The first 200 lines.
The First Responders Season 2
The First Responders Season 2
WATAK, LOKASI, ORGANISASI DAN KEJADIAN DALAM DRAMA INI HANYALAH REKAAN
PENGGAMBARAN PELAKON KANAK-KANAK DILAKUKAN SECARA SELAMAT
Awak tak apa-apa?
Encik, awak boleh dengar?
KEBAKARAN DISEBABKAN CECAIR ATAU GAS MUDAH TERBAKAR...
...SEPERTI GASOLIN, PETROLEUM ATAU MINYAK
PILI BOMBA
- Sambungkan hos pada pili bomba. - Ya, tuan.
Kenapa letak kereta di sini?
Kita perlukan satu lagi hos!
Kita tiada masa.
- Hulurkan dari sini saja. - Ini hos.
Selesai.
Maaf, tumpang lalu!
Maaf!
Penjenayah ada uniform penjaga bangunan untuk pusat beli-belah itu.
Dia mencetuskan kebakaran itu juga. Ini arson bersiri.
Ketua! Ada runtuhan!
Saya terputus hubungan radio dengan Pegawai Song!
Apa? Seol tak berjaya keluar?
Apa? Song Seol?
Pandu lebih laju.
Ini kecemasan.
Seorang ahli bomba dan orang awam tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
Hantar pasukan bantuan.
Saya ulang.
Seorang ahli bomba dan orang awam tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
Tolong hantar Pasukan Intervensi Pantas.
Saya ulang, tolong hantar Pasukan Intervensi Pantas.
Ini Song Seol dari Pasukan Penyelamat Kecemasan Taewon.
Ini Song Seol dari Pasukan Penyelamat Kecemasan Taewon.
Saya tertimbus di bawah bangunan yang runtuh.
Tekanan udara ialah 1,700 psi.
Saya perlukan beg udara dan alat bekalan udara.
Awak tak apa-apa?
Saya paramedik.
Awak tak apa-apa?
Saya paramedik.
Awak tak apa-apa?
Kaki saya sangat sakit.
Kenapa dengan kaki saya?
Tolong bertahan sebentar.
Saya akan cuba tolak.
- Kawan-kawan! - Kenapa awak sangat lambat?
Kita perlu cepat.
- Nak lihat gambar kumpulan muzik itu? - Okey.
Apa ini?
Kebakaran besar berlaku di Pusat Beli-belah Bawah Tanah Muyeong.
Kek ikan pedas di sana sedap.
- Kita dah tak dapat makan lagi? - Ia sangat sedap.
- Menjengkelkan. - Apa yang kita patut buat sekarang?
Ayah dapat panggilan penghantaran.
Ayah akan bawa kek ikan pedas.
Jangan ponteng kelas dan balik awal.
OKEY
Nari, awak tak nak ikut? Kita perlu pergi ke Inkigayo untuk lihat kumpulan itu.
- Cepat! - Kita tinggalkan saja dia.
- Okey. Tunggu. - Boleh awak cepat?
Saya ketua Pasukan Intervensi Pantas, Park Hoyeon.
Mulai sekarang, saya akan mengetuai misi menyelamat ahli bomba tersebut.
Bagaimana keadaan semasa?
Kebakaran besar dah reda.
Skuad Muyeong sedang padam api selebihnya...
...dan Skuad Taewon sedang fokus pada penyelamatan.
Polis akan bantu dalam penyelamatan, selain kawal orang awam.
Sehingga api dikawal sepenuhnya, hanya ahli bomba yang boleh masuk.
Kenapa pula begitu sedangkan ini misi menyelamat?
Kita perlu hantar seramai orang yang boleh.
Awak akan cari di mana?
Awak tahu lokasi mereka berdua?
Tandakan grid di sekeliling tapak yang runtuh...
...dan pasang sensor bunyi.
- Ya, tuan! - Ya, tuan!
Jika kita tutup radio dan kuatkan sensor bunyi,...
...kita boleh kesan bunyi mangsa walaupun bunyi itu samar-samar.
Jika ada bunyi, di situlah ada orang.
Jangan terlepas satu kawasan pun...
...dan pasang di sepanjang lokasi yang dianggarkan.
- Saya akan ambil bahagian tengah! - Okey!
Seoha, pasang sensor bunyi di sebelah kiri.
- Ya, tuan. - Selebihnya, pasang di sini.
Dia berdarah terlalu banyak.
Saya perlu hentikan pendarahan dulu.
Ini cukup untuk menyahjangkit.
Boleh saya melecuhkannya dengan sesuatu?
MENGHENTIKAN PENDARAHAN DAN NYAHJANGKIT DENGAN MEMBAKAR LUKA
Apa yang awak buat?
Saya nak hentikan pendarahan.
Kenapa awak nak buat begitu dengan penyepit?
