The first 200 lines.
Hanya tiga hari lagi sebelum hari lahir beta!
Tuanku,
sajian untuk sambutan tuanku perlu dirasa dan diluluskan oleh tuanku.
Beta datang!
Selamat pagi, Rosario!
Helo, tuanku.
Jadi, apa kejutan yang kamu sediakan untuk kami tahun ini?
Pastri enak sebagai pembuka selera.
Kemudian kaki ayam disumbat dengan epal dalam jus sendiri.
Menakjubkan!
Hidangan utama pula,
ayam belanda yang dibakar dengan ubi kentang.
Tentulah pencuci mulut pun ada.
Hei, kamu! Pulang ke tempat kamu sekarang!
Dengar tak?
Hei, kamu. Hei, mari sini. Ya Tuhan!
Rosario, beta tak suka makanan ini! Pengawal!
Alamak!
- Cepat! - Selamatkan beta!
Tolong!
Kenapa kamu berdiam diri? Pergi selamatkan raja!
Kamu! Berundur!
Pergi!
- Kurung Rosario di bawah tanah! - Ya Tuhan.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
BERDASARKAN KISAH DONGENG GRIMM BERSAUDARA HANSEL DAN GRETEL
- Raja telah diculik! - Apa? Bagaimana?
Mustahil!
Ada sihir jahat. Patutkah saya kumpulkan tentera?
Tak, rakyat tak perlu panik.
Rahsiakan kejadian ini.
Untuk melawan sihir jahat,
kita mesti meminta bantuan AKSR.
Agensi Kawalan Sihir Rahsia
memerhatikan ahli sihir di kerajaan ini secara rahsia.
Mereka mendaftarkan setiap tongkat sakti.
Ubat berjampi tak boleh dibuat tanpa pengetahuan mereka.
Jadi orang yang boleh mencari raja
ialah mereka.
Inilah dia.
Bagus.
Apa? Siapa awak? Bagaimana cik masuk ke sini?
Ejen Khas Gretel, Agensi Kawalan Sihir Rahsia.
AKSR? Apa yang awak perlukan daripada saya?
Saya cuma pekerja sarkas bertanggungjawab yang mencari sesuap nasi.
Cubaan yang bagus.
Dengar kata awak melakukan penyeludupan.
Mari kita keluar ambil angin.
Kita boleh berbincang di luar.
Percayalah, pasti ada kesilapan.
Kesilapan itu adalah menculik raja!
Awak tak patut jaga tepi kain orang!
Ayuh semua! Halau wanita ini!
Kerana menculik raja, awak dijatuhkan hukuman…
Apa?
Petunjuk itu palsu?
Walaupun begitu!
Awak kurung makhluk ajaib di dalam sangkar? Amalan ini dilarang.
Hei, apa awak yang cakap?
Sangkar apa?
Benda itu rumah mereka.
Mereka sangat gembira di sini.
Mari kita lihat.
Tunggu. Berani awak…
Perdana Menteri.
Ejen Ibu Tiri. Awak dah jumpa raja?
Kami memeriksa semua ahli sihir yang dikenali,
semua orang yang menggunakan sihir
dengan dan tanpa lesen. Namun, kami gagal.
Hanya tinggal satu jejak terakhir.
Akhirnya, Ejen Khas Gretel. Kamu sudah menemui penculik itu?
Tidak, Ejen Ibu Tiri.
Jejak itu palsu. Kita menemui jalan buntu.
Kita cuma terlepas sesuatu. Sesuatu yang amat jelas.
Kita mesti berfikir dari sudut yang berbeza.
Kita boleh minta bantuan orang yang pernah buat hal begini.
Buat apa? Menjumpai raja yang diculik?
Tidak, seseorang yang pernah menculik pada waktu siang,
menipu orang,
memperdayakan orang dan langsung memperbodohkan mereka.
Saya tidak faham maksud awak.
Saya faham!
Ia tentang Tuan Hansel.
Ingat waktu dia curi patung raja
dari Dataran Utama?
Tepat sekali! Semua orang kebingungan.
Di merata tempat kita cari.
Ya. Cara pemulangan patung itu amat bijak.
Kita semua diperbodohkan.
Orang masih percaya dia ahli sihir terhebat di sini.
Sudah! Dia cuma seorang penipu.
Fahamkah awak jika raja tidak hadir
di sambutan hari lahirnya dalam dua hari, orang akan panik,
keadaan huru-hara, dan orang lebih panik.
Awak perlu menerokai setiap pilihan lain.
Okey.
Mungkin ini saja peluang kita.
Ejen Gretel.
Ya, puan.
Tahan dan bawa Hansel berjumpa saya.
Ya, puan.
Awak rasa dia akan bekerjasama?
Percayalah.
Ejen Gretel ialah adiknya.
