The first 200 lines.
Saat itu terasa seperti satu hadiah.
Saya bersyukur untuk semua keputusan yang saya telah buat...
kerana ia telah membawakan saat ini kepada saya.
Keputusan yang seakan tidak betul ketika itu...
sebenarnya adalah keputusan bijak.
Malah semua keputusan yang saya sesalkan...
akhirnya terbukti memang tepat.
Segalanya buat hati saya rasa berdebar-debar...
dan nampak begitu indah.
Saya rasa lega...
tentang segalanya.
Tetapi ada satu perkara.
Adakah dia dalam keadaan baik?
Apa?
Awak kenal, lelaki yang kita jumpa di tasik itu.
Pegawai polis itu. Dia telah cuba membunuh diri.
Kadangkala saya teringatkan dia. Saya juga risaukan dia.
Jangan risau. Dia dalam keadaan baik.
Benarkah? Bagaimana awak tahu?
Dia tinggal di mana?
Lelaki itu hantar duit lagi.
Saya tidak tahu dia tinggal di mana...
ataupun namanya,
tapi saya tahu dia masih hidup.
Jadi, awak tidak perlu risau.
Lega rasanya. Itu sahaja yang saya perlu tahu.
Asalkan dia masih hidup.
"Sekalipun hidup memperdayakan awak,"
"jangan rasa sedih atau marah."
"Hati awak hidup di masa hadapan."
"Masa sekarang sentiasa menyedihkan."
"Segalanya adalah sementara dan akan berlalu."
"Dan apa yang berlalu..."
"akan menjadi berharga pada masa hadapan."
Wah, kata-kata ini sangat bijak.
Oh Tuhan, awak buat saya terkejut.
Hei,
saya lapar.
Saya ingin makan sesuatu.
Baiklah saya akan bawakan awak makanan sekarang.
Hei, awak tidak terfikir untuk buat sesuatu yang tidak betul, bukan?
Saya takkan ke mana-mana.
Saya juga takkan buat perkara yang tidak betul.
Hidup saya...
tidak seharusnya berakhir sekarang.
Ada seseorang...
yang saya mesti jumpa nanti di dalam hidup.
Adakah kita akan dapat kenal satu sama lain jika kita bertemu semula?
Maksud saya, kita juga tidak mengenali satu sama lain.
Tidakkah dia juga akan begitu?
Saya tahu.
Mungkin juga kita pernah bertemu tapi tidak mengenali satu sama lain.
Kenapa awak tanya? Adakah awak mahu bertemu dengannya?
Ya. Bagaimana dengan awak?
Saya pun.
Tapi rasanya adakah dia juga mahu bertemu dengan kita?
Saya tidak pasti.
Apabila kami bertemunya semula, dia berkata...
yang dia lebih memikirkan dan merindui kami...
dan dia...
lebih terdesak untuk bertemu kami semula.
Apabila dia datang bertemu kami selepas banyak liku-liku hidup,
kami tidak mengenalinya buat masa yang agak lama.
Dan seperti ombak-ombak kecil,
kejadian-kejadian kecil yang bertaburan...
mula berkumpul satu demi satu dan melangkah ke arah kami.
Bersatu menjadi ombak besar,
ia mula...
membimbing kami ke arahnya.
(Episod 13: Kami Dalam Perjalanan untuk Bertemu Awak Sekarang)
Adakah pengebumian tidak akan diadakan?
Lagipun tiada orang akan datang.
Awak nampak hodoh dengan sut itu.
Saya tiada pakaian hitam, jadi saya pakai sut abang saya.
Tangannya terlalu panjang.
Ya, memang ia terlalu panjang.
Awak pernah jumpa abang saya?
Saya pernah pergi ke salah satu perbicaraannya.
Benarkah?
Ya.
Dia telah membandingkan keadilan dengan sungai...
dan menewaskan peguam bertentangan.
Ia sangat memuaskan untuk ditonton.
Saya juga rasa berterima kasih.
Berterima kasih? Untuk apa?
Peguam yang bertentangan...
ialah orang yang menyebabkan ayah saya jadi begini.
Siapa dia?
Pendakwa Raya Lee Yu Beom.
Tidak.
Dia seorang peguam sekarang.
Bukannya akan ada lebih banyak duit jika awak masukkannya semula.
- Oh, helo. - Peguam Lee.
Kenapa baki akaun saya seperti ini sedangkan saya dibayar hari ini?
Kerana menunggu gaji seterusnya masuk rasa sangat lama,
tetapi duit keluar dengan sekelip mata.
Memang betul.
Awak berdua patut bekerja di firma saya.
Saya akan pastikan awak tidak menunggu lama.
Benarkah?
Beritahu saya jangkaan gaji awak, dan kita akan berunding.
Jawatan awak akan dijamin sehingga persaraan,
dan awak akan dapat pulang tepat pada masanya setiap hari.
Saya suka itu. Saya benar-benar mahu bekerja di firma awak.
Bagaimana dengan awak, Encik Choi?
Saya sudah beritahu awak jawapan saya.
Saya tidak berminat.
Saya berminat. Saya sangat berminat.
Untuk awak, ada satu syarat.
Awak mesti pujuk Encik Choi dan datang bersamanya.
