DOTA: Dragon's Blood

DOTA: Dragon's Blood

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Dota Dragons Blood S01 NF WEB-DL Complete
A Commentary by ShasyaLala
Netflix Retail.

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Published on: 2021-03-25
Downloads: 20
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 136 lines.

SEBUAH ANIME ASLI NETFLIX

Pada asal kejadian alam, hanya ada Minda Primordium.

Daripada Minda ini, terwujudlah segala ciptaan.

Bintang, planet, kehidupan dan kematian.

Tetapi lambat-laun, Minda itu sendiri telah berpecah.

Dua serpihan, Radiant dan Dire, pemikiran dan tindakan,

bertempur merebutkan ciptaan dengan kebuasan tiada tandingan.

Lalu terjadilah Kebinasaan Tidak Terhingga.

Para raja, para ratu.

Dewa-dewi, raksasa dan jembalang.

Kesemuanya mencari kebijaksanaan daripada Minda Primordium yang berkecai

serta kuasa daripada kegilaannya yang tidak terperi.

Namun di dalam penjaranya di Foulfell,

iblis Terrorblade memerhati kebinasaan itu dan menemui Hakiki.

Terrorblade menemui Ilham.

Menyatukan pemikiran dan tindakan.

Merombak semula kejadian alam mengikut kehendaknya yang keji.

PESANAN GURUH

Bram.

Apa bendalah yang dia buat?

Kenapa dia tak bunuh saja benda itu?

Diam. Tengok sajalah.

Ia takkan keluarlah.

Ia mesti keluar.

Kerja gila, bodoh…

Nak buat macam mana?

- Binatang tak guna. - Hei!

- Awak hina buruan saya, saya bunuh awak. - Hina buruan awak?

Benda ini bunuh empat orang saya dan mencederakan lima orang lagi.

Oh, Tuhan! Ada lagi seekor!

Baru menetas. Dah mati.

- Baru menetas. Maknanya tak bahaya pun. - Jangan celopar sangat.

Seluruh sarang ini dah musnah.

Ia saling membunuh. Seolah-olah semuanya jadi gila serentak.

Seolah-olah ia hilang akal lalu mengamuk pada masa yang sama.

Anak naga baru menetas yang gila? Ya, masalah kecil saja.

Ada ruang belakang sarang ini.

Bram.

- Ini digali Naga Eldwyrm. - Sedang tidur.

Mana awak tahu?

- Sebab kita tak mati lagi. - Baik, jadi ia tidur.

Baguslah begitu.

Ini peluang kita. Kita boleh bunuh binatang itu.

Tidak. Sekarang kita hanya berdoa ia tak terjaga.

Jadi bila kita akan datang balik untuk tuntut buruan besar kita?

"Tuntut buruan besar"?

Awak tahu tak berapa ramai Kesateria Naga

pernah jumpa "buruan besar" yang masih ada api dalam perutnya?

Atau benda lain selain api. Lain naga, lain jenisnya.

- Bram. - Seorang. Seorang saja!

Maknanya awak takut.

Kita pergi Kubu Naga esok pagi. Minta nasihat dan dapatkan bantuan.

Tapi malam ini, saya mahu berseronok sebab saya masih hidup lagi.

Awak pun patut begitu. Lebih-lebih lagi awak.

Pengecut.

Semua orang ini meraikan awak.

Meraikan itu sebenarnya.

Pagi tadi mereka ketakutan, malam ini mereka rasa selamat.

Saya hanya membawa hadiah kemenangan mereka saja.

- Davion! - Davion!

Bukan meraikan awak konon.

Yalah, mungkin ada sedikit untuk saya.

Ayah awak tentera awam di pekan.

- Betul, tuan. - Dia memang sangat berani.

Awak pun nampak tak kurang berani juga.

Macam dia.

Ambil ini. Awak simpan ini. Ini taring naga.

Saya pun ada. Tengok?

Apabila awak dah besar dan bersedia, bawa taring itu ke Kubu Naga.

Mereka tahu apa yang perlu dibuat.

