Season 1

Release info

Green Mothers Club S01E09 KOREAN WEBRip x264-ION10
Green Mothers Club S01E09 KOREAN 1080p NF WEBRip DDP2 0 x264-REVOLT
A Commentary by Raykie
NF RETAiL | Durasi: 01:10:27

Tags

webrip
web
x264
BRip
1080
Published on: 2022-05-06
Downloads: 12
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

SEBUAH SIRI NETFLIX

Awak cakap awak benci cara dia berpura-pura risaukan awak…

Chun-hui!

Awak buat apa?

Saya dah beri amaran supaya jangan melampau!

Awak memang dah gila, ya?

Betul.

Sekarang baru awak tunjuk belang.

Ini wajah awak yang sebenar, berlagak nak jadi profesor.

Awak berlagak bagus dengan pendidikan tinggi awak itu,

tapi rupanya awak taklah sehebat mana.

Awak tersilap

pilih lawan.

Saya takkan berdiam diri.

Saya akan jatuhkan awak!

Saya akan bunuh awak!

Helo?

Saya Eun-pyo.

Saya nak tanya sesuatu.

Saya takkan ambil masa yang lama.

Ya. Jumpa di sana.

EPISOD 9 MENUJU 0,01% TERATAS

- Terima kasih. Datang lagi. - Terima kasih. Jom.

PASAR RAYA SANGWE

Eun-pyo, saya tak sepatutnya pindah ke sini.

Dia budak yang ceria dan gembira di Incheon.

Tentu dia malu tentang ibunya…

Saya benar-benar sedih.

Saya sedih apabila fikir dia perlu laluinya sendirian.

Saya memang nak tukar akademi.

Kenapa kita yang perlu pergi? Mereka yang bersalah.

Betul, tapi saya tak tahu apa yang wanita itu boleh buat.

Jom.

Ke mana?

Pertama, kita perlu uruskan semua mulut tempayan itu dulu.

Mereka manusia tak guna yang menyeksa orang lain sebagai hiburan.

Entahlah.

Boleh dikatakan kami neutral saja.

Begitu.

Neutral, ya?

Sebenarnya, kami tak suka jaga tepi kain orang.

Jadi kenapa cuba halau dia dulu?

Kenapa awak asyik putar belit?

Bukan apa. Sebenarnya awak juga tak patut cakap begitu.

Memang betul Su-in menipu.

Dia diugut!

Awak tak dengar?

Kenapa awak marah-marah? Kami bukan nak bergaduh.

Yun-ju, sudahlah.

Baiklah, kami faham.

Apa pun, saya nak kamu beritahu anak-anak

yang menyebarkan gosip tak berasas itu tak baik.

Sudah tentulah. Saya selalu pesan begitu.

Selalu pesan begitu?

Jadi Jae-bin cakap apa?

Jae-bin cakap…

Apa maksud awak?

Biasanya Jae-bin tahu

semua gosip di kejiranan ini.

Saya fikir awak mungkin banyak bercakap di depan anak awak.

Tidak. Saya tak pernah buat begitu.

Yakah?

Hati-hati.

Anak-anak biasanya akan ikut perangai ibu mereka.

Ini pujian atau hinaan?

Berterus terang saja jika bercakap.

Kenapa dengan awak? Jom balik.

Dia cakap berbelit-belit.

Biar saya berterus terang.

Tanyalah sesiapa saja.

Mereka nak percaya Yu-bin, pelajar contoh

atau Dong-seok yang suka buat hal itu?

Jadi maksud awak,

awak nak Dong-seok pindah ke kelas bawah. Begitu?

Bukannya kelas bawah,

tapi cuma kelas lain. Tukar kelas saja.

Kenapa Dong-seok perlu tukar kelas? Dia mangsa.

Saya tahu.

Awak masih tak percaya cakap Dong-seok?

- Bukan itu maksud saya. - Puan.

Awak sedar yang awak selalu terlebih tegas dan tak adil

terhadap Dong-seok?

Itu kerana awak lebih berpelajaran berbanding ibu-ibu lain

dan awak juga selalu memahami kami.

Yalah.

Manusia selalu ada sikap buruk dengan anggap kebaikan sebagai kelemahan.

Saya rasa ada sedikit salah faham.

Kami cuma cuba kurangkan tekanan bagi pelajar

dan cari kaedah yang sesuai untuk mereka.

PELAJAR KAMI YANG BERJAYA

Tolong hapuskan…

semua ini.

Selepas anak saya didiskriminasi begini,

saya rasa awak tak patut guna namanya untuk promosikan akademi awak.

Yalah. Awak dah cukup malu ada pelajar

yang nakal seperti dia.

Tidak. Puan, tunggu dulu.

Apa yang awak merepek?

Awak nak perniagaan awak di sini lingkup?

