The first 200 lines.
Sebelum ini di Dexter...
Ada seorang pembunuh bersiri
yang bunuh pemandu e-hailing.
- Adakah awak dia? - Siapa?
Orang yang pecah masuk apartmen saya
dan tinggalkan jemputan bersama semua trofi saya.
Tidak.
"Anda dijemput ke majlis makan malam
untuk individu yang sehaluan."
Ini majlis makan malam untuk pembunuh bersiri.
- Ronald Schmidt - Panggil saya Red.
Masa untuk berjumpa dengan tuan rumah.
Leon Prater.
Saya dah anjurkan pertemuan ini selama bertahun-tahun.
Jadi ada yang orang lain?
Pengumpul Tatu.
Selamat datang ke dunia aneh.
Awak akan suka Mia.
Dia terkenal kerana membunuh pemangsa seksual.
Pemangsa? Adakah dia mempunyai kod?
Awak dah pergi berapa pertemuan Prater?
Ini tahun keempat saya.
- Pasti awak seronok. - Saya seronok dengan duitnya.
Saya nak mandi sekejap.
Mandi dengan pembunuh bersiri?
Saya ada hal sikit.
- Terima kasih untuk larian tadi. - Apa?
Tak guna...
- Pernah jumpa Ryan Foster? - Ryan.
Jam ini dah rosak.
Awak tahu tempat yang boleh baiki ini?
Masuk utuh, keluar sembilan bahagian.
Harap mereka dapat tangkap dia.
Awak sedang melangkah ke jalan gelap.
Saya harap awak tak jadi macam ayah awak.
Harrison, jangan.
Ayah
Ayah dah mati. Saya tembak ayah.
Ayah tahu awak susah nak hadam semua ini.
Mari kita berjalan sekejap.
Bagaimana ayah boleh ada di sini? Bagaimana ayah tahu?
Ayah janji akan jawab semua soalan, tapi bukan di sini.
Ayah sedang mengintip saya?
Tidak. Ayah ambil berat tentang awak.
Ayah pindah ke sini untuk...
...untuk menjaga awak.
Bagaimana ayah masih hidup?
Soalan yang bagus.
Cuaca sejuk melambatkan degupan jantung
dan ayah tak hilang banyak darah,
tapi ayah koma selama sepuluh minggu. Doktor kata,
Ayah seperti watak jahat dalam filem seram,
seperti Michael Myers
atau lelaki bertopeng hoki itu.
Awak ingat mereka dah mati, tapi...
Memang ada persamaan.
Duduklah.
Nak minum apa-apa?
Kenapa ayah tak dipenjara?
Ketua Bishop lepaskan semua tuduhan.
Ayah ditembak oleh Logan.
Ayah tak bersenjata. Bishop sahkan itu tindakan membela diri.
Ayah tak tahu apa yang berlaku di hutan itu memberi kesan kepada saya.
Harrison.
Itu salah ayah.
Ayah yang suruh awak tembak.
Ayah suruh awak buka kunci keselematan pistol.
Ayah suruh awak halakan ke arah jantung ayah.
Tapi ayah tak sepatutnya...
buat begitu.
Ayah tak sepatutnya buat begitu kepada awak.
Kejadian itu asyik berulang dalam kepala saya.
Hidup saya tak tenang, saya...
Ayah tahu tentang Ryan Foster.
Begitulah cara ayah jejak awak.
Mayat dipotong menjadi sembilan bahagian.
Dalam beg.
Seperti yang ayah ajar.
Ayah faham apa yang awak lalui.
Masa ayah di kolej, ada seorang budak lelaki,
sama seperti Ryan, seorang pemangsa, perogol.
Dia cuba buat jahat pada mak cik Deb.
Keluar dari sini cepat!
Jika dia tak halang ayah, ayah pun akan buat sama seperti awak.
Jadi percayalah, ayah faham.
Ayah sama seperti awak ketika ayah seusia awak.
Ayah rasa kegelapan yang sama.
Ayah selalu terfikir tentang membunuh.
Sampailah pembunuhan pertama ayah...
Ayah berumur 20 tahun masa itu,
akhirnya, ayah rasa...
...kelegaan itu.
Kelegaan.
Saya rasa terseksa.
Saya selalu bermimpi ngeri tentang membunuh Ryan.
Saya nampak muka dia di mana-mana.
Jam ini milik dia.
Dan saya hanya dengar bunyi detik jam sepanjang masa,
dan saya tak boleh hidup begini.
Saya tak boleh hidup rasa bersalah,
dan sebab itulah saya mahu serah diri.
Mungkin kita tak sama seperti yang saya sangka.
