The first 200 lines.
Terima kasih.
- Puan nampak cantik. - Terima kasih.
Ini Han Jaehee.
Jaehee, ini saya, abang awak.
Dah lama tak dengar khabar awak.
Di mana awak sekarang?
Beritahu abang apa dah terjadi.
Abang Jaehee telah keluar dari penjara.
Dia pecahkan barang dan pukul Jaegil kerana kami tak tahu di mana Jaehee.
Lupakannya, Maru.
Lupakan saja, boleh?
Dia nampaknya nak membunuh orang saja.
Seperti dia akan bunuh Jaehee jika dia jumpa Jaehee.
Jangan masuk campur.
Jika dia datang lagi, saya akan uruskan.
Katakan saja awak tak tahu apa-apa.
Tadi dia menyelongkar bilik abang mencari nombor telefon Jaehee.
Dia telah ambil telefon abang.
Kenapa awak beritahu dia?
Maru naik gila bila dengar tentang Jaesik.
Bagaimana kalau dia buat sesuatu?
Saya naik angin bila nampak dia pukul abang seperti itu.
Saya tak terfikir pasal itu.
Saya dah cuba mencari peluang untuk bercakap dengan awak.
Kalau awak terus berkelakuan begini, saya betul-betul akan pergi jadi sami.
Hah? Kenapa?
Ia akan jadi sukar.
Saya lebih tampan dari abang awak.
Ada orang kata saya buat wanita tertawan.
Itu betul.
Tapi awak tak boleh jadi begini.
Saya tahu perasaan bukan sesuatu yang mudah dikawal.
Saya tahu itu.
Saya tahu saya tak cukup bagus untuk awak.
Abang sukakan perempuan yang menggiurkan.
Saya akan sayang abang sendirian.
Saya tak akan halang awak.
Okey?
Kenapalah saya ini terlalu hebat?
Berikan saya telefon bimbit awak.
Kenapa?
Adakah awak cuba menelefon telefon bimbit awak?
Laporkannya ia telah hilang dan lupakan saja dia.
Ini bukan Jaegil. Ini Maru.
Di mana awak sekarang?
Saya akan beritahu awak di mana Jaehee berada. Mari berjumpa.
Berikan ini pada Maru.
Kedai gambar itu nak tutup perniagaan mereka dan membuka perniagaan baru.
Tuan kedai itu suruh saya berikan ini kepada dia.
Baiklah.
Terima kasih.
Saya dapat gambar untuk Pengarah Seo.
Boleh kita mulakan dengan ketika Puan pertama kali berjumpa Pengerusi?
Puan Han?
Puan Han?
Ya?
Apa awak cakap tadi?
Sudahkah awak menguruskan perniagaan awak?
Ya.
Awak nak pergi ke mana-manakah?
Saya perlu berjumpa seseorang.
Awak ada nak cakap apa-apa?
Tak ada.
Saya akan datang semula.
Awak nampak tak sihat.
Awak berdiri di pintu pagar malam tadi.
Dia akan berkahwin dengan ayah saya.
Saya pernah lihat awak dalam televisyen sebelum ini.
Awak seorang wartawan yang mengkritik ketidakadilan di dalam masyarakat
dan yang mengatakan isu etika tak patut dikompromikan.
Awak seperti itu sebelum ini?
Awaklah orangnya, betul? Han Jaehee.
Awak ingat nama wartawan yang hanya bekerja dalam tempoh masa yang singkat?
Saya pernah jadi peminat dia.
Nampaknya awak demam.
Patutlah. Awak minum banyak sangat.
Apa hubungan awak dengan orang itu?
Siapa tahu dia orang yang bagaimana?
Adakah awak cukup kenal dia?
Sejauh mana awak kenal dia?
Awak tak tahu apa-apa.
Adakah awak cukup kenal dia?
Awak yang akan terluka.
Awak yang akan menangis, bodoh.
Mari saya bawa awak ke hospital.
Saya tak perlu pergi ke hospital.
Saya hanya perlukan sedikit rehat.
Pergilah.
Baiklah.
Saya akan dapatkan awak ubat.
Jumpa lagi.
Aduan rasmi.
Orang yang merawat awak di dalam kapal terbang adalah Kang Maru.
Dia telah mengenali Puan Seo selama 19 tahun.
Puan telah berikannya $1 juta supaya dia merahsiakan hubungan mereka.
Dia mendekati awak dengan sebab-sebab tertentu.
Puan.
Awak tak letak gula dalam kopi awak.
Saya akan dapatkan yang baru untuk awak.
Teruskan.
Sudah berapa lama kita tak berjumpa? 7 atau 8 tahun?
Duduklah.
Duduk.
Kenapa awak tak lawat saya?
Saya memang sudah tahu yang awak ini tak beradab.
Saya dengar awak juga pernah masuk penjara.
