The first 200 lines.
Subtitle asal oleh: ~ DarkSmurf Sub Indonesia Karya tOtOrO ~
Diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh: ~ Cahaya Riang Gembira ~
Jika wanita kita samakan dengan bola,
Gadis remaja yang seperti bunga dan batu pualam, kita ibaratkan seperti bola keranjang.
Demi untuk menangkap bola yang melantun tinggi di udara,
para jejaka akan menghulurkan tangan untuk merebutnya dengan sekuat tenaga.
Wanita dalam usia dua-puluhan persis bola ragbi.
Dalam usaha untuk merebut bola tersebut,
Para jejaka akan saling bercakaran bagaikan serigala.
Inilah juga saat di mana para jejaka berjuang bermati-matian untuk mendapatkan bola.
Pada usia 30-an, wanita adalah bak bola ping-pong.
Walau pada hakikatnya, jumlah jejaka yang bersaing merebut bola makin berkurang,
namun perhatian mereka terhadap bola boleh dianggap masih bagus.
Wanita 50an adalah seperti bola golf.
Satu bola, satu jejaka.
Bila si jejaka melihat bola ini,
dia akan menghayunkan tongkatnya dan melontarkan bola tersebut sejauh mungkin.
Dan wanita yang telah menjangkaui batas usia pula...
Judul Film: Miss Granny a.k.a Suspicious Girl.
para jejaka hanya akan menghindari bola. Judul Film: Miss Granny a.k.a Suspicious Girl.
Judul Film: Miss Granny a.k.a Suspicious Girl.
Ageism - Diskriminasi terhadap warga tua.
Jika kita berbicara tentang warga tua,
akan ada beberapa mitos dan pandangan yang telah tercipta sejak sekian lama.
Kenapa terjadinya begitu? Siapa yang dapat jawab?
Siapa yang dapat berikan jawapan yang paling tepat,
tak perlu kumpulkan tugas pertengahan semester.
Kulit jadi kerepot dan mengalami hiperpigmentasi.
Semakin berusia, semakin banyak pigmentasi timbul di muka.
Taman Tabgok.
Bukankah di situ ada ramai warga tua?
Pemanas.
Perlunya memasang alat pemanas untuk mereka pada musim sejuk.
Kura-kura. Mereka terlalu lambat.
Mereka memiliki semacam bau yang unik.
Nenek saya memiliki bau badan yang unik.
Tak tahu malu.
Bagi saya, warga tua memang tak tahu malu.
=Kerepot, pigmentasi, Taman Tabgok, pemanas, kura-kura, bau, tidak tahu malu=-
Kamu semua memang keterlaluan. -=Kerepot, pigmentasi, Taman Tabgok, pemanas, kura-kura, bau, tidak tahu malu=-
=Kerepot, pigmentasi, Taman Tabgok, pemanas, kura-kura, bau, tidak tahu malu=-
Kamu semua ingat kamu takkan jadi tua? -=Kerepot, pigmentasi, Taman Tabgok, pemanas, kura-kura, bau, tidak tahu malu=-
Kamu ingat kamu takkan tua?
Saya takkan jadi tua.
Saya dah rancang untuk bunuh diri bila usia saya nak masuk lewat 30 tahun.
Kenapa perlu paksa diri hidup sampai 70 - 80 tahun?
Waktu itu aku kata begini pada diri aku...
aku nak mati lepas melewati usia 30 tahun.
Tapi aku teringat tentang anak,
bernikah pun baru setahun. Dan orang yang kupanggil suami itu...
mati kena tembak.
Melihatkan anakku yang masih kecil, macam mana aku nak mati dengan tenang?
Siapa suruh kau dengan lelaki yang muka macam burung tu
larikan diri di tengah malam?
Bukan ke aku dah kata, jejaka kacak biasanya usia tak panjang.
Tapi Hyun Chul sekarang dah jadi orang berguna kan?
Mestilah.
Dia seorang pensyarah.
Apa? Ingat dia pensyarah biasa-biasa?
Dia tu profesor universiti dan ahli gerontologi.
