Release info

Resident Evil Degeneration
A Commentary by helminuri

Tags

webdl
Published on: 2025-07-08
Downloads: 45
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Dapatkah anda dapat lihat kawasan di belakang saya, disebalik awan yang bercahaya merah itu?

Itulah kesan kemusnahan Bandar Raccoon selepas tentera meletupkannya dengan peluru berpandu.

Menurut laporan tidak rasmi, peluru berpandu tersebut didakwa berkuasa nuklear.

Jika dakwaan itu terbukti benar, agak tipis harapan bagi menemui..

..mangsa yang terselamat di bandar yang dihuni lebih 100 ribu penduduk itu.

Tuan Presiden, apa kaitan Umbrella Corporation..

- ..dengan insiden ini? - Sesi soal jawab ditutup.

Adakah peluru berpandu itu dilancarkan itu ada hubungan dengan Umbrella?

Boleh tuan memberi sedikit penjelasan?

Presiden telah mengumumkan perletakan jawatan.

Saham Umbrella Corporation di Eropah telah menjunam teruk.

Ini memberi tamparan hebat kepada syarikat gergasi tersebut..

..hingga memaksa ia dibubarkan serta merta.

Angka kematian akibat virus telah meningkat dengan mendadak..

..dari ratusan ribu hingga melebihi satu juta.

Presiden telah mengumumkan bahawa Republik Bajirib..

..yang dipimpin Jeneral Miguel Grande, termasuk dalam senarai terbaru...

..negara-negara yang menyokong keganasan.

Beliau memaklumkan cadangan bagi memanfaatkan wang hasil cukai..

..dengan memperuntukkan 1 bilion dolar untuk program anti keganasan.

Syarikat farmaseutikal WilPharma telah mengadakan sidang akhbar..

berkaitan pembinaan pusat kajian baru di kawasan Harvardville..

..yang mempunyai lebih 100.000 penduduk.

Kami telah mengambil setiap langkah pencegahan yang perlu bagi memastikan agar malapetaka..

..yang pernah berlaku Bandar Raccoon, tidak akan berulang lagi.

Akibat berang dengan sokongan padu yang diberi Senator Ron Davis terhadap fasiliti baru tersebut..

Dr.Curtis Miller, yang telah lama menentang pembinaan pusat kajian WilPharma itu..

..telah ditahan dan didakwa atas kesalahan cuba menghalang perniagaan..

..dan mengeluarkan ancaman terhadap penyokong WilPharma..

Organisasi kami sudah tiada apa-apa kaitan dengan Dr. Miller.

Sebuah organisasi hak-asasi manusia, Terra-Save telah menuntut agar..

..WilPharma mengumumkan hasil ujikaji klinikal yang dilakukan di India.

Saham WilPharma telah jatuh merudum akibat tuduhan keras..

..yang dilemparkan oleh Terra-Save itu.

Kami tak setuju! WilPharma mesti pergi!

Kemerosotan

WilPharma mesti pergi!

Ahli-ahli Terra-Save sedang berkumpul di lapangan terbang Harvardville..

..bagi menantikan ketibaan Senator Davis.

Kumpulan ini berharap dapat bersemuka dengan ahli politik tersebut..

..yang bakal menghadiri Persidangan Farmaseutikal Kebangsaan.

Ketibaan di Pintu 32-A..

..Penerbangan 349, dari Newark ke New Jersey.

Brock Silverstein sila lapor diri ke Pintu-7.

Brock Silverstein sila ke Pintu-7.

Penerbangan-89 dari Columbus baru saja tiba di Pintu-17.

Bagi yang menunggu untuk berangkat, sedikit masa diperlukan bagi menurunkan penumpang..

...dan mengalihkan semula pesawat.

Lama kita tak jumpa.

Kamu nampak cantik.

Kamu pula nampak letih.

Semuanya salah teman lelaki baru saya, dia lansung tak benarkan saya tidur.

Teman lelaki ya? Kamu panggil laporan W.H.O itu sebagai teman lelaki?

F.D.A sebenarnya.

Makcik, Saya letih.

