Release info

어느 날 우리 집 현관으로 멸망이 들어왔다 Doom at Your Service E09 210607 1080p WEB-DL H264 AAC-VIU
A Commentary by RuoXi
Ep. 9 [VIU Ver.]. Synced for tvN WEB-DL. Runtime : 01:00:15. Enjoy.... ;). Check out My IG @ruo_xi_ss for subtitles updates ^^. Note : video download link in txt file or check my telegram channel at https://bit.ly/telchan. Sorry if the sub doesn't sync we

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
1080
Published on: 2021-06-07
Downloads: 12
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

"Semua watak, lokasi, organisasi, agama..."

"...dan kejadian dalam drama ini adalah rekaan semata-mata."

"Episod 9"

Terima kasih untuk makanan ini!

Pada satu tahap, saya mahu jadi salah seorang daripada mereka.

Nah. - Hei, awak tahu?

Awak patut cuba minuman ini.

Awak mungkin sukakannya.

Baiklah.

Awak agak bagus untuk orang yang pertama kali minum.

Awak tahu?

Saya nak makan sama macam mereka.

Saya juga nak tidur macam mereka.

Helo. - Helo.

Mak! - Mak!

Mak! - Ayah!

Ayah!

Saya nak ada rasa belas kasihan...

...dan kasih sayang seperti mereka.

Tapi mustahil untuk jadi salah seorang daripada mereka.

Mereka selalu pergi.

Mereka sentiasa ada tempat untuk dituju...

...tidak seperti saya.

"Restoran Gukbap Tauge"

"Untuk disewa"

Ketika itulah saya sedar.

Saya tak ada tempat untuk dituju.

Tiada penghujung dalam hidup ini.

Jadi saya tak boleh jadi salah seorang daripada mereka.

Tugas saya...

...hanya untuk melihat mereka.

Jadi pilihlah.

Pilih diri awak dan dunia.

Saya hanya boleh melihat.

Tak guna! Berhenti!

Macam mana saya nak berhenti kalau mak cik kejar saya?

Saya takkan berhenti.

Budak ini.

Hei.

Saya minta maaf sebab datang tiba-tiba.

Siapa datang?

Tunggu saya di tingkat satu. Nanti saya ke sana.

Beritahu saya kalau awak dah dengar.

Nanti saya kembali.

Nah.

Kalau awak pergi sebab saya, biar saya pergi.

Maafkan saya. Bukan begitu.

Ada sesuatu yang tak kena?

Dia datang. Lee Hyun Kyu.

Maaf, tapi boleh awak tunggu sekejap...

...sebelum awak keluar?

Saya cuma tak mahu... - Saya faham.

Maafkan saya.

Dia tak perlu minta maaf, tapi ia memang rasa...

...agak pelik.

Siapa beritahu awak alamat rumah saya?

Saya bertanya-tanya orang.

Awak ingat awak boleh datang...

...hanya kerana ada orang beritahu awak alamat saya?

Tidak.

Nampaknya saya tak patut lakukannya.

Jadi kenapa awak datang? - Saya tak boleh tahan.

Saya rindukan awak.

Saya datang ke Korea sebab saya rindukan awak.

Saya pergi ke majlis pertemuan pun atas sebab yang sama.

Saya datang ke sini untuk beritahu itu.

Awak selalu buat apa yang awak suka.

Helo. - Hei.

Awak suka buat sesuatu sesuka hati awak, bukan?

Kenapa awak tak beritahu saya yang awak nak belajar ke luar negara?

Saya tak sangka awak suruh saya datang ke sini.

Maafkan saya. - Kenapa tak balas mesej saya?

Awak betul-betul nak berpisah?

Saya rasa sangat bersalah.

Awak patut balas mesej saya.

Kalau awak rasa bersalah, awak patut berbaik dengan saya.

Saya benar-benar minta maaf.

Awak selalu begini.

Saya suka awak dulu dan saya suka awak lebih daripada awak suka saya.

Awak pun tahu itu. Awak memang dah tahu.

Lupakan saja.

Bukan begitu. Biar saya jelaskan.

Saya mungkin belajar ke luar negara, tapi tak pernah kata nak berpisah.

Tengoklah diri awak sendiri.

Awak pentingkan diri lagi.

Saya yakin awak fikir saya tak berani nak berpisah.

Awak asyik lengahkan semuanya...

...dan akhirnya kita berpisah tanpa bercakap tentangnya.

Saya selalu menyesalinya.

Saya terlalu muda masa itu.

Saya tahu bagaimana rasanya menunggu di depan rumah orang...

...sebab saya juga pernah buat sebelum ini.

Kita tertanya-tanya apa yang kita akan cakap bila kita jumpa mereka...

...tapi kita tak boleh fikirkan apa-apa.

Tapi...

