The first 200 lines.
Sebelum ini dalam 24.
Saya sorokkan bukti di dalam bilik kita.
Di bawah papan lantai.
Bila pihak berkuasa sampai...
...saya akan cakap yang awak dipaksa untuk...
...melakukan serangan ini dari awal...
...dan awak ditahan di sini tanpa kerelaan awak.
Mak Cik Simone.
Bawa anak awak...
...dan pergi dari London sekarang.
Apa yang awak buat? - Saya nak telefon polis.
Tolonglah, saya cuma nak lindungi awak.
Lindungi saya daripada apa?
Mak saya.
Tak, tak , tunggu. - Yasmin, keluar!
Saya minta maaf.
Yasmin. - Tolong!
Yasmin, tunggu.
Simone, gerak hati awak suruh awak lindungi ahli keluarga awak...
...daripada apa yang mak awak lakukan hari ini.
Sekarang, awak seorang saja yang boleh hentikan semua ini.
Mak awak sasarkan dron pada awak. - Tak!
Mereka sedang berpindah.
Mungkin mereka sudah keluarkan Simone.
Tembak saja.
Awak kata awak akan hentikan penganalisa data awak.
Jika dia nampak bahagian itu...
...dia akan tahu awak adalah sumber maklumat...
...yang saya jual ke China.
Awak sudah dibayar mahal. Selesaikannya.
Ada tak seseorang yang awak boleh hantar?
Pembunuh upahan?
Kami tahu sejarah isteri awak dan Bauer.
Saya faham kenapa lelaki seperti awak...
...akan buat sesuatu terhadap pesaing...
Jangan libatkan isteri saya dalam hal ini.
Jika saya tak silap...
...meniru tandatangan Presiden...
...juga dianggap sebagai perbuatan mengkhianat.
Bauer kini bertugas atas arahan Presiden.
Saya tak boleh ganggu dia langsung.
Jadi, apa maksud awak?
Sebaik saja Bauer selesai dengan tugasan...
...semua orang akan dapat apa yang mereka mahu.
Saya tak sangka awak cukup berani untuk buat panggilan ini.
Awak berikan saya tempoh akhir...
...suruh saya serahkan diri.
Serahkan diri awak mengikut syarat saya...
...dan saya janji semua ini akan berakhir.
Tiada orang lain yang perlu mati.
Kejadian berikut berlaku di antara pukul 6 petang sehingga 7 malam.
Pesakit masih tak sedar.
Kita perlu masukkan tiub.
Bilik pembedahan sedia, doktor. - Bagaimana keadaan dia?
Keadaan dia bertambah teruk...
...sebelum kami sampai ke sini.
Doktor. - Keadaan kritikal.
Pendarahan ekstradura, bengkak pada bahagian otak.
Saya tahu apa maksud doktor. Kami perlu bercakap dengan dia.
Buat masa sekarang, itu agak mustahil.
Kami perlu letakkan dia dalam keadaan koma...
...dan gerudi lubang di kepalanya untuk kurangkan tekanan.
Cuma dia satu-satunya peluang yang ada untuk mencari ibunya...
...dan mengelakkan satu lagi serangan pengganas.
Tapi itu tak mengubah keadaan dia untuk sembuh.
Ada tak cara untuk sedarkan dia selepas doktor gerudi kepalanya?
Adrenalin atau apa-apa saja?
Dos Flumazenil yang tinggi mungkin...
...menyedarkan dia untuk masa singkat.
Tapi itu akan membunuh dia.
Kami perlu stabilkan dia.
Berapa lama masa akan diambil? - Mungkin sejam, atau dua.
Maklumkan saya nanti.
Cepat. Kita tak ada banyak masa.
Hampir selesai. Kita ada tiga lagi.
Kita perlu bergerak sekarang, mak.
Mak baru saja dapat panggilan yang menarik.
Tentang Simone?
Bukan tentang Simone.
Kita perlu fikir yang terburuk.
Dia masih hidup...
...dan mungkin akan mengkhianati kita.
Sebab itu kita perlu pergi segera.
Panggilan tadi daripada Presiden Heller.
Dia kata dia akan menyerah diri jika kita musnahkan dron.
Dia menipu. Tentu ada helah.
Mungkin. Mungkin tidak.
Semasa mak muat naik video dalam talian...
...mak kata dia tak akan bersetuju dengan permintaan itu.
Mak tak rasa begitu.
Mungkin mak yang salah.
Jika dia serius...
...mak akan musnahkan dron?
Kita sudah lama merancang semua ini.
Jika pembunuh seperti Heller boleh tunaikan janji...
...mak pun begitu juga.
Kita akan bincangkan dalam perjalanan.
Berikan saya alat itu.
Teruskan. - Jack, ini Kate.
Keadaan Simone teruk.
Doktor meletakkan dia dalam koma.
