The Good Detective

The Good Detective (모범형사)

Download Malay Subtitle

Release info

모범형사-The-Good-Detective E08-NEXT VIU
A Commentary by ANANG2196

Tags

other
Published on: 2020-08-19
Downloads: 26
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sub bY VIU

Resynced == ANANG KASWANDI ==

(Semua lokasi, watak, agama, organisasi,)

(dan insiden dalam drama ini adalah fiksyen.)

Jam tangan ini...

adalah peninggalan ayah saya.

Selepas kematian ayah saya,

saya telah membesar di rumah pak cik saya.

Dan dia telah ambil jam tangan itu.

Ini saya, pak cik awak.

Apa khabar?

Awak masih ingat jam tangan milik ayah awak, betul?

- Ya. - Adakah awak telah mengambilnya...

semasa awak di sekolah tinggi?

Tidak.

Jong Tae cakap awak telah mencurinya dari bilik bacaan saya dahulu.

Jadi maksud awak...

Jong Tae telah tipu saya?

Baiklah. Selamat tinggal.

Pak cik saya telah hubungi saya buat pertama kali...

selepas hampir 10 tahun saya berpindah keluar.

6 November 2015.

Tiga hari selepas mayat Yoon Ji Sun ditemui.

Panggilan ini telah dirakam pada hari itu.

Orang tidak cakap yang kopi awak sudah rasa lebih baik sekarang?

Saya rasa ia lebih lembut.

Dan aromanya kekal lebih lama.

Ya. Beritahu kawan awak jualan saya telah meningkat...

dan saya rasa berterima kasih atas semua bantuan itu.

Jika dia cuba naikkan harga nanti, suruh dia bercakap dengan saya.

Dia berada di kedudukan sekarang atas bantuan saya.

Jika bukan kerana saya, mungkin dia masih mengimport daging busuk...

dan menjualnya secara rahsia.

Saya sentiasa tertanya-tanya...

apa yang Hyun Joo dan saya akan lakukan jika awak tiada.

Saya juga fikirkan perkara yang sama.

Tanpa awak dan Hyun Joo,

pasti hidup saya akan rasa sangat teruk.

Tadi,

Detektif Kang Do Chang telah singgah di sini.

- Kenapa? - Jam tangan yang awak...

suruh saya lelong.

- Awak dapat dari mana? - Kang Do Chang tanya tentang itu?

Beritahu perkara sebenar.

Awak beritahu dia saya beri awak jam tangan itu?

Saya tidak boleh hantar Hyun Joo...

bersekolah di luar negara dengan duit itu.

Bagaimana jika dia dapat tahu mengenainya?

Saya akan suruh dia terus tinggal di Korea dan belajar.

Saya tanya jika awak ada beritahu dia.

Awak ada beritahu Kang Do Chang?

Ya.

Adakah awak tahu...

kenapa saya pilih seorang wanita seperti awak yang sudah ada anak?

Itu kerana Jin Soo.

Kerana saya rasa bersalah.

Kerana saya rasa kasihan terhadap Jin Soo.

Ya.

Dia cakap dia sudah beritahu Kang Do Chang dan Oh Ji Hyuk.

Dia juga merancang untuk beri keterangan di mahkamah.

Cuba jangan lakukan sesuatu di luar bidang kuasa saya.

Ia lebih mudah untuk diselesaikan jika begitu.

Ji Hyuk.

Jadi,

jam tangan yang awak beli di acara lelongan itu,

adakah awak...

benar-benar telah bayar 800,000 dolar dengan duit sendiri?

Ya.

Adakah awak serius?

Jadi awak sepatutnya bayar sendiri jjajangmyeon awak.

Saya benci orang kaya.

Helo, Ketua Nam.

Wanita itu.

Awak rasa dia benar-benar akan berikan keterangan?

Mungkin ada banyak yang dia perlu fikirkan.

Dia seorang wanita yang baik.

Saya yakin tentang itu.

Selamat datang.

Satu kopi Amerikano panas, terima kasih.

Minum di sini?

Baiklah.

Ketua Woo.

Ya, tuan.

Saya anggap awak seperti ahli keluarga saya.

Sama juga untuk awak semua.

Kita adalah sekeluarga kerana...

kita lindungi nyawa satu sama lain sama seperti nyawa kita sendiri.

Namun begitu, jika ada seseorang cuba serang keluarga ini,

orang itu...

adalah seorang pengkhianat.

Betul?

Saya yakin awak semua tahu saya sedang bercakap tentang siapa.

Saya harap awak semua akan ambil tindakan yang sesuai.

Saya dengar tuan penguasa panggil awak. Dia cakap apa?

Hei, awak semua.

Awak dengar apa yang tuan penguasa katakan.

