The first 200 lines.
Kita di minit terakhir masa tambahan.
AFC Richmond dan Nottingham Forest seri dengan dua gol.
Obisanya mengubah permainan. Dia mencari Rojas, yang tak dihalang.
Oh!
Penalti!
Peluang besar untuk Greyhounds mengubah kedudukan seri.
Hantaran yang bagus, Sam!
Ayuh, Dani!
- Ya! - Bagus.
Kelegaan untuk Colin Hughes yang silap menyamakan kedudukan dengan Forest.
Richmond telah memulakan musim ini dengan tujuh seri berturut-turut…
dan jika permainan ini berakhir dengan seri, mereka akan menyamakan rekod,
yang kini merupakan seri antara Southampton dan Swansea.
Chris, awak boleh bayangkan
memulakan musim dengan tujuh seri berturut-turut?
Saya boleh bayangkan, Arlo.
Sebab otak kanan saya lebih dominan dengan bakat untuk membayangkan.
Boleh saya berdoa?
Ya, dah tentu. Tapi untuk Tuhan mana dan dalam bahasa apa?
Awak patut silangkan jari, buat hajat.
Itu yang sepatutnya.
Para peminat setia Richmond, yang berdepan pelbagai peristiwa,
masih terus menyokong pasukan.
Terus jaga dia.
Teruskan. Ya!
Keadaan sunyi di Jalan Nelson…
Tanpa maskot Richmond yang dihormati,
Earl Greyhound, melolong untuk beri galakan.
Adakah Dani Rojas akan berikan kemenangan pertama mereka musim ini?
Tolonglah.
Ayuh, Dani.
Bola sepak adalah segala-galanya.
- Tidak. - Oh Tuhan.
Saya sumpah bukan itu yang saya harapkan.
Makhluk malang itu. Ia tragedi.
Perubahan situasi yang teruk.
Awak tak rasa orang lain akan benci kita disebabkannya, bukan?
Ia memang insiden yang teruk,
tapi saya rasa salah satu kelebihan berada di divisyen lebih rendah sekarang
adalah bukan semua perlawanan ditayangkan dalam televisyen.
Ya, tapi, Higgins, Internet.
Betul, Internet yang tak guna.
Twitter jadi huru-hara. Lihatlah.
Oh Tuhan. Kita buat Michael Jordan menangis?
- Awak dah tulis kenyataan untuk Ted? - Ya, dah.
Tapi dia akan cakap "Jangan takut, Boba Fett." Dia akan uruskannya.
Okey.
- Jurulatih! - Baiklah, Marcus,
- apa awak ada untuk saya? - Jurulatih Lasso,
apa pendapat awak tentang usaha pasukan hari ini?
Saya rasa semua orang bermain sepenuh hati, khususnya Sam.
Semakin bagus dalam setiap permainan.
Dia sangat membantu kami mengisi tempat kosong yang Roy Kent tinggalkan.
Awak rasa berapa banyak perlawanan lagi akan berakhir dengan seri
sebelum awak akan mula risau?
Marcus, ada dua butang yang saya takkan tekan, okey?
Ia butang "panik" dan "tidur sekejap".
Siapa lagi?
Bagaimana dengan awak di sana?
- Trent Crimm... - The Independent.
Awak ada apa-apa komen tentang Earl, anjing yang Dani Rojas bunuh hari ini?
Trent Crimm, bertanya soalan sukar.
Ya.
Semasa saya tiga tahun, saya diserang anjing jiran kami.
Saya tak ingat ia berlaku, tapi ibu saya cakap ia agak...
agak menakutkan.
Saya ingat saya takut kepada anjing sepanjang saya membesar.
Jika saya di rumah kawan untuk parti bermalam atau sesuatu,
mereka perlu letak anjing keluarga di luar atau saya akan menangis dengan teruk.
Kemudian semasa sekolah tinggi, jiran kami, En. Grady, isterinya mati.
Dia sangat sedih tentangnya, seperti yang kamu dapat bayangkan,
dan dia abaikan anjing mereka.
Anjing sama yang gigit saya. Namanya Hank.
Kemudian saya mula menjaganya.
Beri ia makan, bawa ia bersiar-siar, main campak ambil, semua yang menyeronokkan.
Akhirnya, anak En. Grady pindahkan ayahnya ke rumah penjagaan,
dan dia tanya jika saya nak jaga Hank, dan saya jawab, "Ya. Sudah tentu."
Kemudian lebih kurang setahun kemudian kami terpaksa tidurkan Hank.
Kelakar apabila fikirkan tentang perkara dalam hidup…
yang buat kita menangis dengan kewujudannya,
dan boleh jadi perkara sama yang buat kita menangis
selepas ia tiada.
Saya rasa sesuatu seperti itu muncul dalam hidup kita…
untuk bantu kita bertukar dari satu tempat ke tempat lebih bagus.
Saya harap kita bantu Earl buat begitu.
Kami akan sangat rindukannya di sini. Ya.
Bagaimana keadaan Dani?
Saya belum tahu,
tapi saya harap dia tak terlalu tegas dengan diri sendiri.
Dah 20 minit dia begitu.
Dia akan habiskan semua air panas.
- Ya. - Ya, betul cakap awak.
Hei, Dani. Apa yang awak buat?
Hilangkan kematian daripada saya.
Saya cadangkan awak gunakan sedikit sabun.
Bantu dapatkan rehat abadi dari tempat yang sukar dicapai.