Ya, makcik minta maaf.

Tunggu di sini, makcik akan pergi ambil kereta secepat mungkin.

Boleh kamu tolong jaga Rani sebentar?

- Boleh saja. - Saya datang semula sekejap lagi.

Nampaknya, kita kena memperkenalkan diri masing-masing.

Nama saya Claire Redfield.

- Kamu boleh panggil Claire saja. - Saya Rani.

Gembira dapat bertemu kamu Rani. Sedap nama itu.

Maafkan saya, adakah encik tak apa-apa?

Jika encik mahu, saya boleh bawakan minuman.

Saya ada urusan penting dengan Frederic Downing dari WilPharma.

Ini kecemasan.

Kami tidak setuju! WilPharma mesti pergi!

SIARAN LANSUNG TUNJUK PERASAAN

Kamu juga bekerja dengan Terra-Save?

Ya. Sama seperti makcik kamu.

Saya suka semua orang di Terra-Save kerana mereka hebat.

Kamu melawan orang jahat kan?

- Orang jahat? - Seperti dia.

Senator Davis, kamu adalah penasihat khas bagi WilPharma Corporation.

Setelah melihat gambar ujikaji terbaru yang mereka lakukan ke atas manusia..

..apa pendapat kamu?

Mungkin Halloween dirayakan lebih awal di India berbanding Amerika?

Sungguh, aku tak faham cara orang Amerika bergurau.

Minta maaf. Aku tak bermaksud untuk..

Jangan risau. Aku faham maksud kamu.

Kamu berdua juga sedang menunggu seseorang?

Ya.

Aku rasa hospital sakit jiwa melepaskan pesakitnya hari ini.

Keadaan menjadi agak gila di luar.

Kenyataan awak kurang tepat.

Selain Pusat Kajian Kubah Udara itu, banyak lagi masalah..

..yang dibawa Senator Davis ke Harvardville.

Ia seperti sarkis gila yang tiba di bandar.

Sebenarnya, aku..

Aku sudah letih menunggu. Aku akan ambil teksi saja.

Sampai jumpa lagi, gadis manis.

Siapa yang berani membocorkan maklumat mengenai kedatangan aku kesini?

Sekarang semua penghasut di luar itu pasti akan menimbulkan masalah.

Aku tak mahu semua ini berlaku. Halau mereka dari sini.

Dari lubang tar manakah minuman ini keluar?

Maaf tuan, saya akan ambilkan yang lain.

Aku tak peduli apa pun akibatnya, halau mereka semua sekarang.

Tangkap mereka jika perlu.

Tapi, Tuan, kita tiada alasan untuk berbuat begitu.

Mereka belum melakukan apa-apa yang melanggar undang-undang.

Tuan Senator, saya ada satu cadangan.

Kita boleh menyelinap keluar melalui pintu biasa.

Tiada siapa yang akan menjangkakan itu, mereka pasti tak akan perasan kita.

Apa? mana boleh!

Aku adalah pegawai yang dilantik secara sah.

Aku tak akan menyelinap keluar seperti orang salah.

Aku tak akan ke mana-mana selagi kamu tidak halau semua pembuat kacau itu..

..keluar dari dari bagunan ini.

Orang jahat itu. Claire.

Itu dia. Orang jahat yang kita lihat di TV.

Senator Davis. Boleh saya bertanya sesuatu?

- Tidak boleh! - Tolonglah, Senator, tolong.

Cuma satu lagi soalan. Mengapakah tuan..?

Apa yang berlaku ni?

Rani, tunggu di sini sekejap, boleh?

Siapa yang suruh kamu buat begini, atau pakaian bodoh ini idea kamu sendiri?

Baiklah, budak bijak, jika ada sesuatu yang kamu nak cakap..

..katakan saja, dan berambus.

Ini terlalu melampau.

Cik, kamu terlibat sama dengan semua ini?

Boleh dikatakan terlibat secara tidak langsung saja,

Maka boleh juga dikatakan..

..kamu pun mesti ikut aku juga.

- Eh, mana boleh begitu. - Ketua.

Ya tuhan.

