Meet the Parents

Meet the Parents

Download Malay Subtitle

Release info

Meet The Parents 720p x264 BrRip YIFY bAdh182
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi facebook.com/subbers untuk berita terkini

Tags

brrip
x264
720p
720
Published on: 2015-12-18
Downloads: 60
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Saya tahu, kita sudah bersama terlalu lama

...tapi sepuluh bulan ini adalah yang paling gembira...

…dalam hidup saya. Awak bukan saja insan...

...yang saya cintai, awak juga rakan karib saya...

...dan saya mahu menghabiskan hidup saya bersama awak.

Sudikah awak mengahwini saya?

Ya.

Awak betul-betul rasa bunyinya bagus?

Tidak. - Yakah? Sebab saya rasa ia...

...menunjukkan semua… - Tidak.

Maaf. Maaf.

Kadang-kadang kateter ini memang agak sakit.

Terima kasih kerana sudi mendengar. Saya menghargainya.

Sentuhan awak memang lembut, doktor.

Dia tidak akan mampu menolaknya.

Sebenarnya saya seorang jururawat.

Doktor akan masuk sebentar lagi.

Semoga berjaya, Greg. - Terima kasih, Kim.

Semoga berjaya, kawan.

Okey, masa untuk masalah kita minggu ini.

Cikgu mahu kamu pilih masalah...

...yang telah ganggu fikiran...

...kamu sepanjang minggu.

Dengan mata masih terpejam...

...cikgu mahu kamu gambarkan masalah itu dalam minda kamu.

Seolah-olah ia berada betul-betul di depan kamu.

Awak bukan hanya kawan baik…

…bagi saya, tapi saya juga...

...mahu hidup bersama awak.

Saya cintakan awak. Sudikah awak mengahwini saya?

Takutkan masalah kamu…

...sampai hilang. Jerit padanya.

Baiklah, memang hebat. Bagus.

Cikgu akan jumpa kamu nanti lepas makan tengah hari. Faham?

Cikgu Pam, bukankah itu kawan istimewa cikgu di luar?

Apa kata cikgu pergi bercakap dengan dia?

Kamu rasa cikgu patut pergi?

Ya.

Mari sini.

Hai, sayang. - Apa khabar?

Apa halnya? - Saja jalan-jalan di sini...

...saya habis kerja awal sedikit tadi. Manalah tahu...

...kalau awak mahu pergi makan?

Baiknya hati awak. Terkejut juga saya.

Alamak. Saya terlupa nak tukar kasut.

Tak apalah. Awak tak payah tukar. Awak pun tahu saya tak boleh...

...tahan tengok lelaki pakai kasut jururawat.

Saya tahu tapi kasut saya ada dalam beg galas.

Saya nak tukar dulu. Sekejap saja.

Oh, okey.

Sayang. Pam?

Ya. - Saya cintakan awak.

Saya pun cintakan awak.

Marilah. Saya ada setengah jam sebelum saya kena kembali.

Jadi, awak mahu pergi makan tengah hari?

Awak buat apa ini?

Tak ada apa-apalah. Saya cuma amat cintakan awak.

Sepuluh bulan terakhir ini adalah yang paling bahagia...

…dalam hidup saya. - Ya, memang hebat.

Apa yang sedang berlaku? - Tak ada apa-apa.

Saya cuma rasa seolah-olah kita amat rapat.

Awaklah kawan baik saya dan awak jugalah wanita yang saya cintai.

Serta... - Awak tak apa-apakah, sayang?

...saya rasa tegang. Saya kena buat CPR pada seorang...

...penagih dadah seberat 300 paun pagi tadi.

Aduh! Awak mahu saya urut leher awak atau sebagainya?

Awak nak urut belakang? Pasti? - Tidak, tidak. Tidak, saya sihat.

Saya tak apa-apa. Sayang, tengoklah. Murid-murid awak.

Mereka sedang cuba beritahu awak sesuatu. Tengoklah.

Apa? Apa? Oh, tunggu sekejap,

Kakak saya. Hai. - Saya dah bertunang.

Bob dan saya akan berkahwin dua minggu lagi.