Doktor kata jika kita cuba sedarkan dia, dia akan mati.
Kita tak cukup masa. - Saya tahu.
Kenapa Presiden nak berjumpa awak?
Saya belum tahu lagi. Awak perlu paksa doktor.
Faham tak?
Tolong buat Simone sedar. Jika dia mati pun, terpaksalah.
Apa? - Sudah selesai?
Saya tak pasti.
Apa maksud awak?
Saya tak pasti jika tembakan saya bunuh dia. Saya pasti dia cedera.
Lebih lama dia hidup...
...lebih banyak yang dia akan tahu tentang apa yang saya lakukan.
Itu tak boleh berlaku.
Awak pun tak boleh biarkannya berlaku. Awak faham?
Ya, saya faham.
Pastikan dia mati.
Silakan, tuan.
Tuan Presiden.
Jack.
Saya difahamkan kita tak banyak pilihan.
Kami tak akan berputus asa.
Ini bukan masa untuk menjadi optimistik.
Peluang bukan di tangan kita, Tuan Presiden.
Saya minta maaf. - Jangan minta maaf, Jack.
Awak seorang sahaja yang hampir berjaya...
...menangkap Al-Harazi.
Duduklah.
Saya nak awak buat sesuatu untuk saya, Jack.
Sesuatu yang awak tak mahu lakukan.
Tuan Presiden, saya akan buat apa saja yang tuan perlukan.
Beberapa minit lalu, saya berhubung terus dengan Margot Al-Harazi.
Ini rakaman bahagian yang penting.
Tawaran saya mudah.
Saya akan serahkan diri pada masa dan tempat...
...yang awak pilih.
Sebagai balasan, awak perlu bersetuju...
...untuk musnahkan semua dron yang dicuri.
Buangkan dron ke dalam Terusan Inggeris...
...selepas Selat Dover...
...di mana kami boleh pastikan semua dron musnah.
Saya tak percaya yang awak bersungguh-sungguh.
Awak kata awak benci bunuh nyawa orang yang tidak bersalah.
Buktikan.
Bunuh saya.
Pergi ke Stadium Wembley, berdiri di tengah-tengah padang...
...pada pukul 7 malam, sendirian.
Saya akan berada di sana.
Saya nak awak bersumpah di atas nama suami awak.
Saya bersumpah di atas nama suami saya...
...saya akan musnahkan kesemua dron...
...sebaik saja awak mati.
Kita ada persetujuan. Saya akan berada di sana.
Tuan, saya bukan nak bersyarah...
...tapi hal ini adalah dasar kerajaan kita.
Kerajaan Amerika Syarikat tidak berunding dengan pengganas.
Ini bukan soal dasar kerajaan.
Ini surat perletakan jawatan saya, bermula dalam masa sejam.
Jadi, ini adalah keputusan peribadi...
...bukan tindakan negara.
Tuan Presiden, tentu ada cara lain.
Saya sedang mendengar, Jack.
Bagaimana kalau dia tidak tunaikan janji?
Satu dunia akan panggil dia penipu dan hipokrit.
Itu akan mencemarkan nama dia...
...dan apa yang dia pertahankan selama ini.
Tuan, saya kagum dengan kerelaan tuan untuk mengorbankan diri...
...untuk menyelesaikan masalah ini.
Tapi saya tak akan terlibat untuk rancangan ini.
Kita masih lagi ada peluang untuk berjaya.
Masih ada masa...
...dan masih ada peluang untuk hentikan semua ini daripada berlaku.
Saya minta maaf, Tuan Presiden.
Jack.
Saya menghidap penyakit Alzheimer.
Saya sudah tahu sejak enam bulan lepas.
Dan setahun lagi...
...saya tak akan kenal sesiapa pun di dalam bilik ini.
Cuma tinggal masa untuk diketahui umum.
Masa itu, saya akan dipaksa bersara.
Tuan Presiden, ini bukan hanya tentang tuan.
Saya tahu ini bukan hanya tentang saya.
Ini tentang mayat bergelimpangan di tempat letak kereta di hospital.
Ini tentang ribuan orang yang akan terbunuh...
...apabila dia menyerang lagi.
Kita berdua tahu dia akan menyerang lagi.
Biar saya permudahkan ini untuk awak, Jack.
Jika awak berdiri di sini...
...memegang jawatan saya...
...awak akan buat perkara yang sama.
Hadapinya. Saya dan awak cuma peluang yang mereka ada.
Tuan nak saya buat apa?
Saya nak awak bawa saya ke Stadium Wembley...
...secara rahsia...
...dan saya nak awak lakukan sekarang.
Tuan sudah beritahu Audrey?
Untuk lakukannya...
...tuan perlu cari seorang lagi...
...yang tuan boleh percaya.
Kenapa? - Sebab saya perlukan bantuan...
No comments yet. Be the first to leave one.