The first 200 lines.
Dortor Aneh
Dr. Oh! Awak buat apa di sini?
Jae-hee...
Jika begitu...
...bunuh saya dahulu.
Awak fikir saya tidak berani bunuh awak?
Hanya kematian saja yang menunggu mereka yang...
...tidak dapat menyelesaikan misi mereka.
Saya tidak takut akan kematian, kerana itulah yang dididik oleh negara saya sendiri.
Saya cuma takut jika kita tidak dapat menyelesaikan misi ini saja.
Benarkan saya berjumpa dengan dia.
Apa yang awak akan buat apabila bersemuka dengan dia nanti?
Saya ialah Han Seung-hee.
Benar! awak ialah Han Seung-hee!
Han Seung-hee yang saya cipta!
Park Hoon akan sentiasa menganggap saya sebagai Song Jae-hee.
Tapi saya akan tetap menyamar sebagai Han Seung-hee...
...sehingga pasukan pembedahan Perdana Menteri dipilih.
Selepas itu, saya akan kembali menjadi Song Jae-hee yang sebenar.
Bukankah itu rancangan kita yang sebenar?
Awak boleh bunuh saya sekarang juga jika awak masih tidak mempercayai saya lagi.
Keputusan ditangan awak, Komrad Cha Jin-soo.
Tidak, tuan... Langsung tidak...
Jika begitu, bagaimana Park Hoon boleh terlepas dengan mudah sekali?
Saya tidak tahu...
Saya tidak pernah memberitahu dia apa-apapun...
Jangan! Tolong jangan lakukannya!
Apakah yang telah dia berikan kepada awak sebagai bayaran untuk kebebasannya?
Saya tidak menerima apa-apa rasuah daripadanya!
Jangan menipu!
Beritahu saya perkara sebenar! Bedebah!
Dirgahayu Bangsa Demokratik Korea Republik!
Beritahu saya perkara sebenar!
Dirgahayu Bangsa Demokratik Korea Republik...
Dirgahayu Bangsa Demokratik Korea Republik.
Park Hoon!
Jae-hee...
Gaya rambut awak lain.
Dr. Oh?
Gaya rambut awak sangat padan dengan muka awak.
Adakah awak masih mengingati saya?
Siapakah lelaki ini?
Ini saya, Hoon.
Saya rasa awak sudah tersilap orang.
Siapa Jae-hee?
Dr. Han, adakah awak mengenali seseorang bernama Song Jae-hee?
Song Jae-hee? Siapakah Song Jae-hee?
Gelang ini... Adakah awak masih ingat akan gelang ini?
Ya, gelang ini. Saya yang berikan...
...kepada awak pada pertemuan pertama kita.
Kenapa gelang ini ada pada awak?
-Apa maksud awak? -Saya buat gelang ini untuk ibu Dr. Oh.
Kenapa gelang ini ada pada awak sekarang?
Ini adalah gelang yang sama yang saya berikan kepada awak dahulu!
Gelang ini adalah hadiah daripada ibu Dr. Oh!
Beritahu saya perkara sebenar, siapakah lelaki ini?
Dia doktor yang telah menjalankan pembedahan ke atas ibu saya.
Lelaki ini ialah seorang doktor?
Kenapa dia menyimpan barang kepunyaan ibu awak?
Adakah ini benar?
Saya yang buatkan gelang ini untuk awak.
Tolong hentikan lakonan awak ini!
Jae-hee, kenapa dengan awak?
Maafkan saya doktor.
Saya rasa lebih baik saya sambung tugas saya semula.
Ya, baiklah.
Jae-hee!
Awak pergi dahulu.
Jae-hee!
-Tolong tunggu sebentar! -Tunggu untuk apa?
Dia kata, dia bukan orang yang awak cari itu!
Saya yakin dia ialah Jae-hee!
Song Jae-hee!
-Bagus tindakan awak itu tadi. -Saya lakukannya demi misi ini saja.
Saya harap awak ingat!
Jangan terlalu sombong.
-Jangan halang saya! -Tolong bertenang!
Apa awak akan buat jika dia benar-benar wanita yang awak cari itu?
Saya mahu tanya dia kenapa dia pura-pura tidak mengenali saya!
-Sebab dia benar-benar tidak kenal awak! -Kenapa dia tidak kenal saya?
Sebab dia bukan Jae-hee.
Dia bukan Jae-hee?
Awak nampak dia tadi, bukan?
Hoon...
Saya juga sudah tidak pasti tentang itu.
Tapi, dia kata dia bukan Jae-hee!
Jangan mengarut! Saya yakin dia ialah Jae-hee.
Dr. Park!
Lepaskan!
Mak cik benar-benar tidak boleh tidur.
Kaki mak cik juga kebas.
Buat sementara, saya beri mak cik ubat tahan sakit...
Kenapa awak buat saya begini?
Kenapa awak tidak mengendahkan saya?
Maafkan saya.
Kita kini berada di hospital.
Jika ada sesuatu yang awak mahu bincangkan bersama saya,...
...sila tunggu di luar sebentar.
Awak marah kerana awak fikir saya...
-...tidak pulang semula untuk mencari awak? -Tolong keluar sekarang.
Saya telah mencari awak di merata tempat.
Saya sanggup berkorban apa-apa saja untuk mencari awak!
Saya perlu merawat pesakit saya ini. Tolong jangan ganggu saya.
Baik.
Saya minta maaf, semua ini salah saya.
Saya dengar itu! Tolong lepaskan saya.
Tidakkah awak nampak yang saya sedang merawat pesakit ini?
Sekarang ini, itu tidak penting!
