Rebel Ridge

Rebel Ridge

Download Malay Subtitle

Release info

Rebel Ridge WEBRip Netflix ms
A Commentary by KakifilemBot
Join Telegram Kami Untuk Movies Yang Menarik @Kakifilem atau https://t.me/kakifilem

Tags

webdl
Published on: 2024-12-21
Downloads: 91
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Terjemahan sari kata oleh Aman

- Meniarap! - Tuan langgar saya!

- Pandang bawah sekarang! - Okey!

- Jangan bangun! - Apa masalahnya?

Meniarap sajalah!

108. 10-26. Misi tamat di Jalan Coleman.

Selatan Jambatan Fern Creek. Mungkin 10-52.

Jika saya nampak tuan, saya dah berhenti.

Depakan tangan macam pesawat!

Apa masalahnya, Ev?

- Kau nak laporkannya? - Tidak.

Aku nampak dia di lintasan 13.

Waktu aku buka siren, dia pecut.

Saya tak lari pun. Siren pun tiada.

Aku kejar sejauh tiga kilometer! Dengan siren, ya.

- Kau renjat dia? - Tak.

- Masih sempat lagi. Kau nak direnjat? - Tak, tapi apa salah saya?

- Itu basikal kau? - Ya, tuan.

Ada laporan basikal dicuri.

- Boleh saya lihat? - Becoknya.

Aku cuba tahan kau, tapi kau lari.

Sekarang, bangun.

Jika aku seluk poket kau, tangan aku cedera tak?

Tak.

Di sini.

- Ada waran tangkap kau? - Tak ada.

- Aku nak periksa beg, untuk cari senjata. - Tak boleh, tuan.

- Boleh, kalau kau serahkan. - Tanggalkanlah.

Tapi aku kena buka gari. Habislah kami kalau aku buka.

Tak ada waranlah.

Itu tatu bintang dan bulankah?

Tak, itu tatu lain.

Beberapa kawan aku terkorban di Iraq.

Ya. Samalah.

- Apa ini? - Itu bukan senjata.

- Ia bukan makanan Cina. - Saya tak kata pun.

Boleh aku tengok?

Tak boleh.

Kalau tak boleh, aku akan panggil unit K-9.

- Panggillah. - Aku akan telefon Kyle.

Kau kena duduk dulu.

Jaga kepala kau.

Ziggy di klinik haiwan. Pinggulnya sakit!

- Minta bantuan Aurora. - Baik.

- Berapa lama kita kena tunggu? - Kau sibukkah?

Ya.

Mereka dari bandar, jadi dalam 45 minit atau sejam?

- Saya ditangkapkah? - Kau sedang ditahan.

Jika tuan periksa dan tiada barang haram, boleh saya pergi?

Aku yang akan tentukan,

tapi kalau kau bekerjasama, peluang kau bebas lagi cerah.

Jika begitu, periksalah.

Steve, tak payah panggil unit K-9.

Saya tak buat salah langsung.

- Banyaknya duit kau. - Ia tak salah.

Duit jual beli dadah haram.

Ia bukan untuk dadah.

- Kau tukang hantar? - Ya.

- Untuk orang lain? - Tak, ia duit ikat jamin sepupu saya.

- Kau nak ke Dewan Bandaran? - Mahkamah.

Samalah.

Okey, saya kena sampai sebelum pukul 5 petang.

- Tuan nak saya buat apa? - Itu lebih 30,000 dolar. Apa jenayahnya?

Sepuluh untuk ikat jamin dan selebihnya untuk beli trak dan bot.

Saya tak buat salah.

Sepupu kau penjenayah dan kau tak jawab soalan.

Apa kesalahannya?

Pemilikan dadah.

Tapi ia cuma ganja yang bukan untuk dijual, jadi…

Baiklah.

Aku beri amaran saja sebab kau langgar peraturan jalan raya.

Terima kasih, tuan.

Kau tentu tahu yang penunggang basikal pun

kena juga ikut undang-undang kenderaan bermotor.

Ya, tuan. Saya faham.

- Ini alamat kau? - Saya baru pindah, tapi nanti saya beri.

Jangan lupa.

Sekarang, kami akan simpan dulu duit ini.

Daripada siasatan kami, ini wang jual beli dadah.

Tidak.

Jika tak, aku dakwa kau lari daripada polis dan berkomplot.

Berkomplot?

Saya cuma nak ikat jamin sepupu saya dan beli trak.

Kamu berdua nak jual trak untuk dapatkan wang.

- Itu pengubahan wang haram. - Saya datang untuk ajak dia berubah.

Wang itu sah.

Saya jual kereta saya dan saham saya di restoran.

- Restoran apa? - Kan Long Chinese. Di Percyville.

Aku pernah ke sana. Dim sumnya enak.

Dari situlah saya dapat beg itu. Cubalah tanya mereka.

Baiklah.

Kami mungkin tanya.

Sementara itu, kau akan terima surat dalam masa 30 hari.

- Sepupu saya perlu keluar sekarang. - Dengar sini.

Kau akan terima surat saman kerana kami percaya ini wang untuk dadah.

- Kalau kau lawan untuk dapatkan wang ini… - Tindakan ini salah.

…aku akan dapatkan waran dan penjarakan kau.

