The first 200 lines.
Daripada maharaja dan maharani memerintah bersama
sehingga upacara penyembahan di Gunung Tai,
Maharani Syurga, Wu Zetian
dengan pemerintahan yang tegasnya
jadi penguasa di puncak kekuasaan negara.
Namun,
negara dalam keadaan genting
dan baginda dikelilingi musuh.
Upacara penyembahan di Makam Diraja Zhao bakal menjelang.
Satu malapetaka untuk menyalahkan mendiang maharaja di depan makamnya
dah bermula secara senyap.
Jangan tinggalkan sebarang masalah,
bunuh.
Apa yang berlaku?
Panglima,
mekanisme berbunyi,
ada sesuatu yang tak kena di arah barat laut.
Saya pergi siasat dulu,
kamu segera bentukkan pasukan dan cari.
Baiklah.
Menceroboh masuk ke Makam Diraja Zhao
akan dihukum mati.
Cepat menyerah diri!
Panglima dah tak ingat beta lagi?
Yang Teramat Mulia.
Awak tak melutut selepas nampak beta?
Dengan ilmu yang awak pelajari,
biarpun hanya secebis itu
pun dah cukup untuk meramalkan takdir.
Cuba beritahu beta
apa yang awak lihat?
Jangan cuba tipu beta.
Cakap!
Sejak zaman dahulu,
naga berada di tengah,
burung phoenix pula berada di sisi.
Sekarang,
burung phoenix ingin mengatasi naga.
Satu pihak kuat dan satu lagi pihak jadi lemah,
pasti akan berlaku kekecohan besar,
malapetaka tak dapat dielakkan.
Hancurkan dulu baru bina semula.
Awak dah nampak jelas
apa kesudahan burung phoenix dan naga itu?
Ada seekor naga lagi
yang akan muncul mengikut takdir.
Jika nak elakkan bencana dan selamatkan diri,
Yang Teramat Mulia harus elakkan bertembung dengannya,
tunggu bertemu semula pada masa depan.
Itulah strategi terbaik.
Seekor naga lagi?
Jangan tolak saya!
Beratur elok-elok.
Raja Qian balik ke Chang'an
dan berikan sedekah selama sepuluh hari.
Semua orang pun dapat!
Jangan berhimpit.
Nasib baik ada upacara penyembahan di Makam Diraja Zhao.
Kalau tidak, Raja Qian masih di luar.
Beliau ingat kami sebaik saja balik ke sini,
memang ambil berat tentang rakyat jelata.
Awak tahu apalah?
Upacara penyembahan dijalankan
atas titah Maharani Syurga,
kalau nak berterima kasih, patut menjunjung kasih Maharani Syurga.
Adakah mereka semua berterima kasih kepada Raja Qian
serta memujinya?
Mereka kata terima kasih untuk apalah.
Kalau tak berterima kasih kepada Raja Qian,
takkan nak berterima kasih kepada dia pula?
Di sanalah.
Menurut maklumat yang boleh dipercayai,
Maharani Syurga ini
tak begitu sihat.
Sekarang maharani masih di Luoyang
dan belum berangkat pulang ke Chang'an lagi.
Baginda bukan tak nak berangkat pulang,
tapi tak berani berangkat pulang.
Baguslah maharani tak berangkat pulang.
Kalau maharani benar-benar berangkat pulang,
pasti akan berlaku pertumpahan darah lagi.
Maharani ingin bunuh siapa lagi?
Maharani ingin bunuh ramai oranglah,
tapi ramai juga yang ingin bunuh maharani.
Saya rasa
upacara penyembahan kali ini
pasti akan berlaku sesuatu yang besar.
Raja Qian inilah
yang paling ditakuti oleh Maharani Syurga.
Mungkin...
Apa yang awak merepek ini?
Hati-hati, nanti kepala awak dipancung.
Tolong cakap betul-betul.
Mereka sepatutnya tahu
perlu junjung kasih kepada maharaja.
Sudahlah,
jangan berpura-pura lagi.
