Harriet

Harriet

Download Malay Subtitle

Release info

Harriet 2019 720p BluRay x264-GECKOS
A Commentary by ShasyaLala
Netflix Retail.

Tags

BluRay
x264
720p
720
Published on: 2022-02-16
Downloads: 31
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Tidak!

Mak, tidak!

Tidak!

Ayah!

Minty.

John.

Mujur awak ingat nama saya.

Saya takut awak terjaga daripada mimpi dan lupa nama saya.

Johnny.

Johnny. John.

Tengok apa saya dapat, Minty?

- Itu… - Ini…

- Berikan. - Awak nak?

- Saya nak. - Ambil sendiri.

Ambil sendiri.

Kita dah dapat.

- Kita dah dapat. - Ayah.

Ayah, kami dah dapat.

Kami dapat surat itu.

Johnny, bacakan kepada saya.

Tak perlu. Saya sudah hafal.

"Saya, Joshua Abrams, setelah meneliti wasiat dan amanat terakhir

Atthow Pattison dari daerah Dorchester, Maryland…"

- Berpeganglah - Berpeganglah

Jangan lepaskan tangan daripada pembajak

Berpeganglah

- Berpeganglah - Berpeganglah

Jika mahu masuk syurga, dengarkan kataku

Jangan lepaskan tangan Daripada pembajak yang memberi rezeki

Sentiasa berpegang kepada Pembajak yang memberi rezeki

- Berpeganglah - Berpeganglah

- Berpeganglah - Berpeganglah

- Berpeganglah - Berpeganglah

- Berpeganglah kepada pembajak - Kepada pembajak

- Berpeganglah - Berpeganglah

- Semoga dimakbulkan. - Semoga dimakbulkan.

Saya ingatkan sekali lagi petikan daripada Colossians 3:22.

"Wahai hamba, taatilah tuanmu yang di dunia ini dalam segala hal.

Jangan hanya di hadapan mereka saja

untuk menyenangkan mereka,

melainkan

dengan tulus hati

kerana takut akan Tuhan."

Semoga dimakbulkan.

- Semoga dimakbulkan. - Semoga dimakbulkan.

Semoga dimakbulkan. Terima kasih untuk khutbah itu, Reverend Green.

Selamat menikmati hari Ahad ini.

Tukang masak buat kuah untuk roti jagung kamu malam ini.

- Reverend. - Semoga Tuhan rahmati.

Balik dengan selamat.

Kuatkan diri.

Hei.

- Abang ikut kamu. - Abang, jangan.

- Abang baran. - Abang nak ikut.

Kalau mereka pukul kamu lagi, nanti mati.

- Pergi ikut Mary. - Mak…

- Pergi! - Pergi.

Pergi, Mary. Pergi sekarang.

Tuan Brodess, boleh saya cakap sekejap?

Tuan Brodess, tuan kenal suami Minty, John?

Dia kerja dengan saya di Kilang Thompson.

Sudah tentu saya kenal dia.

Saya yang izinkan mereka kahwin. Apa awak nak?

Saya dan Minty…

Kami ingat mahu berkeluarga.

Serta…

Kami mahu anak kami lahir bebas.

Jadi kami upah peguam yang menjelaskan…

Awak upah peguam.

Ben, apa orang kulit Hitam ini cakap?

Tuan, kami cakap tentang permintaan terakhir

moyang tuan, Atthow Pattison.

Dia beri isteri saya, Rit, kepada mak tuan semasa dia kecil

tapi dia sepatutnya bebas pada usia 45 tahun.

Sekarang dia sudah 57 tahun.

Awak ada wasiat itu?

Ada surat daripada peguam, tuan.

Dia kata dengan jelas.

Mak saya sudah 46 tahun semasa tuan jual kakak-kakak saya. Itu salah.

Kami semua patut bebas setelah dia berusia 45 tahun.

Kakak-kakak saya sudah tak ada, tapi saya dan John…

Kami mahu anak kami lahir bebas seperti yang dijanjikan.

Awak dengar sini.

Ayah awak dan suami awak memang bebas,

tapi awak…

dan mak awak

serta adik-beradik awak

milik saya untuk selamanya.

Anak-anak awak milik saya, anak-anak mereka pun milik saya.

Awak faham?

Awak syaitan! Awak syaitan, Edward Brodess!

Awak jual anak-anak saya ke selatan dan tiada siapa tahu nama mereka!

Marilah. Mari.

- John. - Anak-anak saya dah tiada.

Awak dan Ben tak boleh datang ke sini lagi.

Jangan dekati hamba-hamba saya.

Sekarang turun dari beranda saya.

Marilah. Mari.

