Release info

Bride of the Century E13 140404 XviD HDTV H264 720p-WITH-iPOP
A Commentary by Dazai

Tags

HDTV
hdtv
720p
720
XviD
HD
Published on: 2019-04-14
Downloads: 28
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Terima kasih banyak sebab bangun.

Cuma untuk anak kesayangan saya,

dalam masa beberapa saat, saya langgar anak orang lain... Nyawa orang lain...

Satu-satunya sebab nenek awak nak jumpa saya adalah disebabkan ini.

Ini... Dengan cara ini awak buat perjanjian dengan mak saya?

Sebab orang yang paling takut satu dunia tahu tentang ini ialah mak awak.

Jadualkan semula sidang media itu secepat mungkin.

Kali ini, cuma gambar upacara angkat sumpah awak.

Tapi kalau awak cuba lakukannya lagi,

rakaman ini akan disebarkan kepada media.

Sebaik saja ini diumumkan, bukan saja Kumpulan Taeyang akan merana,

tapi sudah tentu ayah dan nenek awak, apa yang akan berlaku kepada mereka?

Jangan ganggu orang lain.

Semuanya dalam tangan awak sekarang.

Bergantung kepada keputusan awak.

Awak dah ikat tangan dan kaki saya supaya saya tak boleh bergerak.

Awak cakap macam saya ada pilihan.

Terima kasih banyak.

Sekarang saya boleh buat keputusan tanpa sedikit pun rasa menyesal.

Awak kena ikut saya ke suatu tempat.

Saya kena bersihkan masalah yang saya buat.

Kalau awak nak orang tolong awak, bukankah awak patut berhenti berlagak?

Awak nak tengok sekuat mana saya boleh jadi?

Kalau saya nak, saya boleh hancurkan semuanya.

Adakah itu yang awak harapkan?

Dengar baik-baik.

Kita berdua sedang menarik tali itu dengan begitu tegang.

Kalau saya lepaskan dulu, awak juga akan jatuh.

Jaga sikap awak. Jangan begitu yakin pemberatnya ada disisi awak.

Mak betul-betul minta maaf.

Mak tak nak kamu tahu.

Mak tak nak kamu terluka.

Jangan bencikan nenek kamu. Ini semua salah mak.

Mak tak boleh lupakan ayah kamu.

Sebab itu nenek kamu...

Mak tak perlu risau lagi.

Beban yang mak hadapi sendiri,

mak boleh lepaskannya sekarang.

Tak akan ada masalah kalau saya tukar fikiran saya.

Gang Ju.

Jangan sampai ayah saya tahu.

Mak dah tahu...

Yang orang yang paling terluka ialah ayah.

Saya tak takut kalau kebenarannya tersebar.

Lagipun, ada bayaran untuk semua kesalahan.

Tapi... Saya paling takut kalau ayah tahu.

Ayah dah dihantui benda ini sepanjang hidupnya...

Hidup macam dalam penjara tanpa besi.

Saya tak boleh biarkannya jadi lebih susah untuk dia.

Ayah, ini ubat.

Agassi!

Awak tahu, saya dengar sidang media itu ada masalah.

Adakah disebabkan awak dan tuan muda bergaduh?

Apa yang berlaku sampai kamu bergaduh?

Sekarang adalah masanya untuk kamu berdua saling menyayangi.

Kalau awak tak boleh melalui sidang media,

mungkinkah benda dah jadi begitu serius?

Ajumeoni, awak mesti fikir awak dan saya rapat.

Apa?

Selagi awak bekerja dalam rumah ini,

ingat kedudukan awak.

Kita bukan kawan dan kita tak bincang semua benda kecil, kan?

Kalau awak nak bersembang, pergi bersembang dengan jiran awak.

Tolong tengok cara awak bercakap dengan saya.

Itu... Sebab saya risau...

Bila masa saya suruh awak risaukan tentang saya?

Mulai sekarang, jangan sibuk tentang saya dan sibuk dengan urusan awak.

