The first 191 lines.
Ia ialah babak yang mengharukan hari ini di kolam penetasan,
ketika enam ahli Bomba Pawtucket,
berusaha dengan berani untuk selamatkan seekor ikan,
yang terperangkap di bawah ais beku.
Penyelamat berjaya keluarkan ikan dari air,
malangnya ia mati sebentar selepas itu.
-Diane? -Tom.
Satu lagi nyawa tamat hari ini.
Robert Kimble, pengasas kumpulan teater tempatan dikenali sebagai
Pelakon Quahog meninggal tengah hari tadi.
Ya Tuhan!
Kimble ialah pengarah
yang selalu muncul dalam persembahannya sendiri.
Yang terkini, "Gadis Saigon."
Ya, saya baru saja dengar. Ia sungguh menyedihkan.
Benarkah?
Mereka mahu saya jadi pengarah artistik Pelakon Quahog.
-Bagus, ibu! -Awak mahu lakukannya?
Saya tak tahu. Ia tanggungjawab yang besar.
Saya perlu seketika untuk berfikir.
Okey, saya akan lakukannya.
Ini baru tiba. Lois Griffin dinamakan pengarah artistik Pelakon Quahog.
Selama bertahun-tahun saya bertugas sebagai pengarah muzik
di bawah si tua itu akhirnya telah terbalas.
Lois, tahniah.
Kumpulan teater kita akhirnya ada ketua yang komited
di puncaknya dan yang sangat menarik pula.
Brian, awak perlu uji bakat sama seperti orang lain.
Ya Tuhan. Sudah tentu. Awak sangka...
Awak sangka saya begitu? Lois!
Saya boleh lukis pemandangan.
Boleh saya ada dalam pertunjukan itu, Ibu?
Ya. Awak boleh jadi remaja gemuk di belakang pantas yang menangis.
Kerana tiada sesiapa fikir dia menarik.
-Hai, kamu semua. -Peter, tekalah?
-Saya akan... -Saya dulu!
En. Weed kata sesiapa yang ada idea terbaik
untuk mainan Krismas tahun ini akan dapat bonus besar.
Ayah. Kenapa tidak cipta Frisbee?
-Itu mainan yang bagus. -Ia sudah pun dicipta.
Jadi kenapa saya tak pernah dengar tentangnya?
Ini adalah peluang saya untuk buktikan kepada syarikat.
-Maaf, Lois. Apa berita awak? -Saya...
SYARIKAT MAINAN HAPPY-GO-LUCKY
En. Weed, ahli kehormat lembaga pengarah,
izinkan saya persembahkan mainan terhangat tahun ini.
En. Kepala Zukini. Ia ada topi hip-hop yang menarik.
Dengan topi kecilnya dan Dr. Martens.
Terima kasih, Peter. Itu sudah cukup.
Tunggu. Ini ialah bahagian terbaik. Ia menari!
-Sudahlah. -Ini tidak patut.
Saya tidak lakukan seks selama empat tahun.
Tuan-tuan, saya minta maaf kerana bazirkan masa anda.
Peter ialah pekerja kilang yang sederhana.
Tapi anda akan gembira untuk tahu
syarikat kita tidak bayarnya untuk berfikir.
Saya akan ambil ini.
Tiada panggilan.
Marilah, anak-anak!
Pengarah tidak boleh lewat untuk uji bakat.
Awak patut dengar mereka ketawakan saya, Lois.
Saya ada idea bagus. Tapi mereka lihat saya dan nampak pengalah.
Kecuali lelaki dengan mata malas itu.
Dia nampak pengalah dan mesin makanan ringan.
Peter, ramai manusia kreatif yang ada pekerjaan biasa.
Michaelangelo bekerja di kuari marmar.
Herman Melville ialah ejen kastam.
Albert Einstein bekerja di pejabat paten.
Apa yang awak mahu patenkan, Herr Smith?
Saya panggilnya "Teori Relativiti Smith".
-Lihat ini. -Apa?
Saya fikir apa yang Lois mahu beritahu ialah awak mesti
cari jalan untuk ekspresikan kreativiti diri awak.
Contohnya, Chris dengan lukisan, Meg dengan panggilan burung,
-saya menyanyi dengan anggun. -Saya tahu.
Dan Lois dengan kumpulan teater.
Ya. Dan untuk produksi pertama saya,
saya telah pilih The King and I. Ia cerita yang bagus.
Mengenai percintaan, perempuan penyabar yang memperkenalkan
budaya dan tamadun kepada raja yang gasar...
Peter, tolong jangan kesat hidung awak di sofa.
Lihat, saya perlu pergi.
Sebahagian dari kreativiti ialah mencari apa bakat awak.
Saya tahu awak boleh lakukannya jika awak tetapkan minda awak.
Awak betul, Lois. Manusia dicipta untuk mencipta.
Itulah sebab Tuhan cipta Shrinky.
Ia berjaya! Lihatlah betapa kecilnya ia!
Tahniah!
Brian, itu sangat bagus! Terima kasih!
Tidak. Terima kasih.
Nada yang awak suruh nyanyikan. Lebih kuat. Saya memang nak buat begitu.
Dan kemudian awak katakannya. Awak sungguh intuitif...
-Ia satu penghormatan... -Okey, baiklah. Seterusnya!
Stewie, awak mahu cuba dalam uji bakat ibu?
