The first 200 lines.
Sarikata oleh : QiFan @ SyedNafiq
Salvation , sebelas huruf.
- Salvation ? - Ya.
Huruf ke-2, E.
- Maaf. Tak tahu. - Redemption. Redemption.
R-E-D-E-M-P-T-I-O-N. Tak, tak cukup ruang.
- Bukan? - Oh, ini mesti awak tahu.
Bersambung dengan tulang lutut, lima huruf.
Uh, tibia. Atau femur pun boleh.
- Ah, femur. - Bagus!
Dan femur bersambung dengan...
Dengan pelvis.
- Tulang pinggul? - Ya.
Dan tulang pinggul bersambung dengan...
Sakrum.
- Dan sakrum bersambung dengan... - Dengan lumbar vertebra.
Dan lumbar vertebra bersambung dengan...
Torasik vertebra.
Dan torasik vertebra bersambung dengan...
Vertebra Servik.
Dan Vertebra Servik bersambung dengan...
Tengkorak.
Bagaimana dengan tulang bahu? Rasanya awak dah terlepaskannya.
Sebenarnya, tulang bahu hanya bersambung dengan tulang axial...
...melalui sendi sternoklavikular di mana tulang selangka bertemu dengan sternum.
Menariknya, sebahagian besar kedudukan bahu dikukuhkan oleh otot...
...menyebabkan kedudukannya sentiasa disalah tafsir.
Saya suka bila awak terangkan perkara medik.
Bagaimanalah rasanya Champagne tu nanti?
- Awak ambil tak? - Tak.
Saya tinggalkan di dalam peti ais...
...sebab tiada ruang di dalam Esky , saya ingat nak letak dalam beg penyejuk.
Tak mengapa. Nanti kita singgah beli.
- Champagne saja ke? - Ambilkan minuman dalam tin.?
Oh, sial!
Awak okey?
Ya, saya okey.
- Hei, maafkan saya, kawan? - Tunggu, kawan. Banjo!
- Ya? - Ya, kami, um...
...nak pergi ke Air Terjun Gungilee. Jalannya macam mana ya?
Awak perlukan pacuan empat roda untuk ke sana.
- Iya ke? - Ya.
- Awak nak berkhemah? - Ya, macam tu lah rancangannya.
- Awak pernah ke Stony Creek? - Tak, apa tu?
Ia jauh sikit daripada Air Terjun Gungilee.
Ada kawasan berkhemah yang cantik di sana.
Jalannya pun lebih elok, jadi awak tiada masalah untuk ke sana.
- Okey, terima kasih. Kami akan fikirkannya. - Ya.
Cheers .
Tiada masalah, kawan.
- Hai, bagaimana? - Ia bukan French , tapi ia tetap berbuih.
- Bolehlah tu. - Ya.
Setiap musim cuti, sehinggalah ayah jatuh sakit.
Tempat perkhemahan yang besar, kebanyakannya.
Ramai pengunjung berjemur, dan kanak-kanak berlari-lari.
Kami sukakannya, tapi ayah lebih suka pergi ke tempat yang sunyi begini.
Kali terakhir saya berkhemah, seorang lelaki membuatkan khemahnya terbakar.
- Apa? Bila tu? - Sekolah menengah.
Lelaki tu diselaputi plastik cair dan terbakar tiga darjah.
- Dia kehilangan hampir semua rambutnya. - Jesus! Awak lihat kejadian tu?
Tak, sebab lelaki dan perempuan diasingkan, tapi kami masih boleh dengar.
- Semua orang dengar. - Teruknya.
Semua orang ingat dia merokok, tapi dia bukan perokok.
Saya tanya dia bagaimana boleh terbakar. Dia cakap dia bermain dengan mancis...
...tapi apinya tak besar, jadi dia nyalakan dengan sekeping kertas, kemudian ia menyambar khemah.
Dia memang seorang lelaki yang pelik. Dan parut tu membuatkan dia lebih teruk.
Itu simpangnya!
Sial! Awak okey?
- Ya, ya, saya baik. Awak baik? - Ya, maaf.
Tak, tak mengapa.
Bodoh betul.
Nampaknya dah ada orang.
- Mungkin mereka akan balik nanti. - Tak berbaloi kalau bermalam sekejap untuk perjalanan yang panjang.
Cantiknya.
Ya. Sama macam dulu kecuali khemah tu.
Masih ada ruang lagi di sini. Kita boleh bermalam di sini.
Yeah.
Mungkin lebih baik ada lebih ramai orang pada malam sambutan Tahun Baru.
Bagaimana kalau mereka tak senonoh?
Oh, kalau macam tu, kita 'berasmara' dengan senyap saja.
Awak boleh senyap ke?
- Ya. - Ya?
Kalau perlu.
Baiklah, saya pergi ambil barang.
- Saya tolong. - Tak mengapa, tunggu di sini. Berehat.
- Awak pasti? - Tak lama pun. - Baiklah.
Hei, Chook!
Chooka, Chooka, Chooka, Chooka!
Chook!
Bangunlah!
Mana Chook? Pergi pada Chook! Pergi pada Chook! Pergi pada Chook!
Pergi berambus, Banjo! Berambus, Banjo!
Sial kau, German!
- Okey. - Ya, rasanya dah okey tu.
- Kita satu pasukan yang mantap. - Ya.
Jom kahwin.
- Awak serius? - Ya.
Ya, okey, mari lakukannya!
- Betul? - Ya.
