The first 200 lines.
Terjemahan ini tidak menggunakan Bahasa Istana sepenuhnya.
=Episode 3=-
Dia sepupu isteri aku.
Dia tak ada kaitan dengan hal ini, jadi lepaskan dia.
Pembunuh upahan tu mati disebabkan dia.
Jadi, kau nak kita saling membunuh tanpa sebab?
Saya... saya sesat.
Percayalah.
Kenapa pula?
Saya tak kenal awak.
So.
Pengawal istana ada di mana-mana. Mereka akan tangkap pembunuh yang lain.
Barulah kau akan percaya yang dia tak buat salah.
Tapi sebelum itu, untuk aku...
lepaskan dia.
Awak tak apa-apa?
Sana... ada ramai orang.
Mereka semua dah mati.
Mati?
Mereka semua memakai topeng itu.
Beta tak sepatutnya titahkan Putera Ke-4 menggantikan tempat beta.
Dia sendiri buat keputusan ini.
Tak perlu tuanku nak rasa bersalah.
Jangan cakap begitu.
Beta dah membahayakan So. Kalau itu bukanlah kesalahan, apa bendanya?
Dia juga tercedera.
- Teruskan pencarian! - Ya!
Apa yang awak nampak?
Mayat yang bangun dan melarikan diri?
Tadi ada di sini.
Saya pasti. Mereka ditikam dari belakang.
Di sini.
- Ke mana mereka pergi? - Mereka dibunuh?
Oleh siapa?
- Cakap, siapa. - Mana saya tahu.
Betullah ada sekumpulan pembunuh upahan.
Ketuanya dah bunuh ahli kumpulannya sendiri.
Bukan pengawal istana?
Kau ada terima laporan?
Mereka bawa lari semua mayat, jadi mereka dah rancang dengan teliti.
Lelaki itu satu-satunya saksi terakhir kita.
Sekarang dia mati tanpa dikesan. Kau nak buat apa sekarang?
Macam mana pun...
aku tak boleh biarkan Soo cedera.
Bila dah cerah, kita cari petunjuk.
Sekarang pergi rawat diri kau dulu.
Dah selesai. Jom balik.
Dia selalu cakap dia nak bunuh saya.
Setiap kali saya jumpa dia, dia kata dia nak bunuh saya.
Saya cuma nak pulangkan barang dia.
Soo.
Tak apa.
Aigoo.
Macam mana kalau dia betul-betul bunuh saya?
Dulu pun dia cakap begitu. Tadi pun dia cakap nak bunuh saya.
Dia mesti tak berhati perut.
Apa salah saya?
Soo, tak apa.
Sudah, Soo. Tak apa.
Sudah, ya?
Berhentilah menangis dan mari balik.
Tak apa.
Mana Putera Mahkota?
Anakanda di sini, Tuanku.
So.
Semuanya hancur sebab dia terlibat sekali.
Kita sepatutnya menyambut pertabalan anakanda sebagai Putera Mahkota.
Anakanda dah uruskan semuanya.
Tak ada pembunuh upahan yang masih hidup.
Buat masa sekarang, Baginda Raja tak akan turun takhta.
Kita tunggulah sekejap.
Anakanda terkejut melihat So menggantikan Putera Mahkota.
Choi Ji Mong juga sukar diramal.
Mereka berdua itu mesti ada hubungan yang tidak diketahui.
Macam yang Jung cakap.
So mesti ada belajar seni mempertahankan diri.
Keluarga Kang tak akan ajar dia.
Bonda kena tahu dengan siapa dia berjumpa dan apa rancangannya.
Kalau Choi Ji Mong ada kaitan...
maksudnya Baginda Raja pun ada kaitan.
Bagaimanapun, mereka kata tak ada siapa pergi berjumpa So semasa dia berada di Shinju.
Perhatikan dia.
Kita kena tahu apa yang dia fikirkan supaya dapat halau dia atau jadikan dia orang kita.
Jangan lupa.
Goryeo perlu menjadi milik salah seorang anak Bonda.
Ini bukan tugas awak.
Ini juga bukan tugas orang gaji.
Berapa lama awak akan tinggal di Shinju?
Kan bagus kalau awak dapat tinggal di Songak macam yang lain
dan belajar daripada guru-guru di sini.
Saya tak sama dengan Wook.
Saya lebih suka memburu haiwan di pergunungan.
Awak dah pandai sembunyikan kata hati awak.
Sudah.
Janganlah rasa janggal dan terima rawatan.
Saya akan beritahu orang gaji.
Yeon Hwa.
Saya nak tahu sangat diri awak bila dewasa.
