Alexander: The Making of a God

Alexander: The Making of a God

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Alexander The Making Of A God S01 WEB H264-RBB
A Commentary by sash35

Tags

web
Web-DL
web-dl
WEB-DL
720p
720
1080
Published on: 2024-02-02
Downloads: 15
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

KUIL AMUN OASIS SIWA, MESIR

Perang akan tercetus.

Sebuah peperangan yang cukup sengit

dan maha dahsyat

sehingga dunia terbelah dua.

Serang!

Terpisah dek perseteruan berdarah

antara dua lelaki.

Alexander yang Agung

dan Darius, raja segala raja.

Dua musuh ketat,

dua benua,

tapi wajah mereka dicap pada sekeping syiling yang sama.

Seorang putera muda Macedonia,

berjuang demi tanah air dan kemasyhuran

dan seorang raja Parsi yang bertekad mempertahankan

empayar terulung dunia.

Terperangkap dalam keegoan...

yang bakal mengubah dunia

dengan bermandikan api

dan darah.

Siapa yang beroleh kemenangan?

Siapa yang kecundang?

Hanya para dewa menentukannya.

Alexander menjentik imaginasi kita.

Dia satu figura penting dalam sejarah peradaban manusia.

Alexander ialah panglima tentera yang terhebat sepanjang zaman,

tapi pada masa yang sama, dia seorang penyajak, ahli falsafah,

saintis, pereka cipta

dan pembina empayar.

Maka tak hairanlah walaupun selepas 2,000 tahun,

kita masih taasub dengan dia.

Alexander mengasaskan Alexandria,

yang akhirnya menjadi salah sebuah bandar terhebat di dunia.

Hari ini, Dr. Pepi Papakosta

sedang mengekskavasi tinggalan bandar agung Alexander.

Oh, Tuhan.

Ini bar seni bina dan ia satu penemuan penting.

Ini kejutan baharu.

Setiap hari, ada saja kejutan.

Ini anugerah yang berharga untuk kita.

Dengan mengekskavasi bandar hebat ini,

saya rasa lebih dekat dengan wira saya...

kerana di Alexandria, Alexander tak pernah mati.

Dia ada di mana-mana.

Dr. Pepi mendedikasikan hampir dua dekad hidupnya

dalam pencarian Alexandria purba.

Dia dah gali berpuluh meter ke dalam tanah

dalam usaha mencarinya.

Dah lama kami mulakan penggalian di sini.

Bermula dengan parit kecil

sehinggalah keluasannya menjangkau beribu-ribu meter persegi.

Semua guna tangan.

Saya ahli arkeologi dan saya bekerja bersama Cik Papakosta.

Saya berbangga dapat sertai pasukan penggalian dia.

Saya bekerja di tapak ini sejak tahun 2007.

Pendek kata, inilah hidup saya.

Semakin lama kami menggali, semakin banyak objek dan bukti

yang kami temui tentang Alexander.

Kami dah rekodkan banyak penemuan hebat

dan tinggalan penting...

RAKAMAN ARKIB

...tapi penemuan paling menakjubkan yang pernah ditemui di tapak ini

ialah patung marmar Alexander yang unik.

Ia satu keajaiban.

Mereka masih mencari apa-apa jejak yang boleh dikaitkan dengan Alexander.

Mereka cari patung, inskripsi dan syilingnya.

Awak berjaya.

Kita mesti ingat bahawa Alexander yang Agung,

di penghujung hayatnya,

bukanlah Alexander yang kita bayangkan pada mulanya.

Alexander muncul dalam liputan sejarah pada tahun 336 Sebelum Masihi.

Setahun sebelum itu,

dia pilih untuk hidup dalam buangan di sebuah tempat bernama Illyria.

ILLYRIA 334 SEBELUM MASIHI

Dia seorang putera berumur 20 tahun yang tinggalkan kerajaan ayahnya.

Kita main-main saja. Betul, Alex?

Saya rasa sepanjang keberadaannya di situ,

dia cuba mencari matlamat hidupnya.

Alex!

Histe!

Berundur!

Histe, Alex!

Saya kata berhenti!

Maaf.

Saya minta maaf.

Tak apa.

Bukan saya yang awak lawan, tapi ayah awak.

Betul?

Betul?

Awak kata main-main...

jadi boleh kita main saja?

Alexander membesar bersama dua orang teman rapat.

Salah seorangnya, Hephaestion,

bukan hanya seorang sahabat,

tapi mungkin cinta sejatinya.

Hubungan seks sesama jenis adalah satu kebiasaan di Yunani.

Orang Yunani tak kenal maksud homoseksualiti

atau homoseksual.

Ia belum wujud dalam perbendaharaan kata mereka.

Yang ada cuma hubungan seksual.

