Hakata Tourism

Hakata Tourism

Download Malay Subtitle

Release info

Hakata Tourism [HKT48 - Suki! Suki! Skip!(DVD Type B)]
A Commentary by EmpatLapan
Sari kata diterjemahkan oleh Empat Lapan

Tags

DVD
Published on: 2018-11-27
Downloads: 8
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Kamu semua sihat, kan? Saya tahu.

Ya, kami disini.

Ahli HKT48 iaitu Nakanishi Chiyori dan Matsuoka Natsumi akan bersama anda.

Kami berada disini kerana...

...kami iaitu HKT48 akan gunakan kelebihan kami untuk tunjukkan daya tarikan Hakata.

Mereka memperkenalkan tempat yang mereka syorkan di Hakata dengan sistem 2 orang ahli.

Dimanakah ahli yang anda minat akan berada?

Pertama sekali ialah duo Nakanishi dan Matsuoka.

Tempat yang kami berdua akan tunjukkan ialah...

Dazaifu Tenman Gu!

Tempat ini terdapat banyak benda yang menarik. -Ia sangat bersejarah.

Tapi mungkin masih ada orang yang belum tahu mengenainya.

Jadi, kami akan tunjukkannya lebih lagi.

Tapi saya rasa ada sesuatu yang kekurangan kalau hanya kita berdua sahaja.

Jadi, bagaimana? -Saya dah jemput seseorang.

Saya dah tak sabar untuk memperkenalkan orang ini.

Jadi, saya akan memanggilnya sekarang.

Dipersilakan!

Apa khabar. Nama saya ialah Ota Aika.

Awak pernah datang ke Dazaifu Tenman Gu?

Tak pernah

Tapi saya tahu mengenai namanya. -Betulkah?

Baguslah kalau macam tu.

Ayuh! Let's go!

Mereka menuju ke kuil bersama Ota yang masih baru di Hakata.

Tenangnya, kan?

Ianya menenangkan.

Saya sangat gembira bila terdengar orang lain cakap ianya menenangkan.

Mereka dapat menghirup udara segar seketika dari kesibukkan hidupan seharian.

Selepas mereka melintasi jalan berdekatan kuil...

Selepas kita melepasi pintu Hyouden?...

Hyouden? -Sebenarnya Honden.

Kita akan sampai ke kuil utama.

Ia sememangnya kaki kiri saya.

Nota: Ia adalah kebiasaannya untuk memasuki tempat-tempat suci dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan.

Menakjubkan, pertama kali saya datang.

Mula sekali, mereka pergi menyembah kuil berusia 1000 tahun yang dihormati ini.

Dua kali tunduk, dua kali tepuk, sekali tunduk.

Sedia...

Dah silap. -Tunduk.

Sedia.

Secara tiba-tiba kita ada...

Dazaifu kuiz!

Secara tiba-tiba saja mengejutkan saya.

Tempat ini adalah salah satu kuil utama yang di dedikasikan kepada dewa tertentu.

Siapakah dewa itu?

Siapakah dia?

Dia ialah tokoh sejarah.

Shotoku Taishi

Bukan.

Saya tak tahu sangat pasal tokoh sejarah.

Dah agak. -Himiko?

Baiklah, disebabkan dah tak jadi seperti kuiz lagi. Sila berikan jawapannya.

Sugawara no Michizane-san

Hmm~?

Pertama kali saya mendengarnya.

Semasa di era Heian, beliau juga pernah menjadi perdana menteri.

Beliau diabadikan sebagai dewa Pengetahuan.

Love-tan, sila ingat ya!

Saya selalu datang ke sini kebelakangan ini disebabkan peperiksaan kemasukkan.

Saya tak pandai sangat. Saya sangat risau dan mengambil kelas tambahan.

Keputusan saya lebih kurang D & mereka ingat peluang untuk saya lulus adalah rendah.

Saya fikir pada masa seperti ini, saya hanya boleh harapkan pada dewa ini.

Saya pun berdoa padanya.

Entah macam mana, saya telah lulus dalam kedua-dua peperiksaan sekolah swasta dan awam.