Aku tahu.
Kafe warga tua ni pun Pensyarah Ban yang buka...
lepas minta izin dari Datuk Bandar.
Kenapa akhir-akhir ni tak nampak mak Pengarah Hospital? Yang ada pun cuma si musang betina tu je.
Kau tak dengar cerita lagi?
Anak dia hantar dia masuk rumah penjagaan orang-orang tua.
Tapi nenek tua tu tak bawa masalah apa pun.
Dia besarkan cucu-cucu dia sampai dewasa, lepas tu dah tak berguna lagi untuk anak-anak dia.
Sebab itulah, ada anak doktor pun apa guna?
Tak macam Hyun Chul, disegani semua orang.
Hyun Chul... Hyun Chul...
Aku ni dah naik muak dengar.
Nama siapa yang kau sebut-sebut dengan mulut jahat kau tu?
Dalam keturunan keluarga bernama Ban, selain Setiausaha Agung Ban Ki Moon,
orang kedua paling dihormati adalah anak aku, Ban Hyun Chul.
Aigoo, wanita yang dah besarkan anak yang sebegitu hebat...
tapi kenapa hari-hari masih pakai kasut yang koyak rabak?
Oppa! Oppa!
Cuba tengok ni!
Saya baru lepas ambil gambar pasport. Cuba tengok, cantik kan?
Nak saya bagi sekeping dekat abang?
Cantik sangat.
Cantik kepala otak kau! Hitam legam macam tu!
Lebih sesuai letak depan meja altar (semasa pengkebumian).
Kau nak ke luar negara ke?
Anak lelaki saya kan dekat Amerika.
Jadi dia belikan saya tiket kapal terbang pergi sana.
Oppa, saya nak segelas kopi Amerika. Yang paling pekat ya!
Kopi Amerika??
Perempuan ni minta segelas kopi Amerika.
Maksud kau Americano?
Dah, jangan ketawa lagi. Cepat buatkan dia segelas!
Tak payah!
Tak ada siapa sudi minum kopi yang dibuat oleh nenek tua yang busuk.
Eh. Bau apa ni?
Tak tahulah dari mana datang bau busuk hapak ni.
Bau busuk hapak kau cakap?
Kau ni kan, mentang-mentang muka kau yang kerepot tu...
kau pakaikan sikit bedak, dah berlagak diva.
Orang yang umur pun belum masuk 70,
tapi dah berani macam-macam dekat sini.
Aigoo... Aigoo...
Oppa! Oppa!
Kau ni memang dah gila!
Sudahlah. Jangan macam tu.
Aku kena bereskan perempuan ni hari ni juga!
Aigoo...
Dasar perempuan jahat! Matilah kau hari ni!
Siapa takut? Meh sini kau!
Nenek Mal Soon yang buat sampai jadi macam ni kan?
Kan ayah dah cakap bukan.
Kenapa ayah selalu lemah bila depan nenek tu?
Tahulah dia tu anak perempuan majikan ayah dulu... tapi itukan dulu.
Kalau aku, memang aku dah...
Dah apa?
Kau ni dah nak masuk umur berapa?
Cakap dengan orang tua guna bahasa banmal (tak formal)?
Kau tak nak kahwin ke?
Kau nak duduk bawah ketiak ayah kau seumur hidup?
Oh. Kau dah datang?
Ya.
Dari jauh kau nampak kacak dengan hidung macam tu.
Bukan ke nenek patut minta maaf dulu lepas buat ayah jadi macam ni?
Itulah. Siapa suruh kau masuk campur?
Dah kenapa ni? Tunggulah sampai Nyonya Ahn Hyeon Dong datang dulu baru balik.
Ish nenek tua apa perangai macam ni, emosi je lebih.
Entah-entah dari lahir perangai dia dah macam tu.
Kau tahu apa?
Kau tahu tak betapa baik hatinya Cik Puan ayah tu?
Sebabkan saya risau dapat mak mentua macam itulah,
saya tak mahu menikah.
Merepek aje kau ni!