Kalau kau tak lawan, secara automatiknya kami akan menang

dan takkan ganggu kau lagi.

Apa kata kita pergi ke Dewan Bandaran dan selesaikannya di sana?

Ia dah selesai.

Keluar!

Kau cedera teruk. Nak kami panggilkan ambulans?

Tak payah.

Okey, kau boleh pergi.

ADUNAN MUZIK METAL

Kamu mahu ada juri?

- Tak. - Tak nak, puan.

Datanglah semula pagi Isnin. Kamu dapat sesi pertama dengan hakim.

Tapi jangan pakai seluar pendek.

Baik, puan.

Baiklah.

Ikat jamin atau berkahwin?

- Saya perlukan penerangan… - Awak cedera. Apa terjadi?

Saya kena langgar.

Langgar lari?

Baiklah.

Kawan saya peguam dan firmanya di seberang jalan.

Datanglah Isnin depan, tapi ambil gambar luka itu. Ada dapat nombor platnya?

Mereka polis.

Mereka ambil semua duit saya semasa saya ke sini.

Itu notis rampasan.

- Saya tak dapat bantu. - Okey.

Sepupu saya akan ke penjara negeri?

Semua banduan pun sama. Kami sedang ubah suai penjara.

Dia tak boleh pergi dan perlu diikat jamin.

Tolonglah saya.

Awak nak ikat jamin,

tapi tak bawa duit?

Duit itu dengan awak.

Lambang mereka sama macam lambang ini, jadi…

Ia samalah macam tera air pada slip gaji saya.

Saya kerani mahkamah, bukan peguam bela.

- Diakah yang saya patut jumpa? - Ya, kalau ada.

Ini Mahkamah Perbandaran. Kami tak bicara kes feloni.

Duit tak cukup untuk kami upah peguam atau upah kerja lebih masa.

Baiklah, kita sambung waktu kerja.

Awak biar betul.

Saya tak boleh ikat jamin tanpa duit.

Cari duit lagi. Ini tuduhan berkaitan dadah?

- Kenapa awak fikir begitu? - Saya teka saja.

Elliot. Masa untuk piknik. Saya akan bawa dia keluar.

- Serius? - Ya. Kirim salam kepada Kate.

Wah, ambrosia…

Orang kata dah ada dua salad kentang.

Gingy dan Jeff letak telur dan bakon. Awak pergilah dulu.

- Terima kasih. Saya pergi dulu. - Ya.

Saya Summer.

Terry.

Mereka ambil semua duit awak?

Ada duit dalam dompet saja.

Terima kasih.

- Ia dipanggil rampasan aset awam. - Ia sahkah?

Undang-undang kata sah.

Ia untuk FBI lawan kartel dadah.

- Tapi mereka tak jumpa dadah, jadi… - Rasa syak dah cukup.

Kerana rampasan itu tak terikat pada tuduhan jenayah

dan, okey, ini bahagian paling tak jelas,

ketua polis boleh ambil duit itu untuk "belanja budi bicara".

Entah apa maksudnya.

Orang kata dia guna untuk beli mesin margarita berharga $900.

Okey, tak kisahlah… Jadi, pindaan mana yang akan terpakai?

Itu tak penting. Pindaan kelima dan keempat belas.

Kalau mereka bawa ke mahkamah pun, nama awak takkan naik.

Ia cuma akan direkodkan sebagai…

- Berapa jumlah duit itu? - 36 ribu.

Ia akan direkodkan sebagai Kerajaan Negeri Shelby Springs lawan $36,000.

Sebab harta awak tiada hak sivil.

- Tapi boleh awak dapatkannya semula? - Tak boleh.

Okey. Terima kasih.

Maksud saya, ya, awak boleh cuba, tapi ia ambil masa hampir setahun

dan kosnya sangat tinggi.

Tapi untuk bantu awak, saya boleh…

Okey…

Jom keluar.

Kita kena hati-hati.

Ketua polis dah ada ramai sekutu.

Dia kalah saman beberapa tahun lepas. Jadi, dia mula insaf sikit.

Boleh tahan juga perubahannya.

Okey. Siapa namanya?

Michael Simmons. Mike.

- Apa kesalahannya? - Kesalahan kecil melibatkan pemilikan.

- Jadi, betullah cakap Elliot tadi? - Ya, tapi lantaklah.

Ikat jaminnya memang amat keterlaluan.

- Dia pernah ada rekod jenayah? - Pernah, tapi ia dah dibatalkan.

Dia pernah ditangkap di sebelah timur.

Jadi, dia bantu polis dengan jadi saksi kes bunuh.

Orang yang ditahan itu ketua gengster.

- Jadi, jika Mike masuk penjara negeri… - Kalau mereka tahu, habislah dia.

Aduhai.

- Dia dipindahkan Khamis depan, bukan? - Ya.

Jadi, awak masih ada masa.

- Boleh awak cari duit lagi? - Mungkin.

- Saya kena tanya dulu. - Okey. Bagus.

Awak berpengetahuan.

Awak peguam…

Saya kurang 18 jam kredit untuk dapat ijazah.

Kemudian, baru boleh ambil peperiksaan peguam, jadi…

- Okey. Tapi kenapa awak tolong saya? - Kerana awak perlu bantuan.

Saya faham situasi awak.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left