Saya akan menunggu awak, Encik Choi.
Syarat jenis apakah itu?
Adakah saya cuma tambahan?
Barang percuma? Adakah ini promosi beli satu dapat satu?
Cik Moon.
Jangan beritahu Encik Jung tentang apa Peguam Lee kata kepada kita.
Jangan beritahu orang lain juga.
Saya sangat kecewa dengan awak.
Adakah saya kelihatan seperti orang yang sebarkan perkara begitu?
Tidakkah awak kenal saya?
Maksud awak Yu Beom cuba merekrut Encik Choi?
Ya. Dia kata dia akan membayar sekitar jangkaan gaji Encik Choi.
Dia mencuba sedaya upaya untuk menariknya.
Encik Choi mempunyai rasa tanggungjawab yang kuat.
Tidak mungkin tawaran itu akan...
Ada. Ada sesuatu yang bernama jawapan betul.
Jawatannya akan dijamin sehingga persaraan,
dan dia akan mendapat pejabat sendiri yang menghadap selatan.
Dia juga akan menerima kad kredit syarikat.
Sesiapapun dalam akal yang waras...
akan terus menghantar surat peletakan jawatan.
Saya tahu dia lebih suka bekerja dengan saya daripada Yu Beom...
Tidak. Awak mengecewakan kami kerana awak sangat perlahan.
Awak cuma tahu menggali seperti khinzir tanah.
Awak buat dia berjaga malam dan mengheretnya ke tempat kejadian.
Saya rasa ingin menangis kerana kasihankan dia.
Jadi awak mahu saya buat apa? Kenapa awak beritahu saya?
Layannya dengan baik sebelum awak kehilangannya.
Puji dengan pelbagai cara dan cuba menawan hatinya.
Berikan dia hadiah juga.
Lupakannya. Jika saya harus memaksanya untuk tinggal,
saya tidak mahu dia tinggal.
Saya pergi dulu.
Ia tidak berhasil.
Oh Tuhan, kenapa kotak ini kosong? Aduh.
Terima kasih.
Cik Moon sudah beritahu saya semuanya.
Saya dengar Yu Beom tawarkan awak jawatan.
Cik Moon, saya tidak percaya awak sudah beritahunya.
Encik Jung, bagaimana awak boleh terus beritahu dia?
Saya rasa awak patut bekerja di firmanya jika tawaran lebih baik.
Baiklah.
Tunggu sebentar.
Ya?
Tidak mengapa. Saya akan lakukannya sendiri.
- Oh Tuhan, saya boleh... - Jangan bergerak.
Saya tidak mahu memaksa awak untuk tinggal,
dan saya tidak boleh janji akan menjadi lebih baik kepada awak...
hanya untuk buat ia kedengaran lebih baik.
Lagipun awak yang akan buat keputusan.
Saya tidak akan membenci awak jika awak buat keputusan untuk pergi.
Apa?
Mari buat V.
Jangan risau tentang saya, dan jangan rasa tertekan untuk tinggal.
Ambil masa awak untuk buat keputusan.
Baiklah.
Kita harus mulakan cerita "Pengalaman Tiga Hari".
Perkara seperti menangkap ikan laut dalam...
dan bekerja di ladang anggur bukan perkara baru.
Mari cuba sesuatu yang lebih asli.
Bagaimana dengan pengalaman mengandung selama tiga hari?
Bentuk apa yang saya sedang pakai sekarang adalah sama...
dengan bentuk badan kehamilan bulan kelapan.
Kita boleh memakainya selama tiga hari dan jalani rutin seharian,
seperti menaiki kereta api untuk merasai perasaan mengandung.
Kita belajar apa masyarakat boleh lakukan untuk wanita mengandung.
Baiklah, mari teruskan idea itu. Ada idea lain?
Apa pendapat awak dengan tiga hari di pendakwaan?
Jarang kita dapat melihat ke dalam kehidupan seharian pendakwa raya.
Ia idea yang baik, tapi ia tidak boleh dilakukan.
Mereka tidak akan beri kebenaran untuk kita melakukannya.
Bagi tujuan kerahsiaan dan melindungi hak asasi manusia suspek,
mereka tidak benarkan kita merakam dan senaraikan berbagai alasan.
Mereka akan beri kita kebenaran.
Peguam daerah di pejabat Hangang mesra media.
Saya berjumpanya semasa dia minum teh bersama wartawan baru-baru ini.
Saya sudah jelaskan objektif, dan dia nampak positif tentangnya.
Awak patut katakannya lebih awal.
Kalau begitu mari simpan itu juga.
Du Hyun, tidakkah awak rasa lebih bermakna jika lelaki...
yang merasai pengalaman mengandung?
Ya. Lelaki langsung tidak tahu bagaimana perasaannya,
jadi lebih bermakna jika begitu.
Baiklah. Kalau begitu...
awak perlu jalani tiga hari di pendakwaan, Hong Joo.
Du Hyun, awak harus melalui pengalaman mengandung.
Baiklah. Apa?
Kenapa saya? Bagaimana dengan semua orang bawahan di sini?
Awak sendiri baru kata...
ia lebih bermakna jika lelaki yang lakukannya.
No comments yet. Be the first to leave one.