Harrison, fikirkan berapa ramai lagi wanita
Ryan akan sakiti jika awak tak campur tangan.
"Campur tangan" sepatutnya panggil pihak keselamatan,
bukannya pukul kepala orang guna penutup tangki tandas.
Ayah cuba tanam sesuatu dalam diri saya, yang tak...
Jika ayah bukan ayah,
saya tak akan pergi bunuh Ryan.
Awak sebenarnya lebih daripada saat terburuk awak.
Itu yang ayah fikirkan masa ibu dibunuh?
Bagaimana dengan mak cik Deb,
kapten LaGuerta?
LaGuerta? Bagaimana awak...
Awak cakap tentang apa?
Batista.
Saya bercakap dengan dia pagi tadi.
Bukan ayah seorang saja jejaki saya.
Nampaknya saya dah jadi sasaran utama Batista.
Dia cuba suruh saya mengaku yang ayah sebenarnya ialah
Pembantai Bay Harbor.
Dia juga kata ayah melatih saya.
Dan awak cakap apa?
Saya tak kata apa-apa.
Jangan risau. Batista tiada bukti.
Ayah bercakap dengan dia minggu lepas di Iron Lake.
Tapi itu bermakna...
dia biarkan saya percaya ayah masih mati.
Saya tak tahu nak percaya apa lagi.
Batista hanya cuba memanipulasi awak.
Mungkin.
Tapi itu tak bermakna semua yang dia kata dusta.
Sini.
Biar ayah ambil.
Biar ayah pikul untuk awak.
Jadi, mahu keluar makan?
Apa? Tidak.
Ayah tak boleh muncul begitu dari kematian
dan buat macam semuanya baik-baik saja.
Apa buat ayah fikir saya mahu ayah dalam hidup saya?
Saya kena pergi.
Harrison, tunggu.
Awak perlukan lebih daripada sekadar perbualan, Dex.
Apa yang sepatutnya saya buat?
Ayah tak tahu.
Percaya atau tidak,
saya habiskan kebanyakan zaman remaja saya di rumah asuhan itu.
Rumah asuhan? Biar betul, Leon Prater.
Saya ingat awak anak orang kaya.
Siapa sangka awak berasal dari latar belakang yang sederhana.
Awak mesti dah berusaha keras
untuk bangkit setinggi ini.
Ya, tapi saya juga banyak dibantu sepanjang perjalanan saya.
Sebab itu penting bagi saya untuk membalas budi.
Saya lunaskan hutang rumah keluarga asuhan saya
selepas saya buat sejuta pertama.
Sejak itu, saya lunaskan hutang semua keluarga
yang mengadopsi anak dari rumah asuhan itu.
Kita kena bincang tentang ini dalam temu bual.
Saya tak mahu perkara ini didedahkan, jika itu tak jadi masalah.
Saya mahu tumpuan lebih pada kerja baik yang dibuat oleh rumah asuhan.
Kebanyakkan yang buat kerja seperti awak mahu orang lain tahu.
Kita patut bincang lagi tentang ini.
Kamera bersedia dalam lima minit.
Alamak.
Helo.
Ini Detektif Wallace.
Awak telefon pada pukul 9:03 pagi, tak tinggalkan pesanan.
Ya. Sebenarnya, saya ubah fikiran.
Saya tak rasa yang...
Lebih baik kita berbincang secara bersemuka.
Datang ke pejabat saya.
Sekarang bukan masa yang sesuai.
Saya sebenarnya agak sibuk.
Saya boleh datang jumpa awak.
Awak di mana sekarang? Rumah? Tempat kerja?
Kedua-duanya di tempat sama.
Bos awak masih tak tahu yang awak tinggal di hotel, betul?
Tak apa.
Saya boleh datang ke balai petang ni.
Harrison tak mahukan saya.
Saya tiada kawan yang sebenar.
Ada seorang wanita yang sama seperti saya.
Rupanya dia pun cantik juga.
Semoga hari anda menyenangkan.
Saya pasti awak akan.
Terima kasih.
Tak sangka awak telefon saya.
Saya tahu.
Maaf saya terpaksa pergi pada hari itu, tapi...
Saya nak baiki semuanya dengan awak.
Ada persembahan Swan Lake di Lincoln Center.
Awak nak pergi?
Saya fikir begitu sebab awak suka balet.
Kedengaran seperti...
teruk.
Baiklah. Maaf.
Swan Lake ialah balet yang awak pergi kalau mahu tidur
bersama dengan 2,000 orang sebab bosan.
Apa lagi awak ada?
No comments yet. Be the first to leave one.