The first 200 lines.
Bila kita bertiga akan berjumpa lagi?
Ketika guruh, petir atau hujan?
Setelah kekalutan berakhir.
Setelah ada yang kalah dan menang dalam pertempuran.
Di mana?
Di tanah gersang.
Kita akan berjumpa Macbeth di sana. Kita akan berjumpa Macbeth di sana.
Kebaikan adalah jahat dan kejahatan adalah baik.
Redahlah di sebalik kabus dan udara yang jijik.
Salam sejahtera, saudaraku.
Beritahu tuanku hal yang berlaku dalam pertempuran itu.
Keputusannya sukar diramal.
Kedua-dua pihak seperti perenang keletihan yang saling berpaut untuk selamatkan diri.
Askar Macdonwald yang kejam,
memiliki lebih banyak tuah
seolah-olah tuah itu dibeli.
Tapi tuah saja tak mencukupi.
Macbeth yang berani, dia layak digelar begitu…
menghancurkan tuah dengan pedang yang berlumuran darah,
menewaskan askar Macdonwald dan berdepan dengan Macdonwald sendiri. menewaskan askar Macdonwald dan berdepan dengan Macdonwald sendiri.
Tanpa bersalaman atau ucapan selamat tinggal,
Macbeth menikam Macdonwald dari perut ke kepala
dan menggantung kepalanya di tembok istana kita.
Saudara yang berani dan mulia.
Tidak lama selepas askar Ireland
bertempiaran lari menyelamatkan diri…
raja Norway, dengan peralatan terkini
dan askar-askar baharu, menemui peluang untuk menyerang.
Tidakkah ia menakutkan Macbeth dan Banquo?
Ya.
Seperti pipit yang takut helang, atau arnab yang takut singa.
Tapi, mereka berlawan dua kali ganda lebih hebat.
Patik tak dapat pastikan.
Patik minta dirawat.
Daulat tuanku.
Kamu dari mana, Thane?
Dari Fife, tuanku,
tempat yang telah dijajah dan rakyat dipersenda serta diugut oleh Norway. tempat yang telah dijajah dan rakyat dipersenda serta diugut oleh Norway.
Askar Norway yang ramai dipimpin oleh pengkhianat,
Thane dari Cawdor, telah memulakan serangan.
Kemudian, Macbeth dan Banquo dengan berani
berdepan dengannya tanpa teragak-agak.
Serangan demi serangan, berlawan tanpa henti sehingga pengkhianat itu tewas.
Akhirnya…
kemenangan menjadi milik kita.
Mujurlah!
Thane dari Cawdor takkan mengkhianati beta lagi.
- Betul. - Umumkan hukuman matinya.
Baiklah.
Pangkatnya pula…
anugerahkan kepada Macbeth.
Ke mana awak pergi?
Memburu khinzir.
Awak pula?
Tengok apa saya dapat.
Tunjukkan!
Ibu jari seorang kelasi yang lemas dalam perjalanan pulang.
Gendang!
Macbeth datang.
Baik.
Saya menyelinap ke dapur kapal.
Saya menggigit-gigit seperti tikus yang tak berekor.
Saya menggigit sehingga kering darahnya. Saya menggigit sehingga kering darahnya.
Tak kira siang atau malam…
dia takkan dapat tidur.
Dia akan hidup sebagai lelaki terkutuk.
Selama 81 minggu
dia akan hidup dalam kesengsaraan.
Tiga ahli sihir, berpegangan erat.
Pengembara di laut dan darat.
Menari-nari sesuka hati.
Tiga untukmu dan tiga untukku.
Tiga lagi sehingga menjadi…
Sembilan.
Sudah.
Jampi sudah siap.
Saya tak pernah lihat hari yang menyedihkan dan menggembirakan.
Berapa jauh lagi ke Forres?
Apakah ini? Nampak hodoh dan pelik
tak seperti penduduk bumi, tapi mereka tetap di sini.
Adakah kamu hidup? Boleh saya tanya sesuatu?
Cakap, jika boleh. Siapa awak?
Salam sejahtera, Macbeth.
Salam sejahtera, Thane dari Glamis.
Salam sejahtera, Macbeth dan Thane dari Cawdor.
Salam sejahtera, Macbeth.
Yang bakal menjadi raja.
Adakah kamu cuma bayangan atau rupa kamu memang begini? Adakah kamu cuma bayangan atau rupa kamu memang begini?
Jika kamu boleh meramal masa depan
dan ceritakan tentang keadaan yang akan berlaku,
beritahu saja. Saya tak perlukan pertolongan dan tak takut akan awak.
Awak tak setanding Macbeth, tapi lebih hebat.
Tak sebahagia Macbeth, tapi lebih bahagia.
Keturunan awak akan menjadi raja, tapi bukan awak.
Salam sejahtera, Macbeth dan Banquo.
Banquo dan Macbeth.
Salam sejahtera.
Tunggu, jelaskan dengan lebih lanjut.
Saya tahu saya Thane dari Glamis, tapi apa kaitan dengan Cawdor?
Thane dari Cawdor masih hidup dan dia lelaki kaya dan berkuasa.
Tak mungkin saya akan menjadi raja.
Beritahu saya dari mana kamu pelajari ilmu itu.
Atau kenapa kamu halang kami dengan ramalan itu di tanah gersang ini?
Bumi telah tandus, sama seperti air.
Makhluk itu pasti jelmaannya. Ke mana mereka menghilang?
Mereka lenyap, seperti nafas hilang di udara.
Saya harap mereka tak pergi.
Adakah perbualan tadi benar-benar berlaku?
Atau kita cuma berkhayal dan ia cuma bayangan?
Anak-anak awak akan jadi raja.
Awak yang akan jadi raja.
Serta Thane dari Cawdor. Itu yang mereka kata, bukan?
Itulah yang mereka katakan. Itulah yang mereka katakan.
Siapa kamu?
Raja gembira mendengar kisah kemenangan awak, Macbeth.
Setiap kali mendengar kisah awak melawan pemberontak,
tuanku amat kagum sehingga tak terkata.
Kami diutuskan untuk sampaikan penghargaannya buat awak.
Serta membawa awak menghadapnya untuk menerima ganjaran.
Bagi meredakan penantian awak,
tuanku mengarahkan kami memanggil awak Thane dari Cawdor.
Jadi, salam sejahtera, Thane dari Cawdor. Jadi, salam sejahtera, Thane dari Cawdor.
Kini, gelaran itu milik awak.
Adakah dia bercakap benar?
Thane dari Cawdor masih hidup. Kenapa beri gelaran yang masih digunakan?
Memang betul dia masih hidup,
tapi dijatuhkan hukuman mati dan dia memang patut mati.
Sama ada dia bekerjasama dengan pihak Norway,
membantu pihak pemberontak secara rahsia
atau bekerjasama dengan kedua-dua musuh kita, saya tidak tahu.
Tapi pengkhianatannya yang telah terbukti…
telah menjatuhkannya.
Terima kasih atas berita ini.
Thane dari Glamis dan Cawdor.
Satu lagi ramalan masih belum jadi kenyataan. Satu lagi ramalan masih belum jadi kenyataan.
Awak dah mula berharap anak-anak awak menjadi raja?
Lagipun, ramalan tentang saya menjadi Thane dari Cawdor telah terbukti benar.
Jika awak percayakan kata-kata mereka, awak mungkin akan menjadi raja
dan Thane dari Cawdor.
Tapi, semua ini agak pelik.
Kebiasaannya, untuk mengaburi kita,
pihak jahat sering sampaikan berita baik
untuk mendapatkan kepercayaan kita dan mengkhianati setelah kita jatuh.
Godaan luar biasa ini boleh membantu atau memudaratkan.
Jika memudaratkan, kenapa aku dianugerahkan gelaran itu?
Aku Thane dari Cawdor.
Jika membantu, kenapa aku terbayangkan hal menakutkan yang buatkanku meremang
dan jantung berdegup laju tidak seperti sebelum ini?
Aku lebih takut akan bayangan itu daripada keadaan berbahaya di sini.
Walaupun ia cuma bayangan,
aku rasa takut sehingga tak dapat berfikir dengan jelas
sedangkan aku belum kecapi apa-apa pun.
Jika ditakdirkan menjadi raja, aku tak perlu buat apa-apa untuk dapatkannya.
Walau apa pun,
ia tetap akan berlaku.
"Tiga ahli sihir berjumpa saya pada hari kemenangan saya.
Sejak hari itu, saya dapat tahu
mereka miliki ilmu ajaib.
Apabila saya cuba bertanya lebih lanjut kepada mereka,
mereka lenyap dan menghilang.
Belum sempat perasaan kagum saya reda,
datang pula utusan daripada raja yang menggelar saya 'Thane dari Cawdor,'
gelaran yang disebut oleh tiga ahli sihir itu
sebelum mereka mengatakan saya 'bakal menjadi raja.' sebelum mereka mengatakan saya 'bakal menjadi raja.'
Saya berpendapat saya patut beritahu hal ini kepada awak, isteriku,
supaya awak dapat berkongsi kegembiraan saya
tentang kehebatan yang bakal kita kecapi.
Rahsiakannya dan jumpa lagi."
Awak Thane dari Glamis dan Cawdor.
Awak juga bakal menjadi raja.
Tapi saya tak yakin dengan kemampuan awak.
Awak terlalu baik hati dan takkan bertindak agresif jika ada kesempatan.
Awak mahukan kuasa.
Awak ada cita-cita, tapi tiada keberanian untuk mengecapinya.
Awak mahu kecapinya dengan cara yang terpuji.
Awak enggan ambil risiko tapi mahukan sesuatu yang bukan milik awak.
Cepat pulang,
supaya saya boleh menasihati
dan memujuk awak
untuk berusaha mendapatkan takhta.
Hukuman mati ke atas Cawdor dah selesai?
Tuanku.
Anakanda telah bercakap dengan saksi kematiannya
dan dia melaporkan Cawdor mengaku melakukan pengkhianatan,
memohon tuanku mengampunkannya dan menyatakan penyesalannya.
Selama hidup, dia tak pernah melakukan sesuatu yang berguna.
Dia seolah-olah memang bersedia untuk mati
dan mensia-siakan kehidupannya. dan mensia-siakan kehidupannya.
Kita takkan dapat fahami pemikiran seseorang dari luaran saja.
Beta amat mempercayai Cawdor.
Saudaraku.
Beta rasa bersalah kerana tidak menunjukkan penghargaan beta.
Beta boleh katakan, beta terhutang budi kepada kamu.
Patik cukup bersyukur dapat peluang berkhidmat untuk tuanku.
Kamu dialu-alukan di sini.
Beta akan pastikan gelaran itu memberi kelebihan buat kamu.
Tuan Banquo, kamu juga sehebat Macbeth
dan semua orang perlu tahu tentangnya,
beta amat menghargai khidmat kamu.
Kejayaan patik adalah disebabkan tuanku.
No comments yet. Be the first to leave one.