Apa yang awak buat sampai cedera teruk begini?
Kenapa?
Kenapa awak ada di hutan?
Itu...
saya sesat.
Ada orang cuba nak bunuh Putera Mahkota.
- Nasib baik dia selamat. - Itulah!
Hari ini, ini kali pertama saya rasa bertuah.
Nasib baik saya cedera banyak ni je.
Awak ni memanglah.
- Pergi berehat. - Baik.
Belum habis lagi.
Terima kasih sebab selamatkan Soo.
Patik minta maaf kerana selalu menyusahkan tuanku.
Mana ada menyusahkan.
Beta tak pernah anggap dia begitu.
Malah, dia sumber kebahagiaan beta.
Dia buat tuanku bahagia?
Rumah ni agak bermasalah, kan?
Bila rakyat datang jumpa beta, mereka bercakap tentang kesusahan mereka.
Banyak yang mereka inginkan dari beta.
Tapi Soo tak begitu.
Dia selalu kata dia nak buat semuanya sendiri.
Beta gembira melihatnya.
Menyegarkan.
Beta akan tunggu sampai saat beta berjumpa dengannya lagi.
Patik bersyukur tuanku sangat menjaga Soo.
Berhenti.
Apa dia?
Apa lagi?
Saya dah cakap semua yang saya tahu.
Saya sibuk melarikan diri. Apa lagi yang boleh saya nampak?
Orang yang pegang pedang tikam orang yang pakai topeng dari belakang.
Semuanya mengejut.
Macam... mereka dah merancang lebih awal.
Fikir. Ingat semula.
Sekarang!
Sudahlah.
Pakaian berbulu.
Semua orang pakai pakaian hitam.
Ada seorang lelaki pakai pakaian berbulu.
Dia suruh seseorang bunuh mereka semua.
Awak ada nampak muka dia? Muka dia macam mana?
Saya tak nampak muka dia.
Tapi dia memang ketuanya.
Nampak begitu.
Siapa lagi yang tahu tentang ini?
Tak ada orang lain selain saya dan awak.
Lupakan semua yang awak nampak masa di hutan.
Lupakan lelaki itu.
Ya, Hae Soo. Betul kata So.
Awak hanya akan selamat kalau tiada siapa tahu yang awak saksi.
Jadi, boleh saya pergi sekarang?
Awak.
Jangan muncul depan saya lagi.
Apa salah saya?
Awak suruh dia bunuh saya.
Malah awak cakap awak sendiri akan bunuh saya?
Jadi, saya nak kena duduk diam je ke?
Saya patut selamatkan diri. Takkanlah saya nak biar dibunuh?
Soo.
Salah ke... kalau nak hidup?
Semua orang nak hidup.
Kenapa awak cari pasal dengan saya?
Lelaki jahat!
Beta rasa lebih baik awak tidur sambil buka lampu.
Awak dah lalui pengalaman menakutkan, jadi ini akan menenangkan awak.
Tuanku tak apa-apa?
Beta?
Ya, tuanku.
Disebabkan patik...
tuanku bunuh seorang lelaki.
Patik risau tuanku akan mengalami mimpi buruk.
Takut tuanku stress ke apa.
Beta tak akan mimpi ngeri setiap kali benda begini berlaku.
Takkanlah susah sangat?
Maksud tuanku, benda ini selalu berlaku?
Jadi, tuanku bunuh orang...
Beta berusia 11 tahun.
Pertama kali beta bunuh orang...
masa beta berusia 11 tahun.
Pencuri masuk ke istana singgah bonda dan Yeon Hwa.
Macam tadi...
beta gunakan pisau.
Tapi, beta tak pernah mimpi buruk.
Beta lindungi keluarga beta.
Beta gembira.
Beta bangga.
Kalau seorang putera tak boleh buat benda begitu, dia bukanlah putera yang bagus.
Tapi tuanku masih mengingatinya.
Tuanku tak boleh lupakannya, jadi macam mana tuanku boleh rasa selesa?
Nampak sangat tuanku pendam dan teruskan saja hidup.
Itu memang beban yang perlu beta galasi, jadi beta kena pendam.
Patik takkan mengganggu tuanku, jadi jangan risau.
Apa?
Patik tak patut bebankan tuanku, supaya tuanku boleh hidup tenang.
Jadi, tuanku tak perlu risaukan patik.
Patik boleh hidup sendiri.
Awak hilang ingatan.
Sekarang awak ditipu dengan keberanian palsu.
Tapi...
apa maksud "ste... stress"?
No comments yet. Be the first to leave one.