Release info

인간실격 Lost E03 210911-NEXT-iQIYI
A Commentary by RuoXi
Ep. 3 [iQIYI Ver.]. Synced for NEXT. Runtime > 01:07:17. Enjoy.... ;). Check out My IG @ruo_xi_ss for subtitles updates ^^. Note : video download link in txt file or check my telegram channel at https://bit.ly/telchan. Sorry if the sub doesn't sync well s

Tags

other
Published on: 2021-09-11
Downloads: 7
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 185 lines.

[ Penafian: Semua tempat, watak, firma, dan peristiwa yang digambarkan adalah rekaan. ]

[ Terbaring di katil yang kotor berukuran 1.6 meter persegi, ]

[ Pada saat-saat terakhirnya, tepat sebelum dia meninggalkanku, ]

[ terbaring di katil selama lebih dari enam tahun, ]

[ Dia mengumpul semua kekuatan yang masih berbaki. ]

[ Adakah dia berada dalam kesakitan yang tidak tertanggung? ]

[ Jadi, aku lari sejauh mungkin sejak hari itu, seperti ini. ]

[ Saat nafas terhenti, semua orang akan keseorangan. ]

Jangan jawab.

Ambillah.

Tangan saya dah lenguh.

Bukan mudah lepas tengok sendiri.

Awak dengar tentang orang terjun dari bangunan di berita.

Lorong ini

tempat kanak-kanak pergi ke akademi swasta.

Ia akan beri kesan kepada budak-budak itu.

Bukan senang

untuk mengemas tempat ini juga.

Tak lama dulu, seorang kawan saya membunuh dirinya sendiri.

Dia tak terjun. Dia…

Begitulah.

Hei.

Saya rasa ini sejajar dengan unit saya.

Kalau awak terjun, awak boleh terkena pada paip ekzos saya.

Kalau awak nak terjun dari sini,

awak perlu mulakannya dengan larian.

Jadi,…

Jadi, begitulah…

Begitulah manusia.

Selalunya mereka tak peduli pun.

Tapi apabila ada orang dalam kesusahan,

mereka mendekat.

Mereka memang suka menyibuk.

Jadi,

tadi saya nak pergi beli kimchi.

[ Masa itulah saya terdengar jeritan awak di tangga kecemasan. ]

Kemudian, saya dengar awak naik ke atas bumbung.

Mestilah saya akan ikut awak.

Maksud saya,

jangan salah faham

kita terserempak seperti ini lagi.

Awak tinggal di tingkat sepuluh?

Kenapa saya tak pernah nampak awak?

Awak pernah nampak saya sebelum ini?

Ayah saya tinggal di sini.

Ayah awak rupanya.

Tentu ayah awak sakit.

Saya nampak awak beli bubur.

Tak guna.

Padahal saya dah masak mi segera.

Saya perlu masak lagi.

Ayah awak akan risau nanti.

Memandangkan awak pergi beli bubur, tapi masih belum pulang.

Dia juga akan kelaparan.

Baiklah.

Saya nak pergi beli kimchi.

Awak patut…

Apa yang awak patut beritahu ayah awak?

Beritahu dia awak naik ke bumbung untuk hirup udara segar.

Kemudian, ada lelaki yang penyibuk,

tapi agak kacak,

buat kecoh, cuba membunuh diri.

Dia tak jadi terjun. Jadi, awak pun turun.

Awak takkan naik semula ke bumbung.

Ya.

Boleh juga.

Okey, guna cerita itu saja.

Saya pergi dulu.

Saya tinggal di sini lebih setahun. Tak sangka kita ada benda ini.

Terima kasih.

Apabila kita jumpa lain kali,

mari kita bertukar.

KakaoTalk.

Saya buat ayah terjaga?

Kamu belum pergi lagi?

Tak. Saya dah cakap saya nak tidur sini.

Ayah ingatkan kamu dah pulang.

Oh.

Sambunglah tidur. Saya nak mandi dan tidur.

Bukan Jeong-su.

Bukan dia yang beritahu, Jangan salahkan orang yang tak bersalah.

Yalah.

Bukan dia.

Kamu tak percayakan ayah?

Baiklah.

Itu tak penting. Saya yang jahat.

Tolong jangan cakap begitu.

Okey.

Semuanya dah berakhir, bukan?