Jika kita gagal tangkap seorang suspek setiap hari,

kita akan...

mengejar anjing terbiar di jalanan!

Jae Hong.

Do Chang, apa yang awak...

Tidak mengapa.

- Do Chang. - Ya.

Kita perlu bercakap.

- Apa kita patut lakukan? - Awak risau tentang apa?

Kita patut ikut sahaja arahan dari pihak atasan.

Awak semua ada suspek yang awak rahsiakan, betul?

Beritahu cepat.

Atau awak boleh tinggal di jalanan mulai sekarang.

Sudah tentu, kami ada.

Biar saya lihat...

Oh Tuhan.

Ini.

Do Chang.

Tolonglah, hentikannya sekarang.

Berhenti fikirkan tentang orang lain...

dan mula fikirkan tentang diri awak.

Awak tidak mahu dinaikkan pangkat?

Bong Sik.

Awak tahu apa yang saya lakukan selepas habiskan...

zaman sekolah tinggi sebagai seorang atlet...

dan gagal memasuki kolej?

Saya hidup dengan samseng...

dan terpaksa makan makanan anjing untuk sertai mereka.

Tapi malangnya, pada hari pertama, pihak polis telah muncul.

Saya telah berlari seperti nyawa saya bergantung kepadanya.

Tidak, ia lebih kepada bergolek daripada berlari.

Tapi saya telah ditangkap.

Pegawai polis itu tanya, "Berapa umur awak?"

Saya cakap, "19 tahun".

Dia senyum.

Kemudian dia cakap, "Datang semula selepas awak turunkan berat badan".

Selepas itu, dia telah menoleh dan pergi.

Saya boleh nampak aura dia daripada belakang.

Dia nampak hebat.

Jadi apa maksudnya...

Itu sebab kenapa saya berdiet dan jadi seorang detektif.

Bong Sik, awak tahu sesuatu?

Apabila saya pergi,

Saya mahu jadi seorang detektif yang nampak hebat daripada belakang.

Do Chang, awak telah ditukar tugas.

Hei!

Hei! Awak, detektif!

Dengar sini!

Senyaplah. Oh Tuhan!

Bila pertukaran akan dilakukan?

Awak boleh tukar dengan saya apabila saya datang pada jam 6 petang.

Dan esok, awak perlu berada di sini menjelang jam 8 malam.

Benarkan saya tidur.

Orangnya adalah Oh Jong Tae, bukan?

Oh Jong Tae.

Awak tulis dalam artikel itu.

"Ahli perniagaan, Encik Oh". Itu adalah Oh Jung Tae.

Jadi nampaknya Oh Jong Tae...

ada hubungan dengan Yoo Jeong Ryeol dan Yoo Jeong Seok.

Sekarang, semuanya sudah mula masuk akal.

Apa bukti baru yang awak mahu berikan kepada saya?

Oh Jong Tae adalah dalang sebenar, betul?

Apa bukti itu?

Tunggu.

Awak akan dengar tidak lama lagi.

Wartawan Jin,

awak pasti akan buat bos awak sukakan awak.

Ya, itu memang pasti.

Mari sini.

Oh Tuhan.

Bukankah dia kaki judi itu, Jo Yong Hwan?

Bukan awak cakap dia telah larikan diri dahulu?

Ketika itu...

Dia cakap keesokannya adalah ulang tahun kematian ayahnya.

Ayah dia ada restoran ladu di Songdo!

Saya baru sahaja makan ladu di sana semalam!

Perkara merepek apa yang awak sedang katakan?

Ladu?

Hei, adakah awak kawan abang ipar dia?

Awak fikir saya tidak tahu awak semua pernah pergi bar pelayan?

Awak juga sama seperti mereka.

Senyap.

Saya rasa sangat kecewa dengan awak semua.

Kenapa?

Awak tidak tangkap penjenayah walaupun awak boleh lakukannya.

Hei, jangan cakap macam tu.

Awak sudah salah faham mengenainya.

Awak boleh anggap mereka sebagai...

- simpanan kecemasan. - Betul! Simpanan kecemasan!

- Mari pergi. - Adakah kita akan ke balai?

Tidak.

Apa?

Do Chang.

Bagaimana dengan tugas baru awak?

Ia tidak sesuai dengan saya.

Saya rasa punggung saya akan melecet.

Apa yang kita akan lakukan?

Ada banyak yang perlu diperiksa sebelum perbicaraan kedua.

Oh Tuhan.

- Apa! - Siapa pula orang tidak guna ini?

Orang tidak guna?

Terima kasih, awak semua.

Awak tidak perlu cakap terima kasih.

Do Chang, tugas awak adalah tugas kami.

More Malay subtitles for The Good Detective

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left