The Book of Boba Fett

The Book of Boba Fett

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

The-Book of Boba Fett S01E05 Chapter 5 720p DSNP WEB-DL DDP5 1 Atmos H 264-NOSiViD
A Commentary by ShasyaLala
Disney Retail.

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
720p
720
Published on: 2022-01-26
Downloads: 35
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

SEBELUM INI DALAM THE BOOK OF BOBA FETT

Saya akan hapuskan pendatang yang menceroboh planet kita.

Saya cuma harap kamu semua takkan berpihak kepada sesiapa

kalau Sindiket Pyke minta kamu khianati saya.

Kami terima cadangan ini.

Saya setuju.

Awak percayakan mereka?

Mereka boleh nampak yang

lambat laun Pyke akan cuba ambil alih seluruh planet ini.

Kita perlu bersedia untuk berperang.

Berapa banyak harta dalam simpanan kita?

Saya ada banyak kredit. Saya cuma kekurangan tentera.

Kredit boleh beli tentera kalau awak tahu mana nak cari.

Awak nampak sesat.

Saya nak cari Kaba Baiz.

Apa yang buat awak rasa dia ada di sini?

Kenapa awak cari dia?

Dia banyak berhutang dengan seseorang.

Siapa?

Itu bukan urusan saya. Saya diupah untuk tangkap dia.

Baiklah. Kalau saya jumpa dia, saya akan beritahu.

Dia ada di depan saya sekarang.

Itu bukan saya. Itu langsung tak nampak macam saya.

Saya bagi kamu peluang untuk keluar dari sini sekarang.

Saya tiada masalah dengan kamu.

Mereka takkan ke mana-mana.

Nampaknya sekarang awak dah dikepung.

Awak seperti boleh dibawa berbincang.

Kita boleh bincang elok-elok.

Saya boleh bawa awak hidup-hidup,

atau saya juga boleh bunuh awak.

Serang!

Bos kamu dah mati.

Saya mahu dapatkan ganjaran saya.

Saya tiada masalah dengan kamu.

Ada banyak kredit di dalam sana yang bukan hak saya.

Kalau kamu beri saya keluar dari sini, kamu boleh ambil

apa yang kamu rasa berhak daripada bekas majikan kamu.

Bab 5: KEMBALINYA THE MANDALORIAN

Cepatnya. Awak pemburu yang bagus.

Saya nak ganjaran saya dan maklumat yang awak janjikan.

Kenapa terburu-buru, Mando?

Itu hal saya, awak tak perlu tahu. Di mana ia?

Mari makan bersama kami.

Di mana laluan paling dekat untuk ke substratum?

Makanlah dengan kami. Kalau tak, saya takkan beritahu apa-apa.

Simpan saja ganjaran awak. Ada ganjaran lain untuk warga Klatooine ini.

Kalau awak tak nak beritahu, saya boleh cari orang lain.

Ia berhampiran menara haba di Lorong Kolzoc.

Duduklah. Saya ada kerja lain untuk awak.

Awak patut tangguhkannya.

Pergi tolong dia.

Tak sangka saya akan jumpa awak lagi.

Terima kasih sebab selamatkan saya di Nevarro.

Maaf atas segala yang berlaku.

Sekarang cuma tinggal kita bertiga.

Kami perlu guna khidmat awak nanti.

Senjata apa yang buat luka macam tu?

Ini.

Paz Vizsla, bawa senjata itu ke sini.

Semua orang bercakap tentang Empayar, tapi ia cuma bertahan tak sampai 30 tahun.

Mandalorian wujud sejak 10 ribu tahun lalu.

Apa awak tahu tentang pedang ini?

Saya tahu ini Pedang Darksaber.

Ya, betul.

Awak tahu apa kelebihan pedang ini?

Sesiapa yang memilikinya boleh jadi pemimpin Mandalore.

Jika ia diperoleh ikut aturan Creed dalam pertarungan.

Ia boleh kalahkan ramai musuh dan tundukkan semua yang lain.

Tapi kalau pedang ini tak diperoleh dalam pertarungan,

dan jatuh ke tangan orang yang tak layak milikinya,

ia akan jadi sumpahan kepada bangsanya.

Mandalore akan musnah,

dan rakyatnya akan terpisah.

Hulu pedang ini dibuat daripada beskar yang kualitinya tak pernah saya tengok.

Ia ditempa lebih seribu tahun lalu oleh seorang Mandalore bernama Tarre Vizsla.

Dia seorang Mandalorian dan juga Jedi.

Saya pernah jumpa Jedi.

Jadi, awak dah selesaikan misi awak.

Ya.

Awak boleh tinggal di tempat ini dan bantu kami.

-Inilah caranya. -Inilah caranya.

Inilah caranya.

Macam mana awak jumpa Darksaber itu?

Saya kalahkan Moff Gideon.

Awak dah bunuh dia?

Tak.

Dia dihantar ke Republik Baru untuk disoal siasat.

Dia akan dihukum atas jenayah yang dia lakukan.

Dia patut dihukum mati atas kekejaman dia.

Saya setuju.

