The first 200 lines.
CAPTIVATING THE KING
EPISOD 5
Cik Muda.
Sudah lama saya tak mengirim khabar kepada Cik Muda.
Unit Senjata Khas semakin giat membongkar aktiviti mencurigakan
sejak awal bulan lalu,
jadi saya perlu berhati-hati.
Kawalan lebih ketat di luar dan dalam istana
kerana salah seorang gundik raja
ditangkap menyeludup bomoh ke dalam istana untuk jalankan upacara,
- harap hamilkan anak lelaki raja. - Berani kamu!
- Cepat! - Apa ini?
- Dia diusir dari istana hari itu. - Lepaskan!
Namun sebelum dia diusir,
dia beritahu raja bahawa Paduka Ratu izinkan upacara itu,
maka istana jadi huru-hara.
Ampunkan patik!
Tapi Paduka Ratu yang beri keizinan!
Tuanku!
Itu dosa lebih besar daripada curang.
Rakyat jelata memerhati.
Tuanku.
Permaisuri dan Yang Mulia ayahandanya cuba meredakan amarah baginda,
tapi sia-sia saja.
Baginda enggan berjumpa Paduka Ratu
dan keluar ambil angin sehingga menimbulkan kekecohan.
Pergi cari baginda sekarang!
Menurut dayang-dayang istana,
semua ini berlaku kerana Inang Dong.
Baginda tak hiraukan permaisuri dan gundik-gundiknya.
Baginda cuma beri keistimewaan kepada Inang Dong,
inang yang menjaga mendiang raja.
Paduka Ratu mengharapkan kelahiran Putera Sulung,
terpaksa ambil tindakan drastik menggesa Gundik Diraja.
Apabila baginda keluar ambil angin atau tak hadiri hal urusan kerajaan,
baginda selalu ke Yeongchwijeong
dan bermain Go dengan Putera Deokseong.
Saya nak ceritakan lagi tentang Yeongchwijeong,
tapi semua wanita dari istana tak dibenarkan masuk.
Jadi tak banyak yang saya tahu.
Saya akan kirim khabar lagi.
Cik Muda.
Saya, Chu Dal-ha, mengirim khabar.
Penghuni kediaman Putera Deokseong adakan jamuan hampir setiap hari,
jadi saya tiada masalah untuk masuk.
Tuan Muda.
Baru-baru ini dia upah pemain Go untuk bermain dan fikir strategi baharu.
Mungkin dia nak cari beberapa helah waktu bermain dengan raja nanti.
Dia tamak, tapi berkemampuan.
Tiga Hwan pun risau melihat dia menunjukkan kekuasaannya.
Ya.
Tiga Hwan adalah Ketua Utama Majlis Privi, Park Jong-hwan,
Yang Mulia Oh Wook-hwan
dan Laksamana yang baru dilantik, Min Ji-Hwan.
Mereka diberi gelaran itu kerana nama mereka.
Putera Deokseong,
patik sertakan penerangan permainan
pemain Go yang patik cadangkan.
Saya harap dapat membantu.
Ke hadapan, Tuan Choam.
Beta dah baca penerangan yang kamu hantar.
Kebolehan pemain Go yang kamu cadangkan itu amat mengagumkan.
Beta amat berpuas hati.
"Beta nak bermain Go dengan dia sendiri."
"Minta dia jumpa beta segera."
Tahniah.
Kamu dah jadi pemain Go Putera Deokseong macam yang kamu nak.
Saya sangka kamu nantikan khabar ini.
Kenapa kamu nampak muram saja?
Kamu mula takut sebab semua berjalan lancar?
Saya tak takut.
Saya dah nantikan saat ini selama tiga tahun.
Namun,
saya risau saya meletakkan tuan dalam bahaya
jika teruskannya.
Jangan berbohong.
Jika kamu risau,
kamu patut berlembut waktu bermain macam yang saya minta.
Biar saya jaga diri sendiri.
Jadi
kamu jaga diri sendiri saja.
Tuan dah berbaik hati menerima dan menjaga saya.
Saya takkan lupakan budi tuan.
Cik Muda, Bentara Keenam dipecat lagi.
Ini sudah kali ketiga tahun ini.
Kenapa begitu sukar menghidupkan semula
pokok pic yang mendiang raja tanam dulu?
Tuanku, patik melakukan dosa yang tak boleh diampunkan!
Ampunkan patik, tuanku!
Beta menyampah melihat kamu.
Berambus sekarang!
Saban hari, kemurkaan baginda semakin membara.
Semua harap sekuntum bunga tumbuh pada pokok yang dah mati.
