I Swear

I Swear

Download Malay Subtitle

Release info

[๐—–๐—ผ๐—ณ๐—ณ๐—ฒ๐—ฒ๐—ฃ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ผ๐—ป] ๐—œ ๐—ฆ๐—ช๐—˜๐—”๐—ฅ (๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ) ๐—ก๐—™๐—ซ ๐—ช๐—˜๐—•
A Commentary by Coffee_Prison
๐‘๐„๐“๐€๐ˆ ๐๐„๐“๐…๐‹๐ˆ๐— >> ๐ŸŽ๐Ÿ:๐ŸŽ๐ŸŽ:๐Ÿ‘๐Ÿ’ *๐˜›๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ซ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต๐˜ข ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜•๐˜ข๐˜ซ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ž ๐˜ก๐˜

Tags

webdl
Published on: 2026-08-02
Downloads: 26
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Tuan-tuan dan puan-puan,

saya jemput anda semua pergi ke Dewan Utama.

Awak nampak hebat. Awak sangat kacak. Sungguh.

Saya tak bolehlah, Dottie. Tak bolehkah kita ambil lain kali?

- Mereka boleh hantarkannya ke rumah saya. - John, ini MBE, bukan piza.

Awak dianugerahkan salah satu pengiktirafan tertinggi

yang boleh diterima.

Maaf, mana pintu keluar?

Terus di hujung lorong.

- Baik. Saya pergi dulu. - John!

- John. - Saya akan memalukan diri, Dottie.

Nanti saya cakap bukan-bukan.

Tiada apa yang awak boleh cakap yang dia tak pernah dengar.

Dia wanita terunggul dunia. Dialah ibu. Dialah nenek.

Dia Ratu United Kingdom, Dottie.

Davidson, hentikan ini sekarang dan dengar sini, okey?

Awak berada di sini sebab awak layak berada di sini.

Awak layak dapat gelaran ini

sama macam orang lain di istana ini.

Majlis dah mula.

Baiklah, pergi cop tempat duduk kita.

- Tak. Saya tak boleh buat, muktamad. - Davidson!

- Tuan-tuan dan puan-puanโ€ฆ - Pergi masuk ke sana sekarang,

dan buat kami bangga.

Pergilah.

Kalau saya cakap mengarut, itu salah awak.

Baiklah, memang sentiasa salah saya.

Berambuslah, Ratu!

BERDASARKAN KISAH BENARโ€ฆ

- Awak tak apa-apa. - Maaf, semua. Maaf. Maaf, puan.

- Hai, Kenny. - Selamat pagi, John. Lewat lagi.

Lalu-lintas sesak, awak tahulah.

Lalu-lintas memang dahsyat. Opal Fruits, sebungkus.

Opal Fruits, sebungkus, baiklah.

Selamat pagi!

Apa khabar?

- Hai, John. - Hai, En. Greig.

Nanti sakitlah belakang awak.

Saya tak apa-apa, En. Greig.

Kilatkan but untuk perlawanan penting, John?

Ya. Saya sapu pengilat kasut dan sebagainya.

John, mak nak bawa kamu beli-belah selepas main bola sepak.

Mak ada syif pendek.

Jumpa di hentian bas selepas permainan tamat.

- Wajibkah? - Ya, wajib.

Lagi dua minggu kamu nak masuk sekolah ternama.

Pagi ini ayah kerja di rumah berdekatan padang.

- Mungkin ayah singgah tengok kamu main. - Baguslah.

Ayuh! Pergi serang mereka! Ayuh, lekas.

Main sungguh-sungguh. Begitulah.

- Oh, Tuhan! - Pengadil!

Jangan rebut bola di kotak penalti!

Di luar kotak penalti! Apa yang awak buat?

- Teruk sungguh. - Hai, Billie?

Napier hadiahkan satu lagi penalti.

Tak apa. John akan selamatkannya.

Mantap.

Ayuh, John!

- Ayuh, Johnny. - Ayuh, Johnny.

Ayuh, Johnny.

Ya! Bagus, John!

Bagus tangkapan kamu, bagus!

Bagus. Ya. Begitulah. Bertenang, semua.

Bertenang. Kita masih ada masa.

KEDAI SOUTERS DAN ANAK-ANAK

Mari.

KEMBALI KE SEKOLAH! KELENGKAPAN SEKOLAH BAHARU ANDA

Billie kata itu penyelamatan penalti terbaik yang pernah dia lihat.

Dia ada kawan di Berwick Rangers.

Masukkan baju kamu, John.

Saya mungkin boleh buat percubaan sebagai penjaga gol profesional.

Rapikan tali leher kamu, John.

Ayah pun nampak. Dia jadi tak keruan.

Dia beri mula beri sorakan dan sebagainya.

Cepatlah.

Macam mana rasanya?

Agak pelik. Agakโ€ฆ

Besar.

Kamu perlukan ruang untuk membesar.

Berdiri tegak sekejap.

Bolehlah itu.

- Boleh salin? - Ya.

Kasut saja yang belum dibeli lagi, John.

- Saya nak pergi memancing nanti. - Baguslah.

Boleh kamu relaks sikit.

Macam mana perasaan kamu nak masuk sekolah ternama?

Agak gementar.

Kamu takkan apa-apa.

Jangan terlalu menonjolkan diri, jauhkan diri daripada masalah.

Belajar rajin-rajin, John.