- Dia akan menahan abangnya sendiri? - Ya. Dia profesional, tak berhati perut,
dan mahu menjadi Ejen Terbaik.
Keutamaannya ialah tugas, bukan keluarga.
Cepat, nanti kita lewat. Sudah lama saya tunggu hari ini!
Dah lama saya nak menonton!
Awak tonton persembahan lalu? Menakjubkan!
Ada sebuah meja di sana.
Kita perlu cari tempat duduk!
Saya Tuan Hansel!
Tangan saya telah terbakar dek kemarakan huru-hara
dan tidak terjejas oleh api lain sejak itu.
Mata saya telah dibutakan oleh jasad-jasad cakerawala,
dan sejak itu, mata saya nampak lebih jauh daripada mata manusia biasa.
Saya tahu anda tiada kuasa ke atas masa yang akan datang,
tetapi saya boleh meramal masa depan dan membantu anda.
Tuan!
Hebat.
Saksikanlah, anak-anakku.
Lihatlah!
Apakah benda jijik itu?
Dulu, haiwan ini arnab biasa
yang hidup tenang di ladang di pinggir pekan.
Kemudian petani itu ada masalah dengan ahli sihir.
Selepas satu demi satu kejadian, tiba-tiba,
tanah petani itu terkena pembawa sial!
- Pembawa sial? Alamak. Habislah! - Teruknya!
- Apa kita boleh buat? - Ya!
Namun, hanya jika anda tiada azimat perlindungan kayu hitam,
kayu dari paya yang telah disihir, di Hutan Keajaiban.
Atau azimat kayu yew dari Pergunungan Larangan,
atau kayu peti Norway,
yang digali dari Fjord Pari-pari Abadi.
Azimat kotak peti Norway! Sudah lama saya impikan azimat ini!
Pemilik azimat ini tidak takut akan apa-apa pembawa sial.
Di sini.
Saya mahu! Saya nak azimat ini!
Saya dijampi baru-baru ini. Tengoklah!
Saya akan beli semuanya!
Keluarga saya besar. Saya nak jauhkan masalah.
Saya sangat baik budi.
Saya juga terima barang kemas dan batu permata lebih dua karat.
Cemburunya!
Gembiranya!
Selamat tinggal. Berseronoklah. Semoga kuasa azimat melindungi anda.
Saya rasa lebih lega!
Tumpang tanya.
- Bagaimana awak… - Maaf, Tuan Hansel.
Saya tunggu mereka pergi.
Boleh tuan pinjamkan saya satu azimat tuan?
Saya anak yatim dan adik saya jatuh sakit.
Saya tak mampu dapatkan doktor, jadi azimat tuan sahaja harapan saya.
Tidak.
Masalahnya, sihir azimat ini tak berkesan pada kanak-kanak.
Jadi, apa patut saya buat?
Saya ada syiling emas ajaib.
Dapatkan doktor dan beli barang keperluan awak berdua dengan syiling ini.
Terima kasih banyak, Tuan Hansel.
Tetapi ingatlah,
jika awak beritahu sesiapa bahawa saya berikan syiling ajaib ini,
syiling ini menjadi debu.
Kami takkan beritahu sesiapa. Terima kasih.
Sekarang apa pula?
Hansel.
Gretel?
Adik!
Awak ditahan.
Berhenti!
Angkat tangan!
Tolonglah, adik. Jangan layan keluarga awak begini.
Mari duduk, minum teh dan bertanya khabar.
Saya akan pergi jerang air.
- Saya takkan tertipu. - Kenapa awak nak tahan saya?
Karpet terbang saya bermasalah? Karpet itu terbang semasa dijual.
Adakah jin tak keluar dari botol?
Mungkin arah gosokan awak salah.
Berhenti di situ.
Perjumpaan keluarga gagal.
Tangkap dia!
Selamat tinggal, adik.
Aduh, sakit! Tolonglah!
Saya berhak menghantar satu pesanan burung merpati.
- Menurut undang-undang. - Awak juga berhak untuk diam!
Selamat datang! Adakah pemuda ini takut rambutnya dipotong?
Pemuda ini mahu gaya rambut yang akan membuka dunia dalamannya.
Itu kata laluannya.
Hebatnya tempat ini.
Awak benar-benar bekerja di tempat ini?
Hei. Hati-hati, penyapu jenis itu tak boleh diduga.
Gandakan kekangan, letakkan dua bola besi.
Ya, Ejen Gretel.
Kamu berdua, dengar nasihat ini. Angkut suspek jeli dengan tab kedap udara.
Kami akan baiki kelemahan itu.
Selamat pagi.
Saya Ejen Ibu Tiri, Ketua Agensi Kawalan Sihir Rahsia.
Selamat berkenalan.
Saya Hansel, orang yang jujur dan tidak bersalah.
No comments yet. Be the first to leave one.