Jangan.
Tiada cara lain.
Patutkah saya biarkan awak terus berdarah?
Tidak! Jangan!
Awak tak patut buat begitu dengan benda yang awak kutip!
Jika saya tak buat apa-apa sekarang, awak boleh mati.
- Kita tiada masa! - Aduhai!
Siapa nama awak?
Choi Doojun.
Okey, Encik Choi Doojun.
Ia mungkin menyakitkan dan saya tahu awak takut.
Namun, pasukan penyelamat akan tiba. Bertahanlah sehingga mereka tiba.
Okey?
Namun, ini...
Percayakanlah saya, okey?
OKEY
Cepatlah.
KEBAKARAN DI PUSAT BELI-BELAH BAWAH TANAH MUYEONG
"Ayah"?
Apa ini? Saya sangka ayah awak dah meninggal dunia.
Awak keluar dengan lelaki yang lebih tua demi duit?
Hentikannya. Awak patut fikirkan kesihatan awak.
Mengapa perkara begini berlaku hari ini?
Menyakitkan hati sungguh.
Berhenti.
- Tukar tempat dengan saya. - Apa?
Sensor satu dah sedia.
Kami sedang bersiap sedia di pintu masuk tangga.
Sensor dua dah sedia. Bagaimana dengan sensor lain?
Sensor tiga dah sedia.
Kami hampir selesai.
Tolong cepat.
Terima kasih.
Beri laporan tentang sensor bunyi.
Kami dah pasang dua set di enam tempat. Semuanya dah bersedia.
Hidupkan sekarang.
Matikan radio dan hentikan sebarang pergerakan.
Kuatkan isyarat sepenuhnya.
Mula.
Mari mulakan.
Sekali lagi.
Ada bunyi dari A-3, sensor tenggara.
Pasukan penyelamat,...
...mulakan pencarian kedua berdekatan sensor A-3.
Kita tak boleh kawal api.
Ia akan ambil masa.
Tingkatkan tekanan air kepada 210 psi!
Kita akan kehabisan air nanti.
Kita perlu padam api di sini dan pergi ke sana!
- Tingkatkan tekanan! - Ya, tuan.
Awak pasti ia dah selesai?
Kenapa masih sakit?
Kenapa? Ada sesuatu yang tak kena?
Fibula yang patah asyik menyentuh saluran darah.
Saya rasa saya perlu lakukan tarikan.
Apa itu?
Untuk masukkan tulang yang patah ke dalam...
Ini kaedah biasa. Sekejap.
Saya perlu luaskan belahan untuk tarikan.
Untuk buat begitu...
- Jihoon! - Tuan?
- Ambil pengesan gas. - Ya, tuan!
- Saya bawa pengesan gas. - Baiklah.
Kami berada di sensor tiga di tempat bunyi didengari.
Kami akan masuk selepas periksa kebocoran gas.
Pengesan gas bertindak balas!
Ini amaran kebocoran gas petroleum cecair!
Aduhai.
Ini komander tapak.
Kami sahkan kebocoran gas LPG.
Tentukan perimeter dan dekati zon bahaya.
Kenapa dengan gas LPG?
Disebabkan gas LPG lebih berat daripada udara,...
...ia tenggelam ke bawah apabila bocor.
Ada kemungkinan ia terkumpul...
...di tempat Pegawai Song dan orang awam itu tertimbus.
Dalam misi menyelamat,...
...mungkin ada percikan api apabila konkrit dipecahkan.
Jadi, ia mungkin meletup?
Encik Choi, awak perlu kekal sedar.
Berapa umur awak?
Saya berusia 45 tahun.
Ceritakan tentang keluarga awak.
Saya ada seorang anak perempuan.
Siapa nama anak awak?
Nari. Namanya ialah Choi Nari.
Nari. Berapa umurnya?
Dia berusia 18 tahun.
Jika awak nak jumpa dia lagi, awak perlu kuatkan semangat.
Mungkin lebih baik jika saya mati.
Barulah dia layak terima bantuan kebajikan...
...dan boleh masuk ke kolej melalui kemasukan khas...
...untuk keluarga berpendapatan rendah.
Apa?
Dia anak kepada ayah yang teruk...
...dan tak dapat buat perkara yang dia mahukan.
Saya tak boleh buat apa-apa untuk dia.
Apa yang ayah patut buat sekarang, Nari?
Dia curi makanan yang dia hantar?
- Teruknya. - Aduh, panasnya.
Patutkah kita laporkan dia?
Patutkah kita buat begitu?
Hei, penghantar!
Apa yang awak nak buat dengan sup yang tumpah di lif?
Maafkan saya.
Awak patut berasa malu.
Maafkan saya.
Aduhai.
Ayah minta maaf. Ayah akan pergi sekarang.
No comments yet. Be the first to leave one.