The first 200 lines.
"Drama ini hanyalah rekaan, tiada kaitan dengan sesiapa."
Kalau awak tak kisah...
...saya nak tahu nama awak.
Nama saya?
Hong Cheon Gi.
Ayah awak macam mana orangnya?
Ayah saya?
Dia seorang pelukis yang melukis setiap hari di pasar.
Benarkah ini dia?
Begitu rupanya.
Satu hari nanti saya akan bayar hutang ini.
Saya akan ingat nama awak.
Awak tak perlu cakap begitu.
Awak dah selamatkan nyawa saya dulu.
Kenapa awak di luar?
Awak patut berbaring.
Tak ada orang lain, jadi saya keluar untuk cari jalan pulang.
Saya ganggu awak sedangkan kita baru berjumpa...
Tak adalah.
Kita berdua ialah kenalan sekarang.
Saya takut awak demam.
Tunggu di dalam sehingga tabib sampai.
Biar saya tolong awak.
Okey.
Awak betul-betul tak apa-apa, bukan?
Bukankah dia Sarjana Ha dari Seowoongwan yang hilang itu?
Apa?
Lelaki itu?
Dia anak Ha Sung Jin...
...anak yang istimewa.
Syaitan merasuk badannya di upacara panggil hujan.
Jangan.
Perhatikan dulu sebelum tuan putera ambil tindakan.
"Putera Joohyang Lee Hoo, anak kedua Raja Seongjo"
Terima kasih.
Tunggu di sini dan rehatlah sekejap.
"Episod 4: Benang Merah Takdir"
"Putera Yangmyeong Lee Yul, anak ketiga Raja Seongjo"
Ada sesiapa di rumah?
Awak siapa?
Saya sedang cari seseorang.
Awak ada nampak...
...seorang lelaki berpakaian Seowoongwan semalam?
Pakaian Seowoongwan?
Itu pakaian Seowoongwan?
Baik saya pura-pura tak tahu.
Tidak, tak ada.
Saya mesti periksa.
Tak. Awak tak boleh masuk sesuka hati awak.
Ada orang sakit tinggal di sini.
Awak tak boleh masuk tanpa kebenaran.
Berani awak? Awak tak boleh halang saya!
Biadabnya!
Awak kenal siapa saya?
Berani awak? Manalah saya kenal siapa awak!
Ini tak boleh jadi.
Dikurniakan rupa paras yang kacak...
...saya pandai melukis, menulis kaligrafi dan puisi...
...dan digelar genius tiga kali.
Saya seorang putera.
Putera Yangmyeong.
Saya memang nak bersopan.
Kalau awak Putera Yangmyeong...
...saya pula...
...isteri Putera Yangmyeong!
"Isteri putera ialah gelaran pangkat pertama."
Awak memang tak tahu malu.
Baju saya mungkin berbau busuk...
"Tak tahu malu"?
"Tak tahu malu"?
Baiklah.
Katakanlah awak seorang putera.
Adakah orang kelas bawahan seperti saya tiada hak...
...untuk melindungi rumah saya apabila seorang putera datang?
Undang-undang jenis apa itu?
Adakah nama awak begitu hebat?
Saya tentu faham kalau saya pernah dengarnya sebelum ini...
...tapi itu soalan yang membingungkan.
Saya dilahirkan sebagai putera dan hidup seperti seorang putera...
...jadi saya hanya tahu bercakap seperti seorang putera.
Kalau ada orang dengar, mereka akan fikir awak memang seorang putera.
Tapi ia takkan berkesan pada saya.
Awak tak boleh masuk. Pergi sekarang.
Saya memang seorang putera.
Biar saya periksa... - Pergi.
Pergilah. - Biar saya...
Cik.
Kenapa? Ada orang datangkah?
Sarjana Ha!
Tuan!
Awak masih hidup.
Putera Yangmyeong.
Ya, saya. Awak tak apa-apa?
Awak cedera?
Tak. Saya tak cedera teruk.
Baguslah.
Awak tahu tak betapa risaunya saya?
Ampunkan saya, tuan putera.
Putera Yangmyeong!
Putera Yangmyeong!
Sarjana Ha!
Putera Yangmyeong!
Ya, Man Soo.
Awak tak apa-apa? Awak betul-betul tak apa-apa?
