Specials

Release info

갯마을 차차차-Hometown-Cha-Cha-Cha-E11-NEXT-NF
A Commentary by Anangkaswandi

Tags

other
Published on: 2021-10-02
Downloads: 24
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Saya suka.

Saya menyukai awak.

Saya dah buat perancangan hidup

hingga saya berusia 99 tahun.

Saya tak suka melampaui batas.

Saya suka kasut mahal.

Awak pula berlawanan dengan saya.

Dari segi keserasian jenis darah atau MBTI,

tiada apa-apa yang buat kita serasi.

Kita berbeza seperti penguin yang makan kril

dan beruang kutub yang makan singa laut.

Tapi saya tak kisah dengan semua itu.

Saya menyukai awak.

Cik Doktor Gigi, saya…

Jangan cakap apa-apa.

Saya bukan nak awak buat apa-apa.

Cuma…

Hati saya tak tenang.

Jika saya biarkan saja, ia akan meletup.

Saya tiada pilihan lain.

Saya juga…

Saya juga dah tak tahu

nak buat apa.

Saya pergi dulu.

Tunggu. Bagaimana awak boleh pergi begitu saja?

Saya dah cakap apa yang saya nak cakap

dan dah dengar semuanya.

Saya belum cakap apa-apa.

Tapi lepas buat begitu, rasanya saya dah tahu…

Saya suka awak.

Saya pengecut jika biarkan saja awak pergi

selepas dengar luahan perasaan begitu.

Saya juga…

menyukai awak.

Itu saja. Bukan. Itulah yang berlaku.

Kita dah bercium

dan saling menyukai.

- Selepas ini apa? - Apa lagi?

Jadi beginilah.

Jom.

Tapi saya penguin dan awak beruang kutub, bukan?

Apa?

Yalah, jika lihat sikap dan bentuk badan awak.

Bukan cuma singa laut, ia juga makan orang.

Hei!

Sekarang bagus. Sekarang… Lihatlah renungan awak.

Menyampah betul.

Okey, saya dah tangkap.

Geram betul.

Tentu kaki awak sakit sebab pakai kasut itu.

Tak apa. Sesuatu yang cantik perlukan pengorbanan.

Kita dah sampai.

Yalah.

Jadi mulai hari ini kita bercinta?

Awak boleh tanda pada kalendar jika mahu.

Tidak. Mari tangguh beberapa hari dulu.

Kenapa?

Seong-hyeon dah luahkan perasaan kepada saya.

Apa maksud awak? Kita baru saja bermula,

kenapa cakap begitu?

Maaf.

Saya dah agak. Tapi tak tahu dia dah cakap.

- Bila dia cakap? - Hari Selasa.

Hari Selasa ialah hari peringatan kematian datuk saya.

Lepaskan dulu.

Itu berlaku pada hari awak jumpa datuk saya?

Bukan begitu. Dia menunggu di depan rumah saya.

Cukup. Jadi awak perlukan masa sebab belum berikan jawapan kepadanya?

Kenapa? Awak rasa rugi jika tolak begitu saja?

Bukan begitu.

- Awak cemburu? - Cemburu?

Cemburu apa?

Saya cuma beritahu apa yang perlu dibuat

apabila menerima luahan perasaan.

Pihak lawan dah buat servis, kenapa awak elak?

Awak perlu terus beritahu bahawa servis itu masuk atau keluar.

Awak pula

kenapa diam saja sedangkan memang dah tahu?

Awak tak kisah jika orang lain ada hati terhadap saya?

Waktu itu saya belum tahu betapa saya menyukai awak.

Sebanyak mana awak menyukai saya?

Agak banyak.

Banyak hingga awak takkan kecewa dari segi kualiti dan kuantiti.

Aduhai, jawapan awak tak jelas.

- Kenapa jawab begitu? - Yalah.

Seluas Tasik Baikal.

Tasik apa?

- Tasik Baikal. - Tasik Baikal.

Awak cuma pandai belajar, tapi pengetahuan am awak amat rendah.

Awak nak ditinggalkan sebelum mula bercinta?

Jadi bagaimana dengan En. Ji?

Saya akan beritahu sewaktu jumpa dia esok.

Kamu berdua akan jumpa?

Kita tak boleh jumpa bertiga.

Aduhai.

Saya tak suka perkara tak jelas.

Saya nak simpan kenangan bersama Seong-hyeon

dan masa bersama awak sebagai kenangan indah.

Jadi hari ini kita belum bercinta.