Awak dah bertunang. Baguslah. Tahniah. Ya Tuhan. Awak akan...

...berkahwin dua minggu lagi. Cepatnya, betul tak?

Bunyinya memang gila. - Mak dan ayah bukannya...

...kenal sangat Bob. Ayah setuju dengan semua ini?

Bob dah tanya ayah. - Bijaknya dia.

Tak sangka dia pandai minta kebenaran ayah dulu.

Awak sedang buat apa? - Tak, cuma di sini dengan Greg.

Dia nak bawa saya keluar makan tengah hari.

Apa khabar dia ? - Dia sihat.

Banyak betul yang saya kena buat. - Okey, saya tahu awak kena pergi.

Baiklah. Saya sayang awak. - Saya pun sayang awak.

Okey, berbual lagi nanti. Jumpa lagi.

Jadi, apa halnya? Apakah Debbie akan berkahwin dengan lelaki itu'?

Ya, dua minggu lagi. Doktor Bob dari Denver.

Hebat, bukan? - Ya, ya.

Bukankah mereka baru bertemu dalam beberapa bulan lepas?

Ya tapi awak tahulah, Bob tanya Debbie dan Debbie setuju.

Sebenarnya, Bob tanya ayah saya, ayah saya setuju, lepas itu...

...baru Bob tanya Debbie. - Ya, saya dengar.

Jadi? Dia kena minta kebenaran ayah awak dulu?

Tidak, tak perlu pun. Bob cuma faham yang ayah menghargai...

...perkara begitu, awak tahu sajalah.

Nampaknya, Bob belikan ayah hadiah paling sempurna yang...

...telah memenangi hatinya. Awak tahu?

Yakah? Hadiah.

Dua minggu kemudian.

Awak pastikah tak apa-apa untuk x-ray benda ini?

Ya, ia bukannya akan termutasi.

Encik, beg itu tak muat. - Tunggu sekejap.

Beg itu besar sangat. Awak kena daftarkan masuk kargo.

Sini. Angkat tangan encik.

Cincin pertunangan untuk teman wanita saya ada dalam beg itu...

...jadi, saya tak boleh buka di sini. Awak rasa boleh tak...

...saya bawa saja dengan saya? - Kawan, kalau ia tak boleh...

...muat, awak tak boleh bawa atas kapal terbang.

531 , New York, LaGuardia. Daftarkan.

Tunggu, tunggu. Maafkan saya. - Jangan risau, kawan.

Ia akan menunggu awak di sana.

Maafkan saya. Awak dah kehilangan beg saya dan ada...

...sebentuk cincin berlian dua karat di dalamnya.

Saya tak kehilangan apa-apa milik encik tapi sila tuliskan...

...alamat setempat awak di borang ini dan kami akan hantarkannya...

...apabila ia muncul nanti. - Bagaimana jika ia tak muncul?

Adakah saya kena habiskan sepanjang hujung minggu ini...

...dengan hanya pakaian yang saya pakai sekarang?

Hadiah itu memang bagus. Saya ingat awak nak belikan...

...mereka champagne saja? - Percayalah, saya rasa...

...ayah awak pasti akan rasa amat teruja dengan hadiah ini.

Jangan lupa, dia dah bersara. - Dia dah berkecimpung dalam...

...bidang bunga jarang ditemui selama 30 tahun. Saya rasa dia...

...masih menaruh minat.

Cara awak cakap macam mereka sukar diambil hati.

Taklah. Ayah saya orang paling baik dalam dunia ini.

Bertenanglah. Dia pasti akan sukakan awak. Saya janji.

Sama seperti dia sukakan Dr. Bob? - Jangan banyak sangat menyindir.

Sindiran tak bermakna apa-apa kepada ibu bapa saya.

Adakah mereka orang Amish?

Okey, saya tak buat lawak lagi.

Awak buat apa? - Apa?

Saya dah cakap yang ayah saya anggap merokok sebagai...

...satu kelemahan. - Okey. Baiklah, saya akan...

...tinggalkan dalam kereta. - Tak boleh. Dia akan periksa...

...di situ. Alamak. - Apa?