Apa yang telah berlaku di sini?

Berundur.

tepi..tepi..tepi tepi sikit!

Berundur.

Jauhi dia sekarang.

Tak guna.

Terlambat. Dia dah mati.

Lari.

Pergi dari situ. Cepat.

Hei, tunggu. Ke mana kamu hendak pergi?

Lintas langsung dari Lapangan Terbang Harvardville.

Seorang penunjuk perasaan yang menentang WilPharma Corporation..

..telah menyerang dan dipercayai telah membunuh seorang anggota polis.

Namun slepas itu anggota polis terbabit telah bangun semula dan menyerang..

..pengawal peribadi Senator Ron Davis dengan cara serupa.

Eddie, kenapa kamu berhenti merakam?

Rani.

Rani!

Rani!

Curtis Miller.

Rani?

Tolonglah. Bantu aku.

PERHATIAN! KEPADA SEMUA YANG BERADA DALAM TERMINAL

SILA KOSONGKAN BANGUNAN INI SERTA MERTA.

DIULANGI, SILA KOSONGKAN BANGUNAN INI SERTA MERTA.

INI BUKAN LATIHAN KECEMASAN. GUNAKAN SEMUA PINTU KELUAR YANG ADA.

DIMINTA SEMUA ORANG MENGOSONGKAN BANGUNAN INI SERTA MERTA.

Tidak.

Mustahil.

Ini tak mungkin berlaku.

Pihak Polis bertindak mengawal keadaan dengan menutup Lapangan terbang itu..

..manakala jalan menuju kawasan tersebut juga turut ditutup.

Pihak berkuasa belum memberi sebarang maklum balas dan kita hanya ada sikit saja..

..maklumat buat masa ini.

Namun, menurut satu laporan yang belum dapat dipastikan..

..kejadian serangan virus telah berlaku di dalam terminal kapal terbang.

Senator Ron Davis adalah salah seorang yang terperangkap di lapangan terbang itu.

Tolong aku.

Saya nak balik.

Saya tak faham kenapa kamu kurung saya disini?

Kenapa kita dihalang melakukan operasi menyelamat?

Tolonglah, Tuan. Bincanglah dengan pihak atasan.

Tuan sendiri dengar panggilan 911 itu kan?

Tolonglah.

Tak guna.

Kenapa ni? Ketua polis bodoh itu lagi?

Bagaimana keadaan di tempat kejadian?

Lapangan Terbang telah ditutup sepenuhnya sekarang.

Kami diserang oleh dua orang, aku rasa mereka baru dijangkiti.

Tapi jangan risau.

Kami dah tangkap dan kurung mereka dalam kenderaan tentera.

Tapi kan, virus yang berjangkit melalui gigitan..

..betul-betul seperti dalam filem seram.

Makhluk itu merangkak keluar dari kubur mereka.

Ala..aku cuma bergurau saja. Tapi kan..

..kamu rasa ubatan dari WilPharma ada kaitan kah dengan semua ini?

Entahlah.

Jika ada kaitan sekalipun, tak mungkin ia menjadi punca kenapa..

..wabak menakutkan ini tersebar dengan begitu pantas.

Ini mesti kerja pengganas.

Ya..Itu sebabnya pihak Kementerian Kesihatan sampai dengan begitu cepat.

Kamu rasa apa yang pihak atasan cuba untuk sembunyikan?

Aku bukan pihak atasan. Manalah aku tahu semua itu.

Presiden telah menghantar ejen khas bagi menangani situasi ini.

Dia akan sampai bila-bila masa saja.

Nanti kamu tanya sendiri pada dia.

Kamu boleh tanya, tapi tak ada apa yang boleh dibincangkan pun.

Siapa kamu?

Leon S. Kennedy.

Jadi kamu lah orangnya?

Ini salah satu panggilan 911 yang kami terima.

- Berapa orang yang masih hidup? - Empat, termasuk aku.

Seorang cedera. Senator itu.

Di mana lokasi kamu semua?

More Malay subtitles for Resident Evil: Degeneration (Biohazard: Degeneration)

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left