Release info

Fight Back to School II 1992 720p BluRay x264-WiKi
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami : malaysub.com

Tags

BluRay
x264
720p
720
Published on: 2016-04-14
Downloads: 93
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Tuan!

Apa tugasan kamu pada hari ni? - Selamatkan tebusan!

Apa? - Selamatkan tebusan!

Kamu bunuh tebusan!

Budak gadis yang comel ini kamu bunuh!

Kamu tak dapat bezakan musuh dengan kawan!

Adakah saya beritahu kamu ada berapa orang tebusan?

Tak ada! - Kamu sangka hanya saya seorang?

Awak ingat, awak bergaya semasa menembak tadi?

Awak tak tengok belakang!

Tadi, saya terasa nak bangun.

Jika saya bangun, saya akan ditembak.

Awak akan uruskan pengebumian saya dan menyara ibu bapa saya?

Awak tak mampu menyara ibu bapa saya!

Dah cukup dimarah? - Sudah, tuan!

Kelak, saya tak dapat memarahi kamu lagi.

Mulai esok, saya dapat kenaikan pangkat dan gaji.

Saya dapat hidup mewah, pandai-pandailah kamu.

Ya, tuan!

Bagus!

Adakah kamu gembira kerana pemergian saya?

Sebenarnya...

...saya lagi gembira.

Tn. Chow, fail kamu belum sampai.

Puan akan jumpa kamu sebentar lagi.

Tak apa.

Mungkin awak sangka saya angkuh...

...tapi, cuba awak fikir...

...saya akan mengarahkan orang sebentar lagi.

Jadi, saya mesti berlagak.

Saya putus cinta.

Akhirnya, saya dapat naik pangkat.

Saya putus cinta!

Putus cinta.

Betul ke? Awak pernah bercinta ke?

Tak pernah. - Itulah.

Kami sahabat pena. - Sahabat pena rupanya.

Dah 3 tahun kami surat-menyurat, tiba-tiba dia tak menyurati saya.

Mengapa? - Saya mengirim gambar kepada dia.

Awak yang cari masalah.

Awak hodoh, mengapa awak mengirim gambar awak kepada dia?

Ya, jadi, saya mengirim gambar awak kepada dia.

Gambar saya? - Ya.

Dia tak balas surat saya selepas tengok gambar awak.

Itu bukan salah awak. Orang yang hodoh tak bersalah.

Apa makna cinta?

Orang berkorban kerana cinta.

Ia kegelapan.

Semuanya dah berakhir.

Mak awak...

Adakah saya minta air sejuk?

Dah lama awak mengikut saya, pernah ke saya minum air sejuk?

Tak pernah. Mengapa awak beri saya air sejuk?

Ini balai polis, bertenang! - Apa?

Saya suka pukul dia, dia juga suka dipukul.

Adakah awak suka dipukul? - Suka.

Kuat sikit! - Suka.

Kuat sikit! - Suka.

Pergi tuang air!

Saya ada ramai perempuan, saya tak kisah.

Biar saya dapatkan keterangan dia. - Ya, tuan.

Mari. - Ke mana?

Mari! - Okey.

Dapatkan keterangan tak perlukan penukul.

Saya nak pukul awak dulu! Jangan biar dia bergerak!

Nanti. - Apa kamu nak buat?

Diam! Duduk. Tat.

Tak elok awak buat begitu. - Pernahkah awak menyoal pesalah?

Tak pernah, tapi awak akan dapat susah jika awak mencederakan dia.

Dia takkan cedera, guna buku panduan telefon sebagai alas.

Jadi, lukanya tak dapat dikesan.

Jangan menimbulkan masalah.

Ada buku panduan telefon? Mengapa pula tiada?

Saya tak bawa. Ini ia.

Jadikannya alas pada dada dia. - Saya tak setuju.

Mengalas bahagian dadanya, jika tak, dia akan cedera.

Di sini. Kira sampai 3 baru pukul.

Buku panduan telefon ni kecil, saya akan mati dipukul.

Buka buku panduan telefon. Kali ketiga.

Saya akan mati dipukul.

Alihkan tangan awak! Tahan dia!

Saya terpaksa buat begitu. - Kali ketiga.

Jangan terburu-buru! - Cepat!

2.

Awak nak cari nahas?

Lepaskan dia! Saya nak berlawan dengan dia.

Sudahlah. - Lepaskan dia.

Pukul dia sepuas-puas hati awak.

Siapa awak pukul? Saya atau dia? - Dia.

Sing!

Apa hal? - Tolong saya!

Kan awak nak memukul dia? - Awak juga boleh tolong saya.

Awak patut cakap awal-awal.

Awak nak bertinju?

Giliran saya.

Sing!

Saya rasa malu kerana berkawan dengan awak.

Jangan cakap lagi! - Cepat!

Cepat!

Saya juga nak merokok. - Tak boleh! Rokok ni mahal.