...saya tak boleh buat apa-apa selain tunggu saja.

Saya hanya menunggu.

Ji Na. - Tapi awak bukan macam saya.

Tapi yalah...

...saya tak dapat jumpa awak.

Tapi awak dapat jumpa saya.

Awak patut muncul begini dulu.

Awak dah terlambat. Dah sembilan tahun.

Saya tahu. Saya bukan nak buat apa-apa. Saya cuma...

Saya cuma nak jawab persoalan awak.

Tapi jika awak fikir saya hanya merumitkan keadaan...

...lupakannya saja.

Maafkan saya. Jangan biar ia mengganggu awak.

Tak boleh.

Awak akan selalu bermain di minda saya sebab saya jumpa awak hari ini.

Tengok saya sekarang.

Sekarang pun saya sedang duduk di depan awak.

Setiap kali saya bersama awak...

...saya teringat kisah lama.

Saya selalu kebasahan.

Hari saya jumpa awak di kolam renang dan hari saya tunggu dalam hujan.

Menyukai awak...

...rasa begitu basah dan lembab bagi saya.

Walaupun ia mungkin lembut dan ringan untuk awak.

Saya tak pasti kalau saya nak kembali...

...pada zaman itu.

Saya masih suka semuanya tentang awak.

Walau apa pun yang berlaku...

...saya tetap sukakan awak.

Mak cik, bawa bertenang!

Macam mana saya nak bertenang? - Sun Kyung, budak tak guna.

Siapa yang mak cik nak salahkan?

Mak cik.

Mak cik, berhenti.

Mak cik, tunggu. Tunggu.

Mari sini. - Tidak, tunggu. Bertenang.

Saya tak sengaja.

Mari ke sini sementara mak cik masih baik.

Mak cik tak bersikap baik sekarang.

Mak cik.

Mak cik. Mak cik tak apa-apa? Mak cik.

Dapat pun kamu. - Mak cik.

Ini tak adil. Itu menipu namanya.

Kamu yang tipu dulu.

Tidak, tunggu. Lepaskan saya.

Aduhai. Penatnya. - Tolong lepaskan saya.

Mak cik, tolonglah!

Duduk.

Saya tak nak duduk di atas lantai.

Kadang-kadang dia boleh jadi sangat kebaratan.

Dia jarang lakukannya, tapi dia buat tadi.

Biar saya perkenalkan diri saya, teman lelaki Dong Kyung.

Saya Kang Soo Ja. Saya mak cik Dong Kyung.

Ya, dia mak cik saya, Kang Soo Ja.

"Teman lelaki"?

Banyak yang saya dengar tentang awak.

Banyak yang awak dengar tentang dia? Daripada siapa?

Sun Kyung, budak tak guna.

Saya minta maaf atas apa yang berlaku tadi.

Tentu awak terkejut.

Tak apa. Jangan risau.

Tapi di mana rumah awak?

Sekarang dah lewat.

Saya tinggal...

Ya, betul. Hari dah lewat.

Awak baliklah. - Tapi awak suruh saya duduk.

Dah tiba masa untuk awak bangun. Cepat.

Apa? Saya tahu, bukan? Legalah saya.

Awak masih boleh naik bas.

Awak patut pergi sekarang.

Saya nak minta awak tunggu dan minum dengan saya.

Tapi macam yang awak lihat, keluarga kami lalui sesuatu yang penting.

Apa? Awak tak mahu?

Ya, sudah tentu. Dia cakap tak apa, mak cik. Tunggu.

Nah. Ambil ini.

Sudahlah. Keluar.

Pergi.

Nanti telefon saya.

Selamat jalan! Okey!

Dia memang sukar dijangka.

Mak cik.

Mak cik faham perasaan kamu.

Jadi mak cik takkan marah.

"Saya akan jadi beban."

"Saya akan jadi pengacau."

Mak cik tahu itu yang kamu fikirkan...

...dan sebab itulah kamu tak telefon mak cik.

Warnanya sesuai dengan kamu.

Mak cik beli ketika jualan murah tahun lepas. Sesuai sekali.

Mujur mak cik membelinya.

Sejak umur 10 tahun lagi kamu memang begitu.

Kamu sentiasa berhati-hati...

...dan berkelakuan seperti tetamu.

Kenapa kamu peduli?

Kamu selalu buat apa yang kamu nak.

Jadi kenapa kamu perlu berhati-hati?

Kamu cipta tekanan tanpa sebab.

Macam mana kamu boleh tak sakit?

Mak cik.

Berapa lama kamu nak bersopan?

Adakah kamu tetamu yang jatuh ke dalam hidup mak cik?

Apa pun... Kenapa topi ini terlalu besar?

Kepala kamu kecil?

Mak cik ingatkan muat.

Mak cik akan berikannya kepada Sun Kyung.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left