Romeo + Juliet

Romeo + Juliet

Download Malay Subtitle

Release info

Romeo And Juliet 1996 BluRay x265-RARBG
A Commentary by ShasyaLala
Disney Retail.

Tags

BluRay
x265
Published on: 2021-07-22
Downloads: 44
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Di Verona, terdapat dua buah keluarga yang sama hebat,

permusuhan lama menjadi pemberontakan, semua orang saling menumpahkan darah.

Kedua-dua keluarga bermusuh ini mempunyai anak,

pasangan kekasih bernasib malang yang mengorbankan nyawa sendiri.

Kisah hidup mereka yang menyedihkan membuat

ibu bapa mereka berhenti bermusuhan selepas kematian mereka.

Perjalanan cinta mereka yang mendebarkan bakal dibayangi maut

dan amarah ibu bapa mereka yang berterusan.

Ia tak dapat dipadamkan selain dengan kematian anak-anak mereka

Inilah yang bakal dipersembahkan selama dua jam di pentas ini.

DI VERONA

Terdapat dua buah keluarga

yang sama hebat,

di Verona, tempat kisah ini berlaku,

permusuhan lama menjadi pemberontakan,

semua orang saling menumpahkan darah.

Kedua-dua keluarga bermusuh ini mempunyai anak,

pasangan kekasih bernasib malang

yang mengorbankan nyawa sendiri.

FULGENCIO CAPULET AYAH JULIET

GLORIA CAPULET IBU JULIET

TED MONTAGUE AYAH ROMEO

CAROLINE MONTAGUE IBU ROMEO

KAPTEN PRINCE KETUA POLIS

DAVE PARIS ANAK GABENOR

MERCUTIO KAWAN BAIK ROMEO

Semua ahli Keluarga Capulet buat saya marah!

Tak guna!

Raja Tak Guna! Pergilah!

KUMPULAN KELUARGA MONTAGUE

DIRUNCITKAN KEPADA GENERASI AKAN DATANG OLEH PEMBINAAN MONTAGUE

STESEN MINYAK PHOENIX

Tuan-tuan kita yang bermusuhan!

Begitu juga kita, orang-orang mereka!

KUMPULAN KELUARGA CAPULET

-Buih, buih, kacau dan membuat kacau. -Saya pula

-seorang yang tampan. -Saya pula seorang yang tampan.

Saya pula seorang yang tampan.

Orang-orang Keluarga Capulet datang.

Lawan! Saya akan sokong awak.

Saya akan gigit ibu jari untuk cuba mencabar mereka.

Pergi dulu. Saya akan datang kemudian.

-Awak gigit ibu jari ke arah kami? -Memang benar.

Awak gigit ibu jari ke arah kami?

Adakah undang-undang

-menyebelahi kita jika saya kata ya? -Tak!

Tak, saya cuma gigit ibu jari saya, bukan ke arah awak!

-Awak cuba memulakan pergaduhan? -Pergaduhan? Tak!

Jika awak mahu bergaduh, sayalah orangnya.

-Tuan saya sehebat tuan awak. -Bukankah tuan saya lebih hebat?

Saudara tuan saya datang. Cakap "lebih baik"!

-Ya, lebih baik! -Awak berbohong!

Keluarkan senjata jika awak lelaki sebenar!

Hentikannya! Kamu semua tak sedar apa yang kamu lakukan.

SWORD 9MM SIRI S

Keluarkan senjata awak.

MINYAK BIASA

TAMBAH LEBIH MINYAK PADA PEMBAKARAN ENJIN

Awak keluarkan senjata hanya untuk berlawan dengan orang suruhan biasa?

Pusinglah, Benvolio,

dan pandang orang yang akan membunuh awak.

Saya cuma berbaik-baik.

Simpan senjata awak atau gunakannya untuk bantu saya hentikan pergaduhan ini.

Berbaik?

Berbaik?

Saya benci perkataan itu

seperti saya membenci neraka,

semua ahli kumpulan dan Keluarga Montague

dan awak.

Tembak!

Tembak!

-Mari sini! -Tunggu!

Mari sini!

KERETA ARGOSY

RUSUHAN GANAS

MONTAGUE LAWAN CAPULET

Permusuhan lama menjadi pemberontakan.

Jangan teruskan.

PANTAI VERONA MONTAGUE

Berikan senjata Longsword saya.

Awak tak boleh berlawan dengan musuh.

Para pemberontak, kamu semua musuh keamanan!

Letakkan senjata kamu.

Kamu semua akan dihukum

jika kamu tak letakkan senjata!

Tiga kali rusuhan berlaku

semuanya disebabkan perselisihan antara Keluarga Capulet dan Montague.

Tiga kali keamanan tergugat di kawasan kita.

Jika kamu semua cetuskan kekacauan di jalanan lagi,

nyawa kamu akan menjadi gantinya.

Di manakah Romeo? Awak nampak dia hari ini?

Mujurlah dia tak terlibat dalam pergaduhan hari ini.

Puan, saya nampak anak awak berjalan-jalan di dusun Sycamore pada waktu pagi.

Dia kerap ke sana pada waktu pagi, air matanya menambah embun pagi.

Sebaik saja matahari terbit, anak saya yang kesedihan pulang

dan mengurung dirinya di dalam bilik,

menutup tingkapnya, menghalang cahaya matahari daripada masuk

dan duduk dalam gelap.

Cinta penuh perselisihan, kebencian penuh cinta

cinta yang datang tanpa diduga.