Betulkah awak nak balik sekarang, Alex?

Lambat-laun, saya kena balik juga.

Lagipun awak akan ikut saya, bukan?

Sehingga ke akhir hayat.

Kalau nak mengadap raja, saya cadangkan kamu pakai baju.

Jom.

Ptolemy ialah setiawan Alexander yang sangat rapat

dan pada masa itu, Alexander ada ramai teman sekader

yang berpengaruh di istana

dan dua daripadanya ialah Hephaestion dan Ptolemy

yang kekal setia dan terus bersahabat dengan dia

sepanjang kempen ketenteraannya.

Alexander pulang ke istana pada tahun 336 SM

selepas terima titah daripada ayahnya

untuk hadir ke majlis perkahwinan diraja di ibu kota Macedonia, Aegae.

Ia majlis perkahwinan anak perempuan Philip, Cleopatra,

dengan hulubalang dari negara jiran.

Ini polisi tipikal Philip untuk mengahwinkan anaknya

dengan individu berpengaruh di sekitar Macedonia.

Tujuannya untuk memperkukuh perikatan

yang dia cuba bina sebelum berperang dengan Parsi.

ISTANA AEGAE MACEDONIA

Bonda.

Formalnya, agapi mou.

Maksud anakanda, "Ibu."

Cuaca Illyria buat kulit anakanda terselar,

tapi anakanda tetap kacak macam dulu.

Selamat pulang, sayang.

Pulang?

Kepulangan yang tak dialu-alukan.

Anakanda perlu tinggal di istana sehingga status kita dikembalikan.

Seingat anakanda, ayahanda dah jelaskan status anakanda.

Semuanya akan kembali seperti sediakala. Percayalah.

Lagipun, siapa tak suka majlis perkahwinan?

Sekarang, ikut bonda.

Ibu Alexander, Olympias,

salah seorang pencorak dan penggoncang sejarah.

Dia seorang puteri asing.

Dia salah seorang daripada tujuh isteri Philip II,

tapi dia pegang status paling tinggi berbanding madunya di istana

kerana pada awal perkahwinan, dia lahirkan pewaris takhta Philip II,

iaitu Alexander.

Bagaimanapun selepas seketika, status dia mula tergugat

apabila Philip mengalami krisis pertengahan umur,

berkahwin dengan gadis yang lebih muda,

iaitu seorang puteri Macedonia.

Besar kemungkinan, puteri itu akan lahirkan anak-anak lelaki

yang bakal mewarisi takhta,

sekali gus melucutkan status Olympias dan Alexander.

Suasana di istana sangat tegang

dan ketegangan itu memuncak di majlis perkahwinan Cleopatra.

Tak sangka hiburan di majlis ini begitu menghiburkan.

Maksud anakanda?

Kita.

Permaisuri yang hina dan anak lelakinya yang terbuang.

Kenapa panggil anakanda pulang?

Bukan bonda,

tapi dia.

Raja.

Ayahanda?

Bonda, apa sebenarnya yang berlaku?

Alexander tinggalkan istana Macedonia setahun sebelumnya

kerana ayahnya, Philip, cuba bunuh dia.

Ada jamuan besar-besaran di Macedonia

dan di penghujung majlis, semua orang dah mabuk.

Dalam keadaan mabuk,

Jeneral Attalus hina Alexander dengan berkata,

"Kau anak haram dan bukan pewaris takhta yang sah,"

dan Alexander rasa sangat marah.

Sebaliknya Philip, ayah dia, langsung tak bela dia dan cakap,

"Anakanda hina sahabat ayahanda," dan cuba bunuh Alexander.

Alexander tinggalkan istana bukan kerana takut nyawanya melayang,

tapi kerana makan hati dek sikap ayahnya.

Alexander.

Anakanda cuba jauhkan diri daripada ayahanda,

raja anakanda?

Bergantung.

Ayahanda nak peluk atau bunuh anakanda?

Anakanda masih marah akan ayahanda?

Ayahanda malukan anakanda.

Attalus mabuk.

Ayahanda bela dia.

Biasalah, gurau kasar.

Lagipun,

air dicencang takkan putus.

Bukan wain?

Apa halnya itu?

Patutkah patik pergi?

Hephaestion, awak manjakan dia lebih daripada beta.

Attalus salah seorang jeneral terbaik ayahanda,

tapi anakanda anak ayahanda dan itu lebih penting.

Alexander nampak tegang.

Dia okey, Ptol. Dia cuma perlu ingat status dia.

Atau minum sampai lupa.

Itulah rahsia saya.

Ayahanda nak anakanda ikut ayahanda ke perbatasan dan takluk Parsi.

Anakanda berbesar hati dapat berjuang di sisi ayahanda macam dulu.

Bila kita nak berangkat?

Kita bincang nanti.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left