Awak tahu siapa yang saya maksudkan.
Makanlah selagi panas,
tak sedap kalau jadi sejuk nanti.
Nah.
Semua beri awak.
Semua beri awak.
Nah.
Di, saya hantarkan awak.
Terima kasih, Yang Mulia.
Kalau Maharani Syurga tahu kita berdua berhubungan,
apa agaknya difikirkannya?
Saya tak kisah pun.
Yang patut risau ialah Yang Mulia, kan?
Apa yang berani dilakukannya terhadap kerabat diraja Li negara Tang?
Kalau begitu, Yang Mulia risau apa lagi?
Oh ya,
Di,
boleh tak awak sediakan beberapa orang
untuk melindungi saya?
Yang Mulia ada pasukan tentera yang kuat,
malah ada seni bela diri yang hebat.
Kenapa perlu campur tangan Mahkamah Agung saya?
Betul juga.
Manalah kata-kata pengemis
boleh dipercayai?
Orang atasan banyak bercakap kosong,
kata-kata pengemis barulah benar
dan jujur.
Urusan Mahkamah Agung sangat sibuk,
saya tak mengganggu lagi.
Yang Mulia pasti lebih sibuk daripada saya, kan?
Persediaan untuk upacara penyembahan
pasti sangat rumit.
Awak ingat beta nak buat begitu?
Kalau bukan sebab persediaan upacara itu,
saya dah lama balik ke Anzhou.
Bukankah Yang Mulia nak hantar saya?
Saya ini orang atasan yang
cakap kosong.
Balik ke kediaman.
Di dah sampai.
Raja Qian ajak awak makan?
Makan?
Cakap kosong saja.
Cakap kosong
kebanyakan ialah perkara yang tak dapat dinyatakan secara terang-terangan.
Di,
awak pasti boleh bezakan sendiri
mana yang benar dan mana yang bohong,
tapi jelasnya tindakan Raja Qian itu untuk melindungi dirinya.
Awak ini
tak begitu tekun dalam mengkaji ubat,
tapi nampaknya ada pandangan unik tentang karut-marut ini.
Awak ini...
Apakah benda ini?
Bubuk meriam.
Bubuk meriam?
Preskripsi daripada Raja Perubatan, Sun Simiao.
Duan,
awak tunjukkannya tiba-tiba macam ini,
jantung saya yang lemah ini tak tahanlah.
Ia takkan meletup.
Saya cuma nak awak tengok dengan lebih jelas.
Selepas melalui fikiran otak saya
yang genius ini,
satu ciptaan yang menggegarkan dunia
akan dilahirkan.
Ciptaan?
Tengok betul-betullah,
pertunjukan bakal bermula.
Jangan berkelip, Di.
Duan, dah berjaya tak?
Hampir berjaya.
Memanglah pertunjukan yang hebat.
Tuan Di,
pengawal Makam Diraja Zhao, Panglima Quan
tiba-tiba naik gila
dan rosakkan makam diraja.
Kini dia telah dikurung di penjara maut.
Apa? Rosakkan makam diraja?
Duan, mari kita pergi.
Mari pergi.
Tuan Di!
Saya telah dianiaya!
Saya benar-benar dianiaya!
Apabila Panglima Quan dihantar ke sini,
dia dah diikat dengan ketat.
Pada masa itu, dia mengamuk seperti binatang buas,
tak kenal sesiapa pun.
Sekarang baru dia sedar sikit.
Panglima Quan,
apa sebenarnya yang telah berlaku?
Merosakkan makam diraja ialah jenayah yang boleh dihukum mati.
Tuan Di,
semalam, mekanisme di makam diraja tiba-tiba berbunyi.
Panglima dah tak ingat beta lagi?
Yang Teramat Mulia.
Tak melutut lepas nampak beta?
Menjunjung duli, Yang Teramat Mulia.
Bagus.
Bagus sekali.
Kenapa Yang Teramat Mulia berangkat datang ke sini?
Asalnya datang untuk menikmati bulan,
No comments yet. Be the first to leave one.