Release info

All About My Romancee E02 130410 HDTV H264 720p-KOR-HANrel
A Commentary by Dazai

Tags

HDTV
hdtv
720p
720
HD
Published on: 2019-04-15
Downloads: 30
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Maafkan saya,

adakah--

Maafkan saya, tunggu sekejap.

Encik, boleh saya lihat muka encik sekejap?

Betullah awak, kan? Tunggu sekejap.

Awak ialah Wakil Rakyat Gim Su Yeong, bukan?

Tunggu!

Betullah awak orangnya, kan?

Gim Su Yeong! Gim Su Yeong!

Apa yang sedang awak lakukan?

Macam mana dengan awak? Bukankah awak sedang terbaring dan hampir mati?

Memang betul, tapi saya sudah pulih.

Wah, ajaib betul.

Saya sedang menyaksikan keajaiban sekarang, bukan?

Janganlah cakap berputar-belit pula.

Baiklah,

saya takkan berputar-belit lagi.

Mari kita pergi.

Awak nak membawa saya ke mana?

Pergi berjumpa para wartawan

supaya satu dunia tahu yang awak telah menipu semua orang.

Tapi saya dah ada janji temu lain.

Awak nak ke mana?

Awak tak boleh ke tepi, kah?

Tak boleh.

Kalau begitu saya yang akan ke tepi.

Lelaki ini!

Awak tak nak pergi bersama saya?

Lepaskan saya! Lepaskan, saya kata lepaskan saya!

Lepaskan saya! Lepaskan, saya kata lepaskan saya!

Lepaskan saya! Lepaskan, saya kata lepaskan saya!

Awak fikir apa yang awak sedang lakukan?

Itukah yang patut awak katakan? Saya yang sepatutnya berkata begitu.

Ada air liur.

Apa pula?

Tak mungkin.

Mulut saya tak terbuka pun.

Bibir saya pun kering. Tengoklah.

Kotornya.

Saya rasa kotor dan menjijikkan.

Dengar sini!

Saya perlu mandi.

Awak nak ke mana?

Apa awak buat?

Lepaskan. Lepaskan saya!

Lepaskan saya!

Awak nak pergi membuat keajaiban lagi, kah?

Jadi apa yang awak bercadang untuk buat?

Adakah kita nak pergi berjumpa wartawan dalam keadaan saya yang begini?

Apa awak sedang buat?

Perempuan ini.

Awak baru saja melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Perbuatan awak mengambil gambar saya tanpa kebenaran,

telah mencabuli hak peribadi saya!

Cubalah melarikan diri lagi, tengoklah apa yang saya akan buat.

Saya akan memuatnaik gambar ini ke internet.

Serahkannya.

Saya...

sebelum saya berlaku kasar pada seorang wanita buat kali pertama dalam hidup saya,

sebelum saya hilang kewarasan

dan melakukan sesuatu--

Saya rasa sekarang dapatlah kita berbincang dengan tenang.

Betul tak?

Tapi sebelum itu...

kita patut buat sesuatu tentang ini.

Menyakitkan mata sungguh.

Selamat sejahtera.

Maafkan saya, tapi boleh saya pinjam sesuatu sebentar?

Berhati-hatilah.

Manalah tahu kalau-kalau saya sengaja buat silap

dan mengokot baju awak bersama dengan kulit badan awak.

Cubalah kalau berani.

Maksud saya, berhati-hati dengan mulut awak.

Apa semua ini?

Satu lagi.

Biar saya buat sendiri.

Walaupun aku rasa marah, dia tetap orang atasan aku. Walaupun aku rasa geram, dia tetap orang atasan aku.

Tak kiralah betapa teruk sekalipun, dia tetap orang atasan aku. Orang atasan aku!

Boleh pula dia tertinggal telefon bimbitnya di sini.

Ya, Wartawan An.

Tuan di dalam bilik air sekarang.

Betulkah?

Tunggu!

Tak ada pun.

Maksud saya adalah, dia lebih suka pergi ke bilik air di tingkat 3--

Awak memang pembantu yang bagus.

Lakonan awak semakin baik sekarang.

Ke mana dan bersama siapa dia keluar?

Saya takkan lari.

Suasana di sini agak baik dan sunyi.

Duduklah.

Bolehkah kita mula berbincang?

Sebelum itu,

bolehkah saya menyumpah awak memandangkan saya tak sempat buat begitu tadi?

Kalau saya tak melakukannya,

ia akan berkumpul dalam diri saya dan akan membara sehingga menyebabkan saya sakit.

Sebelum itu terjadi, lebih baik saya meluahkannya, betul tak?

Tidak.

Saya menolak sama sekali cadangan itu.

Hei, si bodoh!

Awak tak lebih daripada sekadar umpan bagi parti awak supaya mereka boleh meluluskan rang undang-undang itu...

dan seorang penipu besar yang sanggup menipu orang ramai dengan mengatakan diri awak sakit sedangkan awak langsung tak apa-apa sebenarnya.

Hati nurani awak ibarat ruang vakum pada lubang hitam,

yang melitupi alam semesta.

Pendek kata, awak ialah pencemar angkasa.

Awak ialah penyebab kepada tergugatnya demokrasi di Korea Selatan,

dan si jahat yang mencemarkan bidang politik!

Saya rasa lebih baik sekarang.

Awak mahu peluang untuk mengemukakan bantahan?

Baiklah. Kalau tidak, mari kita teruskan saja.

Apa yang baiknya? Nak teruskan apa?

Saya akan maafkan awak kerana menipu saya hari ini.

Saya juga akan memadamkan gambar yang saya ambil tadi.

