Tribes of Europa

Tribes of Europa

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Tribes of Europa S01E06
A Commentary by ShasyaLala
Netflix Retail.

Tags

other
Published on: 2021-02-20
Downloads: 15
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 186 lines.

Mana budak dengan Cube itu?

Dah berapa kali aku cakap? Di dalam kereta!

Jangan tipu!

- Aku tak tipu! - Yakah?

Sumpah!

Dia nak tunggu di kereta tadi.

Kalau tiada di mana-mana, aku tak tahu, okey?

- Apa alasan kau? - Manalah aku tahu!

Aku tanya sekali saja lagi, faham?

Jika dia tiada di kereta…

mesti dia dah lari, tapi dia takkan buat begitu.

Dia dah lari.

Sebab tiada sesiapa di kereta buruk kau.

Oleh sebab itu…

- kau tak diperlukan lagi! - Jangan! Aku perlukan dia!

Jangan bergerak!

Itu pun dia.

Dia tak khianati aku.

Aku khianati kau.

Apa?

Sekarang aku akan bawa kau pergi.

Letakkan senjata! Sekarang!

Elok kau ikut arahan dia.

Itu Cubenya.

Jauhkan diri daripada dia! Berundur! Cepat!

- Kami cuma mahukan Cube itu. - Tak boleh.

Serahkan Cube itu, kami akan lepaskan kau.

Jangan percaya! Tembak!

Hebat tembakan kau.

Aku cakap letakkan senjata!

Gila betul! Mari!

Amaran. Tenaga lakuran kritikal. Mengurangkan penggunaan kuasa.

Alamak!

Tangkap mereka!

Cepat! Kunci ada di dalam kereta.

Celaka! Kau baru bawa Cube itu lari!

Kau tipu aku.

Dari awal lagi. Tak guna.

Aku nak yang terbaik untuk kita, tapi kau…

Jahanam! Tak sangka!

Budak dari hutan, nampak baik, tapi rupa-rupanya penipu!

Kau memang penipu besar!

Macam mana aku boleh tertipu?

SIRI ASLI NETFLIX

Hei.

Apa kau nak?

Sayap tepi ibu pejabat,

di atas bilik dandang, ada lurang.

Itu jalan keluar.

Gunakan untuk bebaskan dia.

Mari, prebet!

Cepat!

Celaka betul!

- Kau buat apa di sini? - Nampak macam apa?

Kita akan ke Brahtok. Kau akan bebaskan keluarga aku.

Memang betul rupanya! Ia tamat di sini!

Kita ikut haluan masing-masing!

Kau ikut kiri, aku ikut kanan. Atau sebaliknya.

Ini soal prinsip. Kiri atau kanan. Kau di sini, aku di sana.

- Boleh aku cakap pula? - Tak boleh!

Okey, boleh.

Memang aku tipu kau.

Aku minta maaf!

Tapi aku dah janji untuk bawa balik Cube ini ke Bahtera.

Aku kena tunaikan.

Disember Hitam, ancaman dari Timur…

Lagipun…

Lagipun apa?

Ini saja yang aku ada sekarang.

Aku tak miliki apa-apa.

Tak punyai sesiapa.

Itu tak benar.

Kau mahu bawa Cube itu ke Bahtera?

Ke tempat paling berbahaya di benua ini?

Kau sudi ikut?

Periksa dulu ia berfungsi atau tak.

Mod Jimat Kuasa. Antara Muka Audio sahaja.

Mengira laluan ke Bahtera.

Destinasi terletak 184 km ke selatan.

Mari kita pergi.

Halangan di depan!

Kita kena keluar.

Berjaga-jaga, semua!

Ini kawasan Femen.

Sebab itu kita kena berhati-hati.

Brahtok masih jauh lagi?

Kita akan sampai senja nanti.

Kalau bernasib baik.

Dulu kita boleh terbang merentas Jerman dalam sejam.

Lebuh raya, landasan kereta api, lapangan terbang.

Perlu masa berdekad untuk membina semula semua itu.