Saya tolong awak. - Awak nak cuba lagi?

Biar saya tengok. - Awak yang nak tolong saya.

Mengapa kamu pukul pendakwa?

Dia membuli perempuan dan patut dipukul.

Saya paling pandang hina pada lelaki yang tak hormati perempuan.

Buat aduan jika awak rasa perbuatan saya tak betul.

Saya nak buat aduan! Polis memukul orang!

Adakah fail kamu dah sampai? - Belum lagi.

Maaf, encik. Menurut prosedur...

...mereka bukan lagi polis.

Teruk! Berani awak pukul saya sedangkan awak bukan polis!

Kerajaan takkan silap, kami munasabah.

Jika awak nak mendakwa mereka...

...saya terpaksa mendakwa...

...kamu bertiga berlawan, okey?

Okey! Mengapa awak biar mereka pukul saya?

Saya nak buat aduan tentang dia!

Saya nak buat aduan tentang awak juga!

Jangan sangka saya tak dapat mengecam rupa kamu.

Saya dapat mengecam awak. Perempuan pendek gemuk dan tua.

Berani awak cucuk mata saya!

Saya paling berkuasa di sini, datang mengadu kepada saya!

Kamu nampak saya cucuk matanya? - Ada.

Saya cucuk sekali lagi!

Saya tendang awak juga!

Datang mengadu tentang saya! Tengok siapa percaya pada awak.

Bersurai. - Ya, puan.

Kamu nampak saya tendang dia? - Ada.

Ada orang nampak saya pendek, gemuk dan tua?

Tak ada. - Bagus.

Sebenarnya, kejadian tadi perselisihan faham.

Tapi... - Saya bertanggungjawab.

Saya berpuas hati selepas memukul penjahat tu.

Jika awak rasa saya bersalah...

...awak boleh mengadu tentang saya.

Prestasi kamu bagus dalam kes senjata api bulan lepas.

Ya, sebab... - Itu kewajipan saya.

Tak ada apa-apa. - Jangan terlalu rendah diri.

Tugasan apa yang awak nak? - Bahagian apa yang paling bahaya?

Biro Jenayah Berat. - Saya nak ke Biro Jenayah Berat.

Jadi, macam mana dengan saya?

Apa kata saya ke Bahagian Trafik?

Apa kesalahan saya?

Tak guna.

Alamak!

Matikan enjin, tunjukkan lesen memandu dan kad pengenalan.

Alamak!

Tn. Sing rupanya!

Dulu, dia ketua kami. Tak payah takut!

Kamu makin bodoh.

Adakah kami akan dilepaskan?

Mujur kamu terserempak saya.

Kamu takkan bernasib baik setiap kali. Berhati-hati.

Kami beredar dulu. - Okey.

Awak nampak teruk dengan memakai uniform polis trafik.

Ya tak ya juga.

Matikan enjin, tunjukkan lesen memandu dan kad pengenalan.

Dia bergurau saja. Kita pergi minum teh.

Biarkan dia.

Saya serius, turun dari kereta. Letakkan tangan di atas kepala.

Pegang dengan kuat.

Awak didakwa memandu dengan lalai dan berniat untuk bunuh orang.

Itu bukan kereta saya. - Diam!

Awak menjalankan hubungan seks dengan gadis bawah umur.

Saya belum... - Diam!

Diam! Baca sendiri! Cepat pergi dari sini!

Adakah saya nampak teruk?

Perlahan sikit!

Sing! - Tat!

Dapat pula awak barbeku di sini. - Ya.

Bagi saya sosej. - Ada lagi.

Macam mana dengan uniform tu?

Okey, ia berwarna-warni, saya sukanya.

Ya ke? - Ya.

Pakai uniform itu dengan lebih lama.

Awak tak tahu mengambil hati puan.

Saya takkan buat begitu.

Awak hina kerana memikat perempuan tua.

Dia yang memikat saya, bukan saya memikat dia.

Saya mesti memikat dia.

Rupa awak hodoh. Entah apa sebab dia suka awak.

Apa sekalipun, dia suka pada saya.

Awak penembak terhandal dalam Pasukan SDU, kan?

Tuan, kita kena beredar.

Jumpa lagi, ada kes serius. - Kes apa?

Kes serius?

Ada kumpulan lain di sini?

Saya dah menerima frekuensi.

Sila ambil perhatian, ada kumpulan lain di sini.

Dia memakai kad identifikasi. Apakah dia pekerja buang sampah?

Pergi tengok.

Jangan tembak! Saya juga polis!

Pengintip kami di atas!

Semua orang selamat.

Dia pengintip kami.

Dia menyiasat kes penjenayah di sekolah antarabangsa.

Sindiket penjenayah itu telah meletupkan 2 sekolah di Britain.

Kami masih menyiasat sekolah sasaran mereka...

...di Hong Kong. - Terima kasih, Peter.

Lydia.

More Malay subtitles for Fight Back to School 2

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left