The first 200 lines.
PENAFIAN
Rancangan berikut mengandungi penggambaran bunuh diri.
Budi bicara penonton dinasihatkan.
REVENANT
WATAK, TEMPAT, ORGANISASI DAN PERISTIWA DALAM DRAMA INI REKAAN SEMATA-MATA
PENGGAMBARAN PELAKON KANAK-KANAK DILAKUKAN DALAM KEADAAN YANG SELAMAT
BABAK MELIBATKAN HAIWAN ADALAH LAKONAN...
...DAN DIRAKAM DENGAN MEMATUHI GARIS PANDUAN KEBAJIKAN HAIWAN.
Hidup nenek saya terhenti.
Dia jarang berinteraksi dengan dunia luar.
Dia tiada telefon bimbit macam orang lain.
Dia tak perlukan telefon bimbit.
Masuk.
Sama ada hal syarikat atau hal keluarga...
...orang lain yang akan uruskan segala-galanya untuk nenek saya.
Masa untuk puan makan ubat tidur.
Nenek saya tahu masa melalui Encik Kim.
Masa untuk bangun...
...masa untuk tidur...
...dan masa untuk makan.
Encik Kim uruskan segala-galanya untuk dia...
...selama lebih 30 tahun.
ISNIN, 27 FEBRUARI ISNIN, 8 FEBRUARI (QAMARI)
AHAD, 26 FEBRUARI AHAD, 7 FEBRUARI (QAMARI)
Pada hari ini saja.
Kita ada peluang untuk menang...
...kalau kita tipu dia pada hari itu.
SELASA, 28 FEBRUARI SELASA, 9 FEBRUARI (QAMARI)
HARI SELAMAT
Awak nak saya berlakon jadi roh jahat?
Berpura-pura...
...jadi roh jahat?
Jangan risau.
Roh jahat takkan dapat keluar hari ini.
Bertolak selepas matahari terbenam.
AHAD, 26 FEBRUARI AHAD, 7 FEBRUARI (QAMARI)
SELASA, 28 FEBRUARI SELASA, 9 FEBRUARI (QAMARI)
ISNIN, 27 FEBRUARI ISNIN, 8 FEBRUARI (QAMARI)
LAPORAN MINGGUAN ISNIN, 27 FEBRUARI 2023
Laporan mingguan?
Hari ini hari Isnin?
Ya.
Apa ini?
Saya dah siasat tentang Tuan Muda Yeom.
Kebelakangan ini, dia selalu berjumpa seorang gadis...
...jadi saya bawa maklumat peribadi tentang dia.
Rupa-rupanya...
...dia anak Profesor Gu Gangmo...
...yang pernah datang melawat puan.
Sila ikut saya.
Nenek saya saja yang tahu nama sebenar roh jahat itu.
Hanya roh jahat...
...yang boleh buat dia buka mulut.
Masuk.
Puan ada tetamu.
Awak nak bunuh Haesang juga?
Kenapa?
Tak bolehkah?
Saya bunuh suami dan anak saya.
Kenapa pula cucu saya berbeza?
Saya akan hidup...
...kalau awak hidup.
Saya akan tunaikan janji saya,...
...Hyangi.
Puan akan selamat sebab hari ini roh jahat tak boleh keluar.
Namun,...
...berhati-hati mulai esok.
Memandangkan puan dah mungkir janji...
...budak itu akan datang...
...cari puan.
Hyangi akan datang.
Puan bunuh budak itu supaya boleh hidup begini?
Puan memang kejam.
Awak dah tahu namanya?
Ya.
Awak dalangnya, bukan?
Awak tipu saya, bukan?
Berani awak buat begitu?
Saya Kim Chiwon.
Tolong hantar ambulans.
Keadaan Puan Na...
...tidak begitu baik.
Berani awak...
- Macam mana Puan Na boleh... - Lepaskan saya!
Saya yang luluskan...
...dana pembangunan tahunan untuk hospital ini setiap tahun.
Lepaskan saya!
Ya, sudah tentu.
- Saya kata lepaskan saya! Mari sini! - Saya tahu, Naib Presiden Kim.
Tolong abaikan perkara yang berlaku...
...dalam bilik hospital ini.
Seperti yang awak buat bertahun-tahun lalu.
Lepaskan saya!
Mari sini!
Kami dah ikat pesakit.
Tutup pintu. Saya kata tutup! Awak pekak?
Keadaan dah terbalik sekarang.
Puan jadi Ujin...
...dan saya jadi puan.