Dia bertanggungjawab atas kematian ribuan ahli puak kita.

Tribunal Republik Baru pasti akan jatuhkan hukuman mati terhadapnya.

Kita tengok nanti.

Menurut cerita legenda,

kebangkitan makhluk Mythosaur akan jadi petanda bermulanya era baru Mandalore.

Tapi malangnya, ia cuma wujud dalam kisah legenda.

Bagaimana awak boleh dapat tombak beskar ini?

Ini hadiah daripada Jedi.

Ia boleh hentikan lightsaber.

Saya gunakannya untuk kalahkan Moff Gideon.

Ia juga boleh tembus perisai beskar.

Kewujudan benda ini sangat bahaya kepada Mandalorian.

Keluli Mandalorian cuma untuk dijadikan perisai, bukan senjata.

Tukarkan ia jadi perisai.

Pedang Darksaber lebih bagus untuk awak gunakan.

Awak pernah dengar tentang Bo-Katan Kryze?

Ia satu kisah yang bagi pengajaran.

Dia pernah jadi pemimpin Mandalore,

disebabkan keturunan dia dan pedang yang ada pada awak sekarang.

Tapi ia dihadiahkan kepadanya tanpa ikut aturan Creed.

Dia dilahirkan dalam keluarga bangsawan, tapi mereka lupa diri.

Pemerintahan dia berakhir dengan tragedi.

Mereka hilang arah tuju, dan kita hilang dunia kita.

Kalau kita tak mengasingkan diri di Bulan Concordia,

kita semua pasti dah mati semasa Great Purge.

Penduduk asal Mandalore tak ikut lagi tradisi kita.

Akhirnya, tentera Imperial hapuskan

semua yang kita kenal dan sayang pada Malam Seribu Tangisan.

Hanya mereka yang ikut tradisi terlepas daripada sumpahan yang diramalkan Creed.

Walaupun ramai Mandalorian berpecah,

kepatuhan kita terhadap tradisi membolehkan legasi kita terus bertahan,

sehingga hari kita dapat kembali ke planet kita.

Awak nak saya tempa apa?

Sesuatu untuk anak kecil.

Inilah caranya.

Untuk anak kecil yang saya kenal.

Grogu.

Dia bukan dalam jagaan awak lagi. Dia bersama puak dia sekarang.

Saya nak jumpa dia dan pastikan dia selamat.

Untuk menguasai Force, Jedi mesti lepaskan semua yang dia sayangi.

Itu bertentangan dengan aturan kita.

Kesetiaan dan hubungan rapat. Itu cara kita.

Awak nak saya tempa apa untuk Grogu?

Satu.

Dua.

Tiga.

Satu.

Dua.

Tiga.

Satu.

Dua.

Tiga.

Empat.

Satu.

Dua.

Tiga.

Jangan cuba lawan senjata itu.

Ia menjadi semakin berat.

Itu kerana awak masih belum bersatu dengan pedang itu.

Awak sepatutnya lawan musuh awak.

Bangun.

Satu.

Dua.

Tiga.

Itu dia, rasakannya.

Awak terlalu lemah untuk lawan Darksaber ini.

Ia akan kuasai awak kalau awak cuba melawan.

Awak tak boleh kawalnya dengan kekuatan.

Biar saya cuba lagi.

Awak takkan berjaya kuasainya kalau terus lawan tanpa berfikir.

Badan awak kuat, tapi minda awak terganggu.

Saya fokus.

Pedang itu rasa sebaliknya.

Mungkin Darksaber itu patut jadi milik orang lain.

Mungkin.

Nenek moyang saya yang buat pedang itu. Pengasas House Vizsla.

Sekarang ia milik saya.

Sebab awak menanginya dalam pertarungan.

Itu betul.

Saya akan lawan dan ambil pedang itu dari awak.

Awak setuju untuk lawan dia, Din Djarin?

Saya setuju.

Takdir bawa pedang ini kembali kepada puak saya.

Sekarang, awak akan mati.

Berhenti!

Paz Vizsla, awak pernah tanggalkan helmet awak?

Tak pernah.

Ada sesiapa pernah tanggalkannya?

Tak pernah.

Inilah caranya.

Inilah caranya.

Din Djarin, awak pernah tanggalkan helmet awak?

Awak pernah tanggalkan helmet awak?

Atas nama Creed, awak kena jawab.

Pernah.

Itu bermakna awak bukan lagi seorang Mandalorian.

Maafkan saya. Apa saya perlu buat untuk tebus kesalahan saya?

Pergi dari sini.

Menurut aturan Creed, kesalahan awak cuma boleh ditebus

dengan air yang ada di bawah lombong Mandalore.

Tapi semua lombong dah dimusnahkan.

Inilah caranya.

Perhatian.

Penerbangan 1020, terus ke Tatooine,

sudah sedia untuk berlepas di pintu satu.

Semua penumpang sila ke balai berlepas sekarang.

Maafkan saya, tuan. Awak tak boleh bawa senjata.

Saya seorang Mandalorian, ia sebahagian daripada agama saya.

Maafkan saya. Awak tak boleh naik penerbangan ini dengan senjata.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left