Season 1

Release info

Like Flowers in Sand S01E11 XviD-AFG
A Commentary by sash35

Tags

XviD
web
720p
720
1080
x265
HEVC
Published on: 2024-01-24
Downloads: 3
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

LIKE FLOWERS IN SAND

- Saya Baek-du. - Jin-su.

I am Ground, mula daripada Du-sik!

- Baek-du, tiga! - Baek-du, Baek-du, Baek-du…

I am Ground, mula daripada Baek-du!

- Jin-su, 3! - Jin-su, Jin-su, Jin-su…

Ayah, boleh saya main dengan mereka sekejap?

I am Ground, mula daripada Jin-su!

- Baek-du, empat! - Ayah?

Kenapa Seok-hui lambat sangat?

Yalah. Kenapa lama sangat dia makan?

Nak dengar cerita hantu sementara kita tunggu dia?

Saya ada cerita. Ada seorang lelaki diterima bekerja di sebuah muzium.

Dia kerja syif malam pada hari pertama dia bekerja.

Pada hari pertama?

Elok berhenti saja.

Jadi malam pun tiba.

Dia naik ke tingkat dua yang gelap dan kosong.

Dia melihat-lihat sekeliling dengan lampu suluhnya.

Mujurlah tak ada apa-apa yang aneh.

Sama seperti muzium lain,

ada barang seramik, peti barang kemas

dan sebuah potret.

Keesokan paginya,

dia bercerita tentang syif malamnya dengan rakan sekerja

lalu pengsan.

Awak tahu kenapa?

Kenapa?

Rakan sekerjanya kata,

"Apa?

Mana ada potret di muzium ini.

Di sini cuma ada tingkap!"

Maknanya bukan potret yang dia nampak.

Dia nampak hantu di luar tingkap.

Jadi?

Apa yang seramnya?

Tentu kamu rasa hantu paling menakutkan di dunia ini.

Salah.

Manusia lebih menakutkan daripada hantu.

Ayah saya cakap begitu.

Manusia lebih menakutkan?

Kenapa lambat sangat?

Apa itu?

- Kamera? - Ya.

Duduk rapat-rapat.

Nanti. Du-sik, awak buka mata atau tidak?

Jangan ketawa. Nak matikah?

Apa? Hei, kawan-kawan.

Tinggal satu gambar saja.

Saya ambil sekarang.

Satu, dua…

EPISOD 11 GUNTING DALAM LIPATAN

Maksudnya sekarang,

awak Du-sik, awak anak Pak Cik Cheol-yong dan…

awak bukan suami Du-sik yang menganggur,

tapi rakan sekerja Du-sik

dan kamu detektif menyamar sebagai suami isteri?

Wah.

Mungkin sebab dia gigih ulang kaji untuk ujian polis,

jadi dia cepat tangkap.

Apa pendapat awak? Awak rasa semua ini masuk akal?

Ya.

Jadi awak menyiasat apa? Kenapa sampai perlu menyamar?

Kami tak boleh beritahu awak.

Kes manipulasi keputusan perlawanan dan perjudian haram.

Awak masih ingat lelaki yang lemas di takungan air itu?

Nama dia Choi Chil-seong.

Kami dah lama memburu dia.

Tapi…

Apa pun, kami dah selesaikan kes itu.

Tapi kami masih di sini…

kerana kami mencari pembunuh Choi Chil-seong.

Takungan air! Betul tak?

Dia tak bunuh diri. Saya dah cakap.

Saya dah agak dia dibunuh.

Tapi semua orang tak percaya

dan kata ada hantu kacau dan…

Maaf.

Teruskan.

Kami mencari pembunuh Choi Chil-seong,

dan berdasarkan bukti yang kami dapat,

pembunuhnya ada di kampung ini.

Dan kami rasa pembunuh itu juga

bunuh Pak Cik Cheol-yong 20 tahun lepas.

Tapi macam mana awak nak tangkap dia?

Itu cerita 20 tahun lepas.

Mustahil dapat cari petunjuk atau bukti.

Siang tadi, telefon pakai buang Choi dihidupkan sekejap.

Pada jam 14:36:19, 16 Julai 2023.

Isyarat dikesan di Jungang-ro, Geosan.

Patutlah kita tak jumpa telefon itu.

Tentu pembunuh itu dah ambil.

Tapi kenapa dia hidupkan?

Bagaimana rupa telefon itu?

Telefon model lama.

Ayah saya ada telefon yang sama dulu.

Ada pen telefon pintar bersambung dengan telefon melalui tali.

Saya rasa ia ada pada saya.