Dah tu kenapa kau berhabis duit dengan blind date kau tu?
Pasangan blind date kau tu, habis je minum kopi...
terus pergi. Kononnya ada urusan lain.
Kau tahu tak, pejam celik je, umur kau akan cecah 70.
Kalau tak nak jadi mak tiri orang, baik kau cepat sedar diri.
Ayah nak ke mana lagi tu?
Cik Puan, biar aku hantar!
Apa ni?
Mereka berdua ni sebenarnya rapat ke tak?
Takkan dia tak tahu ayah aku alergi dengan buah pic?
Kenapa kau tak halang aku lepas aku pukul dia?
Tapi suruh aku berhenti lepas aku kena pukul?
Jangan-jangan kau ni sebelahkan dia.
Wah. Segarnya angin!
Pegang kuat-kuat! Aku nak pecut ni!
Aigoo, budak kecil yang baru belajar jalan pun lagi laju dari ni.
Cuba tekan minyak kuat lagi!
Macam mana Seonbae (senior)?
Ini girl group baru keluaran SYJ.
Cantik-cantik semuanya kan?
Apa nama group mereka ni?
Sugar Girls.
Lepas mereka siapa?
Six Packs.
Haih. Macam-macam pesen ada.
Han PD kita ni dah mula dah dengan kata sinis dia.
"Lagu bukan dinyanyikan dengan wajah, tapi dinyanyikan dengan jiwa."
Apa yang Sunbae pernah cakap tu memang betul.
Tapi orang muda sekarang tak faham. Jadi macam mana mereka nak nyanyi dengan jiwa?
Nak gunakan suara senior-senior mereka, dan suruh budak-budak ni lipsync je?
Bagus juga idea tu.
Apa kata kita cuba?
Kamu ni! Kamu ni! Dah berapa kali aku cakap...
Bukan macam ni caranya masak stew ikan pedas.
Lobak tu jangan letak bahagian bawah je. Bahagian atas pun kena ada sikit.
Macam tu barulah jus lobak boleh meresap masuk dalam ikan.
Pagi-pagi lagi dah nak ke mana?
Ujibakat.
Ujibakat?
Bukan ke kau dah janji dengan mak nak main muzik sebagai hobi je?
Kau tak tengok kakak kau belajar bagai nak rak, lepas tu penat lelah cari kerja.
Kenapanya dengan saya?
Kenapa? Dia tu semalaman tonton tayangan ulangan drama.
Ban Ji Ha, kau memang nak mati.
Mak, saya dapat duit dengan buat muzik. Dan lagi cepat dapat kerja banding dengan kakak.
Kau tahu tak ibu susah hati sebab kau nak jadi ahli muzik.
Kenapa pagi-pagi lagi dah membebel dekat anak?
Lagipun, apa yang kamu nak susah hati?
Kamu dapat duit dari gaji suami kamu. Lepastu kerja kamu pun cuma uruskan rumahtangga.
Cucu nenek sayang, pergi beli makanan sedap-sedap. Jangan kelaparan ya.
Terima kasih, Nenek.
- Saya pergi dulu! - Baik.
Mak...
Ji Ha tu kena siap sedia duduk periksa. Lepastu dia kena cari kerja.
Penyanyi itu pun satu pekerjaan juga.
Akhir-akhir ni pun para penyanyi giat mempromosikan budaya kita di luar negara.
Negara kita sampai beri anugerah sebagai tanda penghargaan.
Mak, soal masa depan anak-anak, biar saya je yang uruskan.
Masa aku muda dan susah payah besarkan anak aku,
aku tak ada harta apa pun, tapi aku dapat besarkan dia sampai berjaya.
Dalam soal mendidik anak, aku lebih makan garam dari kamu.
Baik kamu pergi periksa kesihatan kamu di hospital.
Sayang...
Kenapa?
Tak ada apalah.
Nanti terlambat pula. Cepatlah pergi kerja.
Hati-hati di jalan ya, Profesor.
Saya gerak dulu ya mak.
No comments yet. Be the first to leave one.