Ya, mungkin lebih baik di atas bumbung.

Kita tidak tinggal bersama.

Saya ingatkan awak cakap awak dah beritahu mereka.

Hai, ayah. - Hei, sayang.

Ayah rindukan awak, Pamcake. - Saya rindukan ayah, Flap Jack.

Mana anak gadis mak? - Hai, mak.

Awak nampak cantik. - Mak pun sama. Tengoklah mak.

Maafkan saya. Mak, ayah, ini Greg.

Hai, Greg. Saya ayah Pam, Jack Byrnes.

Ya, seronok dapat bertemu awak akhirnya.

Seronok bertemu awak. - Saya Dina. Selamat datang...

...ke Oyster Bay, Greg. - Terima kasih.

Awak bawa kereta apa? Ford?

Ya, kereta Taurus. Kami nak sewa saiz sederhana tapi saya fikir...

...gaji saya boleh tahan juga, baik sewa yang saiz besar terus.

Betul juga. Menarik warnanya. Awak yang pilih?

Tidak, orang di kaunter yang pilih. Kenapa?

Bukan apa. Kata orang, genius pilih warna hijau.

Namun, bukan awak yang pilih.

Aduh, apa yang baunya macam susu basi ini?

Malang betul, Greg terkena muntah bayi tadi.

Biar betul. - Ya, betul mak. Di kaunter...

...bagasi hilang tadi. Syarikat penerbangan kehilangan begnya.

Mana boleh mereka buat begitu. - Ya, memang begitulah.

Bagaimana dengan awak, sayang? - Tidak, saya bawa sendiri.

Macam itulah anak gadis ayah.

Saya pasti ia akan muncul nanti. Greg, apa saja...

...yang awak perlukan, minta sajalah, ya?

Betul. Buatlah macam rumah sendiri.

Terima kasih, Jack. Awak pun.

Mak, rumah ini nampak cantik. - Yakah? Baguslah, kami dah...

...hiaskannya untuk perkahwinan itu nanti.

Memang cantik betul. - Kami sukakannya.

Cantik. - Greg, awak ada nama akhir...

...yang amat unik. Kami cuma nak tahu...

...bagaimana awak menyebutnya? - Bunyinya sama macam ejaannya.

F, O, C, K, E, R.

Focker. - Focker.

Biar mak ambil, sayang. - Terima kasih, mak.

Itu pun dia. - Jinxy. Mari sini.

Mari sini, sayang. Mari dekat ayah.

Jinxy. Ayuh, marilah, Jinxy. Mari sini. Mari dekat ayah.

Ayuhlah. Seminggu ayah ajar ia buat begitu.

Ini kucing Pam, Jinxy. Jinxy, ucapkan helo kepada Greg.

Hai, Jinx. - Lambai pada Greg.

Helo, Jinx. - Macam itulah. Itu perlukan...

...lagi seminggu. - Ya Tuhan.

Pam, saya tak tahu awak ada bela kucing.

Ya, saya tinggalkannya di sini bila saya pindah ke Chicago.

Ayah awak dah jumpa kawan baik barunya.

Awak tak akan percaya, dia mengajarnya gunakan tandas.

Ayah ajar ia buat begitu? Ayah, pelik juga itu, bukan?

Apa yang pelik sangat? Kini kita tak payah bau pasir...

...tandas kucing lagi sepanjang masa. Betul tak, Jinxy?

Hebatnya. Bagaimana awak ajar kucing gunakan tandas?

Itu mudah saja, Greg. Saya cuma buat sebuah kotak pasir tandas...

...kucing di dalam tandas dan selepas ia biasa dengannya...

...saya keluarkannya. - Munasabah juga.

Saya rasa ia tak suka sangat. Setiap kali ada peluang, ia...

...cuba nak gali, cangkung dan timbus. Saya kena alih semua...

...tanaman pasu dari lantai. - Lagipun, kini awak ada...

...seorang lelaki lagi dalam rumah yang biarkan...

...tempat duduk tandas terangkat.

Ia tak boleh buka tempat duduk tandas, Greg.

Ia tak cukup kuat dan tiada ibu jari.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left