Endless Love

Endless Love (끝없는 사랑)

Download Malay Subtitle

Specials

Release info

Endless Love E11 140726
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami untuk subtitle terbaru : malaysub.com

Tags

other
Published on: 2016-03-06
Downloads: 26
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Saya akan pergi.

Jadi bawa saya pergi.

Kali ini bukan tentang tuan.

Masalah sekarang ini ialah perempuan itu.

Apa yang awak cakap ini?

Cepat simbah asid pada muka perempuan itu!

Apa?

Jangan!

Lepaskan saya!

In Ae! Hentikannya!

In Ae!

- Cepat! - In Ae!

In Ae.

In Ae, jangan sentuh.

Mungkin bengkak sedikit kepala kamu itu,

tapi bila sudah surut nanti, kamu sudah boleh berlakon balik.

Doktor baru saja datang tadi.

Tapi betulkah kamu berminat sangat

dengan anak lelaki perdana menteri itu?

Kenapa kamu tak beritahu saya dari awal lagi?

Yalah. Saya bertindak bodoh

dan hampir dipukul dengan batu tadi.

Apa yang kamu fikir sampai mahu ikut dia?

Mereka mahu bunuh kamu. Kamu hampir dibunuh tadi.

Tapi macam mana kamu tahu saya ada di situ?

Anak perempuan perdana menteri...

Aduh.

Tak apalah. Kamu tidur dan berehatlah.

Jangan sentuh.

Masih tak pergi lagi?

Buat apa lagi tunggu di sini?

Kenapa menangis?

Saya mahu minta maaf daripada Seo In Ae bagi pihak abang saya.

Minta maaf?

Minta maaf?

Siapa sebenarnya samseng dalam keluarga awak itu?

Mak awak atau ayah?

Mari kita pergi. Saya panggil teksi untuk awak.

Saya bercakap.

Baguslah itu.

Gunakan apa-apa pun cara yang ada sekarang

untuk musnahkan imej perempuan itu.

Awak tak tahu buat macam mana?

Dia itu seorang pelakon.

Gunakan media dengan sebaiknya.

Gunakan media untuk kuburkan imej perempuan itu selamanya.

Bagus macam itu.

Beritahulah apa sebenarnya yang sudah berlaku.

- Cik tahu tak kenapa cik diserang? - Cik ada terima apa-apa ugutan?

Siapa tak puas hati dengan cik?

Cik kenal sesiapa yang sanggup buat macam ini?

Cik, tolonglah komen sedikit.

Cik, janganlah berdiam saja.

- Cik, boleh beri komen? - Cik, boleh beri komen?

Cik, beritahulah kami.

Habislah.

Kita sudah musnah sekarang!

Saya sudah gadaikan syarikat dan laburkan segalanya.

Tapi bekas juvenil ini sudah rosakkan segalanya.

- Apa yang sudah jadi? - Dia cedera teruk,

tapi kita boleh teruskan penggambaran bila dia sudah pulih.

Biar betul.

Tapi apa gunanya kita teruskannya lagi?

Pihak penaja mahu tarik diri.

Habislah kita!

Bukan, saya seorang saja yang rugi nanti!

Siapa yang berani sangat menyerang Seo In Ae?

Kita sudah kenal sangat Seo In Ae macam mana.

Dia mampu menjaga diri dia sendiri.

Mesti dia ada masalah dengan teman lelaki yang sangat rumit.

Semuanya sudah berakhir. Imej In Ae sudah tercalar.

Syarikat kita pun akan rugi nanti.

- Encik pengurus. - Ya.

Hubungi peguam.

Selain daripada upah penggambaran,

dia kena bayar ganti rugi kepada kita juga.

Saya sudah cakap kita masih boleh teruskan.

Lupakan saja tentang itu, Pengarah Im.

Kalau sudah keluar artikel ini,

masuk akalkah dia tak datang atau tak dapat dihubungi, mak cik?

Dia cuma mahu berjauhan dari rumah buat sementara waktu

sebab wartawan-wartawan itu saja.

Siapa cakap?

Kwang Cheol yang cakap macam itukah?

Kalau terdesak sangat, kamu pergi cari dia sendiri.

Jangan menjerit pada mak cik pula.

Pejabat sekuriti kebangsaan.

Baiklah.

Jelaskan kepada saya.

Saya mahu pergi sekarang dan siasatnya sendiri, tuan.

- Sudah tentulah. - Saya minta maaf.

Kamu seperti akan memberontak kalau saya tak benarkan kamu pergi.

Kamu lebih degil daripada saya.

- Pergilah sekarang. - Terima kasih.

Tuan, saya dah dapatkan kayu api.

- Baguslah itu. - Bila kerja kita ini akan siap?

- Tunggulah sekejap lagi. - Cepat, hidupkan api itu.

- Tunggu sajalah! - Saya sudah lapar!

- Mari pergi bilik air. - Baik.

- Ke arah sana, bukan? - Ya.

- Sudah boleh makan. - Api itu semakin marak.

- Tunggu sekejap. - Sekejap lagi.

Tunggu sekejap, saya pun nak pergi juga.

Yalah.

Sembuhkan diri kamu dulu buat masa ini.

Aduhai.

Apa pun, mesti abang saya

marah lepas dia baca artikel itu.

Saya tak mahu dia nampak saya macam ini.

Siapa yang mahu macam itu.

- Saya sedih. - Tak perlu sedih.

Bukannya kamu minta untuk jadi popular di seluruh dunia.

Saya masih lagi tak kenal dunia.

Kamu belum lagi beritahu saya sesuatu.

Kenapa kamu jumpa anak perdana menteri itu?

Pengawal-pengawal dia yang buat kerja ini pada kamu.

Sama ada kerja dia atau kerja mak dia.

Kenapa kamu terkejut?

Nasib baik adik perempuan dia beritahu saya.

- Ini memang kerja mak dia. - Tolonglah.

- Buat tak tahu saja. - Kenapa?

Isteri perdana menteri itu menakutkan sangatkah?

- Kwang Cheol! - Saya cuma mahu tahu kenapa

kamu diserang sebab anak lelaki perdana menteri itu.

- Sebab abang sayakah? - Apa?

"Hei, Han Kwang Hoon. Bukan abang saja boleh"

"berkawan dengan orang ternama. Saya pun boleh."

Macam itukah, In Ae?

Anggap saja yang saya rasa macam itu.

- Apa? - Anak perempuan dia

sukakan kamu. Kamu tahu tak?

Apa yang kamu mengarut ini?

- Masuk akalkah itu? - Mestilah.

Kuat sangatkah kepala kamu itu terhentak?

Kalau kamu jatuh cinta, sayalah orang yang paling bahagia.

Saya akan sokong kamu sepenuhnya.

Apa?

Tak habis-habis mengarut.

- Tarik balik. - Kamu malukah?

Malu?

Saya koyakkan mulut kamu itu nanti.

Abang takkan maafkan dia.

Walaupun dia mak abang, abang takkan maafkan dia.

Takkan! Abang takkan maafkan!

Cukuplah itu.

Hentikan semua ini demi Seo In Ae.

Mak akan bawa abang pergi ke Amerika esok.

Ikut saja cakap mak demi Seo In Ae. Itu yang terbaik.

Mak sudah makin tak terkawal sekarang.

Abang tak boleh kalahkan mak.

Pergilah untuk jamin keselamatan Seo In Ae.

Tak mahu. Abang boleh menang.

Kalau macam itu, abang berhentilah untuk ayah kita.

Kamu mahu buat sidang akhbar dengan muka yang macam itu?

- Kenapa? - Untuk tinggalkan bukti.

Bukti apa pula ini?

Bukti yang orang kejam memang wujud

dalam dunia yang kita tinggal sekarang.

Saya mahu tunjuk semua itu.

Siapa yang akan percaya nanti?

Saya dengar syarikat produksi mahu saman kamu.

Jadi boleh tak kamu rompak bank untuk saya?

Baiklah.

Saya akan minta Abang Kwang Hoon rompakan bank juga.

Walaupun bergurau, dia mesti takkan setuju, bukan?

Jangan ketawa. Buruk muka kamu itu.

Buruk sangatkah muka saya ini sampai tak sanggup tengok?

Tak adalah. Yang asal sudah cukup cantik.

- Kamu akan pergi? - Ya.

Kalau saya pergi, mak takkan kacau Seo In Ae lagi.

Laporan tentang dia semua direka.

Mereka cuma tulis apa yang diberitahu saja.

- Abang. - Walaupun semuanya mati,

pihak media akan terus bercerita juga.

Tak perlu berangan untuk menjadi calon presiden.

Pergi ulang kaji pelajaran.

Tunggu waktu kamu tiba nanti.

Tolong jangan calarkan maruah Seo In Ae lagi lepas ini.

Jangan mereka cerita lagi.

Tarik balik semua itu sebab mak yang rekanya.

Itu bergantung pada kelakuan kamu.

Saya akan balik lepas menemani Tae Kyung.

Saya akan jumpa dengan Big Bear.

Kalau awak masih berusaha untuk

jadikan abang sebagai presiden, awak berhenti sajalah.

Saya tak pernah lupakan impian itu walau untuk sesaat selama ini.

Untuk mencapainya, tangan ini sanggup buat apa saja yang boleh.

Penyakit awak itu memang tak boleh dirawat oleh sesiapa.

Masih lagi belum terlambat. Mahu balik tak?

- Itu Seo In Ae! - Dia sudah sampai!

- Cepat. - Ambil gambar dia.

Cik Seo In Ae, kenapa awak diserang dengan teruk?

- Beritahulah kami. - Tolong beri komen.

Tolong beri komen.

Artikel tentang saya itu telah direka.

Artikel itu menjadi benar

sebab awak semua melaporkan apa yang diberitahu.

Saya telah menjadi mangsa fitnah dan dijadikan kambing hitam.

Jadi beritahulah kami hal sebenar.

Dunia ini tak boleh terima hal sebenar.

More Malay subtitles for Endless Love

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left