Tapi adakah hari itu akan tiba?
Tuanku.
Tuanku nampak muram.
Maharaja baharu Qing telah ditabalkan.
Nampaknya Putera Rui dah bertolak ansur
sebab dia melepaskan takhta kepada anak buahnya yang masih muda.
Selepas mendengar khabar mengejut kemangkatan Maharaja,
patik sangka berlaku pertumpahan darah untuk merebut takhta.
Nampaknya dia buat pilihan yang bijak.
Tak kiralah betapa hebat kuasa Putera Rui,
kita tak boleh melawan lumrah.
Tuanku.
Bukan itu maksud patik.
Betul kata kamu, Putera Deokseong.
Anak lebih sesuai mewarisi takhta berbanding adik-beradik.
Itu cara yang benar.
Nampaknya beta langsung tak sedar
cara yang semula jadi dan adil.
Tuanku.
Patik dah buat dosa besar.
Tentu patik dah nyanyuk sebab dah tua.
Patik mohon keampunan, tuanku.
Apa yang nak diampunkan? Kamu cuma cakap perkara benar.
Betul tak?
Cik Muda.
Kenapa awak di sini?
Awak risau saya dah lupa jalan di sekitar kota?
Saya nak beritahu hal mustahak.
Apa?
SEDANG BERKABUNG
Putera Deokseong tiba-tiba mangkat semalam.
Khabar angin mengatakan dia dibunuh.
Usaha tiga tahun saya musnah sekelip mata.
Masih ada cara lain.
Tak boleh.
Kenapa awak selalu cakap tak boleh?
Cara yang awak asyik cadangkan
untuk tamatkan semuanya dengan bunuh raja dalam misi bunuh diri itu
tindakan melulu, bukan balas dendam.
Ayah dan Hongjang tentu akan bantah juga.
Awak setuju dengan rancangan saya, kenapa begini pula?
Mungkin rancangan cik takkan berjalan lancar.
Lihatlah Putera Deokseong.
Ia akan berjalan lancar.
Saya takkan gagal.
Tapi jika saya gagal,
waktu itu awak buatlah sesuka hati.
Itu satu janji.
Kenapa awak begitu beria-ia?
Tak elok layan saya begini.
Baiklah, saya berjanji.
Sekarang apa awak nak buat?
Saya lapar.
Mari makan dulu.
Jom.
Ampun tuanku.
Ketua Utama Majlis Privi,
Yang Mulia dan Laksamana mohon menghadap.
Izinkan mereka masuk.
Beta dah cakap beta takkan hadiri mesyuarat pagi.
Kami tahu.
Namun sebagai ahli Majlis Pertahanan Sempadan,
patik datang membuat permohonan penting
meskipun berlaku tak sopan.
Apa permohonan penting kamu?
Begini, tuanku…
Jawablah, Laksamana.
Tuanku.
Kami mohon untuk pecat dan hukum Pembantu Tadbir Uiju, Kim Myung-ha.
Mohon berikan kami keizinan.
Apakah sebabnya?
Ketika rakyat Qing yang diburu kerana merentasi sempadan lari,
Kim Myung-ha berdiam diri.
Dia juga bantah permintaan penyerahan semula.
Memandangkan dia dah mengabaikan tugasnya menjaga sempadan,
lebih baik dia dipecat dan dihukum.
Rasanya sebelum ini pun ada usul yang sama.
Patik dah agak tentu tuanku ingat.
Pernah ada laporan tentang kegagalannya untuk tangkap
orang yang merentasi sempadan dengan alasan menuai ginseng.
Beta dah ingat dengan jelas kerana penerangan kamu.
Kenapa kamu tak hukum dia sebelum ini?
Ini takkan berlaku jika kamu menjalankan tugas.
Apa?
Ya.
Itu kerana…
Jelas sekali dia disogok dan melepaskan mereka,
tapi kami kekurangan bukti kukuh atau saksi,
kami tak dapat hukum dia.
Kamu pasti hal yang sama takkan berlaku lagi?
Boleh kamu tanggung akibatnya?
Tuanku.
Jika kita tak hukum Kim Myung-ha atas kesalahannya kali ini,
Qing takkan berdiam diri.
Kita perlu pecat dan hukum dia
sebelum utusan Qing tiba
untuk mengelak cemuhan Qing.
Baiklah.
Panggil dia ke sini.
Ayah!
Ayah!
Ayah!
Ayah!
Tuan.
Kamu dah periksa tembok istana yang runtuh?
Saya dah awasi tempat itu buat sementara,
tapi ia akan runtuh jika hujan lebat turun.
No comments yet. Be the first to leave one.