Specials

Release info

육룡이나르샤Six Flying Dragons E44 720p-WITH-iPOP-RAiN
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami untuk subtitle terbaru : malaysub.com

Tags

720p
720
Published on: 2016-03-20
Downloads: 32
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Inikah maksudnya?

Adakah ia berkaitan dengan hal ini?

Lee Bang Won.

Terimalah langkah...

...penentuan saya!

Guru.

Berani Zhu Yuan Zhang...

...buat begini pada kita!

Benar, tuanku.

Tuan Sam Bong tak ada kena-mengena dengan watikah tersebut.

Permintaan agar Tuan Sam Bong dihantar ke Ming...

...adalah permintaan yang tak masuk akal.

Macam mana semua ini boleh berlaku?

Saya yakin Ming mempunyai niat buruk.

Awak berjaya mengesan kegiatan Putera Jeongan sewaktu di Ming?

Sewaktu di Liaodong...

...Putera Jeongan bertemu dengan Putera Yan.

Zhu Di telah menulis sepucuk surat untuk Putera Jeongan.

Putera Jeongan masih...

...berhubung dengan Moo Myung, bukan?

Tak ada sebab untuk dia putuskan hubungan.

Dengan polisi asimilasi Pihak Jurchen...

...ia membuatkan Ming tak senang duduk...

...dan dengan kuasa ketenteraan yang tuan miliki.

Sebab itulah...

...saya menjadi sasaran mereka.

Saya rasa ini adalah hasil kata sepakat...

...antara Putera Jeongan, Ming dan juga Moo Myung.

Jadi tuan tak boleh pergi ke sana.

Kanda.

Kanda tak boleh...

...hantar Sam Bong ke Ming.

Adinda.

Jangan bimbang tentang hal negara.

Jagalah kesihatan dinda.

Kanda.

Janjilah pada dinda.

Jangan...

Jangan hantar Sam Bong...

Itu takkan berlaku.

Jangan bimbang.

Sebelum beta pergi ke Ming...

...beta suruh kamu berdiam diri dan menyembunyikan pedang.

Kali ini...

...kita perlu gunakan beberapa orang pengintip.

Ya. Penuntut yang bernama Jo Mal Saeng...

...saya tempatkan dia di Sungkyunkwan.

Apa maksud adinda?

Jo Mal Saeng itu apa?

Nama orangkah?

Tuanku...

...orang patik telah ditempatkan di tempat yang lebih penting.

Ya.

Kali ini guru akan berpeluang...

...untuk memainkan peranan penting dari dalam istana.

Patik akan cuba buat yang terbaik.

Kali ini...

...bolehkah kami bertemu...

...dengan orang kamu pula?

Selepas Po Eun...

...dia adalah orang yang menjadi ikutan para penuntut.

Masuklah.

Bukankah kamu...

Patik ialah Gwon Geun, dari Jabatan Dikri Diraja.

Bukankah kamu pengikut Guru Lee Saek?

Adakah kamu pengintip?

Kenapa Guru Yang Cheon ada di sini?

Beta yakin kamu tak suka dengan beta...

...kerana apa yang berlaku pada Po Eun.

Kenapa kamu ingin menjadi pengikut beta?

Patik tak faham bagaimana takdir ketentuan...

...tak seperti yang tertulis di dalam buku-buku itu.

Tuanku juga bukanlah seorang...

...yang boleh patik hormati.

Namun...

...kerana apa yang tuanku perjuangkan...

...patik sanggup menutup sebelah mata dan datang ke mari.

Perjuangan.

Apa yang kamu tahu tentang itu?

Yang pertama.

Patik tak setuju dengan raja berperlembagaan.

Patik percaya hanya dengan kuasa mutlak raja...

...sebuah negara boleh dibina.

Yang kedua.

Sekiranya tuanku boleh berjanji...

...bersihkan nama Guru Po Eun...

...agar jasa dan kesetiaannya dikenang.

Baiklah.

Guru Yang Cheon.

Beta...

...takkan menghantar...

...walau seorang pun ke Ming.

Beta...

...takkan ikut lagi permintaan mereka yang tak adil itu.

Tapi, tuanku...

Patik tak setuju, tuanku.

Mohon agar...

...Sam Bong Jeong Do Jeon dihantar ke Ming.

Apa maksud awak?

Tuan Sam Bong tak ada kaitan dengan watikah itu.

Kenapa dia perlu ke sana?

Memang betul dia tak ada kaitan.

Masalah ini bukan berkenaan dengan watikah tersebut...

