebarang masalah, hubungi saya.
- Baiklah. - Gene Clancy tahu saya nak datang?
- Saya baru bercakap dengan dia. - Pergi uruskan.
Penerbangan tuan berlepas dalam 55 minit.
Ed akan mengiringi tuan.
Di mana Steve?
Dia cuti sakit sejam yang lalu.
- Saya akan ganti dia. - Siapa nama awak?
- Edward apa? - Meechum.
Awak boleh pandu laju, Meechum?
- Awak nak bercakap dengan saya? - Masuklah, Zoe.
Ini Puan Tilden, pemilik...
Dia tahu siapa saya.
Puan Tilden suka artikel awak tentang Catherine Durant.
Taklah.
Saya suka sangat.
Sangat mendalam, tak ada kompromi.
Biasanya saya tak baca artikel sebelum ia dicetak,
tapi Cathy kawan saya.
Macam mana awak tahu dia akan dicalonkan?
- Puan nak tahu sumber saya? - Tom kata awak tak nak beritahu.
Saya tak beritahu sesiapa.
Saya pemilik akhbar ini.
Saya memang bersyukur dapat bekerja di sini.
Jadi awak tak nak beritahu saya juga.
Apa yang puan mahu, sumber atau integriti saya?
Tom.
Letak artikel Zoe di muka depan edisi hari Ahad.
Saya akan fikirkan.
Fikirlah sebanyak mana yang awak mahu.
Kemudian letak di muka depan.
Saya bekerja keras untuk membangunkan WorldWell.
Enam tahun lalu, yang ada cuma saya dan sebuah komputer.
Saya faham.
Saya terpaksa buat kerja sambilan untuk membayar sewa.
Ia sangat bermakna. Awak tak nak lepaskannya.
Saya cuma...
Awak tak perlu buat begitu, Gillian.
Saya cuma nak awak kembangkan apa yang telah dibina.
- Saya dengar, awak pecat ramai pekerja. - Ya.
Saya rasa risau.
Saya biarkan mereka pergi untuk beri ruang kepada awak.
Saya rasa, saya tak berapa sesuai di sini.
Sejujurnya, saya rasa tak selesa
bekerja dengan orang yang mengupah jurugambar terkenal
sedangkan saya tak mampu beri tambang bas untuk sukarelawan saya.
Awak kenal Nicky Hemler?
Tak kenal.
Nicky adalah pemilik salah satu galeri terbesar di Chelsea.
Dia teringin sangat nak buat pameran Adam Galloway.
Saya kenalkan Adam pada dia dan sebagai balasan
dia menyumbang hampir 40 ribu dolar setahun kepada IAB.
Wang tersebut disalurkan kepada kajian pelaksanaan,
usaha melobi, penyelidikan.
WorldWell boleh dapat manfaat daripada wang itu, Gillian...
dan kami boleh dapat manfaat daripada kepakaran awak.
Boleh saya fikir dulu?
Dah tentu.
Kita tak perlu terburu-buru.
Saya membesar di sini, di kawasan perkampungan.
Kitab Bible, barbeku dan selalu naik kuda.
Kawasan di sini memang tak berapa elok pun.
Udaranya, penduduknya, termasuklah saya sekali.
Saya cuba datang ke sini sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Setiap kali datang, saya akan ingat sejauh mana pencapaian saya.
Ketika saya kecil dan miskin, saya memang benci Gaffney.
Tapi sekarang, saya semakin menghargainya.
Ia kurang sesak berbanding dulu,
kecuali bila saya terpaksa uruskan benda karut yang buat saya gila.
- Belok kiri di Laluan Satu... - Jangan dengar cakap dia.
- Saya tahu jalan. - Baik, tuan.
Kita tak ada duit, Frank.
Kos guaman saja boleh buat kita muflis.
Bagaimana dengan pampasan?
No comments yet. Be the first to leave one.