Hebatnya.

Ai-chan lebih baik awak lakukan ini. -Dewa ini sangat hebat.

Hebatnya.

Saya selalu datang kesini bersama 4 orang ahli keluarga yang lain sempena tahun baru untuk melawat kuil.

Saya mungkin ada disini pada awal bulan Januari.

Selepas mengetahui perkara yang penting mengenai kuil ini, mereka menuju ke tempat mereka paling disyorkan.

Mereka menuju ke bukit di belakang kuil utama yang dinamakan Oinari-sama

Oinari atau nama sebenarnya Inari Okami ialah dewa musang, kesuburan, beras, teh dan sake, pertanian dan perindustrian, kesejahteraan dan kejayaan dunia.

Kita masih belum menghampirinya. Ia jauh.

Jauh lagi?

Kaki saya akan lenguh nanti.

Berusahalah mendakinya.

Teruklah kaki saya.

Tenkai Inarisha boleh dikesan kembali ke zaman Kamakura. Ia adalah salah satu Oinari-sama yang tertua di Kyushu.

Seperti namanya, ia membuka syurga yang membawa nasib untuk kekayaan. Ia dikenali sebagai tempat yang berkuasa.

Saya rasa selepas kita melalui sini, kita akan sampai.

Akhirnya.

Mari naik.

Dah sampai.

Kita dah berjaya.

Disini.

Dibelakang kuil utama, terdapat sebuah pondok batu yang didirikan di dalam hutan.Ia adalah kawasan terlindung.

Sekarang mereka akan berdoa seorang demi seorang.

Baik, saya akan pergi dulu.

Ianya menakjubkan.

Bagaimana saya ingin saya berdoa?

Mereka yang berdoa di kuil dalam pondok batu itu akan mendapatkan nasib yang baik dan doa mereka akan ditunaikan.

Jadi, apakah permintaan mereka?

Saya harap HKT48 akan jadi terkenal untuk anugerah artis baru terbaik.

Tolonglah

Ianya menakjubkan. Saya rasa seperti sauna.

Sauna?

...48 menjadi popular. Tolonglah.

Ai-chan, apa pendapat awak?

Ianya pengalaman yang sangat berharga dan ianya kali pertama saya melalui pengalaman seperti ini.

Ianya menyeronokkan.

Ia adalah kali pertama kami dalam kawasan terlindung.

Jadi kami dapat mengetahui perkara yang kami tak tahu.

Adakah anda semua dapat mengenali tempat dengan lebih lagi?

Kalau anda berpeluang untuk melawat ke Hakata, silalah datang ke Dazaifu Tenman Gu.

Seterusnya ialah duo Anai-Kodama. Kemanakah mereka akan membawa kita?

Baiklah, hari ini kami berada di Zoo Bandar Fukuoka!

Zoo Bandar Fukuoka...

...tempat kita berada.

Sebutan saya dah teruk dari awal lagi.

Tapi awak berasal dari Fukuoka. Sepatutnya awak pernah datang lebih dari sekali, kan? -Betul tu.

Masa tadika dahulu awak pernah datang? -Pernah, banyak kali.

Hampir setiap hari. -Setiap hari?

Untuk memperkenalkan kepada seseorang tempat ini dengan lebih lagi...

...kami telah menjemput seseorang.

Sedia...

Sasshi!

Apa khabar.

Fesyen awak sangat bergaya. -Terima kasih. Betulkah?

Sejak dipindahkan ke Fukuoka pernah tak awak melawat disekitar sini?

Langsung tak pernah. Saya tak langsung tak tahu mengenai tempat ini.

Jadi, Sasshi disyorkan datang ke sini.

Anda boleh melihat lebih dari 140 spesis haiwan berlainan di tempat yang popular ini.

Haiwan-haiwan yang cantik ini akan membantu mengurangkan masalah anda.

Oleh itu, sila iringi kami dengan penuh bersemangat!

Baiklah, mula sekali Saya, Kodama akan membawa kamu dahulu.

Hari ini saya agak haniki. -Eh, Hanikiru?