Terima kasih, jurulatih.
Jangan lupa, bola sepak adalah segala-galanya, bukan?
Saya tahu. Ia pernah jadi segala-galanya.
Saya tak tahu.
Okey, baiklah, semua,
mari beri Dani sedikit ruang, okey?
Kamu boleh mandi di rumah, bukan?
Jurulatih, jika awak tak kisah,
ada antara kami yang lebih suka mandi lebih lama di rumah.
Ya.
Ya, tak, okey, boleh juga begitu.
Oh, dan hei, permainan yang bagus tadi.
Kamu kalahkan mereka dari awal hingga akhir perlawanan.
Jangan risau, kita akan menang tak lama lagi.
Jumpa kamu Isnin nanti, ikan emas.
Ikan emas?
Maksudnya lupakan kesilapan dan kegagalan kita dan teruskan hidup.
Tapi saya tak buat silap. Awak yang main dengan teruk.
Hei, Jan Maas bukan bersikap biadab.
Dia cuma jadi orang Belanda.
- Ya. - Betul.
PEMINAT SETIA AWAK FIKIR AWAK AKAN RASA IA KELAKAR
Semua mata seri itu salah saya.
Ia balas dendam untuk perlawanan Man City.
Saya memang harapkan seri,
dan sekarang polis karma tunaikannya
untuk tunjukkan kepada saya apa saya dapat apabila masuk campur.
Pasukan bermain dengan baik, Ted, hanya tak bernasib baik, itu saja.
"Tak bernasib baik." Ya. Saya suka cara awak gunakan perkataan itu.
Di negara saya, jika pasukan main dengan teruk, kami tak gelar ia bernasib malang.
- Apa gelaran mereka, jurulatih? - New York Jets.
- Itu gelarannya. - Hei, jurulatih.
Maaf mengganggu. Boleh saya balik awal hari ini?
Tapi sebahagian daripada tugas awak adalah tunggu hingga seluruh pasukan balik.
Tak, ya, sudah tentu. Cuma, ia hari lahir ibu saya yang ke-50...
Oh.
Ibu awak bermain di kedudukan apa dalam pasukan kita?
Tak mengapa, Will. Ucapkan selamat hari lahir untuk ibu awak daripada kami,
dan jika dia nak cuba uji bakat untuk pasukan ini, dia dialu-alukan.
Baiklah.
Awak perlu terus mendesak.
Tekanan akan hasilkan mutiara, bukan?
Sekejap, itu salah.
Ia berlian... Aduhai! Saya salah.
Tak, awak tak salah. Awak cuma...
- Tak bernasib baik. - Ya!
Terima kasih.
Peliknya.
Kita terima penghantaran makanan daripada musuh di Kelab Bola Sepak Brentford.
Baguslah. Makanan apa?
Thai.
Saya faham sekarang.
- Helo, semua. - Ted!
Awak nak minum koktel, Jurulatih Lasso?
Jawapan sama kepada Diane Sawyer
jika dia ajak keluar berjanji temu, "Ya."
Aduhai!
Bagaimana keadaan awak?
Keeley, saya rasa seperti
lebih teruk daripada orang yang kalah dalam pertandingan The Biggest Loser.
Lihatlah sisi positif, Ted.
Kita masih tak pernah kalah.
Okey. Terima kasih.
Bagaimana keadaan Dani?
Dia agak terkejut,
tapi Dani seperti pita ukur yang mahal.
- Dia pulih semula dengan cepat. - Ya.
Bagaimana dengan pemilik Earl? Dia okey?
- Ya, mujurlah dia okey. - Baguslah.
Ya, dan awak sedang memandang tempat perlindungan anjing paling baru, pemurah,
penderma yang penuh rasa bersalah Richmond.
Istana Barkingham.
Nama yang bagus.
- Untuk Earl. - Untuk Earl.
Untuk Earl.
Okey, saya patut beredar.
Saya janji dengan anak-anak kami akan menonton Empire Strikes Back malam ini,
dan saya perlu tenangkan diri
untuk apabila mereka tanya tentang Luke dan Leia berasmara.
- Oh, betul. - Doakan saya.
Semoga berjaya, Higgins.
Jumpa lagi, Leslie.
- Hei. Semoga berjaya. - Semoga berjaya untuk awak juga.
Baiklah.
- Oh Tuhan! - Dia yang telefon?
- Ya. - Ayuh! Bagus!
Okey.
Hei, siapa dia?
- Kemudian? - Maksud saya…
- Okey, tapi? - Tak. Sudah tentu.
- Bagus, saya bangga dengan awak. - Terima kasih.
Saya boleh bercakap sekarang?
Maaf, Ted. Ia perbualan antara wanita
tentang pelamar lelaki yang keluar dengan saya beberapa kali.
Bagus. Perbualan wanita. Saya faham.
Siapa nama...
Nak berjanji temu bersama minggu depan? Biar dia buktikan keberanian.
- Sudah tentu. - Boleh tanya Roy jika dia ada masa?
- Dia ada masa. Jangan risau. - Okey. Bagus.
Hei, Roy datang menonton perlawanan hari ini?
Tak, dia tak datang. Maaf, Ted.
Tak, jangan risau. Saya yakin dia akan singgah juga nanti, bukan?
Hei, dia tahu dia sentiasa ada tiket menunggu dia di pondok mengambil tiket.
- Ya. - Bagus, okey.
No comments yet. Be the first to leave one.