Release info

하이클래스-High-Class-E16-END-NEXT-VIU
A Commentary by Hennessey
Subtitle by Viu. Rate and Enjoy

Tags

other
Published on: 2021-11-02
Downloads: 14
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

(Semua orang, organisasi, lokasi, dan kejadian...)

Saya mahu jadi lebih gembira bersama ibu.

Saya mahu lihat senyumannya.

Ibu saya cakap...

kami tak dapat berjumpa ayah,

tapi tak jumpa seseorang itu tak bermaksud orang itu hilang.

Tidak.

Ayah saya seorang Iron Man.

Dia kacak, kuat dan paling hebat.

Tidak!

- Tidak. - Itu selamat atau terkeluar?

Mari kita cuba lagi.

Tengok topi awak.

Saya mahu jadi seperti ayah saya.

Ibu. Saya dah tak boleh jumpa ayah lagi?

Yi Chan.

Walaupun kita tak jumpa dia, tak bermakna dia tiada.

Asalkan kita ingat dia,

dia tak akan pergi.

Waktu itu saya buat keputusan...

saya akan jadi orang sehebat ayah saya...

dan lindungi ibu saya bagi pihak ayah.

Kalau ada orang cuba membuat ibu saya sedih lagi,

saya akan ajar mereka.

Tapi ada satu kejadian yang pelik dan menakutkan.

Ayah saya kembali.

Adakah ayah saya kembali kepada ibu dan saya?

Saya ingin beritahu awak sesuatu.

Ada kemungkinan ayah datang untuk berjumpa kita.

Benarkah?

Adakah Jae In pun tahu tentang rahsia ayah saya?

Kenapa dia cakap ayah saya ialah ayah dia?

Kenapa tiba-tiba Jae In cakap dia kakak saya?

- Apa masalah awak? - Pulangkan kepada dia.

Apa-apa sajalah. Kenapa awak masuk campur?

- Awak ibu dia? - Saya kakak dia.

Jangan ganggu adik saya lagi.

Benarkah awak berdua adik beradik?

Kenapa nama akhir awak tak sama?

Tapi kejadian pelik asyik berlaku satu demi satu.

- Awak semua ikut saya, bukan? - Ya.

Rapat bersama.

Yi Chan!

Yi Chan, ini ayah.

Mulai sekarang, apa kata kita pergi bersama?

Okey?

Tak mengapa. Kita boleh hubungi ibu juga.

Mari kita keluar senyap-senyap.

Di sini.

Itu dia. Dia ada di sini.

Dia datang ke sekolah.

Dia datang sini...

dan bawa Yi Chan bersamanya.

- Yi Chan saya. - Saya pasti kita dapat cari dia.

Betul, bukan?

Betul. Kalau kita tunggu, dia akan telefon nanti.

Helo.

Kalau awak mahu berjumpa Yi Chan lagi,

lebih baik awak ikut cakap saya.

Apa awak buat ini?

Dia tak lakukan apa-apa kesalahan!

Apa kata awak bunuh saja saya?

Awak yang mulakan dulu.

Jadi?

Di mana Yi Chan sekarang?

Beritahu saya apa yang awak mahu.

Saya pasti awak tahu apa dia.

Okey. Baiklah.

Saya ingin tahu jika dia tak apa-apa.

Saya akan bunuh dia!

Saya tak akan maafkan dia!

Bertenang. Kita akan cari Yi Chan. Okey?

Bagaimana saya hendak cari Yi Chan?

Tergamak seorang ayah buat begini?

Bagaimana dia boleh buat begini pada anaknya sendiri?

Buat masa sekarang, keselamatan dia adalah paling utama.

Saya akan pulangkan duit itu.

Tolong hantar dia balik kepada saya dengan selamat.

Saya akan pilih lokasi. Jumpa di sana lagi satu jam.

Jangan lupa. Datang seorang diri.

Okey. Bagaimana keadaan Yi Chan?

Sekurang-kurangnya bagi saya dengar suara dia. Tolonglah.

(Datang ke Taman Tema Jeju lagi satu jam.)

"Datang ke Taman Tema Jeju lagi satu jam."

Awak tahu di mana dia?

Di taman tema.

Kami pernah pergi sana semasa datang ke sini.

Kita bertiga pergi ke sana bersama.

Pegang tangan ayah.

- Awak malu? - Pegang tangan saya juga.

Saya tak boleh biarkan dia ambil Yi Chan dari saya.

Saya kena pergi ambil anak saya.

Cik Song. Tolong bertenang.

Saya merayu, tolonglah. Benarkan saya pergi seorang diri.

Siapa tahu apa dia akan cuba buat kali ini?

- Awak tak boleh pergi seorang diri. - Betul.