Aku teringin melihatnya sebelum mati.

Saat kita mula melatih semula arkitek dan jurutera,

serta menghidupkan semula sains dan kesenian,

barulah kita boleh jadikan Europa seperti dulu.

Di bawah naungan Crimson.

Tuan rasa tuan boleh buat?

Satukan semula benua ini?

Gagasan Eropah takkan terkubur.

Father.

Kita boleh berangkat.

Kami tunggu arahan. Peninjau di depan.

Kita dah boleh teruskan.

Hari istimewa kau,…

Kiano puak Origine.

Malam ini, kau akan dapat nama baru.

Atau tiada nama.

Saya pasti Cik Puan Varvara ada nama sesuai untuk saya.

Varvara.

Itu pun bukan nama aku dulu.

Dulu cik puan bukan orang Crow?

Aku tunggu enam tahun untuk Boj aku.

Waktu itu musim sejuk, bulan Januari.

Sejuk bak kematian.

Lubovnik yang aku lawan tingginya dua meter.

Orang panggil dia Beruang.

Dia boleh jadi Bozie yang hebat.

Tapi cik puan menang.

Selepas dia tikam perut aku dengan pisau, tolak aku sampai jatuh,

dan cuba cekik aku dengan tangannya yang besar.

Aku merayu meminta belas.

Aku sujud minta dilepaskan.

Dia pandang mata aku lama…

kemudian dia lakukannya.

Dia lepaskan aku.

Dia tunjukkan belas, biarkan aku hidup.

Cik puan pula?

Aku ambil pisau di atas tanah

dan kelar lehernya.

Si Beruang itu bukan tunjukkan belas kasihan, Kiano.

Dia tunjukkan kelemahan.

Orang Crow tak kenal kelemahan.

Kita bunuh apa-apa saja yang halang kita.

Itulah hari aku menjadi Bozie Varvara.

Di bawah tuan aku waktu itu…

Yvar.

Kau kena kuat.

Belas kasihan ialah kelemahan.

Empati membawa maut.

Cantik, bukan?

Padang rumput, hutan…

Ruang dan kebebasan Europa.

Suatu hari nanti semua ini akan jadi milik kami.

Kami saja.

Kau takut, bukan?

Kau tak takut?

Aku?

Kau tak tahu nasib kau, bukan?

Ini kali pertama pahlawan Crow ditangkap.

Ini kali pertama orang luar berpeluang bertanyakan soalan itu.

Mengapa dia tak bunuh diri…

daripada berdepan aib?

Adakah dia takut? Atau patah semangat?

Adakah hatinya menjadi kecut atau dia hanya lemah?

Apa saudara-saudara kau akan buat kepada kau?

Tuan-tuan kau, Bozie, Kapitan?

Kau fikir mereka akan sambut kepulangan kau,

macam kau harapkan?

Kau takut, Grieta. Kau takut macam aku.

Bukan begitu?

Diam tandanya setuju.

Orang Crow tak menipu.

Kau sepatutnya dah tahu.

Pos sempadan di depan. Sembilan Bozie.

Lengkap bersenjata. Menunggu arahan.

Kita teruskan perlahan-lahan, seperti dirancang.

Baik.

Kami datang secara aman, Bozie.

Kami berniat baik.

Apa kau mahu, orang Crimson?

Kami bawa banduan Crow.

Mana ada banduan Crow?

Father akan lepaskan dia apabila kami jumpa Kapitan.

Kapitan kau mesti tak nak apa-apa berlaku kepada banduan kami.

Jadi, jangan buat aku marah.

Di mana dia?

Father kami mahu berunding dengan Kapitan kau.

Tentang apa?

Bukan urusan kau.

Serahkan dia sekarang,

atau ini akan berakhir dengan buruk.

Kami datang secara aman!

Turunkan senjata!

Beritahu Kapitan kamu, Jeneral Cameron,

Father ketumbukan kedua Republik Crimson hadir sendiri

dan mahu bercakap dengan dia…

More Malay subtitles for Tribes of Europa

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left