Jadi awak pembunuhnya?

Jangan merepek. Mestilah bukan.

Saya jumpa telefon itu.

Saya tak tipu.

Di mana? Awak jumpa di mana?

Dalam lubang yang Putih gali di tepi takungan air.

Aduhai.

Kamu semua tak percaya, bukan?

Saya tak tipu. Saya jumpa telefon pagi itu

ketika saya kejar Putih ke sana.

Seok-hui, semasa kecil dulu, awak kedengaran jujur ketika bercakap,

tapi sekarang tidak lagi.

Sampai hati kamu semua.

Dengar dulu.

Saya hairan kerana Putih asyik terlepas berkali-kali.

Macam mana tali cawaknya boleh terbuka setiap kali?

Betul tak?

Jadi apa puncanya?

Ada orang yang lepaskannya. Itu juga aneh.

Kenapa cuma lepaskannya?

Kenapa tak curi atau jual Putih?

Apa sebabnya?

Jadi saya pun cuba.

Saya lepaskan Putih sendiri.

Ia terus lari ke tempat itu, seolah-olah ia memang menunggu.

- Ke takungan air? - Ya.

Ia pergi ke belukar dekat takungan air

dan mula menggali tanah.

Saya takut betul kalau-kalau saya akan jumpa mayat di sana.

Tapi lubang itu cuma tempat ia menyimpan barang.

Telefon itu ada dalam lubang itu.

Jadi apabila ia menyalak di takungan air dulu, mungkin sebab…

Saya rasa ia nampak sesuatu di sana.

Tuan kedai duvet nampak Putih

ketika pulang pada malam kejadian itu.

Dia dengar bunyi anjing menyalak dan Putih muncul dekat takungan air.

Tapi tuan Putih kata ia pencinta damai dan jarang menyalak.

Tentu ia nampak sesuatu.

Tentu ia nampak Choi Chil-seong

- bergaduh dengan orang. - Jadi?

Mana telefon itu?

POLIS

Ini dia.

Ya, rasanya betul. Sama macam telefon yang saya nampak.

Saya hidupkan tadi, tapi ia terus mati.

Ia tak dapat dihidupkan lagi.

Saya rasa telefon ini dah rosak.

Tapi saya tak pasti.

Saya hantar ke Jabatan Forensik Digital. Kita tunggu.

Saya sangka ia boleh membantu siasatan.

Tapi tak guna pun, bukan?

Taklah. Ini sangat membantu.

- Yakah? - Sudah tentu.

Di Seoul nanti,

saya akan beritahu bos tentang sumbangan awak.

Wah, bukan setakat muka saja kacak.

Apa?

Awak juga baik hati. Tak adillah!

Taklah, saya cuma…

Apa kata kita berkawan mulai hari ini?

Okey. Cakap macam kawan saja.

- Baik, Seok-hui. - Bagus, Hyeon-uk.

- Seronok juga ada kawan dari Seoul. - Ya.

- Berusaha. - Ya.

Putih, mari makan.

Apa?

Siapa di sana?

Nampak macam ada orang. Mungkin saya silap.

Putih.

Jangan pergi merayau hari ini.

Duduk di rumah saja, okey?

Kalau tak, abang polis itu marah lagi nanti.

Awak tahu apa nama panggilan Seok-hui?

"Otak Udang".

Dia selalu mengarut, jadi Abang Geum-gang panggil dia Otak Udang.

Apa pendapat awak? Sesuai, bukan?

Tadi pun dia mengarut lagi.

Dia sangka

Putih ialah saksi kes bunuh? Tak logik langsung.

- Mengarut betul. - Kenapa?

Saya rasa teori itu munasabah.

Apa?

Saya rasa ada betulnya kata dia.

Kita tak boleh tak endahkan saja.

Mungkin memang betul ada orang lepaskan Putih sebab telefon itu.

Betul juga. Itu tak mustahil.

Seok-hui dah berubah.

Dia betul-betul membantu siasatan kali ini.

Kata orang, "Jam yang rosak pun betul dua kali sehari."

Kenapa?

Ada masalahkah?

Tidak. Tak ada apa-apalah.

Apa hal? Cakaplah.

Aneh rasanya.

Orang yang sanggup membunuh itu ialah kenalan saya.

Orang yang bertegur sapa, berjumpa

dan berborak dengan saya di kampung ini selama 30 tahun sanggup membunuh…

Saya rasa macam tak percaya.

Kenapa ada manusia sekejam itu?

Saya pernah cakap dulu, bukan?

Manusia lebih menakutkan daripada hantu.

Jangan terlalu percaya orang.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left