Awak bunuh seseorang?
Awak tak nampak seperti seorang pembunuh.
Saya rasa awak tak akan tahu.
Awak sedang mencari Jaehee?
Di mana dia?
Dia sudah meninggal dunia 6 tahun lalu.
Berhenti cari dia.
Awak bergurau?
Kalau awak mahu, saya boleh biar awak turut serta dia.
Awak boleh nampak sama ada saya bergurau atau tidak.
Buat tu di tempat lain.
Pulangkan semula telefon bimbit saya.
Awak sudahpun menyimpan nombor telefon Jaehee dalam telefon awak.
Terima kasih atas itu, saya dapat cakap dengan adik saya yang dah mati.
Jaehee yang sebenarnya bunuh orang itu, betul?
Awak menanggung kesalahan itu untuk dia.
Betul?
Awak tak akan bunuh seseorang.
Saya kenal awak.
Tapi Jaehee betul-betul mampu.
Dia telah bunuh seseorang 6 tahun lalu.
Seorang lelaki telah terbunuh dan dia telah dihukum penjara 5 tahun.
Dia telah dibuang dari universiti disebabkan itu.
Apa lagi?
Apa?
Awak tak ada apa-apa yang lain nak beritahu saya?
Belum cukupkah apa yang awak dah dengar?
Bagaimana dengan semua itu?
Puan.
Kenapa dengan semua itu?
Dia dan Puan Seo mempunyai hubungan yang rapat untuk masa yang lama.
Awak sudah beritahu saya itu.
Dia mendekati awak untuk membalas dendam terhadap Puan Seo.
Awak ini bodohkah?
Itu juga awak sudah beritahu saya.
Puan.
Itu saja, bukan?
Itu bukanlah perkara besar.
Apa patut saya buat dengan dia?
Saya akan lihat beberapa undang-undang jika awak nak ambil tindakan.
Jangan awak berani sentuh dia.
Puan.
Jangan awak berani sentuh sehelai rambut pun pada badan dia.
Adakah awak begitu sukakan Jaehee?
Dia telah menghancurkan hidup awak.
Awak masih lagi mahu melindungi dia?
Awak begitu suka perempuan jahat itu?
Saya tak faham satu apapun yang awak katakan. Awak seperti anjing menyalak.
Awak dah keluar dari penjara selepas 8 tahun.
Awak patut hidup dengan aman.
Ini bukan nasihat tapi amaran.
Saya akan balas dendam terhadap awak juga.
Dia hanya gunakan awak bila dia perlukan awak, kemudian dia tinggalkan awak.
Saya tak boleh terangkan semuanya.
Tapi dia memang benar-benar jahat jika dibandingkan dengan saya.
Saya akan balas dendam untuk saya, emak saya dan awak juga.
Awak boleh bayar ini.
Beritahu saya di mana Jaehee sekarang.
Saya dengar dia telah jadi isteri kedua Pengerusi Kumpulan Taesan.
Tapi itu tak masuk akal.
Hei.
Awak tak patut merenung saya seperti itu.
Kita di pihak yang sama.
Dia dah musnahkan hidup kita.
Awak patut bantu saya.
Jangan awak berani mendekati Jaehee.
- Saya akan bunuh awak. - Awak...
Saya bukan lagi orang yang sama yang awak pernah kenal dahulu.
Saya tak tahu apa yang awak fikirkan.
Tapi memang benar saya telah membunuh orang.
Saya sudahpun ada kesan darah pada tangan saya.
Awak rasa saya tak boleh membunuh lagi?
Sila tepati janji awak.
Ahli kesatuan telah berhenti mogok pukul 4 petang tadi.
Panggil Pengarah pulang dan berikan semula jawatannya.
Saya suruh selesaikan isu mogok itu, bukan benarkan gunakan harta dia.
Tuan cuma berikan dia 2 hari. Tuan tak kata bagaimana dia patut lakukan.
Dia sudahpun lakukan yang terbaik.
Saya tak mahu dengar apa-apa. Awak boleh pergi sekarang.
Kalau Tuan tak boleh tepati janji,
saya akan letak jawatan.
Saya tak mahu bekerja untuk orang yang tak menepati janjinya.
Adakah itu satu ugutan?
Saya akan serahkan surat perletakan jawatan saya esok pagi.
Park Junha.
Jika Tuan tinggalakan dia begini,
dia mungkin tak mahu pulang lagi.
Dia mungkin akan melepaskan semuanya di sini.
Apa maksud awak?
Dia mungkin cari sesuatu yang lebih baik dan lebih penting.
Menjadi pewaris Kumpulan Taesan mungkin sudah tak bermakna lagi buat dia.
Jika Tuan tinggalkan dia begini...
Jelaskan supaya saya boleh faham.
Saya rasa dia dah gila.
No comments yet. Be the first to leave one.