Itu yang awak patut buat, kan?

Kenapa awak berdiri di sana macam awak dah hilang kecerdasan awak?

Macam mana seseorang boleh berubah sepenuhnya?

Ianya sangat pelik.

Apa?

Cik Yi Gyeong.

Selain daripada mukanya, semua tentang dirinya lain.

Mukanya, ekspresinya, suaranya... Semua berbeza.

Awak tak perasan apa-apa yang pelik?

Lagi, lagi, lagi. Awak suka merepek.

Dengar cakap saya!

Awak tahu apa yang dia baru cakap tadi?

Nasib baik ini tak jadi teruk.

Kamu dah tak nak tengok muka mak saya sekarang?

Sepanjang masa ini saya dah buat yang terbaik.

Semasa saya tinggal di rumah mak,

saya nak jadi macam anak kandung mak dan abang kepada Yi Gyeong.

Tapi mak...

Kalau betul kamu abang Yi Gyeong,

kamu akan lindungi Du Rim?

Kamu abaikan kami. Kami tak abaikan kamu.

Saya tak pernah tahu mak jenis orang begini. Macam mana mak...

Baik. Bencilah mak.

Kamu boleh keji mak dalam hati kamu sampai mak mati.

Kalau itu yang akan buat kamu rasa lebih baik,

jadi selepas hidup sebagai mak kamu untuk 20 tahun,

mak boleh berikan kamu hadiah terakhir.

Sejak hari pertama kamu dalam rumah mak,

kamu tak pernah menangis atau mengadu.

Kamu anak yang baik dan mendengar kata walaupun mak tak beritahu kamu.

Mak tak pernah marah kamu.

Mak tak pernah bergaduh dengan kamu walaupun sekali.

Mungkin sebab itu jarak antara kita semakin jauh sekarang.

Pergi berehat.

Perlu ke mak pergi sejauh ini?

Saya tahu mak yang berikan gambar itu kepada media.

Itu bukan sebahagian daripada rancangan mak, kan?

Mak tak tahu Choe Gang Ju akan buat masalah untuk sidang media mak.

Mungkin akan ada beberapa halangan, tapi kami boleh laluinya dengan mudah.

Mak nampak sangat yakin. Kenapa mak begitu pasti?

Kamu fikir mak akan buat begini kalau mak cuma ada gambar untuk upacara angkat sumpah itu?

Kalau pesaingnya adalah Kumpulan Taeyang, bukankah mak perlukan lebih daripada itu?

Mak cuma berikan mereka sedikit.

Gang Ju kena tundukkan kepalanya kepada mak dan mengaku kalah.

Jangan risaukan apa-apa dan jaga diri kamu.

Kamu kena sihat sebelum majlis perkahwinan Yi Gyeong.

Kamu masih abang dia,

jadi kamu kena bawa dia melalui pentas.

Awak tak perlu sembunyikan perasaan awak di hadapan saya.

Awak tak perlu pura-pura yang tak ada apa-apa berlaku.

Itu akan membuatkan saya semakin risau.

Awak fikir saya cuba sembunyikannya?

Saya pewaris Kumpulan Taeyang.

Awak fikir disebabkan seorang gadis palsu, saya akan biarkan syarikat dilanda krisis?

Benda begitu tak ada maknanya.

Disebabkan ianya tak bermakna apa-apa,

sebab itu saya nampak macam tak ada apa-apa masalah.

Saya faham, presiden.

Penjualan dan pendapatan meningkat 5.4% setiap sati berbanding tempoh sama tahun lepas.

Tapi punca kenapa keuntungan tak meningkat,

adalah disebabkan pengurusan buat keputusan kakitangan yang salah.

Sudah tentu, akan ada skala besar untuk penyusunan semula.

Cawangan yang penjualannya rendah juga akan disusun semula dan digabungkan.

Kita kena adakan beberapa siri program baru.

Rancangan pelan tindakan kamu agak bagus.

Uruskan macam mana kamu rasa baik.

