The first 200 lines.
Jangan bangun.
Jangan bergerak!
Tangan pernah menggeletar, Frank?
Kadang-kadang.
Itu cuma adrenalin.
Sudah tentu. Macam mana awak tahu?
- Saya nampak dia basuh kereta. - Saya pun.
Tiada sesiapa basuh kereta di tingkat tempat letak kereta.
Frank, saya mahu awak teruskan.
Saya tak boleh buat tugasan tanpa bergerak.
Kaki saya akan kebas.
Rachel!
Awak tolak 2,000 dolar seminggu?
Jadi awak tak mahu melindungi Rachel Marron...
hanya kerana dia dalam bidang hiburan?
Saya tak kerja dengan selebriti.
2,500 dolar.
Ada ramai lagi yang lebih baik untuk upah seperti itu.
Awak dah tanya...
Racine, Fitzgerald, Portman?
Ya, Portman berminat.
Tapi kami dengar awak yang terbaik.
Mana ada.
Farmer, ini tentang wanita yang ketakutan...
bersama anak lelakinya yang berusia lapan tahun.
Percayalah, saya takkan datang kalau saya fikir ini tak serius.
Farmer, dia merayu kepada saya untuk upah awak.
- Tolonglah. Farmer... - Baiklah, saya datang.
Saya tengok dulu situasinya.
Kalau saya terima...
upahnya 3,000 dolar seminggu.
Awak tentu handal kalau minta 3,000 seminggu.
Tunggu dan lihat.
Alamak, saya tahu. Luar biasa.
Hei.
Maaf.
Jangan berdiri di situ juga.
Ya?
Frank Farmer untuk Cik Marron.
Apa?
Alexander Graham Bell nak jumpa Cik Marron.
Ada janji temu?
Ya.
Nombor atom zink adalah 30.
Baiklah.
Ya, boleh saya bantu awak?
Awak yang jawab interkom tadi?
Bukan.
Boleh saya bantu?
Nama saya Edison. Ada janji temu dengan Cik Marron.
Yang diaturkan oleh...
En. Devaney.
Baik.
Silakan, En. Edison.
Kenapa dengan lengan awak?
Disebabkan anak patung.
- Ya? - Henry Ford nak jumpa En. Devaney.
- Siapa? - Henry Ford.
Silakan masuk.
Latihan
Mainkan semula, semua.
Ya! Itu dia.
Macam itulah. Itu yang saya mahu.
Rory, awak memang hebat.
Saya gembira awak datang. Saya kenalkan awak kepada Rachel.
Tony!
Awak suka? Pasti awak suka.
- Ya. - Dia tak tahu seni yang hebat.
Rachel, Frank Farmer di sini.
- Awak rasa ini saya? - Sangat hebat.
- Frank Farmer di sini. - Siapa?
Frank Farmer. Pengawal peribadi awak.
Rasanya Rory patut jadi pengawal peribadi saya.
Rachel, mari sini jumpa lelaki ini.
Baiklah, saya dah bangun.
Frank Farmer...
ini Rachel Marron.
- Helo. - Hai.
Awak tak nampak seperti pengawal peribadi.
Apa yang awak jangka?
Entahlah, mungkin yang bertubuh sasa.
Ini samaran saya.
Pemasaannya bagus.
Ini Nicki, kakak Rachel dan setiausaha peribadi.
Selamat berkenalan, En. Farmer.
Itu Tony Scibelli.
Sy Spector, pegawai publisiti Rachel.
Nak minum?
Jus oren.
Tanpa ais?
Ya.
Nicki.
Dengar sini, semua ini adalah idea Bill.
Dia tiba-tiba taasub nak melindungi saya.
Ayuh, sayang. Bangun.
Tony yang kawal keselamatan saya dan setakat ini kami baik saja.
- Rachel, ini yang kita bincangkan? - Tapi betul kata Bill, Rachel.
Dah sampai masa awak berjaga-jaga.
Nicki.
Awak tentu tahu...
orang gila yang tulis surat peminat semakin ramai...
setiap kali Rachel muncul di muka majalah.
Tapi bukan kali ini.
Relakslah, semua.
Saya dah kata saya akan buat.
Nampak apa saya kena hadapi?
Saya sanggup ikut semua ini selagi kita semua saling memahami.
Saya takkan biar perkara ini ubah hidup saya sama sekali.
