The first 200 lines.
Masukkan fail ini ke dalam folder Pendaflex antara slot kedua
dan slot keempat dari sebelah kiri.
Begitu juga dengan pelekat ini.
Masukkannya ke dalam folder fail.
Setiap folder fail perlu dimasukkan ke dalam Pendaflex masing-masing.
Awak perlu pastikan ia folder Pendaflex yang betul.
Kenapa ia perlu berada di dalam fail dalam dan fail luar?
-Nombor kes itu? -Ya.
Sebab ia penting buat seluruh sistem ini.
Ia juga disertakan dalam setiap halaman laporan.
Tebuk lubang dengan penebuk lubang dua lubang.
Sambungkannya pada folder fail ini dengan pengancing bergigi dua ini.
Barulah tiada fail yang hilang. Ini folder kesalahan kecil.
-Ini folder feloni. -Masih ada banyak ruang di dalamnya.
Awak fikir kenapa saya mahu pergi?
Nombor kes juga tertulis pada lembaran kes harian.
Contohnya, pada hari ini, kita ada dua panggilan.
Kedua-duanya panggilan dari jeti. Jika kita lambat ke sana,
sampai tengah hari pun ia takkan selesai.
-Selamat Hari Jadi, Katie. -Terima kasih, Scott.
Boleh awak hubungi saya di radio pada bila-bila masa hari ini?
-Hubungi awak? Tentang apa? -Entahlah. Apa-apa saja.
Saya rasa radio saya mungkin sudah rosak.
Pegawai polis! Ke tepi!
-Selamat pagi. -Selamat pagi, Petey. Dave!
Scott?
Scott, saya buat mufin untuk awak.
Susah-susah saja, Pn. Remington.
Semoga Tuhan merahmati awak di bandar yang teruk itu.
Kami berharap awak tak ditembak.
Kasihannya.
Apa?
Tali pinggang keledar.
Patuhi undang-undang.
Terima kasih.
Tolonglah.
Saya tak boleh hidu saja mufin ini tanpa memakannya.
Baiklah.
-Baiklah. Makan satu saja. -Terima kasih.
Berapa hari lagi sebelum awak pergi?
-Tiga hari. -Bagus. Sangat bagus.
-Kenapa? Saya menjengkelkan awak? -Tidak.
Saya hargai tunjuk ajar awak sepanjang minggu ini.
Awak benarkan saya menaiki kereta awak yang bersih
dan layan saya seperti detektif sebenar.
-Penyiasat. -Apa-apa sajalah.
Namun, Scott, bila awak mahu belajar bertenang?
Saya memang bertenang.
Saya bukan maksudkan bertenang begitu.
"Top of Old Smoky."
Maksud awak, bila saya mahu berasmara?
-Ya. -Saya sudah berasmara
empat kali pagi tadi. Saya kepenatan.
Okey. Lekas, anak-anak. Mak kamu akan marah nanti.
En. Boyett.
Hei, Scott. Apa khabar? Saya dengar awak akan pergi.
Ya, betul.
Ini David Sutton. Dia akan gantikan saya.
-En. Boyett. -Ayuh, semua.
Kami datang mahu beritahu awak...
Mereka temui bot dingi awak di Moss Landing.
Awak patut hantar seseorang untuk mengambilnya.
Ya, terima kasih. Tak sangka pula ia akan ditemui.
Scott, boleh awak tunjukkan lencana awak kepada mereka?
Mereka tak pernah nampak lencana detektif sebelum ini.
-Baiklah. -Dia seorang detektif?
Bukan, saya penyiasat.
Entahlah, ayah. Lencana itu kelihatan palsu.
Palsu? Hei, budak, awak mahu masuk penjara?
-Budak-budak itu comel. -Ya. Budak-budak memang comel.
Saya perlukan empat kru bot di sini!
Amos!
Amos!
Siapa itu?
Saya! Scott!
Saya mahu ikatkan tali cawak dulu.
Ya, bagus! Tolonglah! Terima kasih.
Hei, saya bawakan awak mufin.
Mufin ini untuk awak. Mufin ini sedap, Hooch.
Awak nampak mufin? Awak nampak mufin ini, Hooch? Mufin ini untuk Hooch!
Saya bawakan mufin untuk awak. Makan mufin ini, Hooch!
Hooch, makan mufin ini! Makan mufin ini, Hooch!
-Hantar bantuan perubatan! -Hooch! Mari sini!
Amos? Amos!
Lepaskan dia, Hooch.
Hooch. Lepaskan dia. Lepaskan dia, Hooch.
Maafkan saya, Scott. Tangan saya tak kuat macam dulu.
-Awak okey? -Ya. Ya, saya okey.
Tadi, saya tak sabar mahu minum kopi yang sedap dengan aman.
-Sekarang, saya sudah sedar! -Jangan biar ia nampak awak marah.
Ia tak suka orang yang marah-marah.
Kenapa dengan anjing ini? Saya bawakan mufin untuknya. Hooch kenal saya!
Kenal...
"Kenal awak"? Awak langsung tak cedera.
Hooch sayangkan awak.
Mari masuk dan makan biskut.
Okey. Ayuh, Hooch. Mari pergi. Marilah.
Doktor kata saya tak patut beri ia makan biskut cip coklat ini.
Apa pendapat awak, Hooch?