Labah-labah Kecil?
Berani awak memperkecilkan gaya Thespian saya kepada lagu tadika?
Nyanyikan Baa Baa Black Sheep!
Awak tahu, Ibu, seperti Wanita Pertama Pentas Amerika,
Helen Hayes pernah katakan, "Saya akan bunuh awak!"
Boleh seseorang bantu saya dengan semua bakat ini?
Peter, apa yang awak buat di sini?
Lois, saya cuba cari kreativiti saya seperti yang awak suruh.
Mula-mula saya ambil kelas seni.
Adakah saya perlu lukis kemaluannya?
Kemudian, saya masuk kelas arca.
Patutkah saya ukir kemaluannya?
Kemudian, saya masuk kelas muzik.
Adakah saya patut mengarah dengan kemaluan saya?
Saya mula fikir tiada perkara yang saya bagus dengannya.
Tapi kemudian saya sedar yang inilah dia.
Lois, kemaluan saya perlu berada di atas pentas.
Nanti, Peter. Semua orang perlu lalui uji bakat.
Awak tahu, menyanyi, menari.
Saya faham.
Helo, semua. Ini cuma formaliti.
Kerana saya tidur dengan pengarah.
Lima, enam, tujuh, lapan...
THE KING AND I BAKAL DIPERSEMPAHKAN
Sebelum saya tampal senarai pelakon,
pakar koreografi dan saya mahu ucapkan terima kasih.
-Kamu semua sangat hebat! -Hebat, bukan?
Saya cuma harap pementasan ini dipanggil The King and Us,
jadi saya boleh ambil kamu semua.
Anna! Sayang, sayang! Saya adalah bintang!
Saya tak pernah peluk seorang selebriti sebelum ini.
Kecuali Pearl Bailey di majlis tandatangan buku sekali.
Tapi kemudian kami sedar yang itu bukannya dia.
Bayi Siam?
Stewie Griffin tak mainkan watak tambahan!
-Awak mahu watak besar, bukan? -Pergi matilah!
Mungkin saya akan langkau pentas ini dan terus ke filem!
ADA SESUATU TENTANG STEWIE
-Helo. -Apa di telinga awak itu?
Adakah itu gel rambut?
-Ya. -Bagus. Saya nak sedikit.
-Tidak! Tidak, jangan! -Saya baru kehabisan.
-Korus? Tak guna! -Raja Siam?
Ini adalah watak utama! Ini sungguh tak dijangka!
Diamlah!
Raja Siam? Ini adalah watak utama!
Lois, saya rasa awak buat silap. Saya tak jadi raja.
Saya bukan sesiapa pun. Jadi, saya tiduri awak dengan sia-sia.
Tidak. Peter, saya...
Cuma mengarahkan pementasan ini peluang besar bagi saya,
dan saya tak mahu rosakkannya.
-Rosakkannya? -Ya.
Dengan tidak gunakan potensi awak sepenuhnya.
Awak terlalu berbakat untuk pentas ini. Awak patut...
-Awak patut jadi penerbit. -Penerbit? Saya tak tahu.
Berita baik, Edgar Bronfman, Jr.
Kita buat perjanjian itu. Kita lebih kaya dan berkuasa!
Saya adalah raja kepada dunia...
Siapa ini?
Dialah jawapan kepada doa saya!
Kenapa?
Saya sukakan warga Mexico! Saya akan lakukannya!
THE KING AND I
Tahan! Kamu terlebih lakukannya!
Awak rosakkannya. Mari saya tunjukkan semula.
Okey, Semua! Mari lakukannya!
Dan satu dua tiga. Dan satu dua tiga. Dan begini saja.
Dan lihat kaki saya. Dan satu dua tiga.
Peter, Chris kata awak suruh dia bina set untuk kutub utara?
Ya. Itulah di mana Anna bercakap dengan kawan baiknya, penguin.
Tiada bercakap dengan penguin dalam The King and I.
Ia ada dalam Peter Griffin mempersembahkan The King and I.
Apa?
Sekarang kita perlu fikir perkara lucu untuk dikatakannya.
Peter, pengarah yang memilih watak.
Awak penerbit. Ingat tak?
Apa yang patut saya lakukan dengan semua idea hebat saya?
Letaknya di tub dan mandi dengannya?
Kerana itu adalah fungsi sabun, Lois.
Penerbit yang bagus letakkan idea mereka di luar teater.
Itu adalah tugas awak untuk pastikan kita jual semua tiket.
Dan itu kreatif?
Ya. Ia adalah kerja yang paling kreatif sekali.
Awak jangan risau, Lois. Saya akan sebarkan berita.
Saya akan beritahu dua rakan, dan mereka beritahu dua rakan,
dan ada sepuluh orang di situ.
Hei. Saya kenal awak dari televisyen.
Awak Tom Tucker. Pasti awak boleh lakukan ini.
Maafkan saya?
Awak! Keluar dari sini! Keluar dari sini!
Keluar, keluar dari sini!
-Diane Simmons! -Awak tak nampak seperti di iklan.
Lebih baik awak besar.
Tidak. Saya Peter Griffin, penerbit.
Saya mewakili Peter Griffin mempersembahkan The King and I.
Produksi Peter Griffin.
Dan saya beri awak berita eksklusif ini.
No comments yet. Be the first to leave one.