Saya tak apa-apa.
Awak berjalan ke sini sepanjang malam?
Dalam perjalanan ke balai cerap Gunung Inwang malam tadi...
...saya tak sedarkan diri di dalam tandu.
Saya tak ingat apa-apa selepas itu.
Sedar-sedar saja, saya dah ada di sini.
Bunyinya macam cerita hantu.
Saya gembira awak selamat.
Bangunlah.
Mari. - Okey.
Mari. - Mari.
Okey! - Ya, tuan.
Tunggu!
Go Pil. Mana gadis tak tahu malu yang ada di sini tadi?
Gadis? Saya tak nampak pun.
Dia setinggi ini...
...dan memakai gaun merah.
Saya tak tahu.
Tuan putera. Ada seorang wanita muda yang jaga saya sepanjang malam.
Tuan putera cari dia?
Dia cuba lindungi awak?
Ke mana dia pergi?
Entahlah.
Tentu dia menyorok macam kucing jalanan.
Saya tak jumpa dia di mana-mana.
Kita akan pergi bersama Sarjana Ha. Mari.
Baik, tuan putera. - Okey.
Nanti dulu, tuan putera.
Awak dah selesai?
Ya.
Okey. Mari kita pergi.
Mari.
Mari.
Sarjana Ha dan Yangmyeong.
Mereka cuma kawan?
Atau...
Saya rasa Sarjana Ha mencurigakan.
Macam mana dia boleh tak tunjukkan sebarang petanda selama ini?
Kita boleh siasat.
Aduhai. Sampai semput jadinya.
Cheon Gi. Di mana dia?
Tiada kehangatan nyawa di sini.
Ini tanda syaitan.
Ia makhluk aneh, raksasa.
Selain daripada raksasa...
...ia tak dapat dijelaskan.
Saya tak sedarkan diri di dalam tandu.
Saya tak ingat apa-apa selepas itu.
Saya rasa Sarjana Ha mencurigakan.
Parut sebegini takkan pulih begitu saja.
Awak mesti berhubung semula dengan roh...
...yang membuat parut ini terlebih dahulu.
Ini angkara syaitan.
Roh yang merasuk badan saya dan tinggalkan parut...
...yang tak boleh pulih...
...ialah syaitan itu.
Saya mesti cari dia.
Mesti.
Apa?
Bukan manusia yang bunuh para askar?
Tidak. Saya tak pernah lihat mayat seperti itu.
Apa yang kelihatan seperti kesan pedang...
...menjadi hitam seolah-olah ia terbakar.
Mayat pula semua dalam keadaan teruk.
Yakah?
Yul.
Macam mana dengan Pertandingan Melukis Maejukheon...
...yang kamu anjurkan itu?
Persiapan berlangsung seperti yang dijadualkan.
Ayahanda nak minta tolong sesuatu...
...berkenaan pertandingan itu.
Saya akan buat apa saja, ayahanda.
Tuanku, Sarjana Ha dari Seowoongwan masuk menghadap.
Kamu tahu apa kesalahan kamu?
Ya, tuanku.
Kamu tak jaga diri sendiri dan keselamatan kamu.
Itulah kesalahan kamu.
Patik mohon ampun, tuanku.
Kalau kamu boleh berikan penjelasan tentang kekecohan...
...yang berlaku semasa ketiadaan kamu, beta akan maafkan kamu.
Silakan tanya.
Malam tadi, burung hantu bersiut di luar Eunjeongjeon.
Kata orang...
...burung hantu bersiut adalah roh pendendam yang mati di tanah kita.
Tuanku, burung hantu melambangkan kekayaan.
Ia bersiut kerana tabiatnya menyimpan makanan selepas memburu.
Patik yakin ia bermakna tuanku akan mendapat harta dan kuasa.
Burung hantu juga mempunyai kebijaksanaan menerangi kegelapan.
Jika haiwan bertuah ini bertenggek di atas bumbung Eunjeongjeon...
Maksud kamu...
...ia petanda baik?
Tapi sekitar waktu itu, ramai askar kehilangan nyawa.
Adakah semua itu benar-benar kebetulan?
Tuanku.
Maafkan patik bertanya.
Benarkah burung hantu itu...
No comments yet. Be the first to leave one.