Kebahagiaan yang menyedihkan,

kebodohan yang sebenar.

Perkara yang indah bercampur dengan kekacauan yang teruk.

TEMBAK PETIR

Sikap muramnya ini tak patut dibiarkan,

melainkan seseorang yang bijak dapat menyelesaikan masalahnya.

Jadi, tolonglah ke tepi.

Sama ada dia beritahu saya masalahnya atau dia akan menidakkannya.

Mari kita pergi.

Selamat pagi, sepupu.

Hari masih siang?

Jam baru bertukar.

Masa lambat berlalu apabila kita sedang bersedih.

Adakah ayah saya yang baru bergegas pergi tadi?

Betul.

Apa yang buat awak sedih dan masa lambat berjalan?

Saya tiada sesuatu yang buat masa berjalan pantas.

-Awak dilamun cinta? -Tak lagi.

-Dilamun cinta? -Saya cintakan seseorang tapi tak dibalas.

Sedihnya. Cinta itu indah tapi sangat sukar apabila dialami sendiri.

Menyedihkannya, cinta itu buta tapi ia tetap memaksa kita akur kepadanya.

Di mana kita akan pergi makan?

Darah yang berharga ini.

Kemarahan tak mendatangkan faedah.

Undang-undang takkan hilang...

Aduhai. Pergaduhan apa yang berlaku tadi?

-Romeo, saya... -Diam, saya sudah dengar semuanya.

Pergaduhan ini tentang kebencian tapi ia berkaitan dengan cinta.

Cinta penuh perselisihan, kebencian penuh cinta.

Cinta yang datang tanpa diduga.

Kebahagiaan yang menyedihkan, kebodohan yang sebenar.

Perkara yang indah bercampur dengan kekacauan yang teruk.

Cinta itu berat dan ringan.

Adakah awak ketawa?

Tak, saya menangis.

Kenapa awak menangis?

-Saya menangis sebab awak bersedih. -Selamat tinggal, sepupu.

Tunggu, saya akan ikut awak.

Kalau awak tinggalkan saya, awak sudah buat salah dengan saya.

DAVE PARIS BUJANG TAHUN INI

Namun, Montague juga telah bersumpah seperti saya, terima hukuman yang sama.

Tak sukar bagi lelaki tua seperti kami untuk kekalkan kedamaian.

Kamu berdua dihormati dan malang sekali kamu bermusuhan.

Namun, apa jawapan tuan terhadap permintaan saya?

Saya akan ulang perkara yang sama saya katakan sebelum ini.

Anak gadis saya masih muda lagi.

Tunggu dua musim panas lagi sebelum kita fikir yang dia bersedia untuk berkahwin.

Ramai yang lebih muda daripadanya sudah berkahwin dan gembira melahirkan anak.

Gadis yang kahwin awal membesar terlalu awal.

Malam ini, saya akan mengadakan jamuan.

Di rumah saya yang sederhana malam ini,

ramai gadis muda akan menyerikan suasana.

Apabila awak lihat semua gadis itu,

awak takkan rasa anak gadis saya yang terbaik lagi.

Mari ikut saya.

Beritahulah, siapa yang awak cintai?

Sebenarnya, saya mencintai seorang wanita.

Saya sudah menekanya apabila saya kata awak sedang dilamun cinta.

Tekaan yang tepat.

Gadis yang saya cintai sungguh cantik.

Gadis yang cantik selalunya cepat dirampas orang.

Awak sudah salah.

Dia tak mahu dipanah asmara,

dipandang dengan penuh cinta atau menerima pemberian emas.

Jadi, dia bersumpah mahu kekal perawan sepanjang hayat?

Ya, ia cuma mensia-siakan kecantikannya.

Dengarlah nasihat saya.

-Lupakan gadis itu. -Ajarlah saya cara melupakannya.

Luaskan pemandangan awak.

Lihatlah gadis-gadis cantik yang lain.

Romeo, awak sudah hilang akal?

Bukan hilang akal tapi lebih tertekan daripada orang sakit jiwa yang dipasung.

Seperti terpenjara, tak diberi makan, dipukul dan diseksa.

Selamat sejahtera.

TIADA TIKET, TIADA SENJATA

Sekarang saya akan beritahu anda tanpa bertanya.

Keluarga Capulet yang kaya mengadakan jamuan tradisi mereka.

Para tetamu jemputannya cukup menarik.

Signor Placentio dan isterinya serta anak-anak perempuannya,

balu Utruvio dan anak-anak saudara perempuannya, Rosaline...

Rosaline yang awak cintai akan berada di jamuan Keluarga Capulet,

bersama setiap wanita cantik di Verona.

Jika anda bukan ahli kumpulan atau Keluarga Montague, datanglah minum wain.

Pergi sana dan bandingkan dia dengan gadis lain yang saya akan kenalkan.

Gadis yang awak sangka secantik angsa akan jadi sehodoh gagak.

Saya akan pergi, bukan kerana gadis lain tapi untuk lihat gadis yang saya cintai.

CINTA

RUMAH AGAM CAPULET

Juliet!

Juliet.

Juliet!

Pengasuh!

Pengasuh, di mana anak saya? Panggilkannya untuk saya.

Saya sudah suruh dia datang.

Julieta!

Juliet!

Juliet!

Juliet!

Saya sudah sampai. Apa yang ibu mahu?

Pengasuh, tinggalkan kami sebentar.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left