Mare of Easttown

Mare of Easttown

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Mare of Easttown S01E04 PROPER WEBRip x264-ION10
A Commentary by ShasyaLala
HBO Retail.

Tags

webrip
web
x264
BRip
Published on: 2021-05-10
Downloads: 16
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Mare?

Mare, kamu balik awal hari ini...

atau kerja lebih masa?

Ya, saya balik awal hari ini.

Okey, mak akan panggang ayam.

Drew, ucap selamat jalan kepada nenek kamu.

- Selamat jalan, nenek! - Okey, jumpa nanti!

Jumpa nanti, mak.

Dalam kenangan Detektif Edward Fahey

Suami Helen, bapa Marianne, pelindung sejati

Ambillah.

Kalau saya minta lagi, halau saya.

Awak dah beritahu keluarga awak?

Perlukah saya beritahu?

Awak boleh pura-pura pergi kerja setiap hari.

Ketua suruh saya...

jumpa pakar terapi kemurungan semasa saya digantung kerja.

Saya tahu bukan itu yang awak mahu.

Tapi mungkin elok juga awak berehat.

Katie Bailey, Erin.

Keluarga awak risaukan awak.

Awak dah jarang berbual.

- Awak tak sebut tentang dia... - Anak saya bunuh diri, Lor.

Maaflah kalau saya dah tak ceria.

Sebenarnya, awak tak pernah ceria.

Awak jauhkan diri daripada semua orang.

Termasuk awak?

Saya takkan benarkan.

Ini dia, dua sudu krim tanpa gula.

Selamat pagi, tuan.

Hauser.

- Apa awak buat di sini? - Selamat pagi, Zabel.

Tutup pintu.

Apa yang dah berlaku? Di mana Mare?

Dia berehat sebentar daripada kes McMenamin.

Dia perlu masa untuk uruskan hal peribadi.

Awak akan mengetuai kes ini.

Detektif Hauser akan bantu awak.

Keputusan DNA dah keluar pagi ini.

Frank Sheehan bukan ayah bayi itu.

Dylan Hinchey juga bukan.

- Ayahnya pasti orang lain. - Tentulah.

Kalau perlu apa-apa, saya ada di pejabat saya.

Itu untuk saya?

Ya, ambillah.

Ada kopi susu?

Dapur di sebelah sana.

Arnab dan adiknya...

Oh, Tuhan.

- Hidung besar. - Oh, Tuhan.

Dua kaki.

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 jari kaki.

Kenapa mak dan ayah layan dia begitu?

Layan dia macam mana?

Cium, peluk dia, ketawa dengan dia.

Dia bukannya keturunan kita.

- Bukannya salah dia, D. - Dia masih kecil.

Kita kena jaga dia.

Bawa dia keluar dari sini.

- D, bawa bertenang. - Dylan, berhenti.

- Bawa dia keluar! - Dylan.

Keluar!

Mari, sayang.

Makan sayur kamu.

Saya tak suka brokoli, nenek.

Mak kamu suka brokoli.

Nenek kata dia akan jadi brokoli kalau tak makan sayur.

Jadi dia makan banyak brokoli.

Brokoli hijau yang besar.

- Helo? - Awak rindu anak awak, Dawn?

Sebab Katie rindukan awak.

Awak dengar?

Awak siapa? Kenapa telefon saya?

Saya nak beritahu awak yang Katie dah sedia untuk pulang.

Kalau Katie ada di situ, saya nak cakap dengan dia.

Tak boleh, Dawn.

Saya tak percayakan awak, kalau Katie ada dengan awak...

- buktikan yang dia masih hidup. - 5,000 dolar.

Saya tiada 5,000 dolar.

Katie perlukan awak, Dawn.

Nanti dulu. Jangan letak, tolonglah.

- Nanti saya telefon lagi. - Helo?

Helo?

- Hei. - Hei.

Kita ada mesyuarat keluarga.

Apa?

Drew.

Nah.

iPad nenek.

Bawa ke bilik kamu, mainlah permainan, okey?

Tutup pintu.

- Mak. - Ya.

Kita ada mesyuarat keluarga.

Mesyuarat keluarga apa pula?

Mesyuarat keluarga di ruang makan, okey?

Saya curi dua paket heroin dari bilik bahan bukti di pejabat...

dan saya letakkannya di dalam kereta Carrie...

dengan harapan dia ditahan sebab memiliki dadah.

Tapi sebaliknya pula yang berlaku. Ketua saya tahu itu perbuatan saya.

Jadi saya digantung kerja.

Oh Tuhan, Marianne.

Mak tak tahu apa nak cakap.

Sekejap, mak dah tahu.

Kamu memang dungu!

Dungu betul!

Teruk betul perangai kamu!

- Terima kasih, mak. - Carrie tahu kamu yang buat?

- Dia tak boleh membuktikannya. - Mujurlah.

Kalau tak, kita akan kehilangan Drew.

Nak cakap apa-apa?

Nenek dah cakap semuanya.

Tapi memandangkan kita sedang berkongsi cerita...

saya dah berpisah dengan Becca tadi.

Kamu ada orang lain?

Tak, cuma kami dah tak sehaluan.

Mak bersimpati.

Mak nak cakap apa lagi?

Macam ada sesuatu yang mak nak katakan.

Tiada.

Cuma terfikir apa nak buat terperuk di rumah seharian dengan kamu.

Dr. Graham?

- Mare Sheehan. - Hai.

Mesti doktor ada ramai pesakit polis.

Saya ada pesakit polis dalam beberapa tahun ini.

Kes yang sukar?

Mereka tak mahu berada di sini. Mereka rasa tak perlu dibantu.

- Tapi kebanyakannya... - Saya cuma nak cakap...

doktor tak perlu risau hal itu dengan saya.

Saya akan sentiasa datang tepat pada masanya.

Baguslah begitu.

- Awak datang awal sebenarnya. - Macam mana prosesnya?

Saya datang, kita berbual tentang masalah...

doktor hantar laporan kepada jabatan menyatakan saya beri kerjasama.

Selepas beberapa minggu, kita dah selesai?

Begitulah, lebih kurang.

Okey. Cuma...

sebelum kita mulakan...

saya tak mahu doktor rasa terkilan pula.

Terkilan?

Terkilan kalau tiada hasil yang memberangsangkan.

Masalahnya bukan pada doktor. Tapi saya dah pernah jalani terapi.

Saya dan suami pernah jumpa kaunselor perkahwinan.

Macam mana hasilnya?

Kami bercerai.

Itulah maksud saya.

Saya faham...

perkara ini boleh membantu sesetengah orang.

Ada seorang polis tak guna pernah kerja dengan saya, Sweeney.

Dia sedang meronda pada satu malam.

Tapi dia terlanggar seorang wanita hingga wanita itu terbunuh.

Kejadian itu amat menjejaskan dia.

Jadi dia jumpa pakar terapi dua bulan kemudian.

Dia berhenti kerja, bela anjing...

peluk isterinya sepanjang masa.

Sekarang, dia jadi pemandu taman di Valley Forge.

Dia sangat gembira.

Cuma sayalah masalahnya.

Belum okey lagi.

Ya.

Betul.

Saya cuma nak doktor tahu...

supaya doktor tak kecewa...

kalau tiada hasil yang hebat.

Faham.

Apa kata kita cuba dulu?

Rawatan bermula.

Paderi Mark.

- Detektif Zabel. - Helo.

Hai.

Saya cuba hubungi awak beberapa hari ini.

Awak dapat pesanan suara saya?

Saya ada dapat.

Maaflah, sibuk sikit di gereja.

Saya fikir awak nak mengelak daripada saya.

Bukan begitu?

Boleh saya bantu, detektif?

Saya cuma nak tanya beberapa soalan...

tentang sebab awak dipindahkan ke St. Michael.

Maaf, saya tak boleh bantu.

Semua pemindahan paderi Augustin diuruskan oleh pejabat wilayah.

Lebih spesifik lagi, tentang aduan salah laku seksual...

yang difailkan ke atas awak di kariah sebelum ini...

oleh ibu bapa kepada gadis berusia 14 tahun.

Saya diarahkan oleh ketua biskop...

supaya tak bercakap tentang kes itu.

Paderi, saya seorang Katolik. Saya cuba menyebelahi awak.

Tapi awak faham keadaan saya, bukan?

Orang terakhir...

yang bercakap dengan Erin McMenamin pada malam dia dibunuh...

berkemungkinan ada hubungan sumbang mahram dengan gadis lain.

Ketua biskop dah siasat insiden itu...

dan dia percaya tiada apa-apa yang berlaku.

Tiada apa-apa.

Apa yang saya patut percaya?

Awak kena sahihkan cerita awak, Mark.

Kalau saya dapat maklumat tentang masa silam awak...

tak lama selepas itu, semua orang di sini pun akan tahu.

Terima kasih.

Saya ambil masa untuk sedar hal ini.

Hakikatnya, mungkin saya bukanlah penulis yang bagus.

More Malay subtitles for Mare of Easttown

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left