Saya takkan benarkan anak saya belajar di kelas sama.

Jadi keluarkan dia dari kelas itu. Faham?

Letaklah.

Pengarah ada beritahu awak tentang Yeong-bin?

Ya.

Saya berlembut sedikit kebelakangan ini,

tapi anak saya terleka pula.

Saya minta maaf.

Tapi saya datang hari ini

bukan sebab Yeong-bin, tapi sebab anak kedua saya.

Saya dengar dia masih belajar di akademi di kejiranan awak.

Saya nak minta kelas persendirian.

Kelas persendirian?

Anak kedua saya

gagal ke Sekolah Elit, jadi dia agak kesedihan.

Seperti yang awak tahu,

kelas persendirian biasanya diadakan lewat malam

dan bahan belajar juga banyak.

Tak apa. Saya akan pastikan dia dapat bertahan.

- Terima kasih banyak. - Sama-sama.

- Saya balik dulu. - Ya.

PASUKAN KEBANGSAAN OLIMPIAD MATEMATIK

PASUKAN KEBANGSAAN OLIMPIAD MATEMATIK ANTARABANGSA

BAHAN TAMBAHAN PERTANDINGAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

MATEMATIK TERBAIK

3: BAHAGI 4: DARAB

OPERASI ARITMETIK BAHAGI

PANJANG SATU SISI A IALAH 4CM

UJIAN KEMAHIRAN MATEMATIK KOREA

Tambah empat…

tambah dua…

dan tambah dua.

Jawapannya 44.

BERAPAKAH SEGI EMPAT BESAR DAN KECIL YANG BOLEH DIBINA?

Mak, ada soalan begini lagi?

Eun-pyo.

Apa semua ini?

Saya cetak beberapa soalan dan jadual

pertandingan sebelum ini.

Nanti ada pertandingan di Universiti Sungmyung

dan Maktab Pendidikan.

Mari hantar anak-anak ke sana.

Tiba-tiba saja?

Saya dah fikir.

Penduduk di sini hanya percaya pelajar contoh

dan bukan pelajar tercorot.

Betul.

Jadi untuk buat mereka percayakan kita,

kita cuma perlu jadi johan.

Eun-pyo…

Awak sendiri tahu, tak kisahlah tentang perkara lain,

tapi belajar ialah perkara paling senang bagi saya.

Saya berterima kasih jika begitu.

Tunggu sajalah.

Saya akan buat semua melutut di depan kita.

Tiada perkara pelik daripada sampel darah.

Punca kematian kerana organ gagal berfungsi.

Begitu, ya?

Ya.

Jadi awak hubungi keluarga mangsa esok

dan beritahu keputusan autopsi.

Beritahu mereka yang kes ini telah dikelaskan sebagai kes bunuh diri.

Baiklah.

Terima kasih.

Kamu perlu kira berapa sentimeter.

- Okey. - Jumlah perimeter ialah 96 sentimeter.

Dah lewat malam, kamu masih mengulang kaji?

Belum selesai, awak keluarlah.

Lihat panjangnya. Jejarinya empat kali ganda

dan lebarnya lapan kali ganda jejari.

Jadi perimeter segi empat ini ialah jumlah

daripada lebar dan tinggi.

Dia baru lapan tahun,

kenapa belajar sampai lewat malam?

Bagaimana jika dia keletihan?

Semua ini demi Dong-seok, jangan membebel.

Semua usaha awak mungkin akan sia-sia.

Berapa lama dia boleh tahan jika awak paksa begitu?

Manusia memang cepat ubah fikiran.

Sebelum ini, awak cakap kita tak patut ikut orang lain buta-buta.

Tentu sekarang awak paling menakutkan di kejiranan ini.

Awak sangka saya buat begini sebab tiada kerja lain?

Tidak. Bukan begitu.

Saya dah beritahu.

Tiada siapa boleh ganggu anak saya lagi.

Jadi patutkah cakap begitu

di depan orang yang sedang cuba bertahan?

Selain itu, membiarkan anak yang pandai macam dia

ialah pengabaian tugas ibu bapa, tahu?

Mak buat semua ini

sebab dia sayangkan kamu.

Bertahanlah sedikit lagi, anak ayah.

- Aduhai, apa kita patut buat? - Entah. Saya berdebar.

Kita berjaya laksanakan akta larangan prapelajaran selepas berusaha keras,

tapi ia sia-sia di kejiranan begini

sebab semua akademi disediakan untuk pelajar genius.

Mereka gunakan pertandingan sebagai alasan

dan samarkan sebagai sebahagian kurikulum tambahan mereka.

Berdasarkan data ini,…

Nampaknya awak sedang bersedia untuk berpindah.

Ya.

More Malay subtitles for Green Mothers' Club

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left