-Saya sudah agak. -Saya sudah sampai, Amos.
Apa pula aduan awak kali ini?
Kilang makanan laut itu.
Ada sesuatu yang berlaku di sana.
Mereka tak buat hal. Cuma bot dingi mereka yang dicuri.
Tidak.
Ia lebih teruk daripada sebelum ini. Selalu ada bunyi pelik
pada waktu malam.
Awak selalu kata yang pendengaran awak tak macam dulu lagi.
Bukan saya, Hooch yang dengar. Hooch beritahu saya.
Hooch beritahu awak.
Awak tinggal di kawasan perindustrian, Amos.
Jika awak mahu ketenangan dan suasana sunyi,
pindahlah ke pangsapuri.
Saya dan Hooch tinggal di pangsapuri?
Tak mungkin.
Saya sangka awak suka ke sini.
Saya memang suka ke sini.
Namun, saya akan pergi pada hari Isnin depan, ingat?
Orang yang gantikan saya, Sutton,
dia tak boleh ke sini dan bercakap dengan awak macam saya sebab dia...
Dia sangat takut dengan anjing awak.
Saya tak tahu sebabnya.
Saya juga.
Baiklah! Bertenang! Duduk! Bagus!
Ya, duduklah. Meliurlah di situ.
Saya pernah berinya wiski. Kemudian, ia melolong sepanjang malam.
Sekarang, ia suka minum bir.
-Awak mahu? -Tidak. Terima kasih.
Ini bukan masa saya minum bir.
Saya perlu pergi sekarang.
Awak mahu pindah ke bandar besar, ya?
Ya.
Mungkin saya dan Hooch boleh datang melawat.
Awak boleh melawat pada bila-bila masa saja.
Namun, Hooch...
Sacramento ialah ibu negeri.
Ada undang-undang terhadap anjing macam Hooch.
-Sudahlah. Ia tak kelakar pun. -Maaf. Saya tak boleh tahan ketawa.
Setiap kali saya fikirkannya, saya hampir buang air dalam seluar!
Saya juga. Sebab itulah ia tak kelakar.
Delta Satu.
Hei, Katie. Turner tak boleh bercakap sekarang.
-Ada anjing pada lehernya. -Tidak. Cakap saja terima kasih
dan radio tiada masalah.
Terima kasih sebab buat pemeriksaan radio, Katie. Radio kami tiada masalah.
Ada kes, Turner.
Ada kanak-kanak jumpa wang di Pantai Pinecone.
Setakat ini, mereka sudah kira sampai $8,000.
Baiklah. Okey. Baiklah. Baiklah, kami akan ke sana.
Katie, kami akan ke sana segera.
Pn. Harper?
Pada mulanya, saya ingat itu wang mainan. Ia berselerak di merata-rata tempat.
Kemudian, apabila saya sedar yang ia wang tulen,
saya suruh mereka tunjuk di mana mereka jumpa wang itu
supaya saya boleh tunjukkannya kepada kamu.
Awak rasa lebih banyak wang akan hanyut ke pantai?
-Jangan terlalu berharap. -Beginilah.
Jika tiada siapa menuntut atau mengenal pastinya dalam 30 hari, ia milik awak.
Saya yang jumpa wang ini. Ini wang saya.
-Dia tak ambil wang ini. -Sudahlah!
Saya akan sita wang ini dulu. Jika awak dapat wang ini nanti,
awak perlu gunakannya untuk pengajian di universiti. Itu undang-undang.
Nampak?
Awak perlu isi beberapa borang, Pn. Harper.
Ya.
Sudahlah!
Dia mahukan majlis perkahwinan rasmi di gereja dan saya bersetuju.
Namun, saya perlu bayar $2,000 untuk gaun pengantin
dan $400 untuk majlis resepsi yang ada bar penuh.
Saya juga perlu bayar bil bulan madunya.
Mereka mahu berbulan madu di Bora Bora.
Itu dia. Bukankah awak mahu bercakap dengan dia?
Ya. Ferraday! Saya mahu bercakap dengan awak.
Ferraday, saya bercakap dengan awak!
Hei! Kenapa tergesa-gesa?
Hooch! Diamlah.
Aduhai!
Awak mahu tahu?
Saya rasa macam orang dungu.
Saya terima awak dan percayakan awak, tapi apa yang awak buat?
Awak curi duit saya.
Saya tak sengaja ambil wang itu.
Ia takkan berlaku lagi, En. Boyett.
Diam!
Casey, buang mayatnya. Zack, pergi periksa jika orang tua itu nampak apa-apa.
Uruskan dia.
-Hai. -Keluar dari sini. Pergi!
Saya harap saya tak mengganggu awak.
Saya sedar yang kami buat bising di sana.
Saya nampak lampu awak menyala semasa ke sini.
Saya sedar yang saya buat awak terjaga daripada tidur.
Saya mahu pastikan semuanya okey.
Jangan sibuk hal orang. Ini kawasan persendirian.
Okey, tapi beginilah.
Kami sudah mengganggu awak. Saya patut bayar sedikit pampasan.
Wang ini untuk segala kesusahan awak...
Saya tak mahu wang awak. Saya sudah perhatikan kamu.
Saya nampak perbuatan kamu di sana.
Hei. Tunggu sekejap.
Saya jamin yang kami tak buat salah pun di sana.
No comments yet. Be the first to leave one.