Saya akan bunuh raksasa juga satu hari nanti. Macam ayah saya.

Macam ayah awak.

Davion meloncat ke kiri, dia meloncat ke kanan.

Dia menunduk dan melompat sambil raksasa itu menerkam!

Akhirnya ia mengakui kekalahannya dan terus lari masuk perut bumi!

Davion mengekorinya.

Di sana, dalam keadaan gelap-gelita, dia menyembelih naga itu seorang diri!

Apabila kami menemui dia, dia berlumuran darah hitam yang hamis

dan dia berkata, "Malam ini kita kenduri! Malam ini, kita minum sampai puas!

Kampung ini sudah selamat!"

Saya juga ada memainkan peranan.

Dia tentu dah mati seratus kali kalau bukan sebab saya.

- Seratus kali? - Seratus kali paling kurang.

Paling kurang!

Jangan risau. Saya mahu tambah minuman semua orang.

- Pelayan, tambah minuman lagi. - Maaf.

Saya yang datang dulu.

Maaf, saya mabuk sikit. Saya tak nampak awak tadi.

- Layan dia dulu. - Terima kasih.

Beri Icewrack putih.

Dua gelas, beri sejuk, jangan terlalu keras.

Dua crown .

- Busuknya! Ini suam saja. - Itu bir. Itu saja yang kami ada.

Cukup lembap, masam dan keras sampai boleh potong kepala beruang.

- Bau macam mak saya. - Tapi…

- Dua crown . - Untuk ini?

- Saya belanja Icewrack putih dia. - Kalau begitu, percuma sajalah.

Kejap. Kalau saya pesan, harga dua crown . Tapi kalau dia pesan, tak payah bayar.

Mestilah. Dia Davion, Kesateria Naga!

Dia bunuh naga!

- Dia yang bunuh naga ini! - Serta naga lain juga.

Ya, mesti banyak naga lain.

Tapi awak tinggalkan yang paling besar dalam perut bumi itu!

- Awak tak sebut tentang itu pun. - Awak dah mabuk.

Ceritalah kepada perempuan itu.

Ceritalah bagaimana awak melarikan diri dengan penuh berani.

Kalau awak bukan hanya cakap tak serupa bikin,

- awak patut dah bunuh naga itu! - Dengar sini, bodoh.

Seorang saja tak boleh bunuh Naga Eldwyrm, baik 10 orang mahupun 20 orang.

Sesiapa yang cuba memang bodoh.

Kalau raksasa itu dikejutkan, bala akan menimpa ribuan orang.

Biar naga itu tidur.

Sekarang baik awak pergi berambus, saya sedang cakap dengan cik…

- Alamak. - Dia pun setuju awak memang pengecut.

Icewrack putih.

Ia memang suam macam itu.

- Kedai minum manusia, ya? - Tak layak pun.

Ini bukan tempat pertemuan neutral.

Saya tahu awak lebih suka jumpa di lorong gelap atau lereng bukit.

- Bolehlah awak rompak saya. - Rompak awak?

Jejak benda berharga untuk orang kaya lebih untung daripada mencuri.

Beri teratai saya.

Itu teratai Selemene. Teratai si perampas takhta.

Saya tak peduli.

- Saya hanya mahukannya sekarang. - Teratai itu tak ada dengan saya.

Yang ada hanya sepotong nama. Pergi Pasar Gelap di Haupstadt.

Cari Nikdo. Dia akan uruskannya.

- Awak janji mahu bawa teratai. - Saya janji mahu beritahu tempatnya.

- Sekarang, upah saya. - Saya takkan bayar untuk nama saja.

Jadi saya akan cari Nikdo dan larang dia jumpa awak.

- Selamat jalan. - Tunggu.

Saya tak ada duit.

- Tapi saya ada barang berharga lain. - Maaf. Saya tak minat.

Wanita manusia memang berkulit lembut, tapi terlalu mudah didapati.

Saya bukan mahu tawarkan itu, tapi ini.

Gelang ini. Mahkota awak.

More Malay subtitles for DOTA: Dragon's Blood

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left