- Maaf, saya kejutkan awak. - Oh, tak mengapa.
Jangan minta maaf.
- Saya minta diri kejap. - Awak nak hubungi adik awak?
Ya.
Tak boleh nampaknya, tiada isyarat di sini.
Awak boleh anggap ini adalah tempoh bertenang.
Bukan. Ini adalah persetujuan perjanjian.
Baik.
Beli sesuatu untuk dimakan juga, tau? Aku dah kebulur ni.
Hei. Hei, sayang.
Oi, kau rasa berapa umur dia?
Dia ada anak.
- Jadi? - Jadi dia dah cukup tua.
Yeah.
Hei! Hei, Ollie, apa tu?
Di sana?
Siapa tu, Ollie?
Itu Em.
Kami baru saja nak hantar pasukan pencarian.
- Saya bukannya sesat. - Jumpa apa-apa yang menarik?
Pokok-pokok. Batu-batu. Air.
- Apa juadah makan malam? - Masakan dal dan nasi istimewa ayah.
- Boleh saya suap dia satu? - Tak boleh sebelum makan malam.
- Oh, sial! - Kenapa?
- Saya terpatahkan cangkuk pembuka tu. - Awak tak tahu kekuatan awak.
- Tak tahulah. - Ambil ni, ia ada pembuka tin.
- Mana awak dapat? - Ia pisau ayah dulu.
Saya tak gunakannya di rumah.
- Apa benda tu? - Ia adalah penebuk lubang.
Ia digunakan untuk menebuk lubang pada kulit.
Ia ada pisau yang baik di sini?
Ya, ia juga ada perias kuku.
- Oh, ia ada banyak kegunaan. - Iya ke?
Hei.
- Awak sukakannya? - Oh, ia cantik. Mahal tak?
Iya. Suami saya doktor, dia mampu.
Wah, bertuahnya awak.
Satu lagi korban kepada Tuhan Api?
Saya suka lihat ia cair.
Awak rasa berapakah jarak untuk ke air terjun tu?
- Rasanya dalam 20 minit. - Nampak macam lebih jauh.
Awak tahu, pernah ada pembunuhan beramai-ramai di sana?
Kaum Orang Asli Kooris dibunuh di sana.
Diarahkan ke puncak air terjun dengan hujung senapang.
Oleh siapa?
Peneroka. Mereka tak nak orang asli tu menceroboh ladang mereka.
Tak ada ladang pun di sekitar sini.
Nampaknya ada tanah lapang di atas air terjun tu.
Gungilee bermaksud tangisan. Air yang menangis.
Saya tak suka tempat ni.
Bagaimana kalau awak mainkan lagu?
- Ada permintaan? - Tak nak Simon dan Garfunkel.
- Ayah ingat kamu sukakan Simon dan Garfunkel. - Itu masa saya berumur 5 tahun.
Bagaimana dengan El Condor Pasa ?
- Tak nak. - Bukan mereka yang tulis lagu tu.
- Ayah. - Okey.
Bagaimana dengan yang ini? "Tis The Season."
Bukankan mereka kata tak boleh mainkan lagu Carol selepas Krismas?
Tak pernah ada had untuk lagu Carol .
Lagipun, Krismas baru empat hari berlalu.
- Semua luahkan kritikan. - Itu giliran saya.
"Anjing itu membawanya keluar dan letakkannya bertentangan..."
"...dengan tempat lelaki itu berdiri tetapi tidak membenarkan lelaki itu mengambilnya."
"Ia hanya mahu membersihkan darah pada mulut dan tengkuknya.."
"..kerana darah itu membuatkan lelaki itu gementar."
- Seramnya. - Yeah.
Ia diterbitkan pada 1896.
Tahun yang sama di mana Henry Lawson menerbitkan "While The Billy Boils" ...
...tapi tiada siapa yang pernah dengar tentang "Bark painting" .
Oh tuhan, saya harap kita boleh terbitkan sesuatu yang macam ni.
Hei ingat tak pertama kali kita bersama, kita kekal di katil sepanjang hujung minggu...
...dan awak bacakan semua yang awak pernah baca?
Saya sukakannya. Seperti mendengar fikiran awak.
Baik, awak bertuah.
Saya ada bawa beberapa buah buku.
Kau pernah tembak senapang?
Tak.
- Kau pula? - Pak Cik saya punya. Di ladang.
Tembak botol.
- Kena tak?? - Yep.
- Betul ke? - Ya.
- Korang nak ikut kami? - Kami tak berminat.
Oh, tak mengapa. Korang juga yang rugi.
Korang tahu, kita kena rebut semua peluang yang datang, hei Germ?
Senyum sikit, German.
Oh, macam tu lah.
Murundurra.
Murundurra . Padamkannya.
Semua dah padam.
Dia malu sikit dengan penampilannya.
Jaga-jaga dengan binatang liar.
- Saya...saya terdengar sesuatu. - Awak tak apa-apa? Apa?
Tak, saya...betul-betul dengar sesuatu.
- Ia mungkin seekor tupai atau apa-apa. - Tak, ia bukan tupai.
- Sini, bagi saya lampu suluh tu. - Oh, tuhan!
Pukul berapa sekarang?
Hampir pukul sebelas.
- Awak rasa di mana mereka? - Entahlah.
Saya pasti mereka akan balik kejap lagi.
- Kau ekori aku, ya? - Ya.
Hei, dengar, kau ada lagi gambar dalam telefon tu?
No comments yet. Be the first to leave one.