Harikiru(bersemangat) -Terujanya.

Berbalik kepada tujuan asal. Mula sekali Haruppi akan bawa ke tempat yang disyorkan olehnya.

Saya mempersilakan, gajah!

Gajah dalam bahasa Jepun ialah 'Zou'. Anda juga boleh gunakan 'zou' dihujung ayat yang tidak formal.

Gajah tak ada. -Mungkin ia tak ada diluar.

Haruppi, gajah tak ada.

Itu lagi... Lawak itu lagi.

Gajah tak ada.

Disitu! Menakjubkan.

Tengok sini!

Secara tiba-tiba... Kuiz haiwan!

Dari segi bahagian badan manusia, Belalai gajah ialah?

Hidung, kan? -Bukan, ia adalah ruang antara belalai dan bibir atasnya.

Macam ini. -Bahagian ini lebih panjang dari biasa, kan.

Betul tu.

Dengan itulah yang membolehkan ia makan.

Saya faham, menakjubkan. Saya tak tahu sebelum ini.

Selepas mereka melihat rupa gajah Haruppi yang berharga itu. Mereka terjumpa benda lain pula.

Ini adalah... jumlah najis seharian.

Ia sebanyak ini? -40 kilogram.

40kg bukankah seberat Aoi? -Mungkin juga.

Aoi keluar dari gajah seharian.

Setiap hari, seorang Aoi keluar dari gajah.

Selepas membuat lawak mengenai rakan yang tidak ada...

...mereka menuju ke haiwan yang paling popular di zoo ini.

Tahukah anda, apakah haiwan itu?

Dah sampai.

Sasshi, tahu tak apakah ia?

Ini ialah Orang utan, kan?

Betul.

Menakjubkan.

Ia kelihatan misteri. Tak macam makluk yang sebenar.

Kita ke atas pula, dimana kita boleh melihatnya dari sana.

Mereka akan dapat melihat Orang Utan dari sudut yang lain pula.

Kenapa? -Hebatnya!

Apa yang menarik perhatian Sasshi ialah...

Ia macam berkata, "Saya ada disini"

Ia buat saya seram. Hebat.

Terdapat banyak tali yang diikat antara dua menara itu.

Rahsia populariti zoo ini ialah pengunjung dapat melihat haiwan yang lebih dekat dengan habitatnya.

Selepas melihatnya secara dekat...

Tengok tu, hebatnya!

Kamu nampak tak sebentar tadi, hebatnya.

Tapi, ia takkan buat macam itu

Orang-abang.

Selepas puas berseronok di bahagian mamalia mereka ke tempat yang disyorkan Chihiron pula.

Terdapat haiwan yang ingin beliau melihatnya.

Baik, open. Apa khabar.

Sasshi merasakan sesuatu yang buruk mengenainya.

Apa yang terdapat dibelakang tirai itu adalah...

Apakah ia?

Saya nak keluar dari sini!

Warnanya sangat cantik

Ia adalah zodiak cina untuk tahun ini iaitu ular...

...tambahan lagi ia ular Burma yang berwana emas.

Disebabkan ia peluang yang jarang didapati mereka dibenarkan menyentuhnya.

Awak ingin mendukungnya?

Namun, Chihiro pula...

Bagaimana? -Berat.

Tak pernah saya lihat Kyappu gembira macam ni.

Ia comel, kan.

Kyappu, awak suka reptilia, kan?

Ya , saya suka. Cicak saya suka juga.

Hari ini pastinya hebat bagi awak. Mari pergi Haruppi.

Saya tak boleh menghadapinya.

Bye bye. -Kamu tunggulah dulu!

Jumpa lagi.

Kini minat Kapten Team H yang pelik telah didedahkan. Tempat seterusnya pula...

Lehernya panjang.

Lehernya panjang, kan. -Zirafah.

Sebenarnya, kamu dapat memberi ia makan.

Bukan selalu kamu dapat memberi Zirafah makan, kan.

Seperti yang dikatakan, mereka akan mengambil cabaran untuk memberikan Zirafah makan.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left