Penting untuk dapatkan anak awak balik,

tapi awak tak boleh abaikan keselamatan awak.

Jadi, apa yang awak mahu saya lakukan?

Kita akan bergerak dalam dua pasukan.

Saya akan suruh orang saya menyamar di taman tema...

untuk memerhatikan awak.

Yang lain tunggu di luar jika ada sebarang kejadian tak dijangka...

untuk mengawal pintu keluar.

- Saya akan sertai awak. - Okey.

Kita akan dapatkan Yi Chan balik.

Kami akan pastikannya.

Saya akan ikut juga.

Tak perlu.

Awak patut jaga Jae In.

Saya tak boleh biarkan awak pergi seorang diri.

Saya akan tinggalkan Jae In bersama ibu saya dan sertai awak.

Mari kita pergi bersama.

Baiklah.

Awak pasti tahu.

Kumpulan Daesang itu.

Apa saya boleh lakukan?

Saya pergi ke balai polis untuk menyerah diri,

tapi dia cakap saya tidak berfikir dengan waras kerana kesan dadah...

dan telah halang saya.

Sewaktu perempuan itu mati,

saya mahu hubungi polis.

Tapi dia cakap dia akan uruskannya.

Saya pun tak tahu apa dia lakukan...

dengan mayat itu.

Itu keterangan suami awak, Lee Jung Woo.

Ada apa-apa bezanya dari fakta?

Kalau awak tak jawab, saya andaikan awak tiada bantahan.

Saya akan cakap, saya tanam sendiri mayat itu.

Awak akan cakap, awak hanya tahu selepas itu.

- Saya akan... - Seung Jo.

Cukup. Jangan masuk campur.

- Puan Nam. - Ini hal keluarga saya.

Bukan tempat awak untuk masuk campur.

Itu arahan terakhir saya.

Selagi saya belum keluar dari sini,

jangan datang melawat lagi.

Awak sudah berkhidmat dengan baik.

Kulit saya sangat kering dan bengkak.

Sekarang lebih baik.

Kenapa awak tak masuk dalam?

Hei.

Adakah awak mengubah suai hiasan dalaman?

Idea yang bagus. Restoran baru untuk pemilik baru.

Saya terfikir untuk menggunakan nama yang sama.

Tahniah. Sekarang, awak ialah pemilik sebenar.

Saya dengar awak beli tempat ini.

Tak perlu ucap tahniah kepada saya.

Jadi...

awak bayar denda saya kepada CEO bekas agensi saya, Encik Han.

Terima kasih.

Saya tak boleh terima secara percuma.

Saya akan bayar balik.

Sama ada lima atau 10 tahun.

Ambil saja. Anggap itu tanda kasih sayang saya.

Saya pun berhutang kepada awak.

Kasih sayang awak?

Bagaimana saya hendak terima sekarang?

Awak boleh terima kalau awak mahu.

Saya akan berpindah balik...

ke Seoul.

Sebelum itu, saya ingin beritahu awak sesuatu.

Suami saya tahu kita ada hubungan sulit.

Saya mahu ceraikan dia, tapi pasti media dapat menghidunya dulu.

Jadi, saya akan mengadakan sidang media.

Begitu.

Saya tak kisah.

Jangan risau. Saya akan cakap bukan awak orangnya.

Saya akan cakap saya tak kenal awak.

Jadi, awak pun kena bina batasan.

Kalau awak mahu, cakap yang awak akan saman saya.

Bagaimana dengan awak? Awak tak apa-apa?

Tak mengapa.

Saya akan berhenti industri hiburan juga.

Saya akan cuba yang terbaik untuk tidak memberi kesan pada awak.

Saya minta maaf melibatkan awak dalam masalah ini.

Daripada buat begitu...

Apa kata saya dan awak bermula di sini semula?

Apa?

Tidak.

Kita sudah lihat keadaan diri kita yang paling buruk.

Jangan biarkan berlarutan lagi.

Tiada satu pun waktu di mana...

saya tak serius tentang awak.

Walaupun awak mungkin tak serius.

Cari perempuan yang baik,

Cef Jung Mi Do.

Selamat tinggal.

Saya akan pergi seorang diri dari sini.

Sekejap lagi pasukan saya akan ekori awak.

Bertenang dan pastikan telefon awak sentiasa hidup.

Mari.

Saya akan pergi seorang diri.

Jaga diri.

Dia baru saja masuk. Pasukan penyamar, laporan.

Kami sedang berjaga-jaga. Tiada apa lagi.

(Perbadanan Perbankan Antarabangsa Hong Kong)

Saya tinggalkannya di dalam pejabat tiket.

Sekarang, ke mana saya kena pergi?

Helo?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left