Kita berdua penuh dengan keraguan.

Ayah percayakan kamu. Ayah tak penuh dengan keraguan.

Kalau ayah tak nak ke tandas, saya nak mandi.

Kenapa mandi di tempat kecil begini?

Mandi di rumah kamu.

Rumah saya pun kecil.

Ini rumah saya juga.

Rumah yang satu lagi di bawah nama Jeong-su.

Ini rumah saya.

Saya tinggal di sini selama tujuh tahun sebelum ayah datang.

Betul.

Kamu lakukan perkara besar, membeli rumah di Seoul.

Orang lain akan fikir saya beli rumah di Seoul.

Ia sebuah studio lama dan separuh daripada pinjaman belum berbayar lagi.

Tapi ayah telah melunaskannya.

Ada bilik air, dapur,

pemanas air, tingkap, dan tiada siapa yang memanggil.

Tak ramai boleh buat begini tanpa bantuan ibu bapa mereka.

Tenaga ayah dah pulih.

Ayah tak cakap pun ayah sakit.

Selain itu,

sudah tentu saya dapat bantuan ibu bapa saya.

Ketika saya belajar di Seoul,

ayah telah jual harta keluarga kita untuk membayar sewa rumah saya.

Saya selalu pengsan. Jadi, ayah belikan saya ubat selama lapan tahun.

Itu harta datuk kamu, bukan ayah.

Sama saja.

Apa-pun,

berapa baki hutang kamu?

Saya tak mahu fikir.

Berapa jumlahnya?

- Sedikit. - Aduhai.

Aduhai.

- Lepaskan. - Berapa…

Ayah.

Ayah mesti habiskan telur sebelum tarikh luput.

Ini tarikh akhir untuk diedarkan.

Ayah boleh makan satu hingga dua bulan selepas itu.

Kemudian ia akan menetas di dalam peti ais.

Kalau ia menetas, ayah akan bela di atas bumbung.

Bumbung itu bukan milik ayah.

Ayah bergurau saja.

Ia takkan menetas. Bagaimana ia boleh menetas?

Saya bergurau saja.

Ada sesuatu berlaku ketika kamu keluar?

Kenapa?

Tak ada apa-apa.

Saya naik ke atas bumbung untuk hirup udara segar.

Atas bumbung?

Kenapa pergi ke sana pada waktu malam sedangkan ia berbahaya?

Betul.

Bagaimana pun,

saya buat keputusan untuk tidak naik ke atas sana lagi.

Ayah kenal lelaki di unit terakhir di koridor?

Di hujung koridor?

Kita jumpa dia di pintu masuk semalam.

SI kaki perempuan itu?

Ya.

Ayah nak tahu?

Nampaknya itu kali pertama dia melihat saya.

Kamu ada jumpa dia di tempat lain?

Taklah.

Hanya seketika ketika saya turun dari bumbung.

Kami bertemu di dalam lif

dan bertegur sapa beberapa kali sebelum ini.

Secara tak sengaja,

bil rumahnya dihantar kepada kita. Jadi, saya hantarkan kepadanya.

Ya, ayah ingat.

Tapi saya tahu mi segera apa yang dia makan.

Macam mana kamu tahu?

Ayah yang beritahu saya.

Yakah?

Ayah kata dia buang

sepuluh hingga dua puluh kotak mi segera yang sama.

Ya.

Betul.

Ayah ingat.

Tapi dia langsung tak ingat saya.

Dia tak tahu saya tinggal di sini.

Apa pun,

buat kali pertama dia ternampak saya.

Dia mungkin sangat bodoh.

Tidak.

Bukan begitu.

Ayah pun tahu perasaan itu.

Ayah ada, tapi sebenarnya ayah tiada.

Apa pun,

bagi dia, saya bagaikan halimunan, ayah.

[ dulu ketika saya masih muda, saya seperti itu juga. ]

[ Tempahan pada hari Ahad pukul 2:00 petang. Tiga jam. Boleh? ]

[ Semua orang kecuali saya hanya orang yang lalu-lalang. ]

[ Yang saya ingat, saya tak pernah perhatikan orang lain. ]

Kita tak nampak mereka sebab kita tak tertarik kepada mereka.

Ayah tak tahu apa yang saya katakan, bukan?

Tentulah ayah tahu.

Yakah?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left