Bukankah awak mengaku yang awak ini seorang doktor?
Sebagai seorang doktor, apa yang lebih penting daripada pesakit?
Adakah awak ini benar-benar seorang doktor?
Jae-hee!
Dr. Oh. Tolong bawa lelaki ini keluar.
Mari kita pergi sekarang.
Saya akan hubungi dia dan kamu berdua boleh berbincang nanti.
Boleh?
Dia enggan percaya yang Song Jae-hee sudah mati.
Seronok juga melihat keadaan dia yang tidak tentu arah itu.
Jika tidak, sukar untuk kita mengawal dia seperti yang kita rancangkan.
Bukankah awak akan berpindah ke Hospital Myung Woo esok?
Park Hoon pasti akan mengekori saya.
Sebab Song Jae-hee akan berada di sana juga.
Namun, dia telah dipecat dari hospital tersebut.
Oh Joon-gyu ialah seorang yang tetap dengan pendiriannya.
Sebab itulah kita memerlukan seseorang untuk menggoyahkannya.
Saya rasa, kita perlu meminta izin daripada Presiden untuk melaksanakan tugas tersebut.
Kenapa kita perlukan keizinan dia untuk aktiviti-aktiviti jawatankuasa yang...
...berkhidmat di bawah perintah Perdana Menteri?
Tapi, Presiden sangat mengambil berat tentang jawatankuasa ini!
Jika begitu, adakah kita perlu meminta kebenaran...
daripadanya untuk semua perkara yang dia minati?
Saya akan berbincang dengan Presiden pagi esok.
Saya akan tanya pendapat dia tentang perkara ini.
Agenda yang seterusnya.
Awak perlu menjaga kesihatan diri awak dulu...
...apa kata kita sambung perbincangan ini esok?
Saya masih boleh bertahan lagi.
Kita perlu selesaikan tugasan kita dahulu.
Terima kasih atas kerjasama awak.
Selamat jalan.
Apa kata kita pergi makan malam bersama?
Hari sudah lewat.
Saya perlu bangun awal untuk membuat persinggahan...
...di suatu lokasi sebelum berjumpa dengan Presiden esok.
Kita perlu menyediakan rancangan tersebut dengan segera!
Langsung tidak masuk akal untuk seorang pendakwa...
...untuk menyiasat sesi pilihan raya yang lepas.
Mereka cuba memecah-belahkan hubungan kita semua!
Dia menjadi Presiden atas jasa awak! Berani dia menikam awak dari belakang!
Jangan berbincang di sini. Orang lain akan salah faham nanti. Saya tidak kisah.
Jangan bertindak secara melulu...
52 Ahli Dewan Rakyan bergantung harapan terhadap awak.
Dan nasihat mereka semua telah diendahkan!
Geramnya...
Adakah awak merungut seperti ini kerana mesyuarat kita tadi telah memakan masa yang lama?
Mari pergi.
Bangunan ini adalah bangunan hak milik kerajaan.
Namun, ianya masih mengalami masalah keselamatan.
Apa khabar?
Seingat saya, saya tidak pernah berjanji dengan awak...
untuk mengadakan pertemuan sebegini.
Awak mesti tolong saya.
Adakah ini berkaitan dengan Park Hoon?
Saya mahu awak berjumpa dengan Oh Joon-gyu.
Saya rasa, itu idea yang tidak bagus.
Risikonya terlalu tinggi untuk saya terlibat secara langsung.
Jika pihak media dapat tahu yang saya pergi berjumpa dengan Oh Joon-gyu.
Myung Woo akan disingkirkan daripada pemilihan pasukan pembedahan tersebut.
Rancangan kita akan hancur jika Park Hoon kembali semula ke Hospital Myung Woo.
Keputusannya ditangan awak.
Tuan, kenderaan tuan sedang menunggu tuan di luar.
Mari pergi.
Dia sentiasa memerhatikan saya.
Awak fikir, adakah saya sempat untuk singgah ke tempat itu?
Saya akan buat yang terbaik untuk melengah-lengahkannya.
Baik, tuan. Dia baru saja beredar.
Perdana Menteri Jang baru saja meninggalkan Bandar Sejong.
Pukul berapakah dia akan tiba di sini esok?
Pukul 11 pagi, tuan.
Sepatutnya pukul 10 pagi, bukan?
Dia perlu menghadiri suatu mesyuarat...
...dengan sekumpulan pelarian daripada peristiwa Perang Korea terlebih dahulu.
Adakah dia akan biarkan saya menunggu semata-mata untuk mesyuarat remeh seperti itu?
Beritahu dia supaya datang berjumpa saya pada pukul 10 juga.
Baik, tuan.
Adakah awak masih menganggap yang Dr. Han itu ialah Jae-hee?
-Tolong tuangkan saya segelas lagi. -Saya yakin dia bukan Jae-hee.
Bagaimana awak boleh yakin yang dia bukan Jae-hee?
Awak beritahu saya yang Jae-hee seorang yang ramah.
Saya tidak rasa yang Dr. Han jenis orang yang ramah.
Apa lagi yang awak tahu tentang latar-belakang dia?
Saya telah melihat gambar-gambar lama Dr.Han...
...dan dia sentiasa tersenyum
Bagaimana untuk menggunakan telefon bimbit ini?
Awak tekan saja butang ini.
Adakah awak mengenali ibu bapanya?
Saya ada simpan gambar dia bersama-sama ibu bapanya.
Tolong selamatkan anak perempuan saya.
Mereka bukan ibu bapa dia, bukan?
Saya rasa, ini gambar terbaru dia.
No comments yet. Be the first to leave one.