Kalau bukan sebab kamu, ayah dah lama jual perempuan itu.

Tuan aku sangat zalim, Tuhan!

Kau tahu dia kejam.

Kalau Kau tak boleh ubah dia, ambillah nyawanya.

Ambil nyawanya, Tuhan!

Ragut nyawa tuan aku.

Tuhan tak dengar cakap orang kulit Hitam, Minty.

Saya dah cakap sejak kita kecil.

Saya demam kepialu semasa kecil dan mak suruh awak jaga saya.

Benda pertama saya lihat apabila saya buka mata

adalah muka hitam awak sedang berdoa.

Saya terkejut sampai kebah.

Saya dah biasa tengok muka awak.

Tapi apabila awak berdoa…

saya masih rasa seram sejuk.

Kenapa awak bodoh sangat sampai upah peguam?

Awak ingat ayah saya akan bebaskan awak begitu saja?

Kamu semua sudah separuh daripada harta dia.

Dia dah beri amaran.

"Kalau ada hamba kesukaan, macam ada khinzir kesayangan.

Kita boleh beri makan.

Kita boleh main dengannya, kita boleh beri nama…"

"Tapi satu hari nanti…

kita perlu menyembelihnya atau menjualnya.

Kita tahu dan khinzir itu pun tahu.

Kalau kita perlu jual,

sama saja macam memisahkan anak khinzir daripada ibunya.

Kalau kita perlu memakannya, kita akan lupa namanya."

Saya harap satu hari nanti saya akan lupakan nama awak.

Balik.

Saya kata balik.

Edward!

Oh, Tuhan. Edward!

Di sini bersemadinya abang, suami dan bapa kesayangan kami.

Pada hari ini, kita mengebumikannya dengan…

Rahmati kami dengan nama Tuhan.

ORANG KULIT HITAM DIJUAL TANPA SYARAT, GADIS KULIT HITAM CANTIK DIJUAL.

John.

John, Johnny.

Johnny, saya mesti lari. Saya mesti lari sekarang.

Baik. Kita akan lari.

Saya ikut awak.

- Okey? - John, awak sudah bebas.

Nanti mereka tarik balik kebebasan awak. Saya tak sanggup.

Awak takkan boleh lari seorang, Minty.

Siapa akan lindungi awak kalau awak mimpi lagi?

Siapa akan ada apabila awak terbangun?

Awak perlukan saya.

Tunggu saya tepi pagar.

Saya nak ucap selamat tinggal kepada mak saya.

Okey.

Apabila kereta kuda usang itu datang

Aku akan meninggalkanmu

Aku akan bertemumu di tanah yang dijanjikan

Aku akan meninggalkanmu

Maafkan aku, aku akan meninggalkanmu

- Selamat tinggal - Selamat tinggal

- Tapi aku akan bertemumu esok pagi - Tapi aku akan bertemumu esok pagi

- Selamat tinggal - Selamat tinggal

Tapi aku akan bertemumu esok pagi

Selamat tinggal

Apa awak buat di sini, John?

Awak tak patut ada di sini.

Saya mahu jumpa isteri saya saja, tuan.

Tentu awak sedih tak dapat jumpa dia.

Baik awak biasakan diri sajalah.

Pergi balik ke ladang Thompson.

Baik, tuan.

Giddy!

Giddy!

- Apa dia? - Minty hilang.

Berhenti.

Di mana dia?

- Di mana dia? - Saya dah kata, tuan.

Saya hanya mahu ucap…

KILANG PAPAN A.C. THOMPSON

MEMBUAT PINTU, BIDAI DAN BINGKAI

Ayah tak nak tengok kamu.

Ayah nak cakap ayah tak nampak kamu.

Tapi ayah nampak hati kamu.

Ayah, mereka nak jual saya ke selatan dan tiada siapa dapat balik dari sana.

Saya mesti lari.

Dengar sini, nak.

Pergi ke gereja Reverend Green.

Minta dia doakan perjalanan kamu.

Tapi Reverend Green selalu suruh kita patuh.

Ikut cakap ayah.

Pergi gereja Reverend Green. Minta dia doakan perjalanan kamu.

Baik, ayah.

Ayah ada dengan kamu.

Pergilah sekarang.

Saya sayang ayah.

Ayah sayang kamu juga.

Siapa itu?

Minty. Anak Ben Ross.

Kenapa awak seorang saja malam-malam begini?

Awak dah gila agaknya. Masuk.

Ayah saya minta awak doakan perjalanan saya.

- Awak yang selalu dapat mimpi itu. - Betul.

Jadi awak nak lari.

Mereka nak jual saya ke selatan.

Jauh daripada suami dan keluarga saya.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left