- Apa? - Saya suruh mereka...
...untuk pastikan pintu sentiasa berkunci.
Sebab...
...belum tiba masa untuk puan mati lagi.
Macam mana?
Dia dah tahu namanya?
Ya.
Nama roh jahat itu ialah Hyangi.
Nama keluarganya Lee sebab dia kakak Lee Mokdan.
Tentu dia Lee Hyangi.
Kita boleh hapuskan roh jahat itu sebab kita dah tahu nama dia, bukan?
Belum lagi, kita perlu cari huruf Cina untuk namanya.
Tahun 1958,...
...Sekolah Menengah Jangjin...
...dan Lee Hyangi.
Saya boleh cari rekod pelajarnya dengan maklumat ini.
Jangan.
Awak tak boleh bertindak sekarang.
Hari Selamat akan berakhir sebentar lagi.
SELASA, 28 FEBRUARI SELASA, 9 FEBRUARI (QAMARI)
Bukankah semua orang selamat kalau Gu Sanyeong kekal dalam Tali Larangan?
Profesor Gu Gangmo tetap dibunuh walaupun dilindungi Tali Larangan.
Roh jahat akan buat apa-apa saja untuk halang kita.
Kita akan mulakan...
...sebaik saja matahari terbit.
12.05 TENGAH MALAM RABU, 1 MAC
Awak pun rasa tak adil.
Awak selalu dipandang rendah...
...sebab awak muda dan miskin.
"Keadaan akan berubah nanti."
"Saya akan dapat peluang saya."
Dunia tetap sama tak kira betapa sukarnya kita hidup.
Helo?
Ya. Awak pelanggan yang menuju ke Sihyun-dong, bukan?
Ya, saya hampir sampai.
Walaupun kita rasa nak mati sebab kecewa dan sedih...
...tiada sesiapa faham perasaan itu.
Kekal dengan saya.
Barulah awak boleh bahagia.
Awak fikir awak berbeza?
Dalang kes pancingan data suara dan nenek awak mati...
...sebab kehendak awak sendiri.
Jauh di sudut hati, awak nak balas dendam dan mahukan rumah ini!
Awak silap!
Ada orang yang perlu diselamatkan!
Awak tak apa-apa?
Awak tak apa-apa?
Tidak.
Tidak!
Awak tak apa-apa?
Di mana saya?
Ada kebakaran dan awak hidu terlalu banyak asap.
Awak tak ingat? Baringlah dulu.
Saya dari Manseo-ri 26 beonji di Geumtan-myeon.
Saya rasa ada kebakaran.
Tolong datang cepat.
Saya perlu keluar.
Tolong bertenang dan baring.
Saya merayu awak.
Saya perlu keluar.
Tolonglah.
AMBULANS
Saya akan cari hos terakhir.
Tolong hubungi saya kalau awak jumpa apa-apa.
- Baiklah. - Baik.
Awak pasti awak tak apa-apa?
Ya, terima kasih banyak.
BAS
Profesor Yeom...
...saya tak sedarkan diri dan terjaga di luar Tali Larangan.
Apa maksud awak?
Saya rasa roh jahat itu yang mulakan kebakaran.
Profesor Yeom...
...awak di mana?
Saya sedang mencari objek terakhir.
Hujan turun.
Macam mana dengan Hongsae?
Awak bersama Hongsae?
Dia pergi ke Pejabat Pendidikan untuk cari rekod pelajar.
Bayang-bayang dah hilang.
Profesor Yeom...
...roh jahat itu keluar lagi!
Di mana?
Awak nampak lokasinya?
Ada di persimpangan jalan.
Bukan saya tapi Detektif Lee.
LEE HONGSAE
Panggilan anda telah disambungkan ke sistem pesanan suara automatik.
Ya, ini Detektif Lee Hongsae daripada Unit Siasatan Jenayah Ganas...
...yang hantar surat perniagaan itu.
Saya dah periksa.
Saya cuma perlu cari rekod pelajar bernama Lee Hyangi...
...pelajar Sekolah Menengah Jangjin tahun 1958, bukan?
Ya, betul. Saya dalam perjalanan ke sana sekarang...
Kenapa awak...
Tolong buka pintu.
PEJABAT PENDIDIKAN CHUNGCHEONG SELATAN ENCIK KIM JUNYOUNG
Buka pintu ini!
LEE HONGSAE
GU SANYEONG
Hentian ini ialah Stesen Gangbyeon, Terminal Bas Dongseoul.
No comments yet. Be the first to leave one.