Kamu tak ada apa-apa nak cakap?

Sebab kenapa kamu sibukkan diri dengan kerja beberapa hari ini,

bukankah disebabkan benda lain?

Tak ada apa-apa.

Saya dah abaikan kerja saya beberapa hari ini,

jadi saya nak tumpukan kepadanya.

Bukankah awak patut sedar kalau ada seseorang masuk?

Apa yang awak nak?

Saya ada tolong awak hari itu.

Kali ini saya perlukan bantuan awak.

Ikut saya jumpa abang saya.

Gang Ju kata dia nak melawat abang.

Saya patut datang jumpa awak sebelum ini. Saya lewat.

Saya harap awak sembuh cepat.

Tak perlulah bercakap dengan sopan.

Awak boleh keluar sebab saya dah lama tak bercakap dengan adik saya.

Kamu gembira sekarang?

Kamu gembira Choe Gang Ju ada disisi kamu?

Abang tahu dah berapa lama kita tak jumpa?

Itu saja ke benda yang abang nak cakap kepada saya selama ini?

Saya tahu abang akan jadi begini.

Sebab itu saya tak datang jumpa abang walaupun saya rindukan abang.

Kenapa Du Rim, bukan saya?

Apa yang hebatnya tentang dia?

Dia dah tolak perasaan abang.

Kenapa abang memihak kepada orang begitu?

Saya sangat marah jadi saya tak boleh jumpa abang.

Sebab sebaik saja saya jumpa abang, saya akan lebih bencikan Du Rim.

Yi Gyeong.

Abang patut bawa Du Rim ke tempat yang jauh.

Abang dah lama nak Du Rim ada disisi abang.

Bukankah itu yang abang sangat inginkan?

Mari pergi, Gang Ju.

Awak dah tak ada penonton sekarang, jadi awak boleh berhenti berlakon.

Kenapa awak datang kerap sangat? Macam mana awak nak berniaga?

Jangan risau.

Nenek dan Jin Ju boleh uruskannya dengan baik.

Saya nampak mata itu terbuka sepanjang masa,

macam malaikat maut yang tak pernah tidur, sebab itu saya tanya.

Hei. Awak pernah nampak muka comel begini pada malaikat maut?

Malaikat maut mungkin mati kalau dia ada gelap bawah mata macam awak.

Adakah ini lebih baik?

Oppa, ini.

Kedai dobi kata mereka tak boleh hilangkan kesan kotor itu.

Saya tengok di internet dan jumpa cara untuk hilangkannya,

kecuali beberapa kesan yang kecil.

Ini menunjukkan yang saya harap awak akan cepat sembuh.

Jadi awak boleh pakainya semula dan pergi bekerja macam biasa.

Awak cakap awak tak pernah buat apa-apa kepada saya, kan?

Awak buat saya ketawa.

Awak berikan saya senyuman yang sangat tenang,

sampai boleh mencairkan udara salji.

Dengan itu saja, awak dah berikan saya banyak.

Jadi jangan rasa bersalah.

Apa yang saya nak adalah awak pilih jalan awak sendiri.

Apa awak rasa?

Nampaknya Gang Ju dan Yi Gyeong tak serapat macam sebelum ini.

Tak menghadirkan diri untuk sidang media tak nampak macam Gang Ju.

Itu, sebenarnya...

Cakaplah.

Isteri saya juga cakap dia perasan ada benda pelik berlaku sejak akhir-akhir ini.

Dia kata Cik Yi Gyeong sangat berbeza dengan yang sebelum ini.

Dia nampak macam orang yang sangat berbeza.

Dan juga, walaupun ini pelik...

Tak mengapa. Cakaplah.

Tuan muda mungkin ada wanita lain.

Apa maksud awak wanita lain?

Bride of the Century (Hundred Year Bride / Baeknyeonui Shinboo / 백년의 신부) subtitles in other languages

More Malay subtitles for Bride of the Century (Hundred Year Bride / Baeknyeonui Shinboo / 백년의 신부)

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left