Itu takkan jadi masalah.
Rachel uruskan rumah ini dengan cara yang tak formal.
Kami panggil nama masing-masing.
Ya, saya pasti awak boleh sesuaikan diri.
Awak boleh pilih sistem penggera yang awak mahukan untuk rumah ini.
Sekuriti yang lebih baik untuk pagar. Apa lagi?
Rachel, apa lagi?
Saya rasa saya selamat sewaktu saya di dalam rumah.
Jadi perkara utama adalah sewaktu saya berada di luar.
- Ya, tepat sekali. - Tony akan beritahu awak tentangnya.
Saya tak mahu awak ikut saya ke mana saja saya pergi.
Tapi yang paling penting sekali...
saya takkan benarkan Fletcher terkesan dengan hal ini.
Ya, saya baru nak terangkan.
Kita kena beritahu dia yang awak ada tugas lain, faham?
Saya tak mahu dia fikir dia dipenjara.
Perkarangan rumah tak boleh diubah.
Dia tak patut tahu pun yang awak ada di sini.
- Puan. - Rachel.
Saya rasa ada salah faham di sini.
Kalau boleh tunjuk saya jalan keluar...
kita berdua tak susah.
Awak boleh guna jalan sebelah kolam.
Gembira dapat bertemu awak.
Atau di pintu hujung sana.
Diam, Tony. Farmer, tunggu dulu!
Kita tak perlu merayu untuk dapatkan khidmatnya.
Sy, biar saya uruskan. Farmer, tunggu sekejap.
Saya patut beritahu lebih lanjut.
Maaf, saya takut awak takkan bersetuju.
Saya fikir nak biar kamu bincang dan capai persetujuan.
Kami dah buat pun.
Dia baik dan perlukan bantuan awak walaupun dia belum sedar lagi.
Awak dah sampai sini, apa kata tunggu sebentar?
Saya nak tunjukkan sesuatu.
- Tolonglah, Farmer. - Baiklah.
- Hai. - Hai.
Apa khabar?
Baik, awak pula?
Baik, awak suka bot?
Tak, saya tak suka bot.
Kenapa tidak?
Entahlah.
Awak tahu, tapi tak mahu beritahu saya.
Awak budak yang bijak.
Baiklah, pernah sekali dulu...
saya terperangkap dalam bot bersama orang lain...
selama empat bulan.
Bot penyelamat?
Tidak, ia kapal layar putih yang besar.
Awak pengawal peribadi, bukan?
Apa yang awak tahu?
Saya pasang telinga.
Saya akan ingat.
Ini dihantar selama enam bulan yang lalu.
Awak pernah cuba hantar untuk dinilai oleh profesional?
Bill kata dulu awak anggota Perkhidmatan Rahsia.
Betul.
Awak pernah melindungi presiden?
Dua tahun dengan Carter, empat tahun dengan Reagan.
Reagan ditembak.
Bukan sewaktu saya bertugas.
Baguslah.
Ini mungkin serius.
Marron tak guna Kau ada segalanya
Awak fikir ini perbuatan orang yang sama?
Orang yang pasang perangkap pada anak patung itu?
Awak beritahu Cik Marron tentangnya?
Dia tahu tentang anak patung?
Kami kata ada masalah elektrik sewaktu dia berada di atas pentas.
Macam litar pintas.
Dia tak perlu risau buat masa ini. Ini akan buat dia terganggu.
Macam mana dengan polis?
Tak perlu libatkan polis. Tiada sesiapa yang cedera.
Macam mana dengan pemandu itu? Dia tercedera.
Sikit saja.
Cuma orang kami.
Sy, saya rasa kita patut tunjuk bilik itu.
- Ini bilik tidurnya? - Ya.
Tidak.
Dia tidur di bilik sebelah bilik Fletcher di hujung sana.
Sy ubah suai bilik ini untuk disiarkan dalam majalah.
Bintang dalam bilik peribadi mereka.
Awak faham maksud saya?
Tak.
Kami jumpa surat itu di sini.
Ada orang masuk sini?
Ada orang pecah masuk dan puaskan dirinya di katil.
Dia tak tahu tentang perkara ini juga?
Biar betul? Ini pasti akan buat dia ketakutan.
Apa pendapat awak?
Ada orang masuk ke dalam rumah...
No comments yet. Be the first to leave one.