Sebagai balasannya,

apa kata awak hentikan semua ini dan mula buat sesuatu untuk negara kita?

Bantulah saya.

Apa yang awak fikirkan hanyalah memanfaatkan apa saja kesempatan untuk politik, bukan?

Inilah sebabnya saya membenci ahli politik.

Inilah sebabnya saya mahu berundur daripada politik!

Apa? Berundur daripada apa?

Apapun...

saya memang nak meletak jawatan.

Tapi...

awak baru saja merosakkan masa yang sesuai untuk itu.

Walau bagaimanapun, saya tetap akan pergi apabila tiba masanya...

jadi tak kiralah sama ada awak mahu menambahbaik sistem demokrasi di negara ini...

atau mengacau-bilaukannya lagi, buatlah sesuka hati awak.

Saya selaku rakyat negara ini akan sentiasa memerhatikan awak.

Awak dialu-alukan untuk berbuat begitu.

Tapi tetap--

Adakah...

awak masih ingat berapakah jumlah undi yang awak peroleh dalam pilihan raya yang lalu?

Peratusan keluar mengundi 50.3%.

Jumlah undi 63130. Kenapa?

Boleh tahan juga ingatan awak ya.

Bukan boleh tahan saja, tapi amat bagus.

Masa yang digunakan oleh kesemua 63130 pengundi itu untuk mengundi awak, jika kita tukarkannya ke dalam nilai wang...

wang yang telah awak belanjakan dalam pilihan raya,

dan segala wang pembayar cukai yang telah awak gunakan selama ini...

serta kos yang terlibat untuk mengadakan pilihan raya semula disebabkan awak,

kalau awak jumlahkan kesemuanya, ia satu jumlah yang amat besar.

Itulah jumlah hutang yang perlu awak tanggung.

Langsaikannya sebelum awak pergi.

Baiklah, katakanlah semua itu betul,

tapi kepada siapa saya patut membayarnya?

Adakah saya patut membayarnya kepada awak?

Adakah awak cuba memeras wang saya?

Tidak.

Awak yang telah memeras wang semua pembayar cukai.

Saya cuma mahu awak membayarnya sebelum awak pergi.

Semua itu...

saya akan bayar semula dengan memberikan sumbangan kepada masyarakat--

Akta perdagangan yang adil,

undang-undang pemberian subkontrak,

akta pelaksanaan francais yang adil,

semua ini perlu dipinda untuk mencapai ekonomi yang demokratik.

Ditambah pula dengan masalah pekerja kontrak,

gaji minimum yang terlalu rendah,

- perlindungan insurans bagi wanita bersalin-- - Cukuplah tu.

Cakap sajalah apa yang awak mahukan sebenarnya.

Mari kita mencadangkan semua itu bersama-sama.

Awak pun tahu, untuk mencadangkan sesuatu rang baru,

saya memerlukan sokongan daripada 9 wakil rakyat lain.

Ia agak sukar kerana GJP hanya ada kami berdua saja.

Ia agak sukar kerana GJP hanya ada kami berdua saja.

Bolehkah awak membantu saya

untuk meyakinkan wakil rakyat lain dan mendapatkan sokongan mereka?

Kenapa pula saya nak buat begitu?

Ia disebabkan...

hidup ini amat sukar.

Awak tahu yang kadar jenayah semakin meningkat sekarang, bukan?

Macam mana pula dengan kadar membunuh diri?

Punca utama kematian bagi mereka yang berumur belasan tahun, 20-an dan 30-an--

Saya tahu, iaitu membunuh diri.

Bagi mereka yang berumur 40-an dan 50-an, membunuh diri ialah punca kedua kematian.

Beginikah negara kita?

Adakah segala statistik ini normal bagi sesebuah negara?

Macam mana pula dengan kadar kematian kini?

Itu pun saya tahu. Bilangannya amat tinggi.

Ia bukan sekadar satu bilangan. Setiap satunya ialah nyawa manusia.

Ia bukan sekadar sesuatu yang kita perlu fahami dengan akal kita.

Sebab itulah, kita perlu mewujudkan cara hidup yang kurang sukar daripada sekarang.

Mari kita mencuba sedaya upaya untuk memberikan satu jaring keselamatan yang boleh mereka gunakan.

Ya?

Adakah kita mahu terus hidup seperti ini?

Adakah kita mahu anak-anak kita juga menjalani kehidupan yang sebegini?

Tidak. Kita mahu hidup kita berubah menjadi lebih baik, dan ia boleh dilakukan.

Demi mencapai impian dan harapan itu...

kami kini sedang berjuang, dan akan terus berjuang.

Jangan sesekali lupa.

Hidup kita perlu berubah kepada yang lebih baik, agar hidup mereka akan menjadi lebih baik.

Ada maklumat rahsia tentang pelulusan rang undang-undang tempoh hari?

Ini dia.

Ini satu kejutan.

Macam mana perkara yang wartawan pun tak dapat mengoreknya--

Entahlah.

Ia diletakkan dalam sampul tidak bernama yang terselit di antara surat-surat yang dikirimkan kepada Wakil Rakyat No Min Yeong.

Cuba tengok ini. Nama Gim Su Yeong disenaraikan sebagai salah seorang yang mempersetujui rang tersebut.

Cuba tengok ini. Nama Gim Su Yeong disenaraikan sebagai salah seorang yang mempersetujui rang tersebut.

Semasa rang itu diluluskan, Wakil Rakyat Gim Su Yeong--

All About My Romance (Nae Yeonaeui Modeun Geot / 내 연애의 모든것) subtitles in other languages

More Malay subtitles for All About My Romance (Nae Yeonaeui Modeun Geot / 내 연애의 모든것)

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left