...tapi berkenaan...

...perselisihan faham antara dua buah negara.

Perselisihan faham?

Apa maksud kamu?

Ia berkenaan...

...kebimbangan dan salah faham dari kerajaan Ming...

...tentang tindakan Joseon menyusun semula sempadan utara.

Kalau bukan kerana itu, kenapa mereka perlu minta...

...Sam Bong yang memegang kuasa ketenteraan supaya ke sana?

- Jadi? - Ini ialah...

...perselisihan faham kecil oleh Kerajaan Ming.

Sekiranya Tuan Sam Bong pergi...

...dan membuat penjelasan sendiri...

...kita boleh gunakan peluang ini...

...untuk kepentingan negara kita.

Patik setuju, tuanku.

Sekiranya tiada seorang pun dihantar...

...ia akan memburukkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Tuanku, patik tak setuju.

Sekiranya Sam Bong pergi ke Ming...

...kemungkinan besar dia akan dijadikan tahanan.

Benar, tuanku.

Kita tak boleh benarkan seseorang yang memegang...

...kuasa ketenteraan menjadi tahanan di negara asing.

Tapi...

...sekiranya kita terus berdegil...

...Tuan Sam Bong akan dianggap...

...sebagai seorang pengecut yang mementingkan diri sendiri...

...dan membahayakan negara.

Bagaimana kuasa ketenteraan sebuah negara...

- ...di tangan seorang pengecut... - Apa? Pengecut?

Senyap!

Jaga pertuturan kamu...

...di hadapan baginda raja.

Kalau begitu...

...apa pendapat Tuan Jo Joon?

Saya setuju semua permintaan ini adalah melampau.

Tapi, kita juga tak boleh abaikan...

...masalah hubungan luar yang besar ini.

Apa maksud awak?

Maksud awak, tak ada siapa yang betul?

Tuanku.

Apa yang kamu...

...beritahu saya pada malam itu...

...adakah ia masih boleh digunakan?

Sekiranya tuanku benarkan...

...sudah tentu boleh.

Adakah tuanku setuju?

Ya.

Tapi...

...tunggu dulu.

Hari ini giliran orang lain.

Tuanku.

Izinkan patik pergi ke Ming.

Watikah itu adalah tugas patik, dan sekiranya patik tak pergi...

...patik tak menjalankan tugas dengan baik.

Tapi ini...

...bukanlah kesalahan yang besar.

Tapi ini tanggungjawab pegawai kerajaan ini.

Jadi patik...

...akan pergi ke Ming bersama Tuan Sam Bong.

Patik akan berikan segala bantuan yang diperlukan...

...supaya Tuan Sam Bong dapat menyelesaikan masalah ini.

Mohon tuanku perkenankan.

Keadaan Tuan Sam Bong kini semakin tersepit.

Jika dia masih tak pergi...

...sukar untuk dia kekalkan maruah dan air mukanya.

Apa awak akan buat, Sam Bong?

Guru Gwon Geun menawarkan diri untuk pergi...

...tapi Tuan Sam Bong masih berdegil...

...dan masih belum membuat sebarang keputusan.

Tak percaya betul.

Mungkin dia tak sanggup untuk menawarkan dirinya pergi...

...sebab itu dia langsung tak hadir menghadap baginda raja.

Betul itu.

Hal ini perlu diselesaikan oleh Tuan Sam Bong.

Bersemangat betul Tuan Min Je dan Tuan Ha Ryun tadi.

Itulah kali pertama...

...Ha Ryun begitu bersungguh berhujah di hadapan baginda.

Dia amat terkenal...

...sebagai seorang yang berat mulut di hadapan baginda raja.

Tuan perlu bertahan.

Tuan tak boleh setuju untuk pergi ke Ming.

Tuan, di hadapan istana...

Dengan semangat seorang penganut Confucius...

...Guru Sam Bong mestilah pergi ke Ming...

...dan selesaikan masalah ini.

Tuanku, mohon Sam Bong dihantar ke Ming!

Guru Yang Cheon yang langsung tak disebut oleh Ming...

...telah menawarkan dirinya untuk pergi.

Bagaimana Guru Sam Bong tanpa mengeluarkan sepatah kata...

...masih boleh berdiam diri?

Tuanku, mohon Sam Bong dihantar ke Ming!

Tuanku, mohon Sam Bong dihantar ke Ming!

Tuanku, mohon Sam Bong dihantar ke Ming!

Tengok mereka semua ini!

Tuan tak perlu lihat semua ini. Mari kita pergi.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left