Awak buat semua keputusan sendiri, baguslah.

Saya takkan hubungi awak hingga semuanya selesai.

Jadi saya harap awak juga tak hubungi saya.

Jangan hubungi saya. Cubalah kalau berani.

Masuklah. Cepat masuk.

Merepek saja.

Menyampah betul.

Apa yang dia cakap tadi?

Tasik Baikal?

Tasik Baikal.

SALJI SIBERIA MELIPUTI TASIK BAIKAL

Dia menyayangi saya seperti tasik ini?

Helo?

Kenapa awak jawab?

Awak yang cakap takkan telefon.

Tiba-tiba ada sesuatu saya nak cakap.

Apa?

Saya buat carian tentang Tasik Baikal.

Sekejap.

Tasik Baikal adalah tasik tertua di dunia,

berusia 25 juta tahun

dan tasik terdalam di dunia

dengan kedalaman 1,743 meter.

Adakah perasaan awak terhadap saya sedalam itu?

Saya letak dulu.

Betulkah nak letak?

Tak.

Aduhai.

Cik Doktor Gigi.

Tolonglah kemas bilik awak. Kenapa begitu bersepah?

Tidak. Biasanya bersih.

Hari ini saya keluar dengan tergesa-gesa, jadi saya tak sempat kemas bilik.

Jangan berikan alasan. Cuba pergi ke meja awak.

- Meja? - Ya.

Sekejap. Saya dah sampai.

Awak masih ingat siapa ambil gambar keluarga awak di atas meja itu?

Tak. Saya ingat saya banyak menangis.

Palam dah dicabut atau belum pun awak tak ingat.

Saya tanya soalan yang amat sukar.

Kenapa awak tanya?

Betulkah awak tak ingat?

Budak lelaki bersama lelaki tua itu.

Ketika itu, saya berusaha keras untuk buat awak ketawa.

Jadi budak lelaki yang menari seperti ketam itu

adalah awak?

Ya, itu saya.

Oh, Tuhan! Biar betul? Betulkah?

Kecil betul dunia ini.

Kenapa terkejut begitu? Selama ini awak cakap tak ingat.

Jika begitu, boleh awak cari seorang lagi budak lelaki?

Budak lelaki?

Ketika sekolah tinggi,

saya melarikan diri ke sini dan pergi ke kedai runcit.

Ketika itu, seorang budak lelaki berikan duit kepada saya.

Adakah awak gadis 100 won?

Budak lelaki itu juga awak?

Jadi gadis itu awak?

Betulkah awak?

Saya meremang.

Betul-betul buat saya meremang.

Ini seperti keajaiban.

Tidak, ini takdir.

Gongjin tak pernah berubah.

Saya letak dulu.

Akhirnya, kita berjumpa semula begini.

EPISOD 11

Masukkan satu selingan di sini.

Lebih baik jika ada selingan.

Okey.

Keluarkan babak ini dari sini

dan paparkan secara mandir juga okey.

HYE-JIN

Sekejap.

Helo?

Rasanya paparkan secara mandir okey.

Tunjukkan sebabnya kemudian. Okey, bukan?

Itu akan timbulkan rasa ingin tahu

dan tunjukkan sebab dengan memutarbalikkan plot?

Lebih kurang begitulah.

Saya benar-benar minta maaf, saya nak keluar sebentar.

- Ke mana? - Saya akan balik sebelum malam.

Kamu berehatlah. Saya akan siapkan semuanya malam ini.

Betulkah? Saya boleh berehat?

Ya, berehatlah.

Apa? Kenapa dengan si gila kerja itu?

- Minumlah air sejuk ini. - Ya, terima kasih.

Awak nampak kepanasan. Cuaca panas.

Ya, saya datang dengan terburu-buru, jadi rasa panas.

Ya. Terburu-buru, ya?

Rasanya hari ini tiada penggambaran.

Ya, tiada. Tapi saya ada janji temu.

Ada janji temu, ya?

Okey.

- Saya patut buat pesanan. - Awak nak buat pesanan?

Sediakan dua gelas americano ais.

Okey. Americano ais.

Jika awak nak makan atau minum selain kopi,

beritahulah. Hari ini saya akan sediakan secara percuma.

Terima kasih. Saya banyak berhutang budi dengan penduduk di Gongjin.

Tak perlu rasa begitu, tapi jika awak fikir begitu,

ingatlah nama saya dan beritahu produksi Sugar People di JKBC…

More Malay subtitles for Hometown Cha-Cha-Cha

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left