Ghost Doctor

Ghost Doctor (고스트 닥터)

Download Malay Subtitle

Specials

Release info

고스트-닥터-Ghost-Doctor-E03-NEXT-VIU
A Commentary by Hennessey
Subtitle by Viu. Rate and Enjoy

Tags

other
Published on: 2022-01-12
Downloads: 20
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Di mana saya sekarang?

Apa yang berlaku kepada saya?

Awak tak tahu jadi pakar bedah jantung kena cergas?

Awak rasa kenapa saya lakukan ini?

Awak sememangnya jauh ketinggalan dalam semua perkara.

Kalau awak dah boleh nafas stabil semula, mari pergi. Saya nak cepat.

Jadi? Awak beri dia 5,000 heparin?

Ada sesuatu yang sangat mendesak berlaku,

jadi saya minta Seung Tak buat.

Awak berada di sini berkenaan heparin, bukan?

Itu dia. Dia...

Tekanan darah dan nadi dalam keadaan baik.

Warna tiub dada dan saliran, semuanya baik.

Jadi kenapa...

Kapasiti paru-parunya teruk.

Dia perlu bersenam.

Kenapa awak memanggil saya?

Bukankah awak sepatutnya lebih sopan?

Awak tak guna.

Awak sepatutnya bergegas seperti ini.

Saya panggil awak semua untuk berjaga-jaga,

dan Doktor Ko sampai di sini dulu.

Awak rasa dia bernafas sendiri?

Ya. Lihat.

Apa yang berlaku?

Mesin ditetapkan untuk bernafas 12 kali,

dan dia bernafas 20 kali dalam seminit.

- Saya rasa dia bernafas sendiri. - Betulkah?

Kalau begitu tukar ke mod SIMV...

Kim Jae Won, persediaan untuk MRI otak.

Doktor Lee, hubungi pakar bedah saraf.

Jangan hanya berdiri di situ. Bergerak!

Awak akan lakukannya?

Rawat Profesor Cha?

Saya tahu Tae Hyun awak...

Tak.

Doktor An, saya tahu...

awak doktor Profesor Cha.

Awak bekerja dengan dia untuk masa yang lama juga.

Kalau begitu fikir baik-baik.

Awak rasa arahan apa yang profesor nak?

Kim Jae Won, hubungi pasukan MRI.

Doktor Lee, hubungi Profesor Eun.

- Baik. - Baik.

Dia hangat.

Degupan jantungnya.

Mari bangun.

Awak boleh bangun.

Tolonglah, lakukannya.

Awak semua dah hilang akal?

Dia bukannya mati otak.

Pesakit koma bernafas sendiri kadang kala.

Awak hanya perlu melaraskan tetapan alat pernafasan dan perhatikan!

Kenapa buat kecoh?

Yang lebih muda mungkin tak tahu,

tapi Doktor An, bukankah awak patutnya lebih tahu?

Ini yang awak belajar daripada Profesor Cha?

Saya minta maaf.

Cha Young Min.

Awak dah hilang akal?

Kalau awak akan bangun, awak takkan berada di dalam badannya.

Saya tiada banyak masa, Doktor An. Jadi dengar.

- Siapa... - Jangan lihat. Dengar saja.

Awak juga mendengarnya, bukan?

Ko Seung Tak suntik Pengerusi Jang dengan heparin, betul?

Itu bukan satu kesilapan. Ia dilakukan dengan sengaja.

Han Seung Won suruh dia lakukannya. Dan mereka lakukan bersama.

Jadi buat Ko Seung Tak hadiri mesyuarat esok.

Kemudian kebenaran akan terbongkar.

Awak tahu saya percayakan awak, betul?

Pastikan dia menghadiri mesyuarat itu.

Ko Seung Tak...

(Rekod Pembedahan, Pembedahan Jantung)

Awak memanggang biji kopi awak sendiri?

Sakitlah.

Apa? Kenapa dengan tangan dia?

Adakah tangannya kayu besbol atau apa?

Dia pukul awak selama ini?

Sepuluh kali satu sepuluh.

- Sepuluh kali dua, dua puluh. - Ko Seung Tak.

Kenapa dengan dia? Kenapa dia baca sifir sepuluh?

Hei, awak nak pergi mana?

Unit rawatan rapi?

Hei, tiada gunanya pergi. Tiada apa awak boleh buat sekarang.

(Rekod Pembedahan, Pembedahan Jantung)

(Pakar Bedah: Cha Young Min, Penolong: An Tae Hyun)

Kenapa dia baca carta itu?

Maafkan saya. Saya bertindak dulu sebelum tahu.

Saya hanya buang masa awak dengan buat awak berulang-alik.

Itu bukannya apa-apa untuk awak minta maaf.

Awak cuma sangka dia boleh bangun.

Saya hanya melindungi semua pangkalan saya.

Saya rasa dia bernafas sendiri hanya seketika.

Dia bukan mati otak.

Kita boleh melaraskan tetapan dan memerhatikan dia seketika.

Tapi sebaliknya awak buat MRI.

Bukannya awak akan bayar yuran pemeriksaan yang mahal itu.

Hei, itu idea awak.

Saya?

Awak boleh letakkan bil di bawah nama saya.

Kenapa dengan dia? Dia seperti orang gila.

Dia nampak gila terutamanya hari ini, betul?

Adakah kerana apa yang dia lakukan?

Apa?

Awak kecewa kerana saya masih hidup?

Atau awak lega kerana saya tak bangun...

bila awak sangka saya akan bangun?

Ko Seung Tak.

Berdiri di sana dan bercakap.

Awak.

Tadi itu tentang apa?

Awak kata Timbalan Pengarah Han suruh awak lakukannya atau sesuatu.

Dan apa maksudnya...

dengan awak berdua lakukannya bersama?

Saya ada cakap begitu?

Tak mungkin.

Dia bukan dalam apa-apa kedudukan untuk mengarah saya.

Dan kami takkan pernah berada di pihak yang sama.

Berada di sana pukul 9:00 pagi esok. Saya mesej awak alamatnya.

Awak nak menghadiri mesyuarat untuk kes Pengerusi Jang.

Jadi awak boleh beritahu kebenarannya.

Saya cakap begitu kepada awak?

Ya. Awak sendiri yang cakap.

Saya tak tahu kebenaran apa yang awak akan dedahkan.

Tapi datang ke mesyuarat itu.

Saya akan benarkan awak bercakap nanti..

Ya. Syabas, Doktor An.

Reputasi Profesor Cha dipertaruhkan.

Lebih baik awak berada di sana.

Awak dengar dia, bukan? Lebih baik awak berada di sana esok.

Jangan terfikir untuk lari dari ini...

kerana itu tiada gunanya.

Saya akan pastikan...

awak beritahu semua orang apa yang awak lakukan, tak guna.

Bagaimana awak akan lakukannya?

Apa? Awak akan rasuk tubuhnya dan lakukannya sendiri?

Kenapa awak selalu meleteri saya?

Awak buat begitu juga, Tes.

Dah tentu, saya buat.

Tapi saya tak buat macam awak.

Saya tahu had saya dan menjaga maruah saya. Saya hantu yang begitu.

Saya rasa meremang.

(Pakar Bedah: Cha Young Min, Penolong: An Tae Hyun)

(Profesor Cha Young Min dari Pembedahan Jantung)

Ia di bawah kad pengenalannya.

Oh Tuhan.

Saya akan keluar kerja.

Saya akan belikan awak kopi esok. Saya akan gandakannya.

Dah tentu, awak juga tak waras.

Ini juga gila bagi saya.

Apa pun, dia tahu sesuatu yang saya tak tahu?

Bila saya dengar dia buat pembedahan pada tamponad Profesor Cha,

saya tak percaya itu.

Saya fikir ia salah faham, dan ia jadi semakin buruk.

Oh Tuhan. Ko Seung Tak tadi...

tak seperti dia yang semalam. Betul?

Betul.

Ada jurang yang besar. Saya sangka dia orang lain.

Oh Tuhan. Saya fikir dia dirasuk roh atau sesuatu.

Dirasuk? Jangan mengarut.

Dia terkenal dengan keperibadiannya yang jahat bawahan.

Tapi dia sentiasa bijak.

Jadi kadangkala, dia dapat ilham dari makhluk istimewa ini.

Kemudian dia berubah dan jadi orang lain.

Siapa makhluk istimewa ini?

Huraikan.

- Apa. - Oh Tuhan.

Makhluk istimewa itu mesti pernah berada di sini.

Ia untuk berterima kasih kepada mereka...

kerana menjaga pesakit sepanjang malam.

Oh Tuhan. Kita dapat susu pisang lagi.

Itu untuk beri galakan pada mereka...

walaupun mereka penat dan letih.

Saya bukan cuba selamatkan mereka...

atau masuk campur dalam kehidupan peribadi mereka.

Saya buat perkara yang sangat kecil sehingga tak menjejaskan apa-apa.

Tapi perkara-perkara kecil ini boleh membantu sedikit saja.

Buka mulut awak.

Tapi saya juga lakukan perkara yang menggembirakan orang lain.

Memberi dan menerima. Itulah moto yang saya ikut.

Tuan, saya rasa bius tak berkesan.

Tunggu. Bius tak berfungsi.

Bius tak berfungsi!

Oh Tuhan. Sakitlah!

Hei, saya dapat rasa kesakitannya! Oh Tuhan. Keluarkan!

Sejak dia benarkan saya meminjam tubuhnya,

saya lakukan perbuatan baik untuk berterima kasih kepadanya.

Bius berfungsi sekarang.

Ia berfungsi sekarang.

Perkara yang paling penting ialah keluar dengan cepat...

selepas tugas awak selesai.

Jika awak tinggal dalam tubuhnya untuk masa yang lama,

akhirnya awak akan menghuru-harakan kehidupan orang lain.

Ada peraturan di alam hidup.

Dan ada peraturan untuk hantu ikut juga.

Jadi tinggalkan perkara di alam hidup...

kepada yang hidup.

Mereka...

bijak seperti awak.

Ini urusan saya.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left