Tentulah. Saya selalu belajar rajin-rajin.

Selamat datang ke hari pertama anda di Sekolah Menengah Galashiels.

Hari ini mencatatkan ulang tahun.

Permulaan sebuah perjalanan yang akan menentukan diri anda.

Ia akan tentukan apa yang anda akan capai sepanjang hidup anda.

Tanggungjawab saya memastikan anda tinggalkan sekolah ini

dengan potensi yang telah dikembangkan sepenuhnya.

Berkenaan adab dan sikap peribadi anda pula,

saya hanya mahukan standard yang terbaik.

- Faham? - Ya, tuan.

- Hai, Murray? - Hai, John?

- Apa khabar? - Baik.

- Saya ada kentang lebih. - Untunglah.

Kawan-kawan.

Macam mana hari pertama di sekolah ini?

Baik-baik saja.

Siapa nama awak?

Kenapa saya kena beritahu?

Kenapa kena beritahu? Beginilahโ€ฆ

Sebab awak mungkin nak bergambar dengan saya.

Macam mana awak nak bayar untuk itu?

Saya ada kerja hantar akhbar. Saya kaya.

Sudahlah.

Betul. Dia kaya.

Cepat, William. Berusaha sikit.

Tengah hari kamu makan apa, John?

Kentang.

Kentang saja?

- Ya. - Kamu makan kentang dua kali sehari?

Kentang dua kali sehari?

Jaga pemakanan kamu. Jangan sampai naik jerawat.

John. Sos.

Maaf, mak.

Ayah sembang dengan Billie hari ini.

Kawannya daripada Berwick Rangers, perekrut bakat,

dia akan datang tengok kamu jaga gol.

Betulkah?

Tentu disebabkan penyelamatan penalti itu.

Hebat.

"Aku bermimpi tentang tubuh Ledaean"

membongkok di atas api yang malapโ€ฆ

Tentang kisah teguran keras

atau peristiwa remeh

"yang mengubah hari yang polos menjadi tragedi."

"Diceritakan, dan tampakโ€ฆ"

- "Diceritakan, dan tampak seakanโ€ฆ" - John, awak tak apa-apa?

"Nampak seakan dua perangai kita bercampur menjadi suatuโ€ฆ

"Menjadi suatuโ€ฆ"

- "Menjadi suatuโ€ฆ" - John, apa yang berlaku?

Dia terkena renjatan elektrik, cikgu.

John.

Izinkan saya ke tandas, cikgu.

Baiklah. Pergilah dan uruskan hal awak di luar.

Cepatlah!

- Jangan kacau saya. - Buatlah.

- Pergilah! - Sekali saja. Buat sentakan sekali.

- Aduhai. Hentikan. - Jangan. Biar saya buat.

Saya pun boleh buat.

Tengoklah John.

Pergilah.

- Tak nak. - Pergi berambus.

Tengoklah dia.

- Sekolah macam mana, Sharon? - Bagus, ya.

Masih ada kawan sama dalam kelas kamu atauโ€ฆ

Ada berbeza sikit.

PJK paling banyak berbeza. Tapi saya masih adaโ€ฆ

John?

Apa kamu buat?

Tak ada apa-apa. Jangan risau.

Apa benda mengarut ini?

- Entahlah. - Jangan main-main semasa makan.

- Apa halnya? - Saya tak nak cakap pasal ini.

- John. - Sayaโ€ฆ

- John, kamu nak ke mana? - John.

Jangan berani biarkan makan malam kamuโ€ฆ sejuk.

Baiklah, semua, lekas. Sambung makan.

Dia main-main apa?

John, kenapa dengan kamu?

- Tak ada apa-apa. - Jelas sekali ada sesuatu.

Berkelakuan pelik di meja makan.

Sebenarnyaโ€ฆ

Saya mula buat begini dengan leher dan mata saya.

Bergerak-gerak. Tersentak.

Sekarang kamu tak buat pun.

Itu cuma bayangan kamu, John.

Mandi guna air panas dan tidur awal.

Esok pagi kamu akan baik-baik saja.

- Hai, Kerry? - Hai, John?

- Ini mak saya. - Berani awak, ya?

Ajak anak mak cik keluar hari pertama di sekolah baru.

Kami cuma nak tengok wayang.

Filem itu sesuaikah?

- Sesuai untuk umur kamu berdua? - Ya, rasanyalah.

Ada dialog mencarut?

- Rasanya tak ada. - Awak rasa tak ada?

Jadi filem ini pasal apa?

Tentang seorang lelaki yang berpakaian wanita.

Itu bukan permulaan yang bagus, bukan?

- Tak boleh tengok filem itu. - Mak. Aduhai!

Jaga percakapan kamu, Kerry.

Mak cik tak nak kamu buat perkara tak senonoh, okey?

Tuan-tuan dan puan-puan, tayangan malam ini dikendalikan oleh Eric,

yang bekerja keras dalam tugas panas dan melelahkan,

dan tak macam anda, dia tidak sempat

menikmati minuman Kia Ora. Terima kasih.

Hisap anu saya!

Maaf, Kerry.

Maaf, Kerry. Saya tak sedar apa saya buat.

- Maaf, maafโ€ฆ - Lepaskan! Lepaskan saya, lelaki miang!

- Maaf. - Dah pesan jangan buat